Saturday, September 27, 2025

Bila Dah Tak Berduit...

 



Dari dulu, kini dan selamanya selagi badan bernyawa ni orang akan pandang mulia pada kita bila kita berduit. Setuju atau tak itu la hakikatnya. Aku tulis ni berdasarkan apa yang aku tengok , apa yang aku rasa, apa yang dialami. Tapi dalam sudut lain sebenarnya " LAIN " dan yang sudut lain tu jarang sangat orang nak tengok. 

Pandang orang lain atau kata lain masyarakat sekeliling dengan kita yang tak berduit sangat ni boleh kita tahan atau hadap lagi. Tapi bila keluarga sendiri pandang sebelah mata je bertapa kuat hati kita pun menahan atau tak nak ambik peduli kekadang tertekan jugak. Nak lagi keluar kata-kata yang berbisa daripada insan yang kita hormat.

Kita ni dulu menyusahkan keluarga sendiri dan bila sampai satu tahap kita berubah perlahan-lahan. Sekarang pun mungkin masih lagi menyusahkan tapi dah tak sama dengan dulu. Menyusahkan pun ada sebabnya jugak jika takda sebab kita tak ingin.

Kekadang rasa tertekan jugak setiap kali berjumpa keluarga kata-kata berbisa mesti ada keluar daripada mulut insan yang kita hormat. Kita sendiri pun tak tahu sampai bila boleh tahan...

Aku tulis ni berdasarkan aku sendiri , iye pasal AKU... Dan bukan orang lain. Selain aku luahkan walaupun hakikatnya luahan aku kekadang tak sepenuhnya, dengan cara aku tulis kat blog ni salah satu jugak aku luahkan apa yang aku pendam.


Thursday, September 11, 2025

Keras Hidup Sekarang

 

Orang sekarang kata kehidupan yang kita semua alui sekarang ni keras. Kita semua boleh dikatakan sekarang ni nak tak nak kena buat banyak kerja untuk dapatkan rezeki lebih. Buat kerja banyak kat sini kerja yang halal dan tak menyalahi undang-undang Malaysia ye. Kan aku tak tulis macam tu kan kata aku ni buat promosi untuk kerja-kerja yang tak halal dan salah dalam sudut undang-undang Negara Malaysia.

Sekarang ni semua benda naik harga tak kira la dalam segi apa pun selagi ia melibatkan pertukaran wang atau kata lainnya duit. 10 tahun lepas RM50 ada kat tangan kita dah besar nilainya, sekarang ni RM50 nilai tu dah tak sama macam dulu. Ia betul dulu lain sekarang lain tapi seperti aku yang pernah merasa nalai RM50 yang nilainya 10 tahun lepas memang akan terasa sangat-sangat.

Sama la jugak emak dan ayah aku , mereka jugak pernah merasa apa yang aku rasa sekarang ni. Dan pekara ni jugak akan mereka khasnya genarasi sekarang merasai sebagaimana yang aku rasa sekarang. Seperti yang aku tulis sebelum ni hidup kita seperti roda.

Nak mengeluh tu nak give-up tu boleh tapi seperti orang tua kata ikut hati boleh mati. Kehidupan kita nak tak nak kena teruskan jugak yang muda cara muda, yang tua cara tua, yang bujang atau single cara mereka dan yang berkeluarga dengan cara mereka. Semua nya kena teruskan dan jalani kehidupan ni.

Berbalik pada buat kerja pelbagai atau bahasa modennya multi kerja. Iye la mana tak nya dalam keadaan sekarang ni semuanya bayar jarang sangat yang free. Kepada mereka yang ada kerja tetap alhamdulliah tapi itu pun masih tak cukup. Siang buat kerja yang tetap malam pulak buat kerja sampingan pulak. Bukan nak kaya hakikatnya tapi seperti yang aku tulis pada awalnya hidup ni keras. Kena usaha untuk diri sendiri dan jugak keluarga.

Tabahkan hati, kuatkan semangat kita sendiri jangan pandang belakang jalan terus ke depan. Penat tu memang penat, letih tu tetap letih... Rehat dulu moga dengan rehat tu dapat mengembalikan kesegaran untuk kita Samsung kembali perjalanan kita.

Wednesday, September 10, 2025

Buat Kejutaan

 


Semalam 9 September hari lahir orang rumah aku dan semalam jugak la pertama kali aku buat satu kejutan untuk orang rumah aku. Kejutan tu pun tak la semewah pun Dan aku buat pun yang termampu aku je.

Pada waktu aku update ni pun masih teringat-ingat aku kejadiaan semalam, iye mana tak nya perubahan air muka orang rumah aku dah LA hari istimewa semalam orang rumah aku ingatan aku dah lupa hari jadi dia.

Tipu la jika kata aku sentiasa ingat ada waktunya aku lupa jugak 🤭tapi alhamdulillah ucapan selamat tu aku akan ucapkan jugak walaupun lewat satu hari.

Apa yang penting semalam orang rumah aku gembira. Alhamdulillah.


Tuesday, September 9, 2025

Rindu...

 

RINDU....

Besar atau kata lain luas makna rindu ni kan. Hanya meraka yang mengalaminya, merasainya je tahu akan makna kerinduaan ni. Aku la antara meraka tu 🫣. Sesetengah mereka ingin kongsi kerinduaan tu kepada mereka-meraka kat luar sana dengan saluran media social yang ada sekarang ni. Kekadang bila baca sikit atau banyak perasaan menyampah kepada mereka yang berkongsi kerinduaan tu, tapi biar la jangan terus dibenci kepada mereka tu. Kehidupan kita ni ibarat roda sentiasa berpusing kekadang kita di atas kekadang kita di bawah.

Ingat la rindu ni akan kita rasa jugak mungkin saat ni, mungkin jam ni, mungkin hari ni, mungkin esok, mungkin minggu ni, mungkin bulan ni, mungkin bulan depan, mungkin tahun ni dan mungkin seterusnya. Yang pasti selagi kita ni bernama manusia perasaan rindu tu akan kita rasa. Melainkan kan la manusia tu memeng dah takda HATI...HATI yang bukan perupamaan tapi HATI betul.

Bila dah rindu ni aku rasa sakit, sedih pun ada tapi tu la jika sesuatu yang fizikal boleh jumpa, boleh tengok, boleh sentuh kerinduaan tu terubat. Ini kerinduaan pada yang bukan fizikal memang sakit la. Hanya menjadi ingatan dan kenangan dan menjadi sejarah. Nak tak nak kena tekan jugak. Bukan boleh diundurkan masa kepada pada waktu tu.

Cuma aku berharap kerinduaan tu tidak akan membinasakan , tidak mencelakakan , tidak mudaratkan aku sendiri dan jugak kepada mereka yang mengalami kerinduaan. Aku jugak berharapkan kerinduaan akan menjadi kekuatan.


Monday, September 8, 2025

Dugaan Dan Ujian Moga Hati Tabah

 



Kita yang bernama manusia dan jugak hamba kepada Allah SWT tidak akan lepas atau pun bebas daripada dugaan Dan Ujian daripadanya. Tak kira la dimana pun kita ni berada baik di darat, di laut, di angkasa atau pun selagi kita berada di alam semesta ni.

Aku bukan la nak tunjuk atau nak kata aku ni baik ataupun alim. Aku ni manusia dan hamba Allah SWT yang lemah jugak. Aku pun bukannya baik tapi aku cuba nak dan baik diri ni menjadi baik. Aku sendiri pun tak lepas dengan dugaan dan jugak ujian yang Allah SWT datangkan kepada aku.

Seperti yang aku tulis semalam, dalam blog ni tempat aku nak menulis , tempat untuk aku meluahkan. Blog ni akan menjadi satu medium dairy aku. Aku tak specifickan blog aku ni pada sesuatu ataupun topik. Apa yang nak aku tulis aku akan tulis selagi ia tak melanggar undang-undang Malaysia .

Aduhai panjang pulak intro 🤣🤭.

Dalam aku menghadapi dugaan Dan ujian ni, aku kekadang bodoh jugak iyela mana tak bodohnya ada ke patut aku salahkan Allah SWT memberikan dugaan dan ujian kepada aku. Aduhai bertapa zalim dan jahatnya aku ni kan. Dan aku ni siapa nak salahkan pada pencipta aku. Moga Allah SWT ampunkan dosa-dosa aku ni.

Aku ni tak kuat...Dan yang sedihnya bila dah tertekan dengan dugaan dan ujian mejadi mangsa melepaskan tekanan aku ni ada insan terdekat dengan aku iaitu keluarga aku. Jahatkan aku ni, selepas aku lepaskan tekanan baru menyesal kemudiaan yang yang paling buruk dan teruk sekali tak mintak maaf.

Dugaan dan ujian tak sama setiap manusia...ayat ni memang betul dan senang untuk ditulis atau diucapkan. Tapi seperti aku sendiri aku ni lupa bila dah tertekan, serabut hakikatnya tekanan dan serabut tu boleh dikawal aku je yang buat benda tu jadi besar.

Kenapa aku tulis macam tu aku ni sebagai MUSLIM dan beragama Islam, patutnya ambik nasihat alim ulama dalam menghadapi dugaan dan ujian ni. Rasanya dah berjuta Kali alim ulama bagi cara dan jugak nasihat dalam bab dugaan dan ujian ni. Seperti aku tulis aku ni bukannya baik aku ni cuba nak jadi baik. Aku ni lalai patutnya aku ambik nasihat alim ulama benda bukan berbayar pun cuma dengar dan buat je. Senangkan.

Apa yang aku tulis ni luahan aku dan sebagai nasihat untuk diri aku sendiri.

Aku doakan kepada mereka yang menghadapi ujian Dan dugaan tak kira la apa pun moga-moga tabah daripada aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>