Wednesday, March 9, 2016

Dalam Hati Ada Taman

Salam sejahtera

Sebenarnya dah lama abg long nak tulis tentang pekara ni, tajuk dah ada tapi tak tahu bagaimana nak mulakannya. Iye la abg long ni bukan pandai sangat dalam bab tulis menulis ni, minat tu ada tapi ( alahai berapa banyak tapi la ) takut tetap ada maklum la keputusan Bahasa Melayu SPM abg long bukan nya cermelang atau kepujian pun. Cuma abg long harap korang dengan senang hati dapat dan fahami apa yang abg tulis, kalau tak faham tu buat-buat faham je la.

Ok la, abg long rasa korang semua dah tahu dan faham tajuk yang abg long tu kan. Ala macam ni la abg long bagi contoh senang je la untuk korang yang tak faham. Dalam kehidupan seharian korang mesti pernah jumpa kan manusia yang mukanya nampak garang, muka seperti gangster mungkin juga korang pernah jumpa manusia yang kelakuannya kasar. Bila je manusia seperti ini tersentuh jika hati meraka tak pasal-pasal air mata pun mengalir. Itu la maksud DALAM HATI ADA TAMAN.

Memang betul, dalam dunia ni baik negara mana pun manusia jenis ni akan ada tapi bukan yang jenis hati kering, hati mati mahupun seangkatan dengannya. Mereka ni walaupun nampak ganas ataupun mereka ni manusia yang jenisnya kasar dan egonya tinggi hingga ke langit tapi hati mereka ni akan tetap sensitif,mudah tersentuh dan sewaktu dengannya bila berlaku sesuatu yang membuatkan mereka jadi begitu.


Salah kah jika kita begitu maksud abg long jika abg long mahupun korang DALAM HATI ADA TAMAN ni ye. Agak-agak kita akan jadi hina ke bila dalam berkeadaan begitu? Korang malu ke jika orang lain tahu korang begitu? Apa yang boleh abg long katakan TEPUK DADA TANYA HATI sendiri.

Memang betul, kita tidak akan mengaku itu semua sebab EGO kita nak lagi LELAKI kan lagi la tinggi EGOnya termaksud la abg long sendiri. Tapi semua tu POYO ( kata awie la ) tak caya? abg long tak nak bagi contoh orang lain la sebab tak syok, ni antara contoh berlaku pada diri abg long sendiri la.

Abg long akui abg long memang peminat cerita hindustan tapi bukan yang jenis fanatik. Dan cerita hindustan yang boleh dikatakan abg long repeat aka ulang tengok adalah cerita Kabhi Khushi Kabhie Gham... Bila tengok cerita ni kena pulak sceen waktu akhir dimana Yashvardhan "Yash" Raichand ( bapa ) mengaku kesalahannya pada Rahul ( anak ) dan pada waktu ini la air mata mengalir jatuh ke pipi.


Bukan la kerana kesedihan dalam cerita tu tapi ianya di sebabkan sesuatu peristiwa yang pernah abg long tempuhi Aka alami yang menyebabkan cerita hindustan tu menyentuh hati abg long. Waktu ketika tu abg long tak la rasa terhina, berdosa atau sebagainya tapi apa yang abg long rasa abg long menyesali dengan peristiwa yang abg long alami tu. Dan jika dunia ni boleh diputar kembali ke waktu tu, abg long nak baiki biar peristiwa tu tak terjadi.

Itu diri abg long la, korang pulak mesti ada ceritanya sendirikan. Cuma apa yang nak abg long tegaskan DALAM HATI ADA TAMAN tu jangan la pulak korang terasa malu pulak ye jika ada yang melihat korang begitu. Korang buat bodoh je apa yang korang kena ingat setiap manusia memang ada sifat tu.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>