Thursday, November 21, 2013

Siapa Ahmad Ammar Ahmad Azam?

Salam sejahtera....

Sebelum abg long tulis dengan lebih panjang, apa kata jom kita lihat video kat bawah ni dulu...



Ini serba sedikit yang abg long dapat kongsikan :

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

 
Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

P/s: Alangkah untungnya jika anak-anak remaja kita macam ni.


Kredit : http://aans1.blogspot.com/2013/11/ahmad-ammar-ahmad-azam-pelajar-malaysia.html

Wednesday, November 20, 2013

Kisah Remaja "HILANG" Di Villa Nabila JB

Salam sejahtera...

Sehari dua ni heboh tentang kisah 30 remaja yang konon-kononnya nak cari pengelaman ngeri di Villla Nabila yang dikatakan mesteri setelah terpengaruh dengan cerita layar Highland Tower. Bermacam versi yang abg long baca dan dapat tentang kisah ini tapi yang pastinya terdapat sorang remaja lelaki dikatakan "HILANG" (sewaktu abg long tulis ni remaja dah jumpa). Banyak soalan yang bermain di fikiran abg long bila baca kisah hangat ni.



Jika nak ikutkan emosi abg long sekarang ni umpama nasi kerabu. Cuma apa yang pasti abg long terfikir tentang ibu bapa remaja tersebut. Jika hilang tu pasti la para ibu bapa resah, bimbang, risau dan bermacam lagi perasaan yang melanda di hati mereka. Bila lihat kisah remaja ini, abg long hairan macam mana ibu bapa boleh benarkan anak mereka keluar malam? Bila abg long teringat kisah remaja abg long dan dibandingkan dengan remaja sekarang memang jauh berbeza.

Ibu bapa sekarang pun tak sama dengan ibu bapa zaman abg long dulu, dari segi kasih sayang, didikan, dan hormat. Abg long bukan nak kata diri ni baik dan bagus cuma abg long hairan. Abg long ingat sampai sekarang ayah abg long cukup pantang jika anak dia tak ada di rumah sebelum pukul 7 petang. Jika ada alamatnya rotan la yang berkata :).

Itu la sebab ada pepatah " sayangkan anak tangan-tangankan"




Tuesday, November 19, 2013

Sharing is caring

Satu perkongsian....


Selamat Datang...

Salam sejahtera anda semua....

Alhamdulillah terbina juga weblog yang tidak seberapa ini. Tiada apa yang menarik untuk diceritakan tentang diri ini. Hanya insan biasa yang cuma ingin berkongsi cerita dan juga pandangan yang lahir dari pemerhantian, pembacaan mahupun pengalaman yang ditempuhi diri ini. Apa yang diharapakn anda dapat menerima kehadiran blog ini. Terima kasih sekali lagi kepada anda semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>