Thursday, October 30, 2014

Wednesday, October 29, 2014

Jom Kita Layan Yang Ini...

Salan sejahtera,

Kali ni abg long nak kongsi dengan anda gambar yang menunjukkan betapa kretifnya yang mungkin tak terfikir oleh kita. Moga anda terhibur...





















posted from Bloggeroid

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Monday, October 27, 2014

Aplikasi Salam Muslim

Salam sejahtera,



Abg long baru je download aplikasi salam muslim ni jika diikutkan aplikasi ni dah la lama cuma abg long baru je download maklum la dah guna hanfon yang ada android ni maka nak la jugak cuba aplikasi yang ada kat google play.



Jika abg long lihat pada iklan yang ada kat astro tentang aplikasi ini nampak menarik je, tu yang terpengaruh sampai terdownload tu :). Bila dah download boleh dikatakan setakat waktu ini aplikasi ini memang tak mengecewakan abg long.


Selain ada waktu solat untuk setiap kawasan bandar utama di malaysia, aplikasi ini jugak disertakan arah kiblat. Cuma waktu untuk menggunakan bagi menentukan arah kiblat ini, pastikan handfon jauh daripada sebarang peralatan elektronik yang berdekatan.


Selain itu jugak aplikasi salam muslim ini jugak disertakan jugak :

• Tasbih Digital

• Kalendar Gregorian ke Hijrah atau sebaliknya

• Kalendar tahunan tarikh penting dalam Islam

• Nasihat serta kata-kata hikmah islamik dari tokoh Islamik Malaysia

• Artikel, video dan audio eksklusif dari Astro Oasis

• Jadual Rancangan dan peringatan program Astro Oasis

• Kalkulator Zakat

Apa yang abg long dapat katakan secara keseluruhan aplikasi ini memang sangat berguna untuk diri abg long dan abg long cadangkan aplikasi ini untuk anda. Alang-alang dah ada line internet itu apa salah jika download aplikasi ni bukan kena bayar pun FREE je :)

Setia Hingga Kehujung Nyawa

Salam sejahtera,

Apa pandangan anda bila lihat gambar di bawah ini.



Ini berlaku di Britian mengikut seorang pengguna laman sosial Twitter, Madinah Bashizadah memuat naik gambar ini yang mana menyentuh perasaan menunjukkan cinta sejati  benar-benar wujud.

Bashizadah memuat naik gambar yang menunjukkan seorang lelaki warga emas sedang makan di restoran makanan segera 'In-N-Out Burger' ditemani sekeping gambar mendiang isterinya.

Menurut kenyataan Bashizadah kepada The huffington Post, dia ternampak lelaki tersebut sedang menikmati makanan sambil menghadap gambar yang diletakkan di atas meja.

“Saya andaikan yang wanita dalam gambar tersebut adalah isterinya dan sudah tiada lagi di dunia. Ia sesuatu yang indah, dalam masa yang sama sangat merobek hati saya,” katanya.

Tambahnya, pengunjung restoran yang menyaksikan kejadian itu turut berminat mendengar kisah disebalik gambar dan meminta lelaki itu berkongsi ceritanya.

Lelaki tersebut memberitahu mendiang isterinya meninggal dunia lima tahun yang lalu. Mereka bertemu kali pertama semasa berusia 17 tahun, namun terpisah disebabkan Perang Dunia ke-2.

Difahamkan lelaki tersebut terus mencari wanita tersebut selama 10 tahun. Suatu hari, dia menceritakan kisahnya kepada seorang tukang cukur yang sebenarnya merupakan bapa kepada wanita yang dicarinya. Mereka kemudian berkahwin selama 55 tahun sebelum wanita tersebut meninggal dunia.

Bashizadah memberitahu, lelaki tersebut sentiasa membawa gambar mendiang isterinya itu ke mana-mana sahaja.

Menurutnya, bahagian hadapan gambar tersebut menunjukkan gambar lelaki tersebut dengan mendiang isterinya duduk di sofa . manakala, bahagian belakang merupakan gambar lelaki tersebut bersama mendiang isterinya ketika zaman muda.

Sumber : sinarharian.com.my

posted from Bloggeroid

Gaji Bawah RM5000 Dapat Subsidi Penuh

Salam sejahtera,

Kepada mereka yang mendapat pendapatan RM5000 ke bawah akan dapat menikmati subsidi petrol penuh di bawah skim rasionalisasi subsidi petrol yang akan dilaksanakan tahun depan.



Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengikut kata beliau, "Mereka yang berpendapatan lebih daripada RM10,000 sebulan tidak akan menikmati subsidi penuh, manakala mereka yang berpendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 akan mendapat separuh,".

Namun demikian, mekanisme perlaksanaan masih dikaji oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sumber : Astro

posted from Bloggeroid

Sunday, October 26, 2014

Yang Penting Rajin Dan Tak Memilih

Salam sejahtera,

Sebenarnya dah lama abg long nak tulis tentang pekara ni, iye la terfikir jugak kat dalam kepala ni samada ia baik untuk kesihatan ataupun tidak. Bukannya apa abg long risau kot-kot apa yang abg long tulis ni nanti ada yang terasa. Mmmm... bila difikirkan balik ni blog abg long yang punya jadi apa yang abg long tulis ni daripada pemerhatian dan pandangan seorang lelaki.

Percaya tak jika abg long katakan negara kita Malaysia ni kaya, tak percaya lihat je la berapa ramai orang luar yang datang ke negara kita ni baik secara halal atau secara haram. Malahan apa yang abg long perhatikan di kawasan Kuala Lumpur ini sahaja orang luar dah menjadikan kawasan tertentu sebagai kampung mereka. Anda lihat sahaja la jika cuti umum, pasti KLCC menjadi tempat tumpuan mereka.

Kita lupakan semua itu, apa yang nak abg long tuliskan adalah tentang keluahan kita yang mengatakan susah nak cari kerja atau dengan kata lain kerja susah nak dapat. Abg long bukan la nak kata abg long baik atau sempurna tapi abg long hairan jika ada yang mengatakan dah takda kerja kat malaysia ni. Rasa nak lempang je.

kalo la kat Malaysia ni takda kerja nape sabang hari ada je orang luar masuk kat malaysia ni, kat tempat abg long je la abg long ambik contoh, orang Indonesia setiap tahun setiap kali mereka balik mereka akan bawak saudara mereka datang bersama ke Malaysia untuk berkerja. Mereka datang ni ada kalanya bukan secara sah pun tapi mereka sanggup datang kerana apa...kerana nak cari rezeki disini.

kita pulak, hanya mengeluh dan mengharap sahaja kerja itu datang bergolek didepan mata. Kerja pulak tu nak yang senang dan glamour. Tak percaya, lihat je racangan realiti yang ada tu mak bapak sanggup abiskan Rm30k untuk anak mereka berjaya dalam racangan realiti yang mereka masuki. Ada pulak tu mak bapak marah-marah jika anak mereka terkeluar. Entah la seribu macam lagi kisahnya.

Abg long perhatikan orang luar ni yang datang mencari rezeki di Malaysia sanggup melakukan berbagai kerja bagi menampung kehidupan mereka baik di Malaysia dan jugak di nergara asal mereka. Malah abg long tengok mereka ini keluar dari awal pagi dan balik lewat malam.

Apa mereka yang mengatakan kat Malaysia ni dah takda kerja, buka la MATA dan lihat la disekeliling anda. Abg long rasa kat Kuala Lumpur ni sahaja banyak lagi kerja yang boleh dilakukan yang penting rajin dan tak memilih dalam mencari kerja ni. Jika ada perasaan malas dan memilih nampaknya sampai ke tua la tak dapat kerja. Tapi dalam mecari kerja tu pastikan la yang HALAL.


Saturday, October 25, 2014

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Salam Maal Hijrah

Salam sejahtera,



Pada hari ini 25/10/2014 bersamaan dengan 1 muharram 1436 hijrah adalah hari pertama dalam tahun baru bagi umau Islam. Di sini abg long nak ucapkan salam maal hijrah kepada seluruh umat Islam yang mengikut blog abg long ini.

Apa yang di maksudkan dengan HIJRAH ini?

Hijrah (هِجْرَة), maksud perpindahan. Ejaan alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin.

Istilah hijrah biasanya merujuk kepada perjalanan yang diambil oleh umat Islamdan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam.

Ancaman orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman.

Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Nabi sendiri berhijrah dengan Abu Bakar as-Siddiq. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.

Selain daripada kita menghayati kisah atau peristiwa hijrah yang dilakukan oleh Nabi SAW ini. Kita jugak boleh menjadikannya satu titik perubahan untuk diri kita sendiri termasuk la jugak dengan diri abg long sendiri. Perubahan daripada yang buruk kepada yang baik.

Jika sebelum ini kita selalu membuat perancangan apa bila hadirnya tahun baru masihi apa salahnya tahun baru hijrah ini kita buat jugak satu perancangan atau satu matlamat dalam hidup kita. Tak menjadi satu dosa jika kita menggunakan kelenda Islam sebagai satu aras pentunjuk bagi dalam perancangan kita nanti.
posted from Bloggeroid

Hari Ini Dah 3Bulan Muhammad Zhafri Aeesh

Salam sejahtera,

Hari ini Zhafri dah 3 bulan cepat betul masa berlalu... Alhamdulillah dan syukur kepadanya. Walaupun berbagai gelagat dan paelnya itu la yang membuatkan hati ini menjadi rindu dan penghibur kepada abi dan ummi. Abi dan ummi doakan moga Muhammad Zhafri Aeesh menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia serta di akhirat.












posted from Bloggeroid

Thursday, October 23, 2014

Kenapa La Sampai Macam Tu Fitnahnya

Salam sejahtera,

Firman Allah s.w.t. “Hai orang-orang yang beriman! kalau datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu” (Ayat 6 : Surah Al-Hujurat)

Terkejut abg long bila ada orang lakukan fitnah yang melampau kepadanya. Apa la salah dan apa dosa hamba Allah ini hingga sebegitu rupa jadinya. Siapa la hamda Allah yang sanggup buat pekara begitu kepadanya.



Boleh dikatakan hari ni cerita panas berkenaan hamba Allah ini dah ramai yang tahu. Besar betul dugaan dan cabaran yang dihadapai olehnya. Abg long terfikir apa yang dimahukan oleh pembuat fitnah terhadap hamba Allah ini.

Bukan la abg long nak defend hamba Allah ini, tapi abg long cukup muak dengan cara fitnah ini. Boleh dikatakan bukan pertama kali dan jugak bukan hamba Allah ini sahaja yang terkena. Jika diikuti dan dituruti catatan sejarah dah ramai yang terkena. Bukan setakat diri yang difitnah malahan kesannya jugak ditanggung oleh keluarga dan juga sanak saudara mereka.


وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ

“Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan.” (QS Al-Baqarah: 191)

وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ

“Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh.” (QS Al-Baqarah: 217)

Dalam Al Quran pun telah menyatakan betapa besarnya dosa bagi fitnah ini. Apa yang termampu doakan moga pembuat fitnah ni diberikan hidayah untuk tidak mengulanginya lagi.

posted from Bloggeroid

Plan Prepaid Mobile Internet Celcom Yang Baru

Salam sejahtera,

Kali ini Celcom telah memperkenalkan plan yang baru untuk mobile Internet. Terus terang abg long katakan abg long tak tahu langsung berkenaan plan baru Celcom ni. Sebelum ini abg long menggunakan plan yang lama ( seperti gambar di bawah ), bila abg long nak renewnya semalam plan tersebut melalui sms plan tersebut telah ditamatkan.



Melalui SMS itu jugak abg long diberitahu plan baru Celcom. Pada mulanya terkejut dan bengang jugak tapi bila abg long search di internet baru la jelas apa yang di tawarkan oleh plan baru mobile internet prepaid celcon ni.


Keseluruhan plan baru.


Plan harian.


Plan mingguan


Plan 2 minggu


Plan bulanan


Plan tanpa had

Secara keseluruhan apa yang abg long lihat plan terbaru ini lebih baik daripada plan yang lama. Selain kita dapat memilih plan yang disediakan malahan terdapat beberapat plan yang pada abg long jimat dan berbaloi untuk jadi pilihan.

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 22, 2014

Aktiviti Abg Long Hari Ini

Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu abg long nak ucapkan Happy Diwali kepada mereka yang beragama Hindu dan hari ini jugak merupakan hari cuti umum.


Aktiviti abg long hari ni mmm.. sebernarnya tiada apa yang menarik diwaktu ini, iye la orang lain cuti abg long kerja. Nak kata sedih... takda la cuma boring la sikit bila kerja waktu cuti macam ni. Abg long suka kerja waktu macam ni, mana taknya selain tak ada sttaf dalam pejabat, abg long boleh la buat aktiviti abg long. Salah satunya aktiviti yang abg long buat sekarang ni update blog :).

Selain itu juga abg long boleh abiskan bacaan buku abg long dalam waktu ni...


Ini bacaan baru abg long waktu ni :), walaupun ceritanya dah abg long tengok tapi rasa macam tak puas jika tak baca novelnya. Abg long nak buat ulasan tentang novel ni, abg long rasa tak payah la ye sebab ceritanya pun dah ramai yang tengok.

Rasanya setakat ini dulu lah abg long tulis, nantikan abg long tulis panjang rasa boring pulak nak membacanya. Apapun sekali lagi abg long ucapkan happy diwali dan selamat bercuti.

Tuesday, October 21, 2014

Jalan-jalan Cari Ilmu

Salam sejahtera,

Dalam menulis blog ni, idea untuk menulis ada kalanya buntu dan kosong. Malahan ada kalanya pening mana satu untuk menulisnya bila idea datang bertubi-tubi.



Begitu la abg long kala ini, dan apa yang boleh abg long katakan abg long tiada idea apa yang nak abg long tuliskan.

Apa yang abg long buat hanya la jalan-jalan ke blog orang lain, mana la tahu bila dah menyinggah tu boleh la abg long baca apa yang mereka tulis. Selain tu dapat la jugak abg long cari ilmu tak kira dalam apa bidang pun.

Cuma dalam mencari tu kena la jugak tapis apa yang ditulis di dalam blog ni. Bukannya apa ada kalanya artikel yang ditulis tu bukan dari sumber yang sahih dan betul, jadi kita la yang kena buat penilaian seteruanya.


posted from Bloggeroid

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Monday, October 20, 2014

Pro Dan Kontra Program I Want To Touch A Dog

Salam sejahtera,

Tak tahu apa yang nak dikatakan bila melihat dan membaca berita berkenaan program I Want To Touch A Dog ini. Lebih-lebih lagi program ini dianjurkan oleh orang islam di taman rekreasi Damansara.

Dari berita yang abg long baca tujuan program ini diadakan bagi menghilangkan rasa takut orang ramai pada anjing dan juga satu cara praktik atau latihan bagi orang Islam untuk mencuci atau menyamak bila terkena anjing.

Abg long cuba bandingkan info ini dengan melihat gambar di bawah ini.





Abg long hairan bagaimana la pihak berkuasa terlepas pandang dengan pekara-pekara begini, bila dah berlaku baru la heboh di media cetak mahupun di media elektronik.



Cuma sekarang kepada anda la yang buat penilaiannya sendiri dengan apa yang berlaku bak kata orang tua tepuk dada tanya hati.

posted from Bloggeroid

Sunday, October 19, 2014

Anak Abi Mengamuk...

Salam sejahtera,

Hari ini boleh dikatakan hari yang memenatkan bagi diri abg long dengan orang umah. Hari buli sedunia yang dilancarkan oleh sikecil abg long ni. Mana taknya dari pukul 5 pagi hingga la ke tengah hari si kecil abg long ni mengamuk.



Si isteri risau bekalan susu kurang ke sebabkan ngamukkan si kecil. Si suami pulak risau si kecil perut kembung dan tak selesa menyebabkan ngamukkan. Dari sebelah kiri ke sebelah kanan, dari dari baring ke duduk si isteri susukan si kecil. Si suami kerja separuh hari risaukan si kecil.



Tapi alhamdulillah tengah hari si kecil abg long kembali seperti biasa. Betapa lega dan lapangnya dada si kecil dapat tidur dengan lena.

Moral story sabor je la...:)

posted from Bloggeroid

Thursday, October 16, 2014

Tertekan...

Salam sejahteta,

Orang kata akal akan jadi pendek bila kehidupan diselubungi tekanan....



Begitu la apa yang abg long rasa, ingatkan bila timbul je satu masalah dah selesai tapi tak jugak selesainya makin bertambah ada la. Bila dah tertekan ni mula la perangai nak naik hantu pun ada. Jika diikutkan tak baik untuk kesihatan dan jugak perhubungan sosial apa boleh buat kekadang ia terlepas jugak.

Yang jadi mangsa orang terdekat dengan kita. Masalah ini pulak tak kira la samada di Tempat kerja, di tempat awam malahan di rumah kekadang boleh menyebabkan tekanan.

Ada kala abg long buat bodoh je dengan masalah tapi ada kala membuatkan abg long stress dan akhirnya jadi tekanan. Malahan ada kala abg long ambik jalan paling senang pada diri abg long dengan berdiam diri dan membatukan diri sahaja.

Bukan tak nak cari penyelesaian tapi ada kala ia menjadi letih dalam melayan masalah ini. KESABARAN ada kala ok tapi ada kalanya KO. Untuk dibawa bincang pulak mmm... dah letih malah susah nak di ajar. Apa yang termampu abg long sekarang SABAR dan DIAMKAN DIRI je.

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 15, 2014

Hanya Kerana Sekeping Gambar

Salam sejahtera,

Apa perasaan anda bila melihat gambar di bawah ni.



Walaupun gambar ni dah 21 tahun telah di ambik tapi ia mendatangkan kesan kepada sesiapa yang melihatnya malahan ada yang tertanya-tanya apa kesudahannya.

Abg long sendiri pun bila melihat gambar tersebut Susah untuk mengatakan apa yang tergambar di dalam dada abg long ini. Ia seumpama bercampur aduk.

Dah dengan gambar ini lah, jurugambar yang merakamkan kejadian itu telah memenangi hadiah Pulitzer pada tahun 1994. Jurugambar yang abg long maksudnya adalah Kevin Carter, dimana Kevin merupakan seorang jurugambar terbaik dunia. Lelaki ini berasal dari Johanesburg, Afrika Selatan.





Gambar tersebut dirakam sewaktu Kevin menjalankan tugas tetang masalah kebuluran yang berlaku di Sudan pada tahun 1993 dimana ia telah meragut banyak nyawa.

Walaupun memenangi anugerah tersebut, Kevin mengalami tekanan dan juga kemurungan di atas perasaan bersalah beliau kerana meninggalkan kanak-kanak tersebut.

Dan 27 Julai 1994 pada umur 33tahun Kevin Carter telah membunuh diri dengan menyalurkan asap dari ekzos ke dalam keretanya menggunakan paip.

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>