Thursday, December 31, 2015

Selamat Tinggal 2015

Salam sejahtera

Tinggal beberapa jam lagi untuk kita tinggalkan tahun 2015. Tiada apa nak abg long banggakan bagi kejayaan abg long dalam tahun ni. Boleh dikatakan semua yang abg long rancang dan impikan semua tak jadi dan jugak gagal.


Abg long pernah tulis abg long nak berhenti kerja pada tahun ni, tapi apa kan daya rezeki tak sampai lagi. Maka dengan tu bekerja la abg long lagi untuk mencari sesuap nasi.

Cuma abg long harapkan impian abg long nak berhenti kerja tu akan tercapai pada tahun depan. Insya allah.

Tahun ni jugak boleh dikatakan tahun yang mencabar daripada segi mental dan jiwa. Ada kalanya boleh abg long kawal dan kalanya jugak abg long tewas. Harap-harap tahun depan kurang la sikit cabaran tu.

Azam pulak abg long takda la apa sangat nya cuma nak tunaikan yang tahun ni je. Apa orang kata nak forward. Ke depan je azam tahun ni.

Minat Kita Sama La

Salam sejahtera

Tak tahu la siapa yang WELCOME TO DA CLUB abg long ke atau si hero atau pun ke dua-duanya sekali. Mana taknya buka mata je nak, bila nangis je tu je la bahan pujuknya, kalau si hero yang tak nak layan abi yang layan ke kadang uminya pun sekali yang layan.

Nak salahkan si hero mmm...si hero pun bukan nya tahu apa pun. Jadi siapa yang nak disalahkan...siapa la kalau bukan abi dan uminya la. Korang jangan salah sangka pulak abg long bukan ajar perkara yang salah ye kat si hero abg long ni. Kalau korang nak tahu acu,cuba, try tengok kat bawah ni...

Wednesday, December 30, 2015

Berpada-pada La Ya...

Salam sejahtera

Dalam kehidupan kita ni tiada semuanya kita suka, tiada semuanya kita nak, tiada semuanya kita ambik. Memang dah lumrahnya macam tu tak kira la abg long atau pun korang.

Jika ada manusia atau korang terjumpa spesis yang tidak pernah menolak ketentuan lumrah alam, abg long rasa korang kena bawak spesis tu ke hospital atau institusi yang berwajib untuk di uji kaki. Mana la tahu spesis tu bukan daripada bumi.

Aduhai apa la abg long mengarut pulak kat dalam ni, dah la korang tak faham apa yang abg long tulis kan. Apa kata abg long kongsi gambar ni dengan korang, harap-harap korang dapat faham la ye.

Tuesday, December 29, 2015

Perlu Sangat Ke Mention ni...

Salam sejahtera

Aduhai manusia...
Nak tergelak pun ada,
Hairan pun ada,
Pelik pun ada,
Macam ni pun ada... memang ada pun.

Entah la apa lagi la nak abg long tuliskan lagi. Abg long bukan la nak katakan abg long ni sempurna atau perfect. Kita memang bukan sempurna.


MENTION...perlu ke kita kena ada sifat tu ye dan perlu sangat ke sifat tu dalam kehidupan kita ni. Korang mesti pening kan... iye la tiba-tiba cerita pasal Mention ni.

2 Kerja Mmm...

Salam sejahtera,

Bila dah jadi viral abg long rasa nak jugak la buat post pasal ni. Iye la alang-alang dah baca tahu faham apa yang di katakan oleh hamba Allah tu.


Bagi hamba Allah tu sebenarnya abg long rasa apa yang dikatakan tu kena la faham dengan realiti tapi, bila dah terlampau bijak ni susah jugak. Nak ditegur memang dah ramai yang tegur, nak buat bodoh pulak rasa semacam je.

Cuma apa yang nak abg long katakan buat dua kerja ni dah lama sebenarnya. Kalau tak silap abg long la daripada zaman atuk dan nenek kita pun dah ada cuma tak viral je zaman tu.

Saturday, December 26, 2015

Siapa Yang Sebenar Jumpa Kopi Ye..

Salam sejahtera,

Pada mulanya abg long tak sangka begitu rupanya kisah kopi ni, ia la sebelum ni abg long ingatkan cerita pasal kopi ni macam tu tapi sayang seribu kali sayang rupanya. Abg long bukan nak ceritakan tentang khasiat kopi, kelebihan kopi ke atau yang seiring dengannya.

Apa yang nak abg long ceritakan disini tentang siapa yang mula-mula sekali yang jumpa kopi ni. Maklumat ni pun abg long jumpa masa baca suatu artikel dalam sebuah majalah. Korang rasa siapayang jumpa kopi ni ye. Kalau abg long katakan yang jumpa ni haiwan yang berkaki empat, agak-agaknya korang percaya tak?

Kalau korang tak percaya tu tak apa, abg long sendiri pun terkejut jugak bila membaca tajuk artiket tentang siapa yang temui kopi ni. Apa kata korang tengok gambar bawah ni..

Thursday, December 24, 2015

Selamat Bercuti Kepada Korang...

Salam sejahtera,

Abg long nak ucapkan selamat bercuti kepada korang yang mana bercuti mesti korang seronok kan, ia la mana tak seronoknya 4 hari tu. Bagi yang tak dapat cuti tu macam abg long ni usah la sedih-sedih pulak " hidup mesti diteruskan " ( boleh guna ke ayat macam tu? ) yang penting kita hapi AKA happy.


Bagi yang nak pulak ke kampung tu abg long harapkan korang pandu la dengan cermat dan hati-hati jangan pulak pandu ikut nafsu, sambil tu ingat ALLAH ( pada yang muslim ) baru ingat orang yang tersayang.

Rasanya takat ni la dulu abg long tulis kan nanti kalo tulis panjang-panjang korang tak nak baca pulak kan korang tengah cuti sekarang ni. Ok la apa pun PEACE YO...

Sharing

Salam sejahtera


Sunday, December 20, 2015

Ada Apa Dengan Botol Plastik

Salam sejahtera

Abg long rasa kat umah korang semua mesti ada benda seperti kat bawah ni kan.


Apa kata selain korang buang ataupun jual kepada kitar semula, korang cuba ubah jadi sesuatu seperti kat bawah ni...

Kerisauan Si Abi

Salam sejahtera

25 hari bulan 12 nanti genap la 1 tahun 5 bulan usia anak sulung abg long tiada apa yang nak abg long katakan melihat perkembangan sihat si hero abg long yang membesar di dalam mata. Apa yang abg long harapkan si hero abg long menjadi anak yang soleh.


Dalam usia itu jugak la bermacam-macam gelagat dan jugak kerenah si hero abg long ni kekadang tu ada perkara baru yang si hero abg long tunjukkan yang membuat si abinya tertanya-tanyuua kat mana la si hero ni belajar.

Tambahan lagi bila dah pandai berjalan ni makin aktif la si hero abg long meneroka setiap sudut rumah. Menjelajah setiap bilik yang ada di dalam rumah hingga la ke kawasan dapur. Dulu jiran-jiran kata rumah abg long ni sunyi je walaupun dah ada anak tapi sekarang riuh rendah kalao tak suara anak suara si umi dan abinya.

Dan sejak si hero abg long mula pandai berjalan abg long perhatikan cara si hero abg long terkangkang. Mulanya abg long ingatkan itu memang kebiasan proses untuk bayi yang baru belajar berjalan tapi bila dah 2 bulan abg tengok masih lagi sama mula la menjadi kerisauan tambah lagi kepada uminya.

Maka pakcik google la jadi sumber rujukan. Kat sini abg long nak kangsikan antara hasil google abg long pada korang,

KAKI BAYI KENGKANG, NORMAL ATAU ABNORMAL ?

Friday, December 18, 2015

Terima La Dari Ku Untuk Mu...

Salam sejahtera,

Abg long sebenarnya tak tahu apa nak abg long tuliskan disini. Lama betul abg long tinggalkan blog abg long ni. Abg long tak tahu la masih ada lagi ke yang ingat kat blog abg long ni ( mood perasan hehehe ). Walau apa pun abg long nak berterima kasih kepada mereka yang sudi singgah kat blog abg long ni. Untuk anda abg long hidangkan sebuah lagu ini sebagai tanda hiburan untuk kita semua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>