Tuesday, December 10, 2013

Jika itu bukan rezekiku

Salam sejahtera,

"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, kamilah yang memberi rezeki kepadamu; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa".





Setiap rezeki kita telah ditetapkan oleh Allah swt, baik daripada segi kesihatan, kebendaan, kemudahan untuk begerak atau sebagainya. Sebab itu kita diwajibkan untuk berusaha dalam mencari rezeki yang halal selagi kita bertenaga.

Tapi pernah tak kita terfikir rezeki yang dicari itu bukannya milik kita sepenuhnya, kenapa abg long berkata begitu? Ini kerana setiap apa yang kita perolehi akan menjadi milik orang lain sebagai contoh ia berlaku pada abg long sendiri dan ia juga berlaku pada anda.

Hari ini duit abg long melayang RM200 kerana terpaksa beli bateri kerata yang baru. Tentu anda tak nampak lagi apa yang nak abg long jelaskan disini kan? Ok la duit sebanyak RM200 itu abg long simpan setelah ditolok daripada gaji bulanan abg long. Hari ini abg long terpaksa keluarkannya kerana abg long perlu membayar harga bateri kerata.

Maka dengan itu rezeki yang abg long simpan itu bukannya milik abg long sepenuhnya kerana ia telah berpindah kepada orang lain ( tuan kedai bateri ). Dah nampak kan, sebab itu abg long katakan rezeki kita itu bukan milik kita sepenuhnya. rezeki yang kita cari itu dan yang kita dapat itu pasti ada pemiliknya.

Kerana itu la kita termasuk abg long sendiri, kena sentiasa ingat tentang rezeki yang kita milik atau yang kita dapat itu sebenarnya datang daripadanya. Allah swt itu memang pemurah tapi jangan lupa ia juga boleh tarik apa yang diberikan itu sekelip mata sahaja.

Abg long syorkan kepada anda untuk dapatkan buku di atas, abg long pasti anda akan lebih faham apa yang abg long maksudkan dengan apa yang abg long tulis di atas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>