Sekarang kita dah berada dalam bulan Disember ada 30 hari lagi untuk kita melangkah ke Tahun baharu 2014. Cepat betul masa berlalu, pejam celik dah nak habis penghujung tahun 2013, abg long rasa banyak cerita mahupun peristiwa yang akan kita kenang kan?. Sama juga dengan abg long, banyak kenang dan cerita yang abg long akan ingat dan mungkin akan menjadi pengajaran buat diri abg long sendiri.
Apa ye target tahun baru 2014?... Apa kata tahun baru kita buat perubahan, nak tak?. Abg long pun nak buat target tu. Insya allah... Kenapa abg long nak target yang itu? bukan yang lain?... Abg long rasa kita semua pernah dengar ungkapan ini kan...
INGAT 5 PEKARA SEBELUM 5 PEKARA....
Pasti tahu apa maksud ayat-ayat kat atas kan... Abg long bukan nak buat ulasan berkenaan ayat yang abg long tulis tu, cuma sebagai manusia dan yang paling penting beragama Islam abg long rasa kita kena sedar. Walau tak banyak pun suku, jika masih tak boleh sikit pun ok. Kita bukan selalunya berada di atas, peringatan untuk kita semua termaksud la abg long sendiri.
Bila lagi untuk kita berubah?... tak kira la berubah dalam segi apa pun, yang penting ke arah kebaikan. Tak akan la kita nak sama je? Tak mahu kah jika perubahan kita itu akan menjadi kebanggaan kepada kita lebih-lebih lagi pada ibu bapa kita?. Abg long akui setiap perubahan itu tidak boleh mengejut, bukan apa bimbang ia akan berlaku pernolakan pada diri kita. SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT.
No comments:
Post a Comment