Thursday, February 27, 2014

Kerana Mulut

Salam sejahtera,

" Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa " pepatah orang melayu kita tapi abg long rasa
walau apa pun bahasa yang ada kat dunia hari ini, berbagai pepatah, peribahasa mahupun bidalan setiap bangsa mesti ada berkaitan dengan mulut ni. Malahan dalam islam sendiri pun ada menekankan bab mulut ini.
Ini kerana selain untuk digunakan menyalurkan tenaga pada tubuh badan kita, mulut kita juga turut digunakan untuk perhubungan antara satu sama lain kecuali mereka OKU sahaja.


Abg long rasa anda pernah dengar perumpamaan ini " mulut bagai mata pedang " kekadang ada juga yang mengatakan " lidah setajam mata pedang ". Dan abg long rasa anda juga setuju jika ada orang mengatakan " mulut ini jahat ". Jika anda tak setuju, anda boleh lihat kerana mulut la manusia boleh berbunuh, boleh bermasam muka, boleh membenci dan banyak lagi la.

Bukan la abg long nak mengata, nak tujuk alim, nak menuduh atau sebagainya, semua itu bukan kerana apa yang abg tulis ini untuk peringatan diri abg long sendiri. Dan abg long rasa tak salah untuk abg long berkongsi dengan anda jugak.

Dalam kehidupan kita termasuk la abg long, kita mungkin tidak sedar kekadang percakapan yang keluar daripada mulut kita boleh melukakan hati sesorang dan mungkin paling teruk boleh mengacam nyawa kita dan orang lain. Contoh yang paling senang nak abg long berikan dalam bab kita bergurau senda tak kira la sesama rakan, sanak saudara, adik beradik mahupun suami isteri. Gurau kita itu hanya untuk hiburan, tapi jika gurauan itu melampau abg long rasanya anda pun dah tahu apa akibatnya sendiri kan.

Sebab itu la baik anda mahupun abg long sendiri, mulut kita ni hendaklah sentiasa dijaga bukan hanya dari segi kesihatan malahan dari segi pertuturan. Abg long ambik maksud ayat ini daripada Al-Quran untuk renungan kita bersama.

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. “Bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor.” An-Nahl : 25

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>