Friday, June 27, 2014

Si Ibu Yang Kejam

Salam sejahtera,

Abg long nak mohon maaf jika tajuk yang abg long tulis ni terlalu kasar ataupun menyentuh peribadi seseorang. Tapi jika ia tersentuh bak kata orang tua siapa makan cili dia la yang rasa pedas.

Boleh dikatakan dalam minggu ni berita tentang seorang remaja oku 15 tahun iaitu Muhammad Firdaus Dullah, hangat diceritakan baik daripada media cetak mahupun media elektroknik. Malahan dalam media sosial jugak tak kalah jugak menceritakan tentang kisah adik Muhammad Firdaus ni.



Bila abg long baca kisah adik Firdaus ini abg long cukup sedih dengan apa yang telah dilakukan oleh si ibu. Kemana la perasaan si ibu ni sanggup buat si anak begitu. Walaupun OKU tapi dia tetap anak kamu, yang kamu mengandung selama 9 bulan. Terus terang abg long katakan si ibu ni tarafnya lebih daripada binatang.

Ada orang kata kita tak tahu kisah sebenarnya tentang si ibu. Tak elok salahkan si ibu... bagi abg long walaupun apa kata orang tapi abg long memang tak boleh terima kelakuan si ibu. Yang sanggup tinggalkan si anak di dalan bilik yang gelap, hanya di beri makan 1 kali 1 hari, pakaian yang compang camping dan tidak dimandikan.

Abg long cuma nantikan keputusan mahkamah apa hukuman yang akan di terima oleh si ibu ini...

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 24, 2014

Kisah Lift



Ada sorang mak cik dari sebuah kampung pergi ke KLCC.

Bila sampai depan lift, TING! Pintu lift terbuka.
Mak cik tu kagum seraya berkata "Wah! Besarnya oven ni..!"

Tetiba datang sorang mat Saleh masuk dalam lift. Mak cik tu cuba menghalangnya "Woi, jangan masuk! Kang terbakar ko kang..!"

Mat Saleh yg kehairanan dan tak faham makcik tu cakap apa terus masuk dalam lift. Mak cik tu masih menunggu depan lift.

TING!!! Pintu lift terbuka.. keluar seorang lelaki negro.

Mak cik tu pon apa lagi...membebel laa.. "Kan mak cik dah cakap jangan masuk! Padan muka ko hangus!!!".


P/s : cerita ni tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang dah meninggal...

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 18, 2014

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Kasino Ke 2 Akan Ada Di Malaysia

Salam sejahtera,

Abg long terkejut apabila terbaca satu artikel ini. Betul ke negara kita ni negara ISLAM? Tak cukup kah lagi apa yang dah ada sekarang ini? Abg long sedih jika lesan untuk pembinaannya diluluskan. Tak terbayang keadaan Malaysia nanti.




Abg long bukan lihat isu ini dari segi politik tapi abg long lihat daripada segi sosial dan yang paling penting sebagai seorang yang beragama ISLAM. Jika nak dikatakan untuk sumbangan ekonomi? Adakah kita dah tak ada sumber lain untuk tingkatkan ekonomi negara?

Cuma sekarang ini abg long hanya mampu tunggu dan lihat apa keputusannya dan yang lebih penting apa kata pihak yang berwajib tentang isu ini.
posted from Bloggeroid

Monday, June 16, 2014

Cuba Wangian Jenis Murah Pulak

Salam sejahtera,

Pada mulanya abg long takut jugak nak cuba minyak wangi jenis ni, iya la macam-macam cerita yang abg long dengar pasal wangian ni. Ada kata minyak wangi jenis ni boleh jadi gatal la, tak tahan lama la dan banyak lagi, tapi bila abg long cuba sendiri alhamdulillah tak sama apa yang long dengar tentang minyak wangi ni.



Terus terang abg long katakan dengan harga RM90, ia berbaloi dengan apa yang abg long dapat. Walaupun baunya seakan-akan yang ori tapi untuk jangka waktu yang lama ketahanan baunya masih lagi bertahan.

Apa yang penting abg long puas hati dengan minyak wangi jenis ni. Lepas ni boleh la cuba jenama yang lain pulak :). Nak beli yang original memang tak mampu la, jadi yang jenis macam ni la sebagai pengganti ;).

posted from Bloggeroid

My Ayah Is My Hero



Anak-anak ku...

Memang ayah tak mengandungkanmu,
tapi darahnya mengalir didarahmu, namanya melekat dinamamu...

Memang ayah tak melahirkanmu,
tapi suaranya-lah yang pertama mengalunkan kalimah2 Allah ketika kau lahir...

Memang ayah tak menyusui mu,
tapi dari setiap titisan keringat nya lah menjadi air susumu...

Nak...

Ayah memang tak menjagamu setiap saat..
tapi tahukah dikau dalam doanya selalu ada namamu yang di sebut...
Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar , tak pernah kau lihat, kerana dia ingin melihat kau kuat
Agar kau selalu merasa aman..

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat Ibu..
kerana dia takut tak sanggup melepaskanmu...
Dia ingin kau berdikari, agar ketika kami tiada nanti, kau sanggup menghadapi semua sendiri...

Ibu hanya ingin kau tahu nak..
bahawa...

Cinta ayah kepadamu sama besarnya dengan cinta Ibu...

"Jagalah selalu "cinta" dari ayahmu dan janganlah engkau memutuskannya, kerana yang demikian lalu Allah SWT akan memadamkan cahaya dari padamu"
(HR. Bukhari)

Anak-anak ku...
Pada diri ayahmu juga terdapat SYURGA untuk mu...

posted from Bloggeroid

Perhatian Untuk Para Blogger

Salam sejahtera,

Untuk para bloggger dan juga yang ingin menjadi blogger, abg long nak share satu artikel ini kepada anda semua. Dengan perkongsian ini dapat memberi ilmu yang berguna untuk anda...

6 Strategies for Launching a Successful Blog



This excerpt is part of Entrepreneur.com's Second-Quarter Startup Kit, which explores the fundamentals of starting up in a wide range of industries.

In the book Start Your Own Blogging Business, the staff at Entrepreneur Press and marketing expert Jason R. Rich explain how to start a profitable business as a blogger by generating income from advertisers, subscribers, merchandisers and more. In this edited excerpt, the authors reveal the six steps you must take if you want to create and maintain a successful blog.

The following are basic blogging strategies every professional blogger should implement to help ensure success:

1. Define the target audience for your blog and cater to that audience. The best way to build a dedicated audience for any blog is to carefully and clearly define its target audience right from the start, and then create content that caters to that audience.

Focusing on a niche audience and developing appropriate content specifically for those people helps to ensure there will be strong interest in your blog's content, plus it makes promoting the blog easier.

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Friday, June 13, 2014

Apa Bila Agama Di Permainkan

Salam sejahtera,

Entah perkataan yang paling sesuai untuk abg long katakan tentang pekara ni. Geram... memang abg long geram dengan apa yang di tulis oleh makhluk ni, nak kata tak sekolah rasanya ada, nak kata tak didik abg long rasa dah terdidik. Jika nak disalahlan dengan teknologi terkini rasanya tak boleh.



Pekara ni bukan yang kali pertama berlaku, abg long rasa anda pun tahukan pekara ni... abg long hairan apa motif makhluk-makhluk macam ni lakukan? Adakah kerana nak tunjuk kebebasan seperti negara luar? Atau nak cari kemegahan kerana dapat lakukan pekara bodoh tu?...

Maklumat yang abg long dapat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang membantu pihak polis dalam menyelesaikan pekara ni. Abg long puji pihak bewajib pantas mengambil tindikan cuma abg long kecewa pihak bewajib tak mengadakan satu rang undang-undang yang tegas untuk menyelesaikan masalah ini. Abg long percaya pekara ini akan berulang lagi di masa hadapan.

posted from Bloggeroid

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Makan Bola, Minum Bola, Tidur Bola

Salam sejahtera,

Hari ni dengan rasminya perlawanan bola dunia dengan rasminya bermula. Abg long rasa ramai yang sanggup bersengkang mata untuk menyaksikan perlawanan tersebut.



Meriah sungguh majlis perasmian pembukaan pagi tadi apa yang abg long tahu persiapaan untuk perasmian ini telah dilakukan selama 2 minggu yang mana merangkumi latihan. Maka tak hairan la majlis ini nampak sempurna.

Untuk perlawanan perbukaan ini, kita telah dihidangkan dengan perlawanan diantara Brazil dengan Croatia daripada kumpulan 1. Keputusana untuk perlamawan pagi tadi di menangi oleh Brazil iaitu 3-1.

posted from Bloggeroid

Friday, June 6, 2014

Target Yang Melampau

Salam sejahtera,

Abg long tersenyum bila teringatkan hamba allah ni, bukan la abg long nak memperkecilkan usaha yang yang dijalankan olehnya. Cuma kekadang abg long ada juga rasa nak marah dengan hamba allah ni, mana taknya bila dah berlagak pandai susah orang nak tegur atau nasihat.

Duit dah banyak habis tapi kerja satu pun tak diusahakan sampai akhir atau dapat kepulangan hasilnya. Tak salah untuk kita berusaha dalam mencari rezeki dan setiap usaha tu perlukan modal. Sama la hamba allah ni, berniaga menjadi pilihan beliau untuk tingkatkan ekonomi walau bekerja dalam sektor kerajaan.



Tapi abg long sedih setiap perniagaan yang dijalankan hanya sekerat jalan sahaja. Dan yang terbaru beliau menghasilkan produk beliau sendiri. Pada permulaannya permintaan tinggi tapi masuk je bulan kedua permintaan kurang.

Hamba allah ni dah mengeluh, mana taknya target yang beliau sasarkan untuk keuntungan bagi produk beliau lebih RM2k yang beliau ceritakan pada abg long. Terus terang abg lonf katakan ab long terkejut beruk jugak. Target yang beliau sasarkan tu memang melampau sungguh.

Bukan abg long tak percayai dan abg long akui memang boleh untuk dapatkan target macam tu dengan produk yang beliau ada. Tapi untuk permulaan patutnya target tu berpada-pada la, jika nak jugak dapatkan target usaha kena lebih la dan cara pemasaran pun kena la kreatif. Jika hanya guna medium facebook semata-mata rasanya...entah la abg long pun susah nak cakap.


posted from Bloggeroid

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Wednesday, June 4, 2014

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Isu Cadbury

Salam sejahtera,




Abg long rasa anda semua dah tahu tentang isu ini kan, berbagai versi cerita yang telah kita dengar atau yang telah kita semua baca baik di media cetak mahupun media elektronoik. Kekadang naik pening dibuatnya.

Abg long cuma nak luahkan pendapat abg long sendiri berkenaan isu ini. Iye la kita sebagai pengguna dan yang paling penting sekali sebagai seorang islam. Pertama kali abg long betul-betul kecewa dengan pengeluar coklat yang boleh dikatakan terkenal ini kerana tidak begitu sensitif dalam hal bahan yang digunakan untuk coklat mereka. Yang kedua abg long jugak kecewa kepada pihak yang berwajib dalam menentukan hal halal dan haram ini, dimana mereka ini seperti nak lepas tangan atau dengan kata lain nak cuci tangan dalam kes ini.

Sebagaimana yang telah dilapor isu ini pada mulanya haram dan yang terbaru dah jadi halal. Apa yang abg long tahu semasa abg long tulis ni, ada setengah pasaraya masih menjualnya coklat-coklat ini yang mana sepatutnya dan kononnya telah ditarik balik.

Isu makanan halal haram ini bukan la kali pertama yang kita tahu dan dengar. Ia telah lama berlaku mungkin secara sedar ataupun tidak.

Yang abg long hairan la kenapa nak ambik sempel kat kilang kenapa tak ambik sampel tu di kedai atau pasaraya?... Apa yang penting selepas ini kita kena lebih peka dalam soal halal dan haram.

posted from Bloggeroid

Sharing Is Caring



P/s : Mana yang lebih bijak pembeli atau peniaga?

posted from Bloggeroid

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Tuesday, June 3, 2014

Jadi Pengguna Yang Bijak

Salam sejahtera,

Walaupun murah tapi berbaloi...Lain macam je tulisan abg long hari ni kan. Sebenarnya tiada yang lain pun tulisan abg long sama macam dulu insya allah tak akan berubah kot :).

Cuma abg long nak kongsikan barang yang beli masa keluar tadi.



Rasanya anda tahukan apa nama barang di atas kan. Nak lagi abg long perlukkan untuk mengekalkan kebotakan abg long ni. Sebenarnya abg long ingatkan hanya kat pasaraya mydin je abg long boleh dapat murah dan banyak. Rupanya kat kawasan rumah abg long pun boleh dapat sama apa yang ada kat pasaraya mydin.

Seperti abg long tulis awal tadi, murah dan berbaloi begitu jugak la barang yang abg long beli ni. Dah la murah, tak sampai pun RM5 dapat 10 pulak tu. Tentang jenama pulak tu terus terang abg long katakan ia tak berjenama :). Apa yang penting berbaloi dengan duit yang abg long keluarkan.

posted from Bloggeroid

Sharing Is caring


posted from Bloggeroid

Sunday, June 1, 2014

Fahami Kisah Ini...

Salam sejahtera,

KISAH 1

Seorang pemuda menghadiri temu duga. Sewaktu hendak melangkag masuk ke dalam, dia terlihat secebis kertas ( sampah ) di atas lantai. Lantas, dia memungutnya dan memasukkan ke dalam tong sampah. Perlakuannya dilihat oleh salah seorang pegawai syarikat itu. Akhirnya, pemuda itu berjaya mendapat kerja.


KISAH 2

Ada seorang budak bekerja sambilan di sebuah kedai membaiki basikal. Datang seorang lelaki menghantar basikal anaknya untuk dibaiki. Budak itu bukan saja membetulkan apa yang rosak, bahkan turut menggilap basikal itu hingga bersih berkilat. Teman-teman mentertawakan perbuatannya itu. Namun, kesungguhannya itu telah menarik perhatian lelaki tersebut dan mempelawa budak itu bekerja sambilan di syarikatnya, dengan upah yang lebih lumayan.


KISAH 3

Suatu hari, seorang anak memuji ibunya- "ibu nampak cantik hari ini." Si ibu pulak menjawap, "kenapa tiba-tiba cakap begitu?" Dan anak kecil itu menjawap, "sebab ibu tidak marah-marah hari ini."


KISAH 4

Seorang petani setiap hari menyuruh anaknya turun membantunya di sawah. Seorang teman berkata kepadanya, "tak perlulah suru anakmu itu bekerja keras setiap hari. Padi tetap akan tumbuh subur." Lalu si petani itu menjawap begini, "Aku bukan memupuk tanamanku untuk tumbuh subur, tapi aku sedang memupuk sifat rajin dan kental dalam diri anakku."


KISAH 5

Ada dua ekor katak. Satu, tinggal di sawah. Satu lagi hidup dalam longkang di tepi jalan besar. Katak sawah berkata, "tempat tinggalmu bahaya. Marilah tinggal bersamaku." Dan kata longkang menjawap acuh tak acuh, "Ah, aku malas hendak pindah. Biarlah di sini saja." Tidak lama kemudian, katak sawah datang menjenguk sahabatnya itu. Sayangnya, katak longkang telah mati di tepi jalan akibat digilis kenderaan.

P/s : harap anda faham kisah di atas :).

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>