Abg long nak mohon maaf jika tajuk yang abg long tulis ni terlalu kasar ataupun menyentuh peribadi seseorang. Tapi jika ia tersentuh bak kata orang tua siapa makan cili dia la yang rasa pedas.
Boleh dikatakan dalam minggu ni berita tentang seorang remaja oku 15 tahun iaitu Muhammad Firdaus Dullah, hangat diceritakan baik daripada media cetak mahupun media elektroknik. Malahan dalam media sosial jugak tak kalah jugak menceritakan tentang kisah adik Muhammad Firdaus ni.
Bila abg long baca kisah adik Firdaus ini abg long cukup sedih dengan apa yang telah dilakukan oleh si ibu. Kemana la perasaan si ibu ni sanggup buat si anak begitu. Walaupun OKU tapi dia tetap anak kamu, yang kamu mengandung selama 9 bulan. Terus terang abg long katakan si ibu ni tarafnya lebih daripada binatang.
Ada orang kata kita tak tahu kisah sebenarnya tentang si ibu. Tak elok salahkan si ibu... bagi abg long walaupun apa kata orang tapi abg long memang tak boleh terima kelakuan si ibu. Yang sanggup tinggalkan si anak di dalan bilik yang gelap, hanya di beri makan 1 kali 1 hari, pakaian yang compang camping dan tidak dimandikan.
Abg long cuma nantikan keputusan mahkamah apa hukuman yang akan di terima oleh si ibu ini...
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment