Wednesday, January 7, 2015

Lagi Kisah Menangguk Dalam Air Keruh

Salam sejahtera,

Ini bukan sambungan daripada kisah yang lepas, apa yang nak abg long tuliskan ni hanya kisah daripada pemerhatian abg long baik daripada sumber media sosial mahupun daripada mata abg long sendiri.

 Gambar Hiasan

Abg long memang memuji dan jugak bangga dengan sifat orang malaysia yang suka membantu jika terdapatnya sesuatu bencana sebagai contohnya kejadian banjir yang berlaku di negeri pantai timur baru-baru ini. Tak kira bangsa, agama, badan-badan koperat dan juga pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) menghulurkan bantuan kepada mereka yang dalam kesusahan.

 Gambar Hiasan

Apa yang abg long sedihkan bantuan ini tidak sampai kepada mereka yang memerlukan, bukan abg long nak reka-rekakan cerita tapi ini memang sumber yang betul abg long dapat daripada mereka disana. Yang ada pulak tu sumbangan ini dibawa lari oleh mereka yang tidak bertanggungjawap.


 Gambar hiasan

Ada juga yang abg long tahu sumbangan yang telah diderma tidak sebagaimana yang diterima oleh mereka, bukan tak bersyukur dengan apa yang diberikan tapi sumbangan yang diserahkan pada mulanya semuanya elok. Tapi bila sampai sumbangan itu indah khabar dari rupa.

Abg long bukannya nak menuduh kepada mana-mana pihak tapi jika ada yang terasa pedas tu sendiri ingat la ye. Cuma yang abg long tulis ni sebagai luahan abg long kerana kita ini MANUSIA. Walaupun rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>