Wednesday, July 20, 2016

Apa Kata Korang Baca Fakta Ni

Salam sejahtera

Korang apa khabar, abg long harap korang sihat belako. Rasanya tak lambat untuk abg long ucapkan SELAMAT HARI RAYA EDILFITRI kepada korang semua, rumah terbuka masih rancak lagi kan. Nak abg long pergi korang tak pelawa pun ( ceh, macam la abg long ni glamour...perasan ).

Apa pun abg long selamat mengunjungi rumah terbuka, jika berada dalam kesesakan jalaraya aka jem tu bawak-bawak la berminat ye.

Ok la abg long nak kongsi dengan korang fakta ni, harap korang sudi menbacanya ye.

Monday, April 4, 2016

Renungkan Lah Dan Fikirkan Lah

Salam sejahtera

Tiada apa yang abg long nak kongsikan dengan anda semua, hanya secebis kisah ni sahaja untuk bacaan anda moga ia memberikan Kesihatan kepada kita semua.

Gambar hiasan

Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya .

Dengan suara rendah di sertai rasa malu berkata ;

Tuesday, March 29, 2016

Apa Yang Korang Rasa Bila Melihatnya

Salam sejahtera

Cuba korang perhatikan gambar Kat basal ni.


Apa yang korang fikirkan atau apa yang korang rasa bila melihat gambar di atas tu. Kalau korang tak rasa apa-apa tu, abg long rasa korang ni alien kot, Tak pun korang dari Planet lain.

Abg long tak nak tulis panjang-panjang cumin la Abg long kongsi gambar ni dengan korang. Apa yang nak abg long ingatkan termasuk la diri abg long sendiri... Hormati, sayangi, kasihi, ingati la ketika masih ada.

Saturday, March 26, 2016

Ini La Dinamakan Kehidupan

Salam sejahtera

Abg long harap korang faham apa yang bag long kongsikan ni.


Wednesday, March 23, 2016

Tanda Anda Kolestrol Tinggi

Salam sejahtera

Abg long nak berkongsi dengan korang 7 tanda kolestrol tinggi. Moga perkongsian ini dapat membantu.



Friday, March 18, 2016

Di Larang Menghembuskan Nafas Ketika Minum

Salam sejahtera

Mungkin kita tahu, mungkin jugak kita pernah dengar larangan menghembuskan nafas melalui hidung ketika minum. Tak kira la kat mana pun info atau maklumat yang kita perolehi tengtang larangan tu, tapi pernah tak kita terfikir kenapa larang tu dan juga sebabnya.

 Gambar Hiasan


Jika kita cari info baik dari media cetak mahupun media eloktronik, Islam telah mengajar kita daripada dulu lagi melalui Junjangan kita Nabi Muhamad SWA tentang cara minum aiar ni, malahan ia jugak diperkuatkan lagi dengan hadis antaranya,

Tazkirah Jumaat 03

Salam sejahtera


Bila Abi Merajuk Dengan Si Hero

Salam sejahtera

Buruk la pulak bila tulis tajuk macam tu kan, iye la orang besar aka tua bila merajuk mesti nampak burukkan nak lagi bila merajuk pasal pekara kecil. Alahai orang tua mana la tu kan. Malunya aku...

Gambar Hiasan

Nak tergelak pun ada kan tapi tu la hakikatnya bila dah ada anak ni serba serbi kena mengalah walaupun kekadang tu boleh buat hati panas jugak. Mana taknya barang kita barang dia jugak dan pastinya memang jadi milik dia la. Apa pun sabar je la. Begitu la kehidupan abg long sekarang ni kena la banyak bersabar kekadang tu ada juga hilang sabar dengan kerenah si hero abg long yang makin nakal ni.

Saturday, March 12, 2016

Kenali Tanda Strok Haba

Salam sejahtera

Dalam boleh dikatakan musim panas sekarang ni, abg long nak kongsi dengan korang info tentang tanda strok panas. Abg long harap dengan info ini dapat membantu korang bagi mengawal atau mengambil langkah awal bagi menghindari strok haba ni.


Thursday, March 10, 2016

Kisah Ular Ini Yang Tak Boleh Mati

Salam sejahtera,

Terus terang abg long kata kan abg long terkejut bila membacanya dan abg long memang tak sangka pekara ini terjadi.Abg long nak kongsi dengan korang semua apa yang telah abg long baca ni, abg long harap korang jangan terkejut pulak ye.

Gambar hiasan

Wednesday, March 9, 2016

Dalam Hati Ada Taman

Salam sejahtera

Sebenarnya dah lama abg long nak tulis tentang pekara ni, tajuk dah ada tapi tak tahu bagaimana nak mulakannya. Iye la abg long ni bukan pandai sangat dalam bab tulis menulis ni, minat tu ada tapi ( alahai berapa banyak tapi la ) takut tetap ada maklum la keputusan Bahasa Melayu SPM abg long bukan nya cermelang atau kepujian pun. Cuma abg long harap korang dengan senang hati dapat dan fahami apa yang abg tulis, kalau tak faham tu buat-buat faham je la.

Ok la, abg long rasa korang semua dah tahu dan faham tajuk yang abg long tu kan. Ala macam ni la abg long bagi contoh senang je la untuk korang yang tak faham. Dalam kehidupan seharian korang mesti pernah jumpa kan manusia yang mukanya nampak garang, muka seperti gangster mungkin juga korang pernah jumpa manusia yang kelakuannya kasar. Bila je manusia seperti ini tersentuh jika hati meraka tak pasal-pasal air mata pun mengalir. Itu la maksud DALAM HATI ADA TAMAN.

Memang betul, dalam dunia ni baik negara mana pun manusia jenis ni akan ada tapi bukan yang jenis hati kering, hati mati mahupun seangkatan dengannya. Mereka ni walaupun nampak ganas ataupun mereka ni manusia yang jenisnya kasar dan egonya tinggi hingga ke langit tapi hati mereka ni akan tetap sensitif,mudah tersentuh dan sewaktu dengannya bila berlaku sesuatu yang membuatkan mereka jadi begitu.

Sunday, March 6, 2016

Apa Yang Difikirkan Pada Hari Minggu 01

Salam sejahtera

Sama-sama kita semua lihat, tengok, tenung, renung dan fikirkan


Saturday, March 5, 2016

Pemainan Kanak-Kanak Era 80-an

Salam sejahtera

Entah kenapa tiba-tiba je teringat kembali zaman kanak-kanak abg long, Iye la zaman kanak-kanak abg long tak sama dengan kanak-kanak sekarang. Dengan zaman yang berteknologi dan modem ni, boleh dikatakan jauh panggang dari api. Bukan la abg long nak katakan zaman kanak-kanak sekarang ni tak elok ( tapi hakikatnya macam tu ), cuma abg long lihat kebanyakkan kanak-kanak sekarang lebihkan gajet moden mereka sahaja.

Tapi bukan semuanya macam tu masih ada jugak yang suka keluar peluh dan kotok kan diri bila bermain, cuma abg long rasa Kanak-kanak sekarang ( korang jangan pulak marah ye ) tak sehebat kanak-kanak zaman 80an rasanya. Ala abg long cuma luah apa yang abg long rasa je, korang jangan la pulak cepat marah ye. Apa yang pasti abg long waktu ni abg long teringat-inagt zaman tu.

Kat bawah ni korang boleh imbas kembali permainan zaman kita masa kanak-kanak ( untuk mereka yang berkenaan dan sewaktu dengannya ).

Wednesday, March 2, 2016

Muhasabah Diri : Mulut

Salam sejahtera

Sebenarnya tentang mulut ni dah abg long tulis tapi dalam versi yang berlainan dan yang pasti mengikut keadaan abg long masa tulis tu la ye. Sebelum tu apa yang abg long tulis bukan la nak menunjukkan abg long ni sempurna ke, alim ke, hanya abg long sorang yang betul ke bukan sama sekali semua tu. Tak kira la dalam post sebelum ni pun, apa yang abg long tulis untuk peringatan diri abg dan niat untuk berkongsi dengan korang. Mana yang elok jadi la tauladan, yang tak elok tu jadikan sempadan.

kreadit to Nik Wafdi

Mulut ni dapat mendatangkan pahala dan jugak dosa kepada kita semua, tak kira la siapa pun korang yang ada nama atau orang biasa-biasa je. Terus terang abg long katakan dalam kehidupan seharian kita ni dosa dan pahala sentiasa bertukar tempat tanpa kita sedari. Pagi kita buat pahala, tenghari dah buat dosa, petang kembali buat pahala dan malam kita buat dosa. Hanya orang yang betul-betul tekad dalam diri mereka yang inysallah akan dapat mengawalnya.

Tuesday, March 1, 2016

Hari Pertama Dalam Bulan March

Salam sejahtera

Hari pertama untuk bulan ini, apa yang nak abg long tulis kan ye. Nak tulis yang merapu lain pulak jadinya nanti, nak tulis yang tak merapu rasanya macam takda idea je. Apa pun abg long doakan korang hari ni semuanya sihat dan ceria selalu. Dan yang pastinya memang korang boleh senyum hari ni. Mana tak senyumkan bulan Februari lepas dah turun hari ni pulak turun lagi. Alhamdulillah.

Korang mesti dah tahu kan, iye la apa lagi kalau tak minyak petrol. Cuma yang tak berapa nak syok tu minyak petrol dah turun tapi yang lain tu tak turun dan masih kekal. Abg long nak komen pun rasanya takda guna jugak, iye la walaupun kita pengguna tapi mereka yang berwajib tidak mengambil tindakkan yang sewajarnya umpama anjing menyalak kat bukit je la kita ni.

Cuma apa yang abg long nak tengok, berapa lama harga minyak petrol akan dapat bertahan. Dan tak lupa jugak pekara yang lain tu akan ada penurunan atau kenaikkan ataupun kekal.

Monday, February 29, 2016

Kenapa La Engkau Kejam Sangat

Salam sejahtera

Abg long tahu bagaimana nak mulakan, abg long tak tahu apa yang nak abg long tuliskan bila melihatkannya. Perasaan...macam-macam ada kat dalam diri abg long ni. Sambil menemani si hero yang tengah beradu, abg long terfikir betapa kejamnya manusia ni. Nak kata ENGKAU tu ganas sangat, rasanya ada lagi makhluk yang lebih ganas pada ENGKAU bukan setakat tu je lebih kejam lagi.

Terus terang abg long katakan bila melibatkan hamba Allah yang lemah ni, terasa sebak bila dilakukan begitu rupa. Apa dosa hamba Allah tu, apa kesalahan yang telah hamba Allah tu lakukan sehingga ENGKAU kejam buat begitu. Tak ada sikit ke rasa bersalah semasa ENGKAU buat begitu. Kemanakah sifat kemanusiaan ENGKAU, tapi semua tu tak akan terjadi kan bila ENGKAU mempunyai sifat begitu.

Hari Terakhir Dalam Bulan Februari

Salam sejahtera

Apa la yang nak abg long tulis kan untuk hari ni ye, ia la hari terakhir kita semua sebelum kita melangkah ke bulan yang baru. Dalam keadaan abg long yang masih lagi selsema ni oatak pun macam tak betul je, abg long cuba kuatkan hati untuk mengupdatekan blog kesayangan abg long ni.

Apa yang pasti jika korang perasan la google icon hari ni menunjukkan perihal tahun lompat. Korang semua mesti dah tahun kan apa itu tahun lompat kan, kalau tak tahu tu izinkan abg long kongsi dengan korang semua apa itu TAHUN LOMPAT.

Sunday, February 28, 2016

Terkena 3 Serangkai La Pulak

Salam sejahtera

Bila terkena macam ni, rasa lemah seluruhnya. Apa yang di buat rasanya semua tak kena. Yang paling abg long tak suka bila benda ni ada kat abg long. Bukan la abg long nak mengnidak atau dengan kata mudah nak menolak kehadirannya. Abg long terimanya dengan hati yang terbuka. Iya la apa yang berlaku tu ada hikmahnya yang tersendiri. Kita sebagai manusia yang lemah ini terima apa yang telah ditakdirkannya. Yang penting kita ikhtiar untuk menghilangkannya.

Apa yang berlaku ke atas abg long ni abg long anggapkan sebagai penebus dosa yang pernah abg long lakukan baik secara sedar mahu pun yang tak sedar. Dan apa yang abg long harapkan abg long kuat hadapinya.

Amboi abg long jiwang sikit nampak...hehehe takda la jiwang nak tulis ayat pun kekadang entah betul entah tidak. Sebenarnya abg long kiranya ni dah merapu sebenarnya, mana taknya dah masuk 3 hari selsema, batuk dan deman. Tu yang abg long kata " 3 serangkai " tu, telinga pun dah rasa macam nak tersumbat dah.

Apa yang abg long risaukan takut ia berjangkit pulak kat my hero pulak. Dah la my hero ni time nak tidur mesti nak kena dodoi ( tu pun tengok keadaan ), abg long harap la my hero ni tak terkena jangkitan "3 serangkai " abg long.


Friday, February 26, 2016

" Kasta " Realitinya Dalam Kehidupan Kita

Salam sejahtera

Amboi abg long tajuk tak boleh blah ni, lain macam je update blog kali ni. Abg long sendiri pun tak tahu macam mana nak mulakan. Idea tu memang la ada tapi isinya tak tahu lagi macam mana nak abg long ulaskan.

Apa yang boleh abg long katakan memang dah jadi lumrah dari dulu, kini dan selamanya, tak kira la dalam segi apa pun. " Berat mata memandang, berat lagi bahu yang kena tanggungnya ", lebih-lebih lagi jika diri sendiri yang terkena. Korang mungkin tak sedar atau buat-buat tak sedar kan tentang pasal kasta dalam kehidupan kita ni kan. Tapi korang jangan la pulak ingat kasta yang abg long maksudkan tu sama dengan kasta yang kita belajar dah yang korang tahu tu ( rujuk kat sini untuk detail ).

Realitinya memang macam tu tapi bukannya sama. Aik berbelit-belit pulak ayat abg long ni kan. Agak-agak korang boleh faham tak apa yang abg long tulis ni. Abg long harap korang faham la ye. Kalau korang tengok la ye amalan " kasta " ni memang ada dalam masyarakat kita baik melayu, cina dan lebih lagi india tapi dalam bentuk yang kita tak sedar la. Dan yang pasti dalam kehidupan kita jugak sistem ni jugak menjadi amalan kita ( dalam tak sedar la mungkin buat-buat tak sedar ).

Menu Tengahari Abg long

Salam sejahtera,

Aduhai lama sungguh abg long tak kemas kini aka update blog ni, iye la kejap timbul kejap tenggelam ada kala tu tak timbul-timbulkan. Nak kata ada macam ada takda, nak kata takda ada la pulak kan. Apa pun layan je la kan.

Ok la waktu-waktu macam ni mesti korang tengah makan kan, apa menu korang ye share la kat sini mana tahu kot-kot abg long boleh cuba menu korang pulak. Menu abg long simple je nak pulak time sekarang ni yang panas. Hanya menu ni je yang membuka selera abg long dalam dua tiga hari ni.

Kasi Semangat Sikit

Salam sejahtera

Apa kata untuk permulaan hari ni abg long kongsi dengan korang info ini ( bukan info traffik ye ), abg long harap dapat bikin panas dengan korang.


Monday, February 1, 2016

Cuba Korang Baca Ni

Salam sejahtera

Abg long nak kongsi dengan korang dengan satu artikel ni, Memang abg long copy and paste je, takda edit atau ubah tokok tambah satu pun artikel ni. 100% tulin daripada sumber yang abg long ambik. Korang cuma baca je harap-harap korang dapat kebaikan daripadanya.

"Pergi mandi sekarang, kalau tak nanti mak buang semua mainan!"
Kawan aku kata, ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.
Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap.
Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga.
Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.
.
.
Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak.
Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu.
Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.

Ada Apa Dengan 1 Februari

Salam sejahtera

Aduhai lama jugak abg long tinggalkan blog kesayangan abg long ni, ia la kejap ada kejap senyap tiada cerita terkini kan. Entah la nak kata takda masa tu bohong la kan, masa memang ada tapi otak ni je beku je bila nak menulis dalam blog ni. Kalau abg long tulis pekara yang merapu lain pulak jadinya nanti. Tak pasal-pasal korang malas pulak nak baca hehehe ( perasan la abg long ni ada peminat ). Apa yang pasti abg long cuba untuk maintain update cerita kat dalam blog abg long ni.

Ok la panjang la pulak intro merapu abg long pulak ni, terlebih dahulu abg long nak ucapkan selamat bercuti kepada korang yang bercuti pada hari ni ye. Bagi korang yang tak dapat bercuti seperti abg long ni, abg long ucapkan selamat bekerja takmoh sedih-sedih ye. Kita happy je,

Korang semua mesti tahukan setiap tahun pada 1 Februari kita akan menyambut hari Wilayah, jadi secara tindak langsungnya kita adakan dapat cuti umam tapi hanya untuk mereka yang berada dalam kawasan Wilayah Persekutuan Malaysia sahaja. Korang yang berada diluar kawasan tersebut takda cuti umum ye.

Wednesday, January 20, 2016

Gila Bollywood Kembali Lagi

Salam sejahtera

Rasanya abg long dah ketinggalan dalam bab-bab movie bollywood ni mana taknya sana sini orang cerita pasal movie baru Shah Rukh Khan dengan Kajol, tambahan lagi lagu hit mereka Jannam Jannam. Terus terang abg long katakan abg long tak sempat lagi nak menontotnya tapi orang umah abg long kata ceritanya memang best.


Abg long ni dulu pun boleh dikatakan kaki cerita Bollywood jugak la tapi tu pun tengok pada jalan cerita la. Kalau ceritany ok dan hati ni serasi maknanya berulang kali la abg long tengok tapi tu dulu la masa bujang dan sebelum ada anak la. Sekarng ni lain la pulak jadinya, sejak dah jadi bapak budak ni ditambah lagi jadi kuli orang ni masa untuk layan movie terbatas la sikit. Mmm.. rasanya memang terbatas pun. Jadi tak dapat la nak abg long ulaskan pasal cerita hindustan terbaru tu la ye, ala korang boleh tengok sendiri cerita tu baru korang boleh nilainya sendiri.

Saturday, January 2, 2016

Isteri Ku Gengster

Salam sejahtera

Terkejut jugak abg long bila baca tajuk besar sebuah akhbar utama hari ni. Tambahan lagi baru je 2 hari kita semua masuk tahun baru 2016. Syukur la orang umah abg long tak tergolong seperti itu.


Mengikut kajian dari akhbar tu kriteria lelaki aka suami yang menjadi mangsa adalah mereka yang tidak mempunyai keyakinan diri,kurang pengetahuan mengenai fungsi dan cabaran dalam perkahwinan. Dan mereka ini lah yang senang dimunipulasi dan si dominasi oleh para isteri.

GST Untuk Prepaid Dah Takda

Salam sejahtera

Mulai semalam 01bh Januari 2012 para pengguna prepaid tak di kenakan gst. Ini seperti yang telah dijanjikan oleh pihak berwajib yang terkandung dalam baget 2015 hari tu.


Abg long sebagai pengguna prepaid yang tegar dengan tiada 6% gst ni, sedikit sebanyak melegakan dengan berita ni. Lepas ni harap-harap takda la lagi cerita yang tak sedap didengar pasal prepaidkan. Korang pun abg long harap suka dengan berita baru ni.

Friday, January 1, 2016

Alahai Remaja Oh Remaja

Salam sejahtera

Pada mulanya heboh dan jadi viral kau hilang, bila diri ku membacanya ramai yang simpati kepada orang tua mu lebih-lebih lagi si ibu yang melahirkan mu. Ramai yang mendoakan moga diri mu cepat ditemui, ramai yang mendoakan keselamatan mu.Panggilan telefon darimu memampangkan hati gundah ibu mu.



Tapi seribu kali sayang semua tu hanya sandiwara darimu. Cerita mu penuh dengan kepalsuan, penuh kebohongan, penuh dengan nista. Rupa-rupanya kau membohongi semua orang....Dimana nak aku salahkan.

Selamat Datang 2016

Salam sejahtera


Hari ni hari pertama dalam tahun baru 2016 dan update pertama abg long dalam blog ni. Tiada cerita apa yang nak abg long tuliskan kat sini sebenarnya.

Pada waktu ini ditemani cuaca yang mendung abg long nak ucapkan selamat tahun baru kepada korang dan selamat bercuti untuk korang jugak. Kepada mereka yang berkerja tu seperti abg long ni, selamat bekerja la ye. Nak buat macam mana tahun baru pun kena kerja.

Apa pun hari pertama tahun baru ni jangan sedih,jangan marah, jangan gaduh-gaduh yang penting kita happy.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>