Monday, February 29, 2016

Hari Terakhir Dalam Bulan Februari

Salam sejahtera

Apa la yang nak abg long tulis kan untuk hari ni ye, ia la hari terakhir kita semua sebelum kita melangkah ke bulan yang baru. Dalam keadaan abg long yang masih lagi selsema ni oatak pun macam tak betul je, abg long cuba kuatkan hati untuk mengupdatekan blog kesayangan abg long ni.

Apa yang pasti jika korang perasan la google icon hari ni menunjukkan perihal tahun lompat. Korang semua mesti dah tahun kan apa itu tahun lompat kan, kalau tak tahu tu izinkan abg long kongsi dengan korang semua apa itu TAHUN LOMPAT.




Tahun lompat merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa bagi menyamakannya dengan tahun astronomi ataupun tahun yang bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diri pada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandainya. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan. ( Copy paste dari Wikipedia )

29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Mengikut takrif, tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992, 1996, 2004 kecuali tahun-tahun abad... untuk lebih lanjut boleh klik kat SINI.

Abg long harap korang dah faham la ye. Kalau korang masih lagi tak faham, abg long sarankan korang cari la mereka yang lebih arif dan jugak pakar moga ia dapat membantu korang.

Dalam bulan februari ni jugak la bermacam peristiwa yang telah berlaku baik yang manis, yang suka , yang duka, yang pahit, dan bermacam lagi la yang dapat menjadi sejarah dan juga kenangan untuk diri abg long dan jugak korang jugak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>