Sunday, March 2, 2014

Lagi Cerita Pasal Pengasuh

Salam sejahtera,

Apa la nak jadi, seingat abg long dalam 90an tiada terdengar atau terbaca pun tentang kisah pengasuh yang mendera kanak-kanak atau bayi. Sekarang ni boleh dikatakan ada saja cerita kisah pengasuh yang mendera ni baik dalam akbar mahupun di media eloktronik. Kes yang terbaru berlaku di Ipoh, Perak.

Seorang bayi berusia dua bulan koma sejak seminggu lalu selepas mengalami pendarahan dalam otak yang serius, dipercayai akibat didera pengasuhnya.
Bayi lelaki malang itu dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, jam 11 malam 25 Februari lalu, selepas dibawa oleh ibu bapanya kerana tidak sedarkan diri.

Menurut sumber, sebaik dihantar ke hospital oleh ibu bapanya yang menetap di Persiaran Meteor, di sini, pakar perubatan melakukan CT Scan terhadap bayi terbabit dan mengesan pendarahan dalam otak. Mangsa turut mengalami sawan yang teruk.

“Doktor pakar neurologi kanak-kanak yang menjalankan pemeriksaan mendapati ada pendarahan dalam otak bayi berkenaan dan kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Foto
BAYI berusia dua bulan yang koma disyaki digoncang kuat.

“Berdasarkan maklumat doktor berkenaan, mangsa mengalami ‘baby shaking syndrom’ akibat goncangan kuat hingga menyebabkan pendarahan di selaput otak di antara otak kiri dan kanan,” katanya.

Sumber

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>