Saturday, March 1, 2014

Tahniah Untuk Kak Syanie

Salam sejahtera,

Terlebih dahulu abg long nak ucapkan tahniah kepada Pelakon komedi wanita Syanie Hisham, 39, sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Mohammad Zainol, 27, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Sandy Beach Resort. Abg long berdoa jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat.



Abg long respek kepada Nadi Putera Mohammad Zainol kerana menjadikan Syanie Hisham sebagai isteri, ini terbukti bukan paras rupa sahaja yang menjadi ukuran untuk membina sebuah perkahwinan. Abg long rasa mesti ada keistimewaan yang terdapat pada Syanie Hisham pada Nadi Putera Mohammad Zainol.Tak semestinya hanya cantik, putih, dan slim sahaja yang jadi pasangan untuk pihak lelaki. Abg long mintak maaf jika abg long berkata begitu, walaupun bagaimana keadaan kita baik lelaki mahupun perempuan baik rupa paras, gemuk atau kurus semua itu dah sempurna kejadiaannya.


Kecantikan itu subjektif, lain mata lain pulak pandangannya. Sebagaimana dengan perkahwinan Syanie dengan Nadi putera, begitu jugak la yang berlaku dengan perkahwinan abg long. Walaupun isteri abg long berbadan besar tapi sayang dan cinta abg long bukan paras rupa, tapi kerana ada sesuatu yang ada pada diri isteri abg long yang tak ada pada orang lain. Hanya diri abg long dan mungkin begitu juga apa yang dirasakan oleh Nadi Putera suami kepada Syanie Hisyam.

Jadi kepada para wanita yang berbadan besar usah la sedih, rendah diri atau rasa segan dengan keadaan diri anda dan mengatakan anda tiada jejaka yang suka hentikan. Bangkit diri anda dan yakin la pada diri anda insya allah masih ada yang sayang dan cinta pada anda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>