Thursday, May 1, 2014

Antara Bos & Pekerja

Salam sejahtera,



• Apabila seorang bos berpegang pada pendapatnya, itu bermakna beliau seorang yang konsisten dan proaktif.
Apabila seorang pekerja berpegang pada pendapatnya, itu bermakna dia keras kepala!

• Apabola seorang bos suka berubah pendapat, itu bermakna beliau seorang yang fleksibel dan cuba menyesuaikan sesuatu dengan keadaan.
Apabila seorang pekarja suka berubah pendapat, itu bermakna dia tidak mempunyai pendirian tetap!

• Apabila bos melakukan kerja lambat, itu bermakna dia seorang yang teliti.
Apabila pekerja melakukan kerja lambat, itu bermakna dia tidak perform!

• Apabila bos melakukan kerja dengan cepat, itu bermakna beliau seorang yang bijak mengatur perancangan.
Apabila pekerja melakukan kerja dengan cepat, hmmm... memang dia seorang yang terburu-buru!

• Apabila bos lambat membuat keputusan, itu bermakna beliau seorang yang berhati-hati.
Apabila pekerja lambat membuat keputusan, itu bermakna otaknya lambat berfikir!

• Apabila bos membuat keputusan cepat, itu bermakna beliau seorang yang berani dan sanggup mengambil risiko.
Apabila pekerja membuat keputusan cepat, itu bermakna dia tidak berfikir panjang!

• Apabila bos berani mengambil risiko, beliau seorang yang memandang jauh ke hadapan dan berani berdepan cabaran.
Apabipa pekerja berani mengambil risiko, dia seorang yang bertindak sembarangan dan tak pakai otak!



• Jika bos tidak berani berdepan risiko, itu bermakna beliau seorang yang berhati-hati dan berfikir panjang.
Jika pekerja tidak berani berdepan risiko, itu bermakna dia tidak berani berdepan cabaran!

• Bila bos melanggar prosedur, itu tanda dia proaktif demi melakukan perubahan.
Bila pekerja melanggar prosedur, itu bermakna dia melanggar peratuaran!

• Jika bos rasa curiga terhadap kendalian syarikat, itu bererti dia berwaspada.
Jika pekerja rasa curiga terhadap kendalian syarikat, itu maknanya dia berfikiran negatif!

• Bila bos mengatakan sesuatu itu mudah, itu tandanya beliau optimis.
Bila pekerja mengatakan sesuatu itu mudah, itu tandanya dia suka meremehkan sesuatu pekara!

• Jika bos selalu keluar, itu tandanya beliau banyak temu janji atas urusan syarikat.
Jika pekerja selalu keluar, itu tandanya dia suka mengular!

• Bila bos selalu tidak masuk pejabat, itu tandanya dia sedang sibuk di luar.
Bila pekerja selalu tidak masuk pejabat, itu tandanya dia seorang pemalas dan suka poteng kerja!

• Jika bos menuntut kemudahan yang berharga untuk pejabat, itu tandanya dia mahu menjaga status syarikat.
Jika pekerja menuntut kemudahan yang berharga, itu tandanya anda banyak songeh dan mahu berlebih-lebih!

• Apabila bos mampu menulis semua yang di atas, bermakna beliau seorang yang kelakar dan mengandungi sifat sense of humor.
Jika pekerja yang menulis semua di atas, bermakna dia seorang yang stress, dengki terhadap orang lain, sakit hati, provokasi, negative thingking dan banyak lagi la...

P/s : Pihak penerbit tidak bertanggungjawap atas memo yang bakal anda terima jika anda memberikan kenyataan di atas kepada pihak majikan sebagai gurauan. Jangan marah ye hehehe... SELAMAT HARI PEKERJA DAN SELAMAT BERCUTI.

Sumber
posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>