Monday, May 12, 2014

Selamat Hari Ibu

Salam sejahtera,

Rasa abg long tak terlewat lagi kot nak ucapkan SELAMAT HARI IBU yang telah disambut oleh jutaan manusia semalam :).



Beruntung kepada mereka yang masih mempunyai ibu, dapat jugak mereka meraikannya. Bagi mereka yang telah kehilangan ibu hanya ingatan dalam doa yang mampu dilakukan. Seperti yang orang umah abg long katakan masa ibu tiada lagi di dunia ni baru la tahu betapa beruntungnya bila masa si ibu ada. Dan abg long akui apa yang dikata oleh orang umah abg long tu.

Kenapa abg long kata macam tu? Semalam abg long dan orang umah lepak kat kadai makan, apa yang abg long perhatikan ramai jugak pengunjung yang membawa ibu makan bersama. Meriah sungguh bila anak-anak berkumpul dan makan bersama-sama. Abg long dan orang umah tumpang gembira bila lihat suasana macam tu.

Pengorbana ibu tak akan dapat kita balas hingga ke akhir hayat. Cuma apa yang abg long harapkan kegembiraan ini bukan la hanya untuk tahun ibu sahaja biarla ia kekal untuk selama-lamanya.

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>