Sunday, July 20, 2014

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Pesawat MAS Terhempas

Salam sejahtera,

Sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan berita pesawat MAS terhempas, kali ini melibatkan pesawat MH17 penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat MH17 terhempas di kawasan timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia dipercayai ditembak oleh pihak yang pemberotakan Ukraine.



Mengikut laporan berita pesawat MH17 telah berlepas dari Amsterdam pada pukul 6.30 petang dan akan tiba ke KLIA pada pukul 6.10 pagi ke esokkannya. Tapi pusat kawalan terputus hubungan dengan pesawat pada pukul 9.20 malam waktu tempatan.

Kesemua penumpang yang berjumlah 283 orang termasuk 15 oarang anak kapal terbunuh. Dan dibawah ini adalah senarai nama mangsa nahas yang telah di keluarkan oleh pihak MAS.



















Sewaktu abg long menulis ni, pihak Malaysia telah menghantar satu pasukan bagi menjalankan siasatan kejadiaan pesawat MH17 terhempas dan bagi menguruskan mangsa nahas yang beragama islam.

Abg long ucapkan takziah kepada ahli keluarga nahas semoga bersabar dalam mengharungi dugaan ini.

posted from Bloggeroid

Thursday, July 17, 2014

Debaran Seorang Bakal Abi

Salam sejahtera,

Tiada apa yang ingin abg long katakan untuk waktu ini dimana dengan kandung orang umah telah mencapai usia 36 minggu, hanya yang mampu abg long katakan hanya la debaran.



Abg long rasa setiap bakal ayah, papa dan sewaktu dengannya akan merasai apa yang abg long rasakan. Untuk para ibu mengansung lagi la semuanya ada.

Untuk kelahiran anak sulong abg long ini, orang umah memilih untuk melahirkan dengan cara pembedahan. Ini kerana selain faktor kesihatan, kedudukan anak masih lagi songsang dan melintang.

Untuk tarikh bagi menentukan kemasukkan ward dan pembedahan masih lagi tidak dapat ditentukan. Apa pun abg long doa dan berharap semuanya akan selamat baik si ibu dan juga si anak.

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 16, 2014

Apa Pandangan Anda Tentang Video Ini

Salam sejahtera,

Apa kata kita sama-sama tengok video kat bawah ni.



Tiada yang nak abg long ulaskan dengan lebih panjang tentang apa yang berlaku tapi abg long hairan kemana hilangnya budi bicara dalam menyelesaikan masalah itu.

Terus terang abg long katakan abg long malu dengan perempuan macam ni bukab sahaja merosakan nilai seorang wanita malahan sopan santun sebagai orang melayu lebih-lebih lagi beragama islam.

Sekarang apa pulak pandangan anda...

Sunday, July 13, 2014

Luahan Haiwan...

Salam sejahtera,

Jika kita dianugerahkan untuk memahami kata-kata haiwan pasti kita akan terkejut jika haiwan-haiwan ini meluahkan kata hati mereka kepada kita. Apa kata kita lihat apa luahan antara haiwan yang ada kat dunia ni kepda kita jika mereka boleh berkata-kata.




Ada ke patut, manusia yang bodoh, mereka kata ' bodoh macam lembu '. Ikut rasa diorang je nak guna nama aku. Dah manusia yang tak pandai, kenapa guna nama aku pulak? Punyai banyak haiwan tak pergi sekolah, nama aku jugak yang korang guna!




Aku lagi bengang. Manusia buat dajal kat anak sendiri, tak pasal-pasal nama aku terpalit. Dah si bapa rog*l anak, kenapa lak kata " bagai haruan makan anak "? Aku pun tak buat macam tu kat anak sendiri tau. Anak-anak aku yang kecil aku simpan dalam mulut untuk lindung daripada serangan haiwan lain. Bukan aku makan. Lain kali belajar ilmu sains cukup-cukup. Jangan kasi busuk nama aku.




Relaks kawan-kawan. Nama aku lagi banyak manusia gunakan. Ada ke orang yang resah gelisah, diorang kata ' seperti kera kena belacan '. Mana aku makan belacan woi. Busuk! Kalau manusia tu tak bercampur dengan orang lain, dikatanya ' seperti kera sumbang '. Itu belum lagi kalau manusia jenis tak reti menghargai sesuatu pemberian, dikata pula ' bagai kera dapat bunga '. Fuh, banyak betul nama aku diorang guna. Rasa glamor pulak. Peduli apa aku, lantaklah manusia tu. Yang penting aku dok atas pokok makan buah-buahan lagi syok.




Kalau manusia yang mulut bising, cakap tak berhenti, mulalah nak petik nama aku. Ada ke patut dikata ' bagai murai dicabut ekor '. Hei, apa kena mengena ekor aku dengan mulut korang ha?




Mentang-mentang aku tak suka air, ada ke disamakan aku dengan manusia yang tak suka mandi. Dikatanya ' takut air macam kambing '. Cis, aku tak mandi pun tetap bau kambing. Kalau manusia yang tak suka mandi, dah bau bangkailah. Mana sama dengan bau aku!




Ehem ehem... aku pulak popular menggambarkan kaum lelaki. Kalau jenis yang kaki kikis dan suka permainkan perempuan tu, ha... warna akulah dipakainya. Tu, yang disebut ' buaya darat ' tu. Hebat tak aku? Tapi, apa pasal bila aku naik ke darat manusia semua lari? Musykil la.




Bila ada je manusia yang suka bergaduh, mula la keluar ayat ' bagai anjing dengan kucing '. Hello, kalau aku bergaduh dengan si kuncing pun, tak ada la sampai berbunuhan macam korang tau. Tapi, paling aku benci bila manusia hina orang miskin dan kata macam ' anjing kurap '. Hey, sehina-hina aku pun, tapi aku tetap makhluk Allah juga. Korang sape nak hina aku ha?




Aku pun tak faham. Manusia suka guna nama aku jugak. Kalau laki tak reti bagi nafkah, dikata bininya ' bagai tanggung biawak hidup '. Kalau orang tu suka lakukan pekara yang susahkan diri sendiri, disebut pulak ' mendukung biawak hidup '. Helloooo... aku cari makan sendiri tau. Mana ada orang sponsor. Aku ada kaki boleh jalan, tak payah kena dukung pun. Poodahhh.




Pernah dengar peribahasa ' anak harimau diajar makan daging '? Maksudnya, orang zalim diberi galakan untuk terus melalukan penganiayaan. Aku tak faham betul, apa kena mengena dengan aku ha? Dah memang daging tu makanan ruji aku sejak lahir. Mak bapak aku pun ajar aku berburu untuk daging. Itu sifat azali aku, takde kena mengena pun dengan manusia yang zalim tau!




Aku pulak tak suka bila anak orang kaya nak pinang anak si miskin. Ada ke patut mereka kata ' bagai pipit meminang anak enggang '. Ceh, tak ada kaitan dengan aku la. Aku bestfriend tau dengan si enggang tu. Jangan nak laga-lagakan kami pulak.

posted from Bloggeroid

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Thursday, July 10, 2014

Keputusan World Cup 2014 Semi Final 2

Salam sejahtera,

Berakhir sudah perlawanan bola sepak piala dunia 2014 separuh akhir yang ke 2 di antara Argentina dengan Belanda yang berkesudahan 4-2 melalui sepakan penalti.



Dengan ini Argentina akan bertemu dengan Jerman di perlawanan akhir. Tahniah Argentina mara ke perlawanan akhir.

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 9, 2014

Keputusan World Cup 2014 Semi Final 1

Salam sejahtera,

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan separuh akhir antara Brazil dengan Jerman.



Pasti ada yang kecewa dengan keputusan tersebut dimana team tuan rumah iaitu Brazil gagal untuk ke final. Walauapun bola itu bulat dan tahniah di ucapakan kepada Jerman kerana layak ke peringkat akhir.

Pada anda yang menyokong Brazil tu jangan la terlalu sedih pulak ye...adat permainan ada kalah dan ada yang menang.

posted from Bloggeroid

Sunan : Hijab Sang Pencinta

Salam sejahtera,

Kali ni abg long nak kongsi dengan anda novel sambungan sunan yang bertajuk HIJAB SANG PENCINTA. Novel ini merupakan kesinambungan yang ke 3 daripada keloksi laksamanan sunan.



Berikut abg long kongsi sinomsis untuk bacaan anda semua.

Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulak ke Punggor, Tanah Melayu. Namum, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap lamgkahnya dibayangi halangan yang tidak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu samapi ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan di mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi leajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaul masa mekar semula.

Namum, kejahatan yang sentiasa mengiringi setiap injap kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi

posted from Bloggeroid

Tuesday, July 8, 2014

Hasil Tangkapan Kat MPH

Salam sejahtera,

Hari ni abg long off day kerja jadi bila dah ada cuti tu apa lagi abg long keluar la dengan orang umah jalan-jalan abiskan duit :). Sebenarnya hari ni abg long temankan orang umah abg long ke pasar raya Aeon Taman Maluri,orang umah abg long nak shopping sikit barang keperluan orang umah.

Alang-alang dah sampai sini abg long apa lagi melencong la ke tempat kegemaran abg long, tak lain dan tak bukan kedai buku MPH. Tempat ni dah jadi satu tempat yang wajib abg long singgah jika datang ke sini. Jika tak beli pun abg long datang tengok-tengok.

Tapi hari abg long bukan takat tengok je malah dapat jugak la abg long bershopping 5 buah buku.



Gambar atas tu hasil tangkapan abg long td ;). Iye la dah 2 bulan jugak abg long tak bershopping buku tu yang hari sampai 5 buah abg long beli. Selain tu jugak abg long daftar untuk jadi member kat MPH jadi lepas ni bila nak beli buku dapat la diskaun.



Apa yang bestnya daftar untuk jadi ahli ni percuma tu pun bila pembelian Rm100 ke atas.

posted from Bloggeroid

Sunday, July 6, 2014

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit...

Salam sejahtera,


Dah layan lagu daripada allahyarham Tan Sri P Ramlee tu... banyak pengajaran dapat kita belajar daripadanya iya la bukan setakat hiburan aje.

Dalam hidup berumah tangga ni macam-macam yang kita akan hadapi termasuk la abg long sendiri. Ada manis, ada masam, ada pahit bak kata iklan astro dulu-dulu macam-macam ada...

Apa yang nak abg long sebutkan dalam berumah tangga ni salah satu sifat yang perlu ada pada pasangan adalah SIFAT TOLAK ANSUR. Jika tiada sifat ni abg long percaya bergoyang la sesebuah rumah tangga tu.

Mesti anda hairan kan kenapa tiba-tiba abg long tulia macam ni pulak... Sebenarnya ini pun sebagai pengajaran untuk diri abg long dan juga insya allah untuk anda juga.

Ada seorang hamba allah ni yang mana beragama kriatian aka hindu tiba-tiba datang ke tempat kerja tadi. Abg long ingatkan hamba allah ni datang kerna tertinggal barang ke tapi rupa-rupanya bergaduh dengan orang umahnya hanya disebabkan bil elektrik punya cerita.

Mulanya abg long pun tak tahu sebab hamba allah ni cerita dia telah pergi ke rumah saudaranya. Tiba-tiba je hamba allah ni buka cerita orang umahnya tel dan dari situ la dia mula cerita. Abg long hanya jadi pendengar je cuma abg long suruh dia bersabar je. Alih-alih malam ni dia tidor kat tempat keje.

Bila abg long terfikir balik kenapa la pekara kecil tu pun nak jadi isu... Iya la hidup bersama dah lama dah hampir 30 tahun tapi tak boleh nak bertolak ansur. Entah la bersangka baik je la.... lepas ni tak tahu la apa cite pulak tunggu dan lihat je :)
posted from Bloggeroid

Saturday, July 5, 2014

Perginya Seorang Biduanita Negara

Salam sejahtera,



Terlebih dahulu abg long ingin ucapkan takziah kepada ahli keluarga Datuk Sharifah Aini atau lebih dikenali dengan kak Pah di atas kehilangan beliau pada awal padi tadi.

Datuk Sharifah Aini, 61 meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi pada hari selasa yang lepas.

Allahyarham menghembuskan nafas akhir akibat jangkitan pada paru-paru yang dikenali sebagai fibrosis yang mana telah menyerang allahyarham selama 2 tahun.

Jenazah akan di bawa ke masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail selepas solat subuh dan dijangka dikebumikan di Taman Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.

Al-fatihah

posted from Bloggeroid

Friday, July 4, 2014

Bila Orang Umah Dah Sakit Belakang

Salam Sejahtera,

Kandungan orang umah dah 34 minggu alhamdulillah si anak pun ikut kata umah aktif je tak kira siang atau malam. Tak apa la yang penting kedua-duanya sihat dan selamat.



Sekarang ni orang umah mengadu dah mula sakit belakang dan lenguh. Tidur pun orang rumah tak selesa, abg loang rasa itu proses biasa yang dilalu oleh setiap ibu mengandung.

Apa yang abg long mampu buat hanya sapukan minyak di belakang dengan menggunakan minyak zaitun di samping tu urut sikit dibahagian bahu dan belakang kecuali bahagian pinggang sahaja. Orang tua kata bahagian tu muka anak.

Abg long bukan la nak tunjuk abg long nik baik tapi apa la salah jika itu yang mampu abg long lakukan untuk meredakan ketidak selesaan orang umah. Orang kata selain mengurangkan sakit belakang ibu mengandung mengurut tu jugak boleh eratkan kasih sayang...betul ke :) hanya mereka yang buat je tahu hehehe.


posted from Bloggeroid

Sunan : Cinta Sang Ratu

Salam sejahtera,

Hari ni dah masuk hari ke 4 kita berpuasa...alhamdulillah. Dalam waktu menunggu untuk berbuka ni abg long isi masa terluang ni dengan membaca sebuah novel, jika diikutkan dah banyak kali abg long baca novel ni tapi abg long bila dah minat 10x pun abg long akan baca.



Ni abg long nak kongsi dengan anda sinopsis novel ni...

Akhir kurun ke-15 : Ratu sulaman terus memerhatikan kerumanan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi, dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

" SEBAGAI MANUSIA, AKU SAYANG KEPADAMU. "

Awal abad ke-21 : Bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewaktu tsunami melanda Acheh. Harapan untik Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak besar itu. Hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat rindu.

" HARYANI, WALAU APAPUN YANG TERLAKU, SAYA TETAP MENCINTAI DAN MENYAYANGI AWAK. "

Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaku yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?

Cinta Sang Rantu...
Mengulang kisah perkelahian di langit
Yang berlanjutan kepada peperangan di bumi
Semata-mata kerana cinta.

P/s : novel ini merupakan kesimbungan daripada novel yang pertama bertajuk BAGAIKAN PUTERI...

posted from Bloggeroid

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Thursday, July 3, 2014

Felixia Dah Memeluk Islam

Salam sejahtera,




Alhamdulillah akhirnya Felixia Yeap selamat memeluk Islam tepat jam 6.30 petang, hari ini. Seperti yang telah lapor melalui status Facebook milik Felixia sendiri.

Tiada apa yang nak abg long kata kan cuma berkongsi kegembiran ini dengan anda semua. Terus terang abg long kata kan abg long bangga dengan beliau. Abg long bukan nak mendewakan atau sebagainya tapi abg long memuji kerana sebelun beliau beragama islam beliau dah terlebih islam daripada kita.

Abg long harap Felixia Yeap akan tetap tabah mengharungi kehidupan baru sebagai seorang muslimat dan juga saudara baru.
posted from Bloggeroid

Ramadan Bulan Rezeki

Salam sejahtera,

Alhamdulillah hari dah masuk hari ke 5 kita berpuasa kejap je masa belalu. Setakat ni abg long puasa kita semua sempurna jika tak sempurna harap-harap esok boleh la sempurna la ye :).

Abg long rasa anda semua pun tahukan bulan Ramadan ni bulan yang penuh barakah, bulan yang penuh kemuliaan, bulan yang dinantikan oleh mereka yang beriman dan BULAN REZEKI.

Kenapa abg long katakan bulan Ramadan ini bulan rezeki? Untuk mereka yang berniaga kedatangan bulan Ramadan ini memang di nantikan bak kata mereka berniaga sebulan makan untung setahun. Macam mana faham tak?. Abg long harap semuanya faham :)





Cuba anda bandingkan pasar Ramadan tahun ini dengan tahun lepas ditempat anda, peniaga bertambah atau berkurang? Jika ditanya pada abg long tempat abg long ni peniaga bertambah malahan variasi makanan pun bertambah. Ada orang kata jika nak cari makanan yang jarang orang jual cari la kat pasar Ramadan. Secara tak langsung ini memberikan rezeki kepada peniaga dan pembeli.



Bulan Ramadan ini juga la kita akan dapat melihat para mereka yang terdiri daripada ahli perniagaan atau orang ternama akan meraikan anak-anak yatim, warga tua, mereka yang kurang upaya dan sewaktu dengannya. Dimana mereka ini akan di berikan sumbangan di majlis berbuka puasa. Jika tak percaya anda boleh lihatnya nanti baik di media cetak mahupun media eloktrinik.



Itu belum lagi jika kita lihat di masjid mahupun surau tak kira la di bandar mahupun di kampung. Pasti akan ada rezekinya walaupun sekali maksud abg long rezeki berbuka di masjid atau di surau.

Tapi yang tak berapa best la dalam bulan Ramadan ini la jugak kita boleh lihat mereka yang membazir, mereka yang boros, mereka yang melampau dan sebagainya. Tak percaya abg long bagi contoh yang paling senang je, cuba lihat mereka yang pergi ke pasar Ramadan, berapa beg plastik yang dibawa balik setiap sorang balik daripada pasar. Agak-agak la boleh ke habis semuanya. Pikir sendiri la ye.

posted from Bloggeroid

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Aduhai Masalah Tikus Pulak

Salam sejahtera,

Yang ni la abg long tak suka, sejak akhir-akhir ni cik siti ( gelaran untuk tikus yang abg long guna ) dah pandai lepak kat dalam umah pulak. Dulu cik siti ni pandai main kat luar je. Sekarang ni dah main kejar-kejar pulak dalam umah.



Nak bela kuncing...bukan tak nak tapi bila tengok keadaan umah dan keadaan sekeliling rasanya tak payah la. Orang umah abg long pun bukan suka sangat dengan kuncing ni. Abg long tengok bukan cik siti yang takutkan kuncing tapi kuncing yang 'gerun' dengan cik siti ni :).

Nak pasang perangkap aduhai kekadang kena kekadang tak, mungkin cik siti ni berpelajaran kot. Alih-alih abg long kena cari alternatif ni.

Alternatif pertama abg long nak guna cara tradisional aka petua :). Abg long dapat la beberapa petua yang halau cik siti ni tu pun mintak tolong dengan pakcik google. Harap-harap berkesan petua ni.

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 2, 2014

Kuala Lumpur : Tanah Mendap Lagi

Salam sejahtera,

Tanah mendap lagi kali ini berlaku di simpang empat Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Menurut laporan akhbar kejadian ini belaku pada pukul 10.30 pagi tadi yang mana mengakibat terjadinya tanah jerlus sepanjang 19 meter di kawasan tersebut.













Mengikut laporan awal kemungkinan berpunca daripada paip besar Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) yang pecah, namun siasatan masih dijalankan.

Kejadian ini menyebabkan perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi terpaksa dihentikan.

posted from Bloggeroid

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>