Alhamdulillah hari dah masuk hari ke 5 kita berpuasa kejap je masa belalu. Setakat ni abg long puasa kita semua sempurna jika tak sempurna harap-harap esok boleh la sempurna la ye :).
Abg long rasa anda semua pun tahukan bulan Ramadan ni bulan yang penuh barakah, bulan yang penuh kemuliaan, bulan yang dinantikan oleh mereka yang beriman dan BULAN REZEKI.
Kenapa abg long katakan bulan Ramadan ini bulan rezeki? Untuk mereka yang berniaga kedatangan bulan Ramadan ini memang di nantikan bak kata mereka berniaga sebulan makan untung setahun. Macam mana faham tak?. Abg long harap semuanya faham :)
Cuba anda bandingkan pasar Ramadan tahun ini dengan tahun lepas ditempat anda, peniaga bertambah atau berkurang? Jika ditanya pada abg long tempat abg long ni peniaga bertambah malahan variasi makanan pun bertambah. Ada orang kata jika nak cari makanan yang jarang orang jual cari la kat pasar Ramadan. Secara tak langsung ini memberikan rezeki kepada peniaga dan pembeli.
Bulan Ramadan ini juga la kita akan dapat melihat para mereka yang terdiri daripada ahli perniagaan atau orang ternama akan meraikan anak-anak yatim, warga tua, mereka yang kurang upaya dan sewaktu dengannya. Dimana mereka ini akan di berikan sumbangan di majlis berbuka puasa. Jika tak percaya anda boleh lihatnya nanti baik di media cetak mahupun media eloktrinik.
Itu belum lagi jika kita lihat di masjid mahupun surau tak kira la di bandar mahupun di kampung. Pasti akan ada rezekinya walaupun sekali maksud abg long rezeki berbuka di masjid atau di surau.
Tapi yang tak berapa best la dalam bulan Ramadan ini la jugak kita boleh lihat mereka yang membazir, mereka yang boros, mereka yang melampau dan sebagainya. Tak percaya abg long bagi contoh yang paling senang je, cuba lihat mereka yang pergi ke pasar Ramadan, berapa beg plastik yang dibawa balik setiap sorang balik daripada pasar. Agak-agak la boleh ke habis semuanya. Pikir sendiri la ye.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment