Sunday, July 6, 2014

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit...

Salam sejahtera,


Dah layan lagu daripada allahyarham Tan Sri P Ramlee tu... banyak pengajaran dapat kita belajar daripadanya iya la bukan setakat hiburan aje.

Dalam hidup berumah tangga ni macam-macam yang kita akan hadapi termasuk la abg long sendiri. Ada manis, ada masam, ada pahit bak kata iklan astro dulu-dulu macam-macam ada...

Apa yang nak abg long sebutkan dalam berumah tangga ni salah satu sifat yang perlu ada pada pasangan adalah SIFAT TOLAK ANSUR. Jika tiada sifat ni abg long percaya bergoyang la sesebuah rumah tangga tu.

Mesti anda hairan kan kenapa tiba-tiba abg long tulia macam ni pulak... Sebenarnya ini pun sebagai pengajaran untuk diri abg long dan juga insya allah untuk anda juga.

Ada seorang hamba allah ni yang mana beragama kriatian aka hindu tiba-tiba datang ke tempat kerja tadi. Abg long ingatkan hamba allah ni datang kerna tertinggal barang ke tapi rupa-rupanya bergaduh dengan orang umahnya hanya disebabkan bil elektrik punya cerita.

Mulanya abg long pun tak tahu sebab hamba allah ni cerita dia telah pergi ke rumah saudaranya. Tiba-tiba je hamba allah ni buka cerita orang umahnya tel dan dari situ la dia mula cerita. Abg long hanya jadi pendengar je cuma abg long suruh dia bersabar je. Alih-alih malam ni dia tidor kat tempat keje.

Bila abg long terfikir balik kenapa la pekara kecil tu pun nak jadi isu... Iya la hidup bersama dah lama dah hampir 30 tahun tapi tak boleh nak bertolak ansur. Entah la bersangka baik je la.... lepas ni tak tahu la apa cite pulak tunggu dan lihat je :)
posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>