Alhamdulillah dah 19 hari si kecil abg long ni lahir dan dalam masa tu jugak la abg long banyak belajar dengan si kecil ni pekara baru.
Dalam tu jugak abg long baru tahu bagai mana cara nak bedung si kecil ni dengan betul sebelum ni hanya bedung dengan cara lihat dan teori je :). Tapi bila dah ada anak sendiri ni tambahan pula kena jaga sendiri tanpa adanya orang tua semuanya kena buat sendiri. Nasib baik la orang umah kuat walaupun dalam masih berpantang tu pun pantang dengan cara sendiri.
Nasib baik la ada kak comel ( ni nama panggilan manja ) yang tunjuk ajar cara nak bedung dengan betul. Menurut kata kak comel bayi kenal betul supaya kaki bayi tak kengkang bila besar nanti dan tangan bayi akan lurus. Orang berpengelaman abg long kena ikut sebab jika kita rujuk pada orang-orang tua mahupun ibu kita pun ayat sama jugak akan keluar daripada mulut mereka.
Cuma masalahnya selepas kak comel daj tunjuk dan buat bedung untuk si kecil abg long ni, bila abg buka untuk tukar pampers si kecil dan nak bedungkan balik abg long dah lupa apa lagi nasib baik la ada pakcik youtube boleh la belajar.
Apapun ni la pengalaman namanya betul tak, lepas ni boleh la abg long cerita kat si kecil ni nanti bila dah besar.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment