Sunday, August 10, 2014

Kemelut Di Negeri Selangor

Salam sejahtera,

Sebenarnya abg long tak layak untuk menulis tentang apa yang berlaku di Negeri Selangor ni. Tapi sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang mengamalkan demokrasi berpelembagaan dan juga seorang blogger rasanya tak salah untuk abg long tuliskan berdasarkan pandangan abg long.

Sebagaimana yang sedia maklum isu Menteri Besar Selangor ni dah sampai ke penghujungnya walaupun terdapat ketidak kepuasannya dari berbagai pihak. Dikala ini keputusan lembaga mesyuarat oleh pihak KEADILAN telah menentapkan Menteri Besar Selangor yang baru adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Terus terang abg long katakan abg long terkejut bila mengetahui berita ini. Dan yang pasti abg long tak apa sebenarnya motifnya dan juga cerita sebenarnya. Hatta apa yang abg long tahu kemulutan ni adalah di sebabkan keengganan Tan Sri Abdul Khalid melepaskan jawatan Menteri Besar selain masalah disiplin dan juga peribadi.

Apa yang abg long perhatikan la dan juga pandangan abg long sendiri Negeri Selangor yang di takbir oleh Tan Sri Khalid boleh dikatakan maju jika dibandingkan dengan pemerintaan sebelum ini. Dengan kebajikan yang dijaga, ekonomi yang bertambah maju tiada cacat cela abg long perhatikan dari jauh.

Sebelum ini Negeri Selangor mempunyai hutang yang berjuta ringgit dapat di selesaikan malahan apa yang abg long tahu Kerajaan negeri dapat pulak menjana keuntungan.

Satu kerugiaan kerajaan negeri dengan apa yang telah terjadi ini. Apa yang abg long mampu katakan BERSABAR LA Tan Sri Khalid apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>