Friday, January 3, 2014

Dalam Dunia Ini Tiada Yang Sempurna.

Salam sejahtera....

Abg long nak bertanya kepada anda adakah kita telah sempurna?. Adakah dalam dunia ini semuanya sempurna?. Masihkah kita mencari kesempurnaan itu?. Apa yang nak abg long nyatakan disini tiada yang sempurna dalam dunia ini melainkan daripadanya. Jangan pulak kata abg long nak sebarkan ajaran sesat pulak ye :). Secara fitrahnya Allah swt telah menjadikan alam semesta ini cukup sempurna kejadiannya, baik apa yang ada dalamnya dunia ini mahu pun di luar dunia ini.

Sebagai manusia baik abg long sendiri dan juga anda terdapat suatu sifat di mana ingin ke sempurnaan. Tapi sedarkah kita termasuk juga abg long sendiri diri kita sendiri pun bukan la sempurna walau hakikatnya kejadiaan kita sempurna. Pening apa yang abg long tulis?. Baikla cuba anda fikir secara logik la kenapa manusia suka mengumpat atau dengan kata lain mengata di belakang?. Adakah itu salah satu kesempurnaan?. Abg long rasa semua dah tahukan itu bukan sifat yang positif kan, malahan kerana sifat itu la kita boleh berbunuhan ( berbunuhan pun bukan satu kesemprnaan) antara satu sama lain.

Itu baru satu malah banyak lagi contoh yang boleh abg long kongsikan tapi abg long rasa tak payah sebab itu semua datang daripada kita sendiri sebagai manusia. Dan hanya kita sahaja yang mampu mengubahnya. Jadi, masih lagi mencari kesempurnaan?. Tak salah untuk kita mencarinya tapi dalam kita mencari tu hendaklah dengan ilmu. Kenapa abg long berkata begitu?. Ini kerana dengan adanya ilmu maka kita tidak akan buta.

Dalam sebagai Orang Islam ilmu yang perlu ada pada kita mesti la daripada Al Quran dan Hadis serta para ulama yang sahih. Daripada sumber ini la berbagai ilmu boleh kita cari termasuk juga ilmu kesempurnaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>