Kali ini abg long nak share dengan anda satu artikel yang abg long rasa penting dan ianya selalu dilakukan oleh kita sedar mahupun tanpa sedar
Jangan upload gambar bayi bawah usia 40 hari dalam Facebook
Kenapa Tidak Boleh Upload/Siarkan Gambar Bayi Al Ain Bukan Perkara Main-main. SalaamULLAHu Alaykum…
Perlu kita fahami, bayi yang
berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan
permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan
rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.
Sang faqir garistebalkan pada posting
kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan. Ummu
Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan
anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu
sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah
memberi panduan , antaranya: “Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka
diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya
maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa
penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi).
“Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan
diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali
masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat,
ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada
anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud
bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada
Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.
Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi
muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini
luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin,
malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan
sihir lain.
Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di
dalam hadith : عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ
الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi
Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika
seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh
ain.
Apabila kamu diminta untuk
mandi maka mandilah.” (hadith riwayat Muslim) عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا
بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu
Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :” Mintalah kalian
perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain
itu haq (benar)” (HR ibnu Majah).
Ain adalah penyakit atau masalah yang
disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang
disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang
dilihatnya. Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur
manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin).
Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:
1. Tangisan yang tidak munasabah atau
tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti,
tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada
ibunya tanpa sebab yang jelas. عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي
فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ
مِنْ الْعَيْنِ Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi
(SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi
sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa
bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya
sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)
2. Keadaan tubuh yang sangat kurus
kering (seperti kurang zat) عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ
الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ
بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ
الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ Dari Jabir RodhiyALLAHu
Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah
(keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari
sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada
Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus
kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi
mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau
begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)
3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar
sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya. Dari hadith dan
permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan
bagaimanakah ianya terjadi? Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku
akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub
tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi
tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau
memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi
warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik,
maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang
dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi
atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji
sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat
perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa.
NauzubILLAHi min Zalik. Kebanyakan kes
yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak
berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin
pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh
perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan
sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh,
padahal ianya Ain semata-mata.
(Sabo je le) Permasalahan dengan Al Ain
ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau
merawatnya. Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah.
Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling
ringkas.
Iaitu diberi mandi dengan air bekasan
wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk) Bersabit dengan hadith :
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى
عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا
رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ
عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ
اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ
وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ
ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ Dari Abu Umamah bin Sahl bin
Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif
sedang mandi, lalu berkatalah Amir : “Aku tidak pernah melihat
(pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang
tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan).
Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi
Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa
kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan
keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir
mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua
tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian
dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl,
lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia. (HR Malik dalam
Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424.
Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib
al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).
Merujuk kepada hadith tersebut, tentu
menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika
tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita
jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk
ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya,
diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain.
Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada
Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau
bermasalah dengan pelajaran. Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku:
Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan
kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian
mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya). Pada malam hari
sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun
bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.
Kepada ibubapa, terpulang di atas
perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama
yang memperolehi ‘new baby’ atau yang anak mereka sedang sakit,
pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.
Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98%
daripadanya adalah asbab meng’upload’ gambar bayi mereka di facebook
atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah
sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik.
Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.
Wassalam.
Sumber : FB Wan Asrul Al-Aydrus
No comments:
Post a Comment