Thursday, January 30, 2014

Minggu Depan Kena Datang Lagi

Salam sejahtera...

Alhamdulillah kali ke 3 isteri abg long mengandung selepas 2 kali gugur dan abg long harapkan kali ini semuanya selamat. Rezeki semuanya datang daripadanya dan apa yang kita rancang kekadang tidak sama apa yang kita hendak. Kenapa abg long tulis macam itu? Sebabnya selapas 2 kali gugur isteri abg long ada merancang untuk mengambil seorang anak angkat. abg long dan isteri telah berjumpa dengan keluarga tersebut. Tapi atas sebab-sebab tertentu semuanya tinggal kenangan.


Apa yang abg long tak dapat lupakan kami berdua deman sama-sama semasa di kampung abg long tempoh hari. Dan balik je ke KL baru abg long tahu itu sebagai petanda yang abg long akan menjadi seorang ayah ( insya allah ) setelah isteri abg long lakukan UPT atau kata lain Urine Pregnancy Test. Alhamdulilah.

Hari ini abg long temankan isteri ke klinik kesihatan Ibu dan Anak untuk buat pemerisan tapi ditunda pada hari selasa minggu hadapan kerana hari ini doktor tiada. Takpa la minggu depan pun minggu depan la janji isteri dan kandungan sihat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>