Thursday, January 9, 2014

Kasih Sayang Itu Tiada Sempadan

Salam sejahtera...

Benar la jika ada orang kata kasih sayang itu tiada sempadan malahan ada juga yang kata ianya tidak kenal siapa. Kenapa abg long kata begitu?. Ini kerana abg long nak tunjukkan kepada anda satu kisah.

Unta peluk bekas pemilik  
Unta memeluk bekas pemiliknya yang melawat ladang yang kini dimiliki pemilik baharu.

Riyadh: Seekor unta menunjukkan emosi seperti manusia dan ingatan yang kuat apabila ia memeluk bekas pemilik warga Arab Saudinya dengan penuh kasih sayang selepas berjumpa kembali sejak sekian lama.

Bekas pemilik unta itu sendiri terkejut apabila unta berkenaan berlari mendapatkannya dan membelit bekas pemilik terbabit dengan lehernya yang panjang itu.  

Rindu unta peliharaan

Lelaki berkenaan yang namanya tidak didedahkan dikatakan melawat ladang haiwan kepunyaan pemilik barunya kerana merindui unta yang pernah dipeliharanya itu.

Satu gambar yang diterbitkan akhbar berbahasa Arab, Sada Arabic menunjukkan petani itu dipeluk unta berkenaan dengan lehernya.

Laporan itu menyebut, Ia membelit leher bekas pemiliknya seolah-oleh mengatakan walaupun kamu sudah menjual saya, saya masih menyayangi kamu.

Gambar itu yang turut disiarkan beberapa laman sosial, segera mencetuskan pelbagai ulasan, kebanyakannya menyatakan rasa terharu berikutan kasih sayang yang ditunjukkan unta dan bekas pemiliknya.
Mereka juga terkejut dengan reaksi haiwan itu.

Walaupun lelaki berkenaan mengetahui unta itu akan mengenali beliau, beliau tidak menjangka binatang itu akan menunjukkan reaksi demikian terhadap manusia.

Sumber

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>