Saturday, March 29, 2014

Halalkah Gelatin Kapsul?

Salam sejahtera,

Abg long tertarik dengan satu artikel yang abg long baca daripada sebuah majalah tempatan. Abg long rasa artikel ini sesuai untuk bacaan kita bersama moga-moga perkongsian ini bermanafaat untuk anda semua.

Penggunaan gelatin telah digunakan begitu lama dan secara meluas dalam industry makanan, kecantikan dan perubatan. Di hospital dan klinik, gelatin digunakan dalam bentuk kapsul ubat dan kapsul lembut seperti kapsul minyak ikan dan ekstrak minyak zaitun. Sementara dalam industri makanan ia digunakan dalam penyediaan gula-gula, coklat, yogurt, keju, mentega, aiskrim, makanan pencuci mulut segera seperti agar-agar dan punding, dan gula-gula getah.


Isu utama di sini adalah bolehkah pesakit Muslim menggunakan ubat yang mengandungi kapsul yang diperbuat dari gelatin? Adakah ia halal? Kapsul ubat menggunakan gelatin yang dihasilkan dari proses pengasingan protein kolagen yang diambil dari tubuh haiwan. Protein kolagen ini diperolehi dari sumber kulit, tulang dan tendon haiwan. Dalam teknologi terbaru, pengeluaran gelatin boleh menghasilkan gelatin dari beberapa jenis tumbuhan rumpai laut atau alga merah.

Friday, March 28, 2014

Sharing Is Caring


Buncit?


Blog Dah Berubah

Salam sejahtera,

Alhamdulillah kerja untuk edit blog kesayangan abg long dah selesai walaupun masih terdapat masalah yang masih lagi abg long tercari-cari untuk menyelesaiakannya. Walaupun berubahan blog abg ini tidak seberapa la sangat tapi hasil daripada orang baru macam abg long ni kiranya boleh di banggakan ( angkat bakul sendiri ).

Dengan perubahan ini abg long berharap blog ini akan terus aktif dan dapat kekal lebih lama dalam areana blogger. Jika ada yang nak komen tu sila la untuk kebaikan abg long dan blog ini.

Wednesday, March 26, 2014

Sharing Is Caring




Iklan "BODOH"

Salam sejahtera,

Dah lama abg long nak tulis tajuk ni dalam blog abg long, cuma tiada keberanian untuk abg long taipkan. Bukan apa abg long terfikir dan renungkan diri abg long sendiri, boleh ke abg long menulis tajuk macam tu? Jika di ikutkan ini blog abg long so abg long punya pasal la apa yang nak abg long tulis kan. Tapi sebagai salah sorang yang bergelar usahawan ( amboi angkat bakul sendiri mamat ni ) yang tak sepenuh masa ni, abg long rasa elok jugak abg long tulis untuk ingat abg long sendiri.

Gambar Hiasan

IKLAN, abg long rasa semua orang tahukan perkataan tu kan? iye la kat mana-mana sahaja boleh kita lihat dan boleh kita dengar. Kita semua pun tahu tanpa iklan ni, para usahawan dan juga peniaga abg long rasa boleh bungkus awal ni. Memang betul rezeki tu ada kat mana-mana dan ALLAH SWT yang tentukan semua tu. Tapi kita jangan lupa jika takda usaha ALLAH SWT tak suka, nak semuanya datang bergolek kat depan mata. Jadi salah satu usaha untuk para peniaga atau usahawan ni adalah iklan. Sekarang para usahawan dan para peniaga boleh dikatakan menjalankan iklan tak kira di media cetak atau di media eloktronik.

Memang kuasa iklan ni hebat, dan juga diakui berkesan, Cuba kita tengok iklan makan segera yang ditayankan kat tv dan lihat apa perubahan yang berlaku pada kita sendiri, kawan, anak-anak dan sesiapa sahaja yang menotonnya. Pasti tergoda kan, mana taknya keenakkan makan segera ditambah pulak ditunjuk makan tu di makan yang kenyang jadi lapar pulak. Maka abg long rasa time tu juga anda akan pergi mencarinya :). Jika dah macam tu secara tak langsung para usahawan makanan segera ini akan mendapat untung bila makan segera mereka laku dan ada permintaan yang banyak. Itu sebahagian contoh yang dapat abg long berikan.

Berakhirnya Kisah MH370

Salam sejahtera,

Terlehih dahulu takziah abg long nak ucapkan kepada seluruh ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH 370 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. Setelah 18 hari berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak yang berwajib bagi mengesan pesawat MH370 ini, pada pukul 10 malam 24hb Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah terhempas dan hilang di Selatan Lautan Hindi. Walaupun pahit untuk kita menerima tapi itu la kenyataan yang terpaksa di terima, berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Di waktu ini pihat berwajib berusaha untuk mengesan kotak hitam bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian tersebut.


Walaupun boleh dikatakan kes kehilangan pesawat MH370 telah berakhir, abg long perhatikan masih terdapat berbagai-bagi teori ataupun pandangan yang ditulis baik dalam blog mahupun media sosial seperti facebook berkenaan kejadian ini. Kekadang apa yang ditulis tak logik dan tak dapat diterima akal langsung, abg long terfikir mana sumber yang mereka gunakan? adakah mereka copy dan paste je? atau mereka ni... Maklum la kat internet ni tekan je semua boleh tahu.

Cuma apa yang abg long harapkan anda semua tapis, kaji, nilai segala apa yang anda terima daripada internet ini. Tak sermestinya nampaknya buruk tu memang buruk tapi kita kena ingat tak semestinya yang cantik tu semuanya cantik. Ingatan untuk diri sendiri.




Sunday, March 23, 2014

Sharing Is Caring


Cerita Di Walimatul Urus

Salam sejahtera,

Hari ni abg long telah menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu abah ( bapak mertua ) yang telah berlangsung di Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves. Majlis ini bermula 10 pagi hingga 4 petang. Terus terang abg long cakap ini kali pertama abg long berjumpa dengan sepupu sebelah abah ni, jika tak ada generasi tua abg long rasa abg long tak kenal para sepupu abah ni.

Peta lokasi majlis

Boleh dikatakan ramai jugak tetamu yang diundang bagi menghadiri majlis ni, selain tu tempat majlis jugak selesa dengan adanya air con. Jadi takda la panas para jemputan menjamu selera. Abg long pun boleh dikatakan lama jugak lepak kat majlis kahwin ni.

Suasana Majlis

Paling seronok abg long perhatikan adalah abah, dimana boleh dikatakan hampir kesemua adik beradik abah ada di majlis ni. Banyak la cerita bila dah berjumpa maklum la selain hari raya, majlis macam ini la untuk mereka berjumpa. Sanak saudara, sepupu isteri abg long pun ramai jugak yang ada masa kenduri kahwin tadi.

Catuan Air Diteruskan

Salam sejahtera,

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), catuan air akan diteruskan sehingga ke tarikh yang ditentukan, walaupun hujan beberapa hari lepas telah meningkatkan paras air di Sungai Selangor. Hujan yang melanda bebarapa hari lepas telah meningkatkan pengeluaran air di loji-loji rawatan air yang terlibat didalam pelan catuan bekalan air, antaranya LRA Sg Selangor Fasa 1, LRA Sg Selangor Fasa 2, LRA Sg Selangor Fasa 3, LRA Sg Rasa dan LRA Rantau Panjang.

 
Pelan Catuan Air Peringkat Ketiga melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Shah Alam.
  
Pihak syabas meminta orang ramai memberi kerjasama menjimatkan penggunaan air dan tidak merosakkan fasiliti dan infrastruktur bekalan air yang diuruskan olehnya demi kepentingan semua pihak.
  

Saturday, March 22, 2014

Ikhlaskah Kita?

Salam sejahtera,


Ini merupakan perkongsian terakhir daripada siri perkongsian yang abg long ambik daripada buku ini untuk anda semua. Bagi anda yang terlepas siri perkongsian abg long, anda boleh la klik di sini dan juga di sini.


IKHLAS

Memberi pertolongan kepada pihak yang memerlukan adalah amalan yang murni dan sangat digalakkan Apatah lagi andai yang dibantu itu ibu bapa atau saudara kandung kita sendiri. Sesungguhnya bantuan yang diberi akan menggembirakan hati yang menerima. Tetapi, sejauh mana keikhlasan kita membantu mereka yang memerlukan? Kenapa saya bertanya demikian? Ini kerana tanpa sedar kita selalunya jauh tersasar daripada keikhlasan yang dituntut di dalam kehidupan. Contohnya :

Kita telah merancang untuk bercuti bersama-sama keluarga pada hujung minggu atau pergi memancing dengan kawan-kawan. Sehari sebelum tibanya hari tersebut, kita menerima panggilan telefon daripada ibu atau ayah. Kita disuruh balik kampung kerana ada urusan atau mungkin salah seorang daripada mereka berada dalam keuzuran.

Kita pasti serba salah. Sebagai anak, memenuhi permintaan ibu bapa adalah satu kemestian. Tetapi, bagaimana pulak janji dengan mereka yang tersenarai di dalam rancangan kita? Suka atau tidak, kita terpaksa memenuhi permintaan ibu bapa terlebih dahulu.

Sungguhpun begitu, jika tidak di mulut, hati kita akan merungut, " Selalu macam ini. Asal ada rancangan aje, ada saja halangannya. Yang mak pun satu, selalu dah pesan jangan kerja kuat. Umur tu dah meningkat, tapi sikit pun tak nak dengar. Pening kepala aku. "

Itu mungkin sebagaian rungutan yang terkeluar dari mulut kita. Biarpun kita balik ke kampung, tetapi ia dalam keadaan tidak gembira dan keterpaksaan. Ikhlaskah kita? Ayuh, fikirkanlah...

Kita seorang yang berkemampuan. Pendak kata, kita berada dalam golongan yang memiliki kesenangan hidup dan cukup segala-galanya. Malah, tidak keterlaluan andai dikatakan kita orang yang terlebih ada. Menjadi kebiasaan dalam hidup ini, orang yang senang menjadi tempat saudara-mara atau sahabat handai bergantung harap.

Sharing Is Caring


Betul Ke Lelaki Malas?

Salam sejahtera,

Abg long rasa tercabar sebenarnya bila terbaca satu artikel yang mengatakan lelaki ni malas, walaupun artikel tu lebih menekankan pada lelaki di negeri beliau tapi abg long tak boleh nak menerima apa yang dinyatakan oleh beliau. Sebagai orang yang berpengaruh dan pernah suatu ketika dulu pernah juga bergelar menteri, sepatutnya beliau tak boleh mengeluarkan kenyataan begitu.

Gambar Hiasan

Abg long mohon maaf dengan apa yang abg long tulis dalam post kali ini. Bukan untuk membela atau backup kaum sejenis, apa yang abg long tulis ni berdasarkan pendapat abg long sahaja. Berbalik pada kenyataan pada artikel tu, beliau mengatakan kebanyakkan lelaki menghabiskan masa di warung kopi sahaja. Dalam artikel itu jugak beliau mengatakan lelaki tidak bertanggungjawap pada keluarga dan menjadikan wanita sebagai " ketua " keluarga.

Pada pendapat abg long, baik lelaki mahupun wanita semuanya sama sahaja. Ada yang malas, ada yang rajin, ada yang bertanggungjawap dan sebagainya. Kita yang menentukan semuanya atas diri kita sendiri, kalau tak kan la ada pepatah melayu darah sama merah, hati lain-lain. Kita semua pun tahu kan manusia yang ada di dunia ini berbeza antara satu sama lain, baik daripada segi fizikal, tingkah laku, emosi dan sebagainya. Maka jika di rujuk pada artikel tu, abg long memang tak boleh nak terima kenyataan beliau. Macam mana beliau boleh kata begitu, lebih-lebih lagi negeri yang beliau sendiri duduki.


Komplikasi Jiwa Muslim

Salam sejahtera,


Alhamdulillah katam jugak akhirnya buku ni, tak rugi untuk kita melabur dalam ilmu tak kira la dalam apa bidang pun janji ia ilmu tu tak terpesong. Ilmu tu tak semestinya kat sekolah atau kena orang pandai je yang boleh menuntut, Abg long sebagai contohnya walaupun tak belajar tinggi tapi keinginan untuk mencari ilmu tu kuat. Salah satu caranya dengan membaca buku. Apa la sangat jika satu bulan kita belanjakan RM50 untuk dapatkan sebuah buku, bukan rugi apa pun malahan bertambah ada la.

Buku yang abg long kongsikan ini merupakan sebuah buku berbentuk motivasi islamik( harga pun baru RM19.90 sahaja ) yang ditulis oleh pakar motivasi iaitu tuan Dr. HM Tuan Iskandar. Apa yang terkandung dalam buku ini adalah himpunan soal jawap yang penulis kumpul berkenaan bermasalahan yang melanda dan dipersembahkan di dalam bentuk sebuah buku.

Disini abg long kongsikan ringkasan daripada buku tersebut :

Setiap kehidupan tidak lari daripada ditimpa masalah bagaikan diri dihadapi penyakit.Usah memandang dari sudut negatif kerana bimbang boleh mengakibatkan komplikasi jiwa. Kita perlu percaya bahawa masalah merupakan ujian ALLAH yang menjadi kayu ukur tahap keimanan para hamba-NYA.

Sebagai muslim, kita perlu menjaga jiwa sendiri agar sentiasa berada di landasan yang diredhai, bukan dimurkai. Masalah akan bertambah besar bagi jiwa yang kecil. Bongkarlah segala formula yang ada agar mudah menyelesaikan kemusykilan yang membelenggu diri. Ingatlah, betapa mahalnya harga kedamaian yang hakiki.

Bersandarkan motivasi islami, KOMPLIKASI JIWA MUSLIM merungkai pelbagai persoalan dalam kehidupan. Jawapan yang diberi turut diselitkan juga pengalaman insan lain sebagai pengajaran. Banyakkan mengingati ALLAH kerana hanya dengan cara itu, jiwa akan semakin tenang.


Buku ini anda boleh dapati di kedai-kedai buku dan yang paling menarik buku ini juga disertakan kata-kata mutiara daripada penulis. Anda juga boleh terus dapati secara online.

Thursday, March 20, 2014

Geram Memang Geram

Salam sejahtera,

Hari ni abg long GERAM, entah tak tahu nak kata apa lagi. Apa yang pasti mood abg long betul-betul down, satu kerja pun tak boleh nak jalan. Nak di maki kan kata abg long ni tak profesional pulak. Kata abg long ni macam budak-budak. Aduhai kekadang letih melayan kerenah yang sama. Kekadang terfikir siapa yang tak profesional ni, abg long ke atau pihak yang satu lagi.


Ke mana hak sebagai pembeli, pengguna atau yang sama erti dengannya, adalah dah hilang semua tu atau senang untuk dimainkan? setiap wang yang dikeluarkan mesti mengharapkan yang terbaik daripadanya. Abg long minta maaf jika post kali ini tak sesuai dalam blog abg long ni. Ini sekadar luahan abg long untuk meredakan perasan GERAM abg long ni.

Saturday, March 15, 2014

Adakah Kita BERSYUKUR?

Salam sejahtera,

Abg long nak sambung kembali perkongsian yang abg long janjikan, anda boleh rujuk kembali post sebelum ini berkenaan perkongsian abg long di sini.

SYUKUR


Ini satu lagi kelalaian kita. Kita jarang dan kadang-kadang langsung tidakn bersyukur dengan nikmat yang diperolehi. Renung sejenak, setiap kali kita menerima gaji, pernahkah kita menciumnya sambil melafazkan syukur alhamdulillah di atas rezeki tersebut?

Setiap kali kita mengeluarkan wang daripada mesim ATM dan ditegur kawan, " Wah, banyak duit, " apa jawapan kita? selalunya kita akan berkata, " Mana banayak. Ini pun tak cukup. Kejap lagi habislah. " Susah sangatkah kita untuk berkata, " Alhamdulillah, rezeki bulan ini. Bolehlah bayar bil dan sebagainya. "

Setiap kali mendapat gaji, pernahkah kita menperuntukkan sepeluh atau lima ringgit untuk dimasukkan ke dalam tabung sarau atau masjid? Sebaliknya, kita sudah mula mengira untuk membeli itu dan ini.

Apabila ada yang berkata, " Tahniah, anak kamu cermerlang di dalam peperiksaan. Tak sangka aku, " apakah jawapan kita? Selalunya lita akan menjawap, " Itu semua kerana kesungguhan dia mengulangkaji pelajaran. Kadang-kadang sampai pagi. Lagipun aku hantar dia ke kelas tambahan kat pekan sana. Kalau nak anak kamu cermelang macam anak aku, jangan lupa hantar dia ke kelas tambahan yang aku cakap tadi. "

Adakah menjadi satu kesalahan jika kita sambut pujian orang yang dengan kata-kata, " Alhamdulillah... dengan izin ALLAH dan kesungguhan dia, maka itulah hasilnya. Aku bersyukur teramat. "

Sekiranya ada yang memuji kecantikan atau ketampanan pasangan kita, maka dengan angkuhnya kita akan berkata, " Tengok kaki laaa. Kalau nak pasangan yang macam aku punya pun boleh, syaratnya belajar dengan aku. "

Thursday, March 13, 2014

Hanya Kerana MH370

Salam sejahtera,

Hari ini 13hb March telah masuk hari yang ke 6 kehilangan pesawat MH370 penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing, China. Dan hingga ke hari 6 ini berbagai-bagai cerita yang abg long baca dan tengok baik dari media cetak mahupun media eloktronik.


Apa yang abg long perhatikan daripada sumber-sumber cerita ini, abg long dapati ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu sumber yang sahih @ betul dan yang satu lagi sumber cerita yang sebaliknya malahan mengarut sama sekali. Jika sumber cerita itu betul boleh la abg long terima, tapi sumber cerita yang sebaliknya ini la yang membuatkan abg long sedih. Itu belum lagi gurauan, cercaan malahan ada juga hinaan tentang kejadian ini.

Abg long kekadang terfikir apa motif mereka yang mengadakan cerita yang mengarut ini. Apa sumber yang mereka rujuk untuk menulis cerita macam tu, adakah mereka ingin melariskan atau ingin mencari publisiti murahan. Tepuk dada tanya diri. Kekadang abg long naik meyampah kerana mereka ni lebih kuah dari sudu, di Facebook lagi la macam-macam cerita ada atau lain perkataan jadi wartawan tak berbayar.

Abg long pun bukannya apa cuma abg long berharap dan mohon kepada mereka ini cuba la memahami perasaan mereka yang menanti kepulangan insan-insan tersayang dalam peristiwa ini. Alangkah baik jika kita bersama-sama berdoa untuk keselamatan mereka semua dari menabur fitnah.


Tuesday, March 11, 2014

Sekadar Satu Perkongsian

Salam sejahtera,

Tak rugi bila kita membaca buku ni apa tah lagi melabur untuk mendapatkannya. Abg long tak tahu betul tak apa yang abg long tulis ni, abg long rasa hanya mereka yang dapat merasai dan menjiwanya sahaja tahu bila buku berada ditangan... Iye ke?, Abg long hanya menulis apa yang abg long rasa sahaja.

Abg long nak kongsikan dengan anda sesuatu yang abg long dapat sewaktu membaca sebuah buku ini. Artikel ini abg long terpaksa asingkan kerana ianya terlalu panjang, dan abg long akan kongsikan kepada anda secara bersambung. Kenapa jadi begitu pulak?, ini kerana abg long nak perkongsian ini berguna untuk anda.

Daripada buku yang abg long baca ini, Penulis berkongsi apa yang diperkatakan oleh seorang insan yang luas pengetahuan dan kaya pendidikannya. Insan tersebut itu juga cukup sederhana walaupun memiliki segala-galanya. Dia menjadi tempat orang ramai meminta nasihat, pandangan dan buah fikiran. Dia telah berumah tangga dan memiliki dua orang anak ini tidak pernah kedekut membantu sesiapa sahaja pada bila-bila masa pun. Mari sama-sama kita fikirkan apa yang diperkatakannya.


MASA



Setiap kita diberikan masa yang sama banyak tanpa mengira siapa kita. Biarpun orang kaya, miskin, pandai, atau bodoh, semuanya mendapat peruntukan masa yang sama banyak iaitu 24 jam. Hanya yang membezakan di antara kita ialah tentang umur. Ada orang umur panjang sehingga mencecah 70 tahun. Tetapi ada juga yang tidak sempat mencecah angka tersebut. Namum yang pasti, 24 jam tetap milik kita. Pengasihnya Dia Yang Maha Agung. Sebagai seorang insan yang bergantung hidup di atas keizinan dan kebenaran-nya, pernahkah kita mengambil kira bagaimana 24 jam itu kita ' belanjakan '?.

Kenapa Perlu Membaca

Salam sejahtera,

Kali ini abg long nak kongsi dengan anda satu artikel kenapa kita disuruh membaca. Abg long harapkan dengan perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
   
7 Unconventional Reasons Why You Absolutely Should Be Reading Books 

In a world of omnipresent screens, it can be easy to forget the simple pleasure of curling up with a good book. In fact, a recent HuffPost/YouGov poll of 1,000 U.S. adults found that 28 percent hadn't read one at all in the past year.

But the truth is that reading books can be more than entertainment (or a high school English assignment). A study released earlier this month suggests that enjoying literature might help strengthen your "mind-reading" abilities. The research, published in the journal Science, showed that reading literary works (though, interestingly, not popular fiction) cultivates a skill known as "theory of mind," which NPR describes as the "ability to 'read' the thoughts and feelings of others."

And that's hardly the only way being a bookworm can boost your mind and well-being. Below, six more science-backed reasons to swap the remote for a novel.

Reading can chill you out.

Stressed out? Pick up a paperback. Research conducted in 2009 at Mindlab International at the University of Sussex showed that reading was the most effective way to overcome stress, beating out old favorites such as listening to music, enjoying a cup of tea or coffee and even taking a walk, The Telegraph reported when the findings were released. It took the study participants just six minutes to relax (which was measured by evaluating heart rate and muscle tension) once they started turning pages.

"It really doesn't matter what book you read, by losing yourself in a thoroughly engrossing book you can escape from the worries and stresses of the everyday world and spend a while exploring the domain of the author's imagination," study researcher Dr. David Lewis told The Telegraph.

Sunday, March 9, 2014

Antara Cinta, Rupa Dan Duit

Salam sejahtera,

Jika anda diberi pilihan antara cinta, rupa dan duit mana satu jadi pilihan anda?. Abg long sebenarnya tak terfikir untuk menulis tajuk ini, tiba-tiba aje terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua. Tajuk ini pun abg long dapat sewaktu abg long berada dalam kereta sambil ditemani radio, semasa menunggu isteri abg long bersiap untuk ke klinik.


Abg long tertarik bila juruhebah radio menanyakan kepada para pendengar radio berkenaan tajuk tersebut. Boleh dikatakan 80% yang menelefon menyatakan mereka memilih duit, dan yang paling mengejut lebih daripada separuhnya adalah wanita. Berbagai-bagai sebab dan alasan yang mereka berikan bila ditanya oleh juruhebah radio tersebut. Lain orang lain pendapatnya kan, maka walau apa pun pendapat yang abg long dengar dari mereka abg long menghormatinya kekadang ada yang abg long tak setuju.

Apa yang nak abg long kata dan nak kongsikan disini, ini pendapat abg long ye :), antara cinta, rupa dan duit tu semuanya penting dan berkait antara satu sama lain. Ini kerana jika kita memilih satu daripadanya secara tidak langsung kita akan mendapatnya semuanya. Umpama kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, irama dan lagu tak dapat dipisahkan. Bagaimana, anda setuju tak pendapat abg long yang ringkas ni? Nanti abg long huraikan kenapa abg long kata macam tu. Tunggu sambungan abg long ye.


Banyak Sungguh Spekulasi

Salam sejahtera,

Dah masuk hari yang kedua cerita berkenaan kehilangan pesawat mas MH370 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. Apa yang abg long perhatikan kat Facebook berbagai-bagai cerita yang ditulis berkenaan peristiwa itu. Bukan setakat itu sahaja kutukan dan cacian pun ada terselit yang mana ditulis oleh mereka-mereka yang tak bertanggungjawab. Abg long pun hairan mereka ini tiada perasaan ke bila menulis kutukan dan cacian tu. Entah la, itu yang abg long mampu katakan kerana kita telah diberikan akal untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Tepuk dada tanya akal.


Selain daripada Facebook, berbagai sumber berita kita dapat prolehi dengan cepat baik blog mahupun website berita yang lain baik di dalam atau di luar Negara. Tetapi harus di ingat kekadang sumber maklumat yang kita dapat tu kena la kita tapis dan selidik dahulu untuk kesahihannya, jangan pula 100% kita terima. Nasihat ini untuk ingatan abg long sendiri juga, sebab dalam menulis blog ini abg long banyak jugak merujuk sumber-sumber tertentu untuk menulis.

Apa pun abg long mohan kepada anda untuk terus berdoa kepada mereka yang berada di dalam pesawat MH307 yang hilang tu selamat. Hanya itu yang kita mampu lakukan untuk mereka.

Saturday, March 8, 2014

The Magic Of Thinking Big

Salam sejahtera,

Lama juga abg long tak update kat blog kesayangan abg long ini, selain sibuk dengan kerja kekadang abg long sendiri takda idea untuk menulis kat blog ni. Jadi bila dah takda idea nak menulis ni, abg long kena la cuba-cuba cari idea jugak. Maka dengan itu abg nak kongsi dengan anda sebuah buku yang baru je abg long habis membacanya.


Buku ini la yang nak abg long kongsikan dengan anda, " THE MAGIC OF THINGKING BIG ". Bagi anda yang berminat dengan buku motivasi atau tercari-cari buku untuk membakar semangat anda yang lesu, abg long cadangkan buku ini untuk anda.

Apa kata abg long kongsikan ringkasan buku ini,

Berjuta-juta orang di seluruh dunia berjaya mengubah hidup mereka melalui The Magic Of thungking Big. Dr. David J. Schwartz, pakar motivasi terkenal dapat membantu anda meningkatkan jualan, menguruskan kehidupan anda dengan lebih baik dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi. Apa yang penting, anda memperoleh kebahagian serta ketenangan jiwa yang lebih mendalam.

The Magic Of tingking Big menawarkan kaedah-kaedah yang berguna. Dr. Schwartz membentangkan program yang disusun dengan teliti bagi memaksimumkan manfaat daripada pekerjaan, keluarga dan komuniti. Beliau membuktikan yang anda tidak perlu menjadi seorang cendikiawan ataupun mempunyai bakat tertentu bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Pelajari serta fahami cara berfikir dan bertindak untuk ke puncak kejayaan. Semua rahsia itu terkandung dalam buku :
  • Anda yakin, anda berjaya
  • Pulihkan diri anda daripada penyakit takutkan kegagalan
  • Kaedah berfikir dan bercita-cita kreatif
  • Anda adalah produk pemikiran anda sendiri
  • Jadikan sikap sebagai sekutu anda
  • Cara berfikir secara positif
  • Cara mengubah kegagalan kepada kejayaan
  • Manfaatkan pengalaman bagi membangunkan diri
  • Cara berfikir seperti pemimpin
Tak rugi untuk anda laburkan sedikit wang bagi mendapatkan buku ini, jika dibandingkan dengan apa yang kita perolehinya nanti. Anda boleh dapatkan buku ini dikedai-kedai buku dan yang paling senang anda boleh dapatny secara online cuma perlu klik di sini sahaja.

Satu Malaysia Sedih

Salam sejahtera,

Terlebih dahulu abg long nak ucapkan takziah kepada ahli keluarga bagi penumpang pesawat Mas MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang dilaporkan hilang. Pesawat B777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.


Walaupun terdapat berbagai cerita dan juga versi berkenaan tragedi ini, abg long doakan semoga para penumpang berada dalam keadaan selamat. Berikut senarai nama penumpang bagi pesawat MH370 yang abg long perolehi daripada akhbar online :

 No    Nama                        Warganegara     Umur
1. An/Wenlan                    China            65
2. Bao/Yuanhua                China            63
3. Bai/Xiaomo                    Canada            37
4. Bian/Maoqin                  China            67
5. Bian/Liangjing                China            27
6. Bibynazli/MohdHassim   Malaysia        62
7. Brodskii/Nikolai               Russia            43
8. Burrows/RodneyMr         Australia        59
9. Burrows/MaryMrs           Australia        54
10.Cao/Rui                        China            32
11.Chan/HuanpeenMr       Malaysia        46
12.Che/Junzhang              China            68
13.Chen/Jian                     China            58
14.Chen/ChangjunMr        China            35
15.Chen/Wei                     Malaysia        43
16.Chen/YunMs                 China            57
17.Chew/KarmooiMs         Malaysia        31
18.Chuang/HsiulingMs      Taiwan            45
19.Chng/Mei                     Malaysia        33

Tuesday, March 4, 2014

Al-Quran Berselerak Dan Dibuang Dalam Tandas Masjid

Salam sejahtera,

Apa pandangan anda melihat gambar-gambar di bawah ini.



Tips Untuk Murah Rezeki

Salam Sejahtera,

Abg long nak kongsi dengan anda tips untuk murahkah rezeki anda, insya allah.



Indeks Pencemaran Udara Di Malaysia

Salam sejahtera,

Abg long rasa anda juga dapat rasakan dalam 2,3 hari ini pemandangan kita terbatas sikit betul tak?. Abg long yang tinggal di arae Kuala Lumpur pun dapat merasakan suasana begitu, abg long ingatkan mendung kerana tanda nak hujan. Rupa-rupanya Malaysia mengalami jerebu, itu pun abg long dapat tahu daripada radio. Cepat-cepat abg long lihat website Kementerian untuk mendapatkan maklumat tentang Indeks pencemaran udara.

Berikut abg long kongsikan sedikit maklumat daripada website mereka.

NEGERI / STATE KAWASAN/AREAMASA/TIME
12:00AM
MASA/TIME
01:00AM
MASA/TIME
02:00AM
MASA/TIME
03:00AM
MASA/TIME
04:00AM
MASA/TIME
05:00AM
Johor Kota Tinggi35*36*37*37*38*36*
Johor Larkin Lama45*45*46*46*47*47*
Johor Muar94*87*83*82*84*86*
Johor Pasir Gudang43*43*44*46*48*49*
Kedah Alor Setar59*60*60*59*59*59*
Kedah Bakar Arang, Sg. Petani92*92*90*88*86*84*
Kedah Langkawi45*44*44*44*44*43*
Kelantan SMK Tanjung Chat, Kota Bharu47*46*46*45*44*43*
Kelantan Tanah Merah 62*62*62*61*61*61*
Melaka Bandaraya Melaka74*75*75*76*77*79*
Melaka Bukit Rambai73*74*75*75*76*76*
Negeri Sembilan Nilai93*95*99*102*105*107*
Negeri Sembilan Port Dickson66*66*66*67*67*67*
Negeri Sembilan Seremban75*77*78*79*81*81*
Pahang Balok Baru, Kuantan73*73*73*72*72*72*
Pahang Indera Mahkota, Kuantan38*39*39*39*39*38*
Pahang Jerantut35c34*34*34*35*36*
Perak Jalan Tasek, Ipoh73*72*72*71*71*70*
Perak Kg. Air Putih, Taiping98*97*96*95*95*94*
Perak S K Jalan Pegoh, Ipoh79*79*78*77*77*77*
Perak Seri Manjung108*107*105*103*100*97*
Perak Tanjung Malim64*65*65*66*67*68*
Perlis Kangar58*58*58*58*58*59*
Pulau Pinang Perai84*83*80*78*75*73*
Pulau Pinang Seberang Jaya 2, Perai89*86*83*80*78*76*
Pulau Pinang USM79*78*77*76*74*73*
Sabah Keningau35*36*36*36*36*37*
Sabah Kota Kinabalu37*37*37*38*38*38*
Sabah Sandakan30*30*30*30*30*29*
Sabah Tawau33*33*33*32*32*32*
Sarawak Bintulu29*29*30*33*35*35*
Sarawak ILP Miri40*40*40*40*39*39*
Sarawak Kapit31*32*33*33*##
Sarawak Kuching35*35*35*35*36*36*
Sarawak Limbang33*34*34*33*33*33*
Sarawak Miri27*28*28*29*29*29*
Sarawak Samarahan40*40*40*40*40*40*
Sarawak Sarikei28*29*28*28*29*30*
Sarawak Sibu50*51*50*50*50*47*
Sarawak Sri Aman43*44*45*44*44*46*
Selangor Banting112*113*115*116*121*125*
Selangor Kuala Selangor108*108*109*109*111*111*
Selangor Pelabuhan Kelang147*150*150*148*143*140*
Selangor Petaling Jaya113*115*116*118*119*121*
Selangor Shah Alam115*117*119*121*122*124*
Terengganu Kemaman40*41*41*42*44*46*
Terengganu Kuala Terengganu25*26*25*26*28*28*
Terengganu Paka25*25*26*26*26*27*
Wilayah Persekutuan Batu Muda,Kuala Lumpur102*103*104*106*108*110*
Wilayah Persekutuan Cheras,Kuala Lumpur74*75*77*78*79*80*
Wilayah Persekutuan Labuan33*33*33*32*31*31*
Wilayah Persekutuan Putrajaya79*79*80*82*83*84*

Julat Masa / Time Range :
[12:00AM - 05:00AM] | [06:00AM - 11:00AM] | [12:00PM - 05:00PM] | [06:00PM - 11:00PM]



Batu Muda,Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (115) - Cheras,Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (83) Petaling Jaya, Selangor (125) - Shah Alam, Selangor (124) - Putrajaya, Wilayah Persekutuan (87) - Pelabuhan Kelang, Selangor (128 )- Banting, Selangor (132) - Nilai, Negeri Sembilan (109) -

Monday, March 3, 2014

Bahana Jangkitan H Pylori

Salam sejahtera,

Biarpun berita kehamilan seharusnya disambut penuh keceriaan, keadaan mabuk hamil yang sukar ditangani menyebabkan segelintir wanita berasa terganggu dalam tempoh kandungan mereka.

Hampir 90 peratus wanita hamil mengalami rasa loya dan muntah. Mengikut pandangan ahli biologi evolusi, mabuk hamil adalah suatu bentuk mekanisme perlindungan semula jadi tubuh.


Fakta berkenaan disokong oleh beberapa kajian yang menunjukkan wanita yang mengalami loya dan muntah berisiko lebih rendah untuk keguguran dan kematian bayi sebelum atau semasa lahir.

Biarpun kebanyakan rasa loya akan berlalu dengan spontan apabila berakhirnya trimester pertama, sejenis mabuk hamil yang serius iaitu hyperemesis gravidarum (HG), boleh berlaku sehingga berpotensi me-ngancam nyawa. Dalam perkembangan terbaru, HG didapati berpunca akibat serangan bakteria usus yang dikenali sebagai Helicobacter pylori (H pylori).

Apabila loya dan muntah berlaku secara berterusan atau teruk dan membabitkan penurunan berat badan melebihi lima peratus berbanding berat wanita sebelum hamil, situasi itu dikenali sebagai HG.

Dalam sesetengah kes, HG berpotensi me-ngancam nyawa ibu namun punca HG masih diselubungi tanda tanya sehingga kini. Walaupun ia sering dikaitkan dengan interaksi kompleks pelbagai faktor biologi, psikologi dan sosio-budaya, jangkitan kronik H pylori juga dianggap sebagai salah satu kemungkinan punca HG.

H pylori ialah spesies bakteria berpilin yang dikenal pasti pada 1982 sebagai penyebab gastritis dan ulser perut. Dengan jumlah pesakit yang dijangkiti melebihi 50 peratus penduduk dunia iaitu lebih tiga bilion orang, ancaman serius bakteria itu terhadap kesihatan manusia tidak boleh dipandang ringan.

Hanya Kepadanya Kita Berserah

Salam sejahtera,

Abg long ingin kongsikan kepada anda satu cerita yang abg long dapat daripada satu akhbar, Abg long harapkan ia menjadi peringatan kepada kita semua. Abg long copy dan paste cerita 100% tanpa edit untuk bacaan anda. Ingatla, walaupun kita senang mahupun dalam kesusahan sentiasa la ingat kepadanya.


PANAS DIBACA AYAT KURSI

“Dia (penjenayah) menjerit kepanasan apabila saya membaca ayat Kursi. Malah, penjenayah itu tidak meneruskan niatnya untuk merogol saya biarpun pakaian ditanggalkannya,” kata seorang jururawat mahu dikenali sebagai Intan, 21.

Intan berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dia cuba dirogol seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia lewat 30-an yang memecah masuk rumahnya di Kampung Baru, di sini, pada jam 5.45 petang, Selasa lalu.



Dalam kejadian itu, biarpun tidak merogol mangsanya, suspek dilapor merampas wang tunai RM50 selain beberapa barangan berharga lain dianggarkan bernilai RM300 sebelum melarikan diri.
Menceritakan semula kejadian itu, Intan berkata, dia yang tidur di ruang tamu terjaga apabila mendengar ada orang membuka pintu rumahnya.

“Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki warga Bangladesh yang tidak dikenali sudah berada di depan pintu rumah.

Musim Kemarau

Salam sejahtera,

Cuba anda perhatikan gambar di bawah ini. Gambar ini abg long ambik dari bilik abg long, apa perbezaa yang anda nampak?


Dah jumpa perbezaannya :), abg long rasa anda dah jumpa kan. Apa yang nak abg long tunjukkan disini adalah berkenaan kesan kepanasan yang melanda di Malaysia dan khususnya di Kuala Lumpur. Sebagaimana yang kita tahu sekarang ini catuan air telah dilakukan oleh pihak Syabas bagi meyelesaikan masalah air yang berlaku di sesetengah tempat. Mungkin anda termasuk jugak abg long penyelesaian ini menyusahkan tapi kita harus ingat pihak syabas telah buat yang terbaik untuk kita semua dalam menyelesaikan masalah air ini.

Apa yang nak abg long ingatkan pada anda dan juga abg long sendiri dalam musim panas ini banyakkan meminum air untuk mengelakakn kesan strok haba. Jika kita perhatikan gambar diatas, kita sendiri dah tahu berapa panasnya Malaysia sekarang, rumput yang dulu hijau sekarang dah jadi kuning. Bagi mereka yang selalu terdedah pada cahaya matahari baik dalam segi pekerjaan mahupun melakukan aktiviti-aktiviti ourdoor cuba kurangkan dan INGAT selalu minum air sebanyak mungkin.



Sunday, March 2, 2014

Lagi Cerita Pasal Pengasuh

Salam sejahtera,

Apa la nak jadi, seingat abg long dalam 90an tiada terdengar atau terbaca pun tentang kisah pengasuh yang mendera kanak-kanak atau bayi. Sekarang ni boleh dikatakan ada saja cerita kisah pengasuh yang mendera ni baik dalam akbar mahupun di media eloktronik. Kes yang terbaru berlaku di Ipoh, Perak.

Seorang bayi berusia dua bulan koma sejak seminggu lalu selepas mengalami pendarahan dalam otak yang serius, dipercayai akibat didera pengasuhnya.
Bayi lelaki malang itu dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, jam 11 malam 25 Februari lalu, selepas dibawa oleh ibu bapanya kerana tidak sedarkan diri.

Menurut sumber, sebaik dihantar ke hospital oleh ibu bapanya yang menetap di Persiaran Meteor, di sini, pakar perubatan melakukan CT Scan terhadap bayi terbabit dan mengesan pendarahan dalam otak. Mangsa turut mengalami sawan yang teruk.

“Doktor pakar neurologi kanak-kanak yang menjalankan pemeriksaan mendapati ada pendarahan dalam otak bayi berkenaan dan kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Foto
BAYI berusia dua bulan yang koma disyaki digoncang kuat.

“Berdasarkan maklumat doktor berkenaan, mangsa mengalami ‘baby shaking syndrom’ akibat goncangan kuat hingga menyebabkan pendarahan di selaput otak di antara otak kiri dan kanan,” katanya.

Sumber

Saturday, March 1, 2014

Strok Haba Akibat Musim Panas


Salam sejahtera,

Satu perkongsian abg long untuk anda, moga ia menjadi peringatan kepada kita semua.



Peningkatan suhu keterlaluan ganggu fungsi badan, boleh sebabkan strok haba

Cuaca panas di Malaysia satu perkara biasa. Cuma sejak kebelakangan ini bahang kepanasan agak luar biasa hingga orang ramai tidak lepas merungut dengan cuaca panas membuatkan mereka resah gelisah, berpeluh dan kadangkala rasa mahu pitam.

Walaupun duduk di dalam ruang atau bilik hawa dingin, tekak masih terasa kering dan tidak mengurangkan suhu badan yang terasa panas, termasuk pada waktu malam.

Situasi itu lebih dirasai di sekitar Lembah Klang dengan catatan purata 35 darjah Celcius. Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, cuaca panas dan kering itu dikaitkan dengan perubahan pola angin dan kesan ribut Mahesan di Teluk Bengal.

Keadaan itu dijangka berubah apabila pola angin stabil dengan peralihan monsun hujung bulan ini yang diramal membawa lebih banyak hujan.

Badan hilang upaya

Peningkatan suhu panas yang mendadak dan keterlaluan mengganggu fungsi sistem badan. Haba yang dijana pada badan akan bekerja keras untuk menghilangkan haba.

Biasanya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Namun, dalam suhu ekstrem melebihi 32.2 darjah Celcius, jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh.

Begitu juga, jika kelembapan mencapai 100 peratus, penyejatan peluh tidak lagi mungkin berlaku, dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba. Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang teruk.

Oleh itu, cuaca panas ini tidak boleh dipandang ringan dan kesihatan harus dijaga serta sentiasa terpelihara supaya tidak membawa akibat lebih buruk. Antara penyakit yang boleh menyerang akibat cuaca panas ialah sakit kepala, demam, batuk, selesemad an radang kulit seperti ruam.

Kepanasan melampau ini juga sudah pasti akan memberi impak dan menimbulkan masalah kulit, mata, selaran matahari, ruam panas, kekejangan otot, edema haba, sinkope haba, kelesuan haba dan paling serius ialah strok haba yang turut dikenali, sunstroke atau heat stroke.

Justeru, orang ramai dinasihatkan membataskan aktiviti di luar rumah atau bangunan bagi mengelak mereka terkena strok matahari atau haba yang boleh menyebabkan seseorang pengsan.

Tahniah Untuk Kak Syanie

Salam sejahtera,

Terlebih dahulu abg long nak ucapkan tahniah kepada Pelakon komedi wanita Syanie Hisham, 39, sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Mohammad Zainol, 27, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Sandy Beach Resort. Abg long berdoa jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat.



Abg long respek kepada Nadi Putera Mohammad Zainol kerana menjadikan Syanie Hisham sebagai isteri, ini terbukti bukan paras rupa sahaja yang menjadi ukuran untuk membina sebuah perkahwinan. Abg long rasa mesti ada keistimewaan yang terdapat pada Syanie Hisham pada Nadi Putera Mohammad Zainol.Tak semestinya hanya cantik, putih, dan slim sahaja yang jadi pasangan untuk pihak lelaki. Abg long mintak maaf jika abg long berkata begitu, walaupun bagaimana keadaan kita baik lelaki mahupun perempuan baik rupa paras, gemuk atau kurus semua itu dah sempurna kejadiaannya.


Kecantikan itu subjektif, lain mata lain pulak pandangannya. Sebagaimana dengan perkahwinan Syanie dengan Nadi putera, begitu jugak la yang berlaku dengan perkahwinan abg long. Walaupun isteri abg long berbadan besar tapi sayang dan cinta abg long bukan paras rupa, tapi kerana ada sesuatu yang ada pada diri isteri abg long yang tak ada pada orang lain. Hanya diri abg long dan mungkin begitu juga apa yang dirasakan oleh Nadi Putera suami kepada Syanie Hisyam.

Jadi kepada para wanita yang berbadan besar usah la sedih, rendah diri atau rasa segan dengan keadaan diri anda dan mengatakan anda tiada jejaka yang suka hentikan. Bangkit diri anda dan yakin la pada diri anda insya allah masih ada yang sayang dan cinta pada anda.

Sunan Kembali Lagi

Salam sejahtera,

Selamat datang bulan March 2014... Alhamdulillah syukur abg long panjatkan kepadanya kerana masih diberikan kesempatan untuk abg long meneruskan kehidupan ini. Anda pulak macam mana ye abg long harapkan semuanya baik-baik hendaknya :).




Kali ini abg nak berkongsi dengan anda dengan sebuah buku yang baru abg long baca ni, iaitu sebuah novel thriller yang bertajuk SUNAN Nanggroe Sang Kembara yang ditulis oleh saudara Ramlee Awang Murshid. Novel ini merupakan novel yang ke 23 ditulis oleh saudara Ramle Awang Murshid dan novel yang ke 6 dalam koleksi SUNAN. Antara tajuk koleksi SUNAN yang ditulis oleh saudara Ramlee Awang Murshid adalah :
  1. BAGAIKAN PUTERI
  2. CINTA SANG RATU
  3. HIJAB SANG PENCINTA
  4. CINTA SUFI
  5. SUNAN MUSAFIR




SUNAN Nanggroe Sang Kembara ini bukan la cerita sambungan daripada cerita SUNAN yang terdahulu, tetapi ia merupakan kisah permulaan bagi kelima-lima cerita SUNAN yang terdahulu atau dalam bahasa inggerisnya begins. Di bawah ni abg long kongsikan sinopsis untuk novel SUNAN Nanggroe Sang Kembara untuk bacaan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>