Tuesday, March 11, 2014

Sekadar Satu Perkongsian

Salam sejahtera,

Tak rugi bila kita membaca buku ni apa tah lagi melabur untuk mendapatkannya. Abg long tak tahu betul tak apa yang abg long tulis ni, abg long rasa hanya mereka yang dapat merasai dan menjiwanya sahaja tahu bila buku berada ditangan... Iye ke?, Abg long hanya menulis apa yang abg long rasa sahaja.

Abg long nak kongsikan dengan anda sesuatu yang abg long dapat sewaktu membaca sebuah buku ini. Artikel ini abg long terpaksa asingkan kerana ianya terlalu panjang, dan abg long akan kongsikan kepada anda secara bersambung. Kenapa jadi begitu pulak?, ini kerana abg long nak perkongsian ini berguna untuk anda.

Daripada buku yang abg long baca ini, Penulis berkongsi apa yang diperkatakan oleh seorang insan yang luas pengetahuan dan kaya pendidikannya. Insan tersebut itu juga cukup sederhana walaupun memiliki segala-galanya. Dia menjadi tempat orang ramai meminta nasihat, pandangan dan buah fikiran. Dia telah berumah tangga dan memiliki dua orang anak ini tidak pernah kedekut membantu sesiapa sahaja pada bila-bila masa pun. Mari sama-sama kita fikirkan apa yang diperkatakannya.


MASA



Setiap kita diberikan masa yang sama banyak tanpa mengira siapa kita. Biarpun orang kaya, miskin, pandai, atau bodoh, semuanya mendapat peruntukan masa yang sama banyak iaitu 24 jam. Hanya yang membezakan di antara kita ialah tentang umur. Ada orang umur panjang sehingga mencecah 70 tahun. Tetapi ada juga yang tidak sempat mencecah angka tersebut. Namum yang pasti, 24 jam tetap milik kita. Pengasihnya Dia Yang Maha Agung. Sebagai seorang insan yang bergantung hidup di atas keizinan dan kebenaran-nya, pernahkah kita mengambil kira bagaimana 24 jam itu kita ' belanjakan '?.



Setiap kali mendapat gaji, kita akan mengira sebaik mungkin ke mana wang itu akan dibelanjakan. Setiap sen dihintung untuk belanja keperluan dapur, persekolahan anak-anak, bil utiliti dan sebagainya. Baki wang akan disimpan sebagai persedian menghadapi saat-saat sukar yang tidak dijangkakan.

Kita tidak mahu tersalah percaturan kerana jika tidak, diri sendiri yang akan menangung akibatnya. Kita selalu berpesan kepada ahli keluarga supaya tidak membazir bukan sahaja wang ringgit, tetapi juga air dan elektrik yang digunakan. Jika boleh, makan malam kita hanyalah hidangan yang ringkas supaya tiada makanan yang berlebihan akan terbuang begitu sahaja.

Pernahkah pulak kita mengambil pen dan kertas lalu mengira jumlah masa yang dimiliki sebagaimana kita mengira wang perbelanjaan bulanan? Pernahkah kita berpean kepada ahli keluarga supaya menghadapi setiap detik yang berlaku? Masa yang ada jangan disia-siakan kerana ia di antara anugerah paling berharga yang diberikan Allah SWT secara percuma selain nikmat Iman, Islam, kesihatan dan rezeki. Pernahkah kita memberitahu ahli keluarga bahawa masa yang hilang tidak boleh dicari ganti tetapi wang boleh dikumpul kembali?

Saya berkata demikian kerana kita sebenarnya insan yang memetingkan diri sendiri. Tidak sedar apa yang dilakukan selama ini adalah pembaziran masa yang amat merugikan. Kita akan menangis jika hilang seutas rantai tangan. Tetapi kita langsung tidak merasakan apa-apa andai masa hilang begitu sahaja walaupun jumlahnya berjam-jam. Mari sama-sama kita selidik bagaimana kita menguruskan masa yang ada :
  • 8 jam kita habiskan di tempat kerja ( ada juga yang bekerja lebih daripada tempoh itu ).
  • 2 jam atau lebih kita gunakan untuk perjalanan pergi dan balik kerja.
  • 1 jam 30 minit untuk bersarapan dan makan tengahari.
  • 1 jam berjoging.
  • 2 jam menonton TV bersama-sama keluarga.
  • 1 jam makam malam sambil berbual bersama-sama.
  • 1 jam membaca sebelum tidur.
  • 6 jam tidur.
  • 30 minit berbual melalui telefon.
  • 1 jam solat lima waktu ( paling lama selalunya kita menghabiskan masa untuk solat antara 5 hingga 10 minit )
Begitulah anggaran kita menggunakan masa dalam kehidupan seharian. Cuba kita hitung, berapakah jumlah masa yang telah digunakan untuk setiap aktiviti harian dan dan renungkan sejenak jumlah masa untuk bersolat? Adilkah kita? Patutkah ia jadi sebegitu sedangkan kita hidup dengan nikmat ILAHI yang melimpah-ruah dan tidak terbalas? Manusia apakah kita yang hanya memperuntukkan masa yang terlalu banyak untuk kerja-kerja lain tetapi sedikit sahaja bagi menyembah-NYA.

Langsung tidak terasa rugi! kita membuang masa dengan melakukan pekara yang sia-sia. Ketawa terbahak-bahak mendengar cerita lucu kawan-kawan di kedai kopi. Tetapi kita mengeluh apabila khatib membaca khutbah yang panjang. Tidak henti-henti kita melihat jam di tangan bimbang tidak sempat makan tengahari. Berbual kosong tanpa memikirkan sempatkah kita menunaikan solat asar atau mungkin kita sengaja membiarkan waktu solat berlalu begitu sahaja. Kita merungut tidak cukup masa apabila sesuatu kerja gagal diselesaikan mengikut perancangan. Tetapi kita langsung tidak berkata walau sepatah pun apabila masa yang ada terlalu sedikit untuk beramal. Patutkah kita?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>