Abg long nak sambung kembali perkongsian yang abg long janjikan, anda boleh rujuk kembali post sebelum ini berkenaan perkongsian abg long di sini.
SYUKUR
Ini satu lagi kelalaian kita. Kita jarang dan kadang-kadang langsung tidakn bersyukur dengan nikmat yang diperolehi. Renung sejenak, setiap kali kita menerima gaji, pernahkah kita menciumnya sambil melafazkan syukur alhamdulillah di atas rezeki tersebut?
Setiap kali kita mengeluarkan wang daripada mesim ATM dan ditegur kawan, " Wah, banyak duit, " apa jawapan kita? selalunya kita akan berkata, " Mana banayak. Ini pun tak cukup. Kejap lagi habislah. " Susah sangatkah kita untuk berkata, " Alhamdulillah, rezeki bulan ini. Bolehlah bayar bil dan sebagainya. "
Setiap kali mendapat gaji, pernahkah kita menperuntukkan sepeluh atau lima ringgit untuk dimasukkan ke dalam tabung sarau atau masjid? Sebaliknya, kita sudah mula mengira untuk membeli itu dan ini.
Apabila ada yang berkata, " Tahniah, anak kamu cermerlang di dalam peperiksaan. Tak sangka aku, " apakah jawapan kita? Selalunya lita akan menjawap, " Itu semua kerana kesungguhan dia mengulangkaji pelajaran. Kadang-kadang sampai pagi. Lagipun aku hantar dia ke kelas tambahan kat pekan sana. Kalau nak anak kamu cermelang macam anak aku, jangan lupa hantar dia ke kelas tambahan yang aku cakap tadi. "
Adakah menjadi satu kesalahan jika kita sambut pujian orang yang dengan kata-kata, " Alhamdulillah... dengan izin ALLAH dan kesungguhan dia, maka itulah hasilnya. Aku bersyukur teramat. "
Sekiranya ada yang memuji kecantikan atau ketampanan pasangan kita, maka dengan angkuhnya kita akan berkata, " Tengok kaki laaa. Kalau nak pasangan yang macam aku punya pun boleh, syaratnya belajar dengan aku. "
Tiba-tiba sahaja kita terlupa bahawa DIA yang berkuasa di atas segala-galanya. Berdosakah kita jika menjawap pujian orang dengan kata-kata, " Subhanallah... alhamdulillah. Syukur pada TUHAN sebab buka hati dia untuk menerima aku yang sebab kekurangan ini. "
Salahkah kita untuk berkata sedemikian? Memang usaha itu kita yang melakukannya, tetapi yang mengizinkan adalah ALLAH Yang Maha Esa. Lupakah kita atau sengaja lupa? Sesungguhnya tanpa izin DIA, jangankan hendak memikat hati orang, mengangkat sebilah jarum pun kita tidak berupaya. Bukankah kita disuruh berusaha kemudian bertawakal kepada-NYA kerana segala yang ada di muka bumi ini milik DIA?
Siapa yang tidak gembira apabila dinaikkan pangkat? Ia bukan sahaja mengubah kedudukan, tetapi juga pendapatan. Lazimnya orang yang dinaikkan pangkat akan segera membuat majlis sebagai tanda kesyukuran tetapi adilkah kita? Siapa yang kita rai dan siapa pulak yang kita jamu? Biasanya orang yang kita penuh perutnya dengan jamuan yang kita adakan adalah rakan-rakan sekerja.
Ada yang membawa kawan-kawan ke kantin pejabat, restoran lima bintang atau mungkin ke hotel mewah. " Makanlah apa sahaja yang engkau nak. Aku belanja. "
Sedekahlah kononnya... Tetapi, sedarkah kita apa yang dilakukan itu sebenarnya satu sesilapan? Walaupun tidak berdosa, namum ia perbuatan yang merugikan. Kenapa saya kata begitu?
Mereka yang kita raikan adalah insan senang lagi berkemampuan. Jika mereka mahu, tidak perlu kita belanja. Bila-bila masa sahaja mereka boleh makan di mana-mana tempat yang mereka suka. Mengapa? Sebab mereka mempunyai pendapatan sendiri. Kenapa tidak dijamu anak-anak yatim yang serba kekurangan? Atau pergi sahaja ke rumah orang tua-tua yang dipinggirkan dan merindukan kasih sayang seorang anak. Apakah jatuh kedudukan kita sekiranya mengadakan majlis di situ?
Bukankah rezeki yang kita terima disuruh untuk membelanjakan ke jalan yang lebih menguntungkan? Lupakah kita, rezeki yang dikurniakan bukan untuk dimakan sendiri tetapi menjadi tempat bernaung bagi pihak lain? Sebenarnya banyak lagi kesilapan kecil yang sengaja kita lakukan dan membawa kepada kerugian.
Apabila mendapat keuntungan atau pujian, kita lupa utnuk bersyukur kepada ALLAH Yang Maha Agung. Tetapi apabila ditimpa musihah, kesusahan atau kesedihan, pandai pulak berkata semua yang berlaku adalah kehendak-NYA. Kenapa sewaktu susah, baru kita menyebut nama ALLAH SWT?
Fikirkan seketika... apabila rumah tangga kita menghadapi masalah dan disoal, " Mengapaboleh jadi macam ni.? " Jawapannya mungkin sebegini, " Nak buat macam mana. sudah takdir. Allah hanya beri aku hidup dengan dia sekejap saja. Aku redha. Apa yang berlaku ini mesti ada hikmahnya. "
Laa... kenapa pula kita melibatkan ALLAH SWT? Bukankah kita insan hebat yang mampu menawan hati sesiapa sahaja? Mengapa waktu dipuji dahulu kita tidak berkata, " Ini takdir DIA untuk aku. Aku menerima amanah dan tanggungjawap ini. Aku berdoa supaya rumah tangga aku kekal sehingga akhir hayat. "
Saya tidak berniat mencari kesilapan atau kelemahan sesiapa, tetapi semua ini berlaku dalam kehidupan kita. Saya juga sebahagian daripada makhluk yang dihidupkan di muka bumu ini. Saya juga berhutang kepada ALLAH SWT. Sebagai hamba yang berhutang, kita perlulah menyebut nama-NYA selalu. Nikmat-NYA kita terima dan jasa-NYA kita kenang.
Namun ada yang berkata, " Nak buat macam mana? Inilah tabiat manusia. Kenang waktu susah, Lupa semasa senang. "
Lupakah kita akan akal yang diberikan untuk berfikir? Sesungguhnya yang membezakan di antara kita dengan makhluk lain di bumi ini ialah akal fikiran. Berat sangatkah untuk kita ucapkan alhamdulillah, subhanallah atau kalimah suci lain bagi menggambarkan kita sentiasa bersyukur tanpa mengira waktu?
Fikir-fikirkanlah....
No comments:
Post a Comment