Friday, January 31, 2014

Kejam Sungguh Si Suami

Salam sejahtera...

Malu bila abg long baca tajuk akhbar online hari ini , ke mana la sifat seorang suami hingga sanggup lakukan semua itu pada si isteri. Suami yang sepatutnya membela, menjaga, melindungi dan mengasihi bersifat kejam. Dah la malas nak bekerja, sanggup pulak meminta duit dari si isteri.

Abg long kongsikan dengan anda berita penuh berkenaan kejadian tersebut.

Pukul Isteri Dengan Kapak

Kota Bharu: Sudahlah dipukul dengan menggunakan bahagian belakang kapak di kepala, lehernya pula dirantai dan dikunci dengan mangga seperti hamba.

Begitu nasib seorang suri rumah bersuamikan 'lelaki gila' berusia 26 tahun yang menghukumnya hanya kerana gagal memberikan wang seperti yang diminta dalam kejadian di Kampung Temusu, Limbat di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 petang itu, mangsa berusia 21 tahun hanya dapat diselamatkan selepas bapa mangsa menghubungi polis.

Ibu kepada dua anak termasuk seorang anak perempuan yang baru berusia 50 hari mengalami luka di kepala, leher serta lebam di bahagian badan dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Bila Dah Giler Pada Buku

Salam sejahtera..

Betul la orang kata jika kita dah minat pada sesuatu apa pun kita sanggup lakukan samada untuk dapatkannya atau untuk memilikinya. Begitu juga la dengan abg long yang minat, suka dan kekadang boleh jadi giler ( bukan gila ye :) ) pada buku. Susah nak gambarkan dengan kata-kata bila kat tangan abg long ni ada sebuah buku mungkin hanya orang macam abg long ni je tahu dan memahami perasaan abg long. Iye ke ada, harap-harap ada kot.

Antara buku yang abg long ada.

Abg long teringat kata-kata kekawan dahulu orang yang suku pada buku ni orang pandai. Mmm, nak kata betul tu takda la kot tapi ikut pandangan abg long la orang suka pada buku ni nak kan ilmu dan juga hobi. Tak semestinya orang yang ada pelajaran je yang mesti suka pada buku, kita yang biasa-biasa je pun boleh suka pada buku.

Tapi jika suka je tapi tak baca dan ambik ilmu daripadanya takda guna jugak kan. Sebab itu la kita orang islam telah diajar atau juga kita pernah mendengar dimana wahyu yang pertama diterima oleh Nabi Muhamad SAW menyuruh beliau baca. Jadi bila dah ada buku jangan lupa baca ye :), ingatan untuk abg long sendiri.

Luahan Hati Seorang Doktor

Salam sejahtera...

Waktu tengah jalan-jalan kat blog orang lain, abg long terjumpa satu artikel mungkin abg long boleh katakan ini luahan hati seorang doktor. Abg long share untuk bacaan anda...

Aku Dah Bosan Menjadi Doktor Bertauliah

Selamat Tahun Baru Cina Dan Selamat Bercuti

Salam sejahtera...

Abg long nak ucapkan selamat tahun baru cina kepada all Chinese di malaysia mahupun seluruh dunia, tak lupa juga abg long nak ucapkan selamat bercuti panjang kepada mereka yang bercuti. Abg long biasa la orang lain cuti abg long kerja. Bila orang lain kerja baru abg long cuti.


Dan mereka yang dalam perjalanan nak balik ke kampung berhati-hati la biar kita lambat asalkan selamat, jika mengantuk semasa bawak kerata tu berhenti la sekejap untuk rehat. Abg long pulak time macam ni apa lagi kerja la :), petang nanti layan internet.

Thursday, January 30, 2014

Buat Baju Dari Rambut

Salam sejahtra...

Hebat betul mak cik sorang ini, abg long tabik spring apa yang telah makcik ini lakukan. Mana taknya jika tak sabar dan fokus abg long rasa dan anda juga tahu makcik ini tak boleh lakukannya apatah lagi kita. Anda pernah dengar baju dibuat daripada rambut? Teruskan bacaan anda :).

XIANG memakai baju sejuk dan topi yang dikait menggunakan rambutnya.

Semua ini berlaku di Beijing,China Xiang 60thn seorang pesara guru telah menghabiskan masa selama 11 tahun mengait baju dan topi daripada rambutnya sendiri. Mengikut laporan mengumpul kira-kira 110,000 helai rambutnya yang gugur sejak berusia 34 tahun sebelum mengait baju sejuk seberat 382 gram dan juga dia turut mengait sebuah topi untuk suaminya.

Buku Oh Buku

Salam sejahtera...

Dikali ini abg long rasa bosan, boring, mati kutu dan macam-macam lagi la. Nak tulis blog tak tahu nak tulis apa, mmm... Apa ye naka abg long buat?. Mmmm... apa kata abg long berkongsi gambar-gambar ini ok tak? :)









Macam mana menarik tak perkongsian gambar kali ini. Pada mereka yang suku pasti dah melelehkan termasuk la abg long sendiri :).

Minggu Depan Kena Datang Lagi

Salam sejahtera...

Alhamdulillah kali ke 3 isteri abg long mengandung selepas 2 kali gugur dan abg long harapkan kali ini semuanya selamat. Rezeki semuanya datang daripadanya dan apa yang kita rancang kekadang tidak sama apa yang kita hendak. Kenapa abg long tulis macam itu? Sebabnya selapas 2 kali gugur isteri abg long ada merancang untuk mengambil seorang anak angkat. abg long dan isteri telah berjumpa dengan keluarga tersebut. Tapi atas sebab-sebab tertentu semuanya tinggal kenangan.


Apa yang abg long tak dapat lupakan kami berdua deman sama-sama semasa di kampung abg long tempoh hari. Dan balik je ke KL baru abg long tahu itu sebagai petanda yang abg long akan menjadi seorang ayah ( insya allah ) setelah isteri abg long lakukan UPT atau kata lain Urine Pregnancy Test. Alhamdulilah.

Hari ini abg long temankan isteri ke klinik kesihatan Ibu dan Anak untuk buat pemerisan tapi ditunda pada hari selasa minggu hadapan kerana hari ini doktor tiada. Takpa la minggu depan pun minggu depan la janji isteri dan kandungan sihat.

Lagi Kisah Kanak-Kanak Dirogol

Salam sejahtera...

Apa nak jadi dengan negara kita Malaysia sekarang ini, makin hari makin banyak kisah sadis berlaku. Abg long rasa sedih dan geram pada manusia yang tak ada hati perasaan ni. Hari ini kat akbar menyiarkan satu lagi kisah kanak-kanak 10 tahun dirogol, diliwat dan yang paling sadis kemaluan kanak-kanak tersebut ditoreh dengan senjata tajam.

Gambar hiasan


Kejadian ini berlaku di Muar, Johor, menurut berita mangsa yang berumur 10 tahun diculik sewaktu mangsa dalam perjalanan ke sekolah agama. Mangsa dikatakan melalui kebun getah sebagai jalan pintas untuk ke sekolah telah di datangi suspek yang berumur 37 tahun, dan menarik mangsa ke dalam kereta kemudiannya dibawa ke tempat pembuangan sampah. Untuk berita selanjutnya anda boleh baca di sini.

Bagaimana nasib kanak-kanak tersebut abg long tak boleh nak bayangkan apa yang dihadapinya. Ini bukan jangka masa pendek tapi ianya untuk jangka masa panjang. Cuma mampu abg long katakan disini sama-sama la kita berhati-hati.

Monday, January 27, 2014

Betul Ke?

Salam Sejahtera...

Dalam abg long jalan-jalan kat blog orang tadi, abg long terjumpa satu artikel yang pada pandangan abg long menarik untuk dikongsikan kepada anda. Cuma abg long tak boleh nak katakan artikel ini sahih atau pun palsu.

Wanita Rendah Lebih Mudah Klimaks Berbanding Wanita Tinggi

 

Wanita Rendah Lebih Mudah Klimaks Berbanding Wanita Tinggi
Sebagai seorang lelaki wanita jenis mana yang anda suka, adakah jenis yang tinggi lampai atau jenis yang rendah comel?. Untuk mencari wanita yang tinggi lampai di negara kita sebenarnya agak sukar. Kalau ada wanita yang cantik anggun dan tinggi lampai biasanya laris untuk menjadi model.
 
Ada ramai juga lelaki yang tergilakan wanita yang tinggi lampai dan tidak berapa berkenan dengan wanita yang rendah walaupun comel. Tinggi lampai, berambut panjang, putih melepak dikaitkan dengan kecantikan yang menjadi idaman.
 
Tapi apakah perbezaan atau lebih tepat lagi apakah kelebihan wanita yang rendah berbanding wanita yang tinggi. Kita fokuskan dalam hal hubungan seks. Lagipun dalam kegilaan lelaki mengejar wanita akhirnya itulah matlamat kaum lelaki, untuk melepaskan keperluan mengawan mereka.
 
Kajian mendapati seorang wanita rendah akan lebih mudah mencapai klimaks dalam hubungan seks berbanding wanita tinggi lampai. Ini membuatkan wanita rendah kebiasaannya akan sihat dan puas dalam menjalani hubungan seks dengan pasangan mereka berbanding wanita tinggi.
 
Ini dipastikan dalam satu kajian yang menemui bahawa jarak antara ‘clitoris’ dengan ‘vagina’ boleh dijadikan ukuran untuk mengetahui samada seseorang wanita itu akan mudah untuk mencapai klimaks. Dan semakin dekat jarak tersebut semakin mudah wanita mencapai klimaks. Semakin tinggi lampai seseorang wanita itu maka semakin jauh jarak antara ‘clitoris’ dengan ‘vagina’.
 
Timbul pula soalan bagaimana mengetahui ukuran jarak yang sesuai untuk wanita mudah mencapai kepuasan? jawapannya mudah saja, jika jarak itu lebih pendek dari jarak lebar ibu jari tangan anda, maka wanita tersebut akan mudah untuk klimaks.
 
Mungkin ini merupakan salah satu punca kenapa perhubungan antara lelaki dengan wanita tinggi biasanya jarang berkekalan manakala hubungan rumahtangga antara lelaki dengan wanita rendah biasanya kekal lama.
 
Bagi yang belum berumah tangga atau yang mahu menambah satu lagi, pastikan anda mencari wanita yang rendah agar anda dilihat hebat oleh isteri anda. Dia akan sentiasa kagum kerana anda dapat memberikan kepuasan kepadanya. Cuma sebelum kahwin jangan sampai anda minta untuk mengukur jarak yang disebutkan di atas terlebih dahulu. 
 

Saya Sokong Kenyataan KJ

Salam sejahtera...

Dua, tiga hari yang lepas heboh dengan berita dimana seorang guru mendenda pelajarnya dengan memakan rumput. Walaupun guru tersebut telah meminta maaf dan guru tersebut telah dikenakan tindakan disiplin, tapi sebagai seorang guru itu merupakan satu kesalah yang besar.



Hari ini abg long setuju dengan kenyataan KJ atau dikenali jugak sebagai Khairy Jamaluddin dimana meminta Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mengambil tindakan keras dan jika boleh guru tersebut dibuang daripada meneruskan khimatnya sebagai guru.

Daripada kenyataan beliau tindakan SPP menukar tempat khimat guru tersebut tidak mencukupi dengan apa yang telah guru itu lakukan. Berita selajutnya boleh anda boleh baca disini

Sayu, Sedih. Nasihat & Luahan Kerinduan Seorang Ayah Kepada Anaknya di Facebook.

Salam sejahtera...

Sayu rasa hati abg long bila baca artikel ini. Abg long harap ia dapat menjadi kisah tauladan untuk kita semua.

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

“Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Saturday, January 25, 2014

Nak Jadi Jutawan Segera?

Salam sejahtera...

Abg long pasti ramai yang terkejut dengan tajuk blog abg kali ini, dan yang pasti ada yang tertanya-tanya betul tak? Ini bukan rekaan tapi betul-betul :). Jika tak percaya  teruskan bacaan anda.

Tawar RM433j untuk kahwini anak lesbian

Hong Kong: Seorang jutawan tempatan menggandakan jumlah tawaran wang kepada mana-mana lelaki yang berjaya menambat hati anak perempuannya yang lesbian untuk berkahwin.

Tawarannya sebanyak HK$500 juta (RM215 juta) yang dibuat tahun lalu sudah menarik minat 20,000 calon dua tahun lalu.

Cecil Chao, 77, mengikut laporan The Edge Malaysia, menggandakan tawaran itu kepada RM433.1 juta kepada lelaki yang berjaya menawan hati anaknya, Gigi.

“Saya tidak yakin tawaran itu akan menemukan saya dengan lelaki idaman saya,” kata Gigi kepada sebuah media tempatan.

“Saya lebih gembira dan berbaik dengan lelaki yang sanggup menderma kepada badan kebajikan saya dan yang penting, mereka tidak kisah saya sudah mempunyai ‘isteri’. “Terakhir sekali, terima kasih ayah, saya sayang ayah juga,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Foto
CHAO dan anaknya, Gigi dalam gambar yang dirakam beberapa tahun lalu.

Gigi dilaporkan hampir mengahwini Eav - pasangannya selama sembilan tahun - dalam satu majlis di Perancis pada awal 2012, kerana perkahwinan sesama jantina tidak diiktiraf di Hong Kong.

Tawaran Chao yang mendapat perhatian seluruh dunia sebelum ini gagal mengubah pendirian Gigi mengenai cara hidupnya.
Gigi memberitahu media, tindakan ayahnya itu melambangkan betapa besar kasih sayang ayahnya terhadapnya.

Pengarah filem dari Britain, Sacha Baron dilaporkan sedang menyiapkan sebuah filem berdasarkan kisah Chao dan Gigi. - AFP

Thursday, January 23, 2014

Malaysia Mengalami Musim Sejuk 2

Salam sejahtera...

Abg long nak kongsi dengan anda satu artikel...

Musim salji di Malaysia mulai 2015 akibat paksi bumi menyongsang

Malaysia bakal menerima musim salji menjelang 2015?
  • KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.
  • Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
  • Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.
  • Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.
  • Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'. Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
  • Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.
  • Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.
  • Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi. Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Malaysia Mengalami Musim Sejuk

Salam sejahtera...

Mesti terkejut dengan tajuk yang abg long tuliskan?. Bukan bermaksud abg long nak menipu atau mereka cerita, tak sama sekali cuma apa yang abg long maksudkan musim sejuk adahlah merujuk cuaca kat Malaysia kita sejuk dan anda boleh rujuk pada gambar di bawah ini.


Bila lihat gambar itu baru la abg long tahu dan patut la jugak malam tadi cuaca sejuk, yang paling bestnya tidur semalam dengan lena tanpa kipas. :)

# Nasib baik tak terlewat bangun

Wednesday, January 22, 2014

Peringatan Untuk Kita Semua

Salam sejahtera...

Kali ini abg long nak share dengan anda satu artikel yang abg long rasa penting dan ianya selalu dilakukan oleh kita sedar mahupun tanpa sedar

Jangan upload gambar bayi bawah usia 40 hari dalam Facebook

Kenapa Tidak Boleh Upload/Siarkan Gambar Bayi Al Ain Bukan Perkara Main-main. SalaamULLAHu Alaykum…

Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.

Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan. Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya: “Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi).

“Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.

Apa Dosa Si Kecil Ini

Salam Sejahtera...

Hanya manusia yang hati iblis sahaja sanggup melakukan pekara ini. Abg long cukup rasa sedih dengan apa yang telah terjadi kepada kanak-kanak yang berusia 2 tahun ditemui mati di sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka semalam. Mengikut lapor ketika mayat kanak-kanak tersebut dijumpai alam keadaan terbaring di lantai bilik air manakala masih terlekat kesan darah dan pakaian yang dipakai terangkat ke bahagian atas.

Daripada sumber yang abg long dapat kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Nursyafiqah Abdullah yang mana didapati hilang semasa ditinggalkan oleh ibunya di dalam kereta sewaktu ibu mangsa berjumpa dengan temannya disebuah restoran di Kuala Paka.

Takziah kepada keluaga mangsa moga sabar dengan dugaan ini.


Nursyafiqah Abdullah
Nursyafiqah Abdullah

Nursyafiqah Abdullah

Kerana Cinta Ditolak

Salam sejahtera...

Abg long rasa ini boleh dikatakan kes sakit mental, kenapa abg long cakap macam tu?. Ini kerana berita hari ini yang abg long baca cukup membuatkan abg long geram, dan sakit hati. Kerana cinta ditolak, seorang ibu tunggal Saliza Saidin, 29 tahun melucur teruk kerana dibakar oleh bekas teman lelakinya. Bukan itu sahaja anak bongsu mangsa iaitu Nur Airis Qalisha berusia satu tahun empat bulan juga turut elecur di muka sebelah kanan serta kedua-dua tangan. Turut yang menjadi mangsa adalah ibu magsa yang dikenali Som Dollah,62 tahun.

Kejadian ini berlaku jam 1.30 pagi semalam di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak. Mengikut SUMBER hampir 85 peratus tubuhnya meluncur dan berada dalam keadaan kritikal di Unit Bahagian Kebakaran Hospital Kuala Lumpur ( HKL ).

SALIZA bersama anak bongsunya, Qalisha.

Sunday, January 19, 2014

Anda Suka Mee Segera? Cuba Baca Ini Dulu.

Salam Sejahtera....


Abg long percaya dan rasanya ramai sukakan makanan di atas kan. Tak kira la kecil atau besar, tua mahupun muda pasti menyukainya. Tapi, abg long rasa jika anda dah baca artikel bawah ini abg long rasa dah tak nak makan lagi.

Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Tuesday, January 14, 2014

7 Kebaikan Minum Kopi Yang Tak Pernah Diceritakan

Salam sejahtera....

Selama ini kita di "kangkung" dengan khasiat minum kopi walaupun hakikatnya kopi ni salah satu daripada minuman sunnah.


Kita selalu dimomokkan dengan cerita minum kopi tak bagus. Betul tak? Tapi di sini saya nak kongsikan dengan pembaca, 7 kebaikan minum kopi yang tak pernah diceritakan.. Hmmm.. ada sebab nya nih..

1. Hidup lebih Lama
Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

2. Mencegah Penyakit
Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1 - 3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!

3. Bersenam
Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik
Meminum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.

‘Baca’ riak wajah, bahasa badan

Salam sejahtera...

Abg long tak sangka diri kita ini orang lain boleh tahu apa yang kita memepunyai masalah atau pun tidak. Kenapa tak percaya? Cuba baca artikel bawah ini.

Siapa yang tidak dibelenggu masalah apabila berhadapan dengan orang yang suka menipu atau  memutarbelitkan setiap kenyataan.

Sikap sebegini juga membuatkan kita turut berhadapan masalah membabitkan kepercayaan dan kejujuran.

Memperkatakan soal kejujuran dan kepercayaan, ia sememangnya berkait dengan pelbagai hal dalam rutin kehidupan biarpun sewaktu bertemu orang tidak dikenali apatah lagi tatkala mahu mencari pekerjaan.

Justeru, analisis perlakuan sangat berguna dalam mengharungi kehidupan seharian, malah boleh dipelajari dengan mudah.

Foto

Menurut Pakar Terapi Warna dan Pembentukan Personaliti Master Yourself Revamp Your Life (MYRYL), Shuhada Alauddin, analisis perlakuan adalah satu kemahiran yang sangat penting untuk mengenali sikap orang di sekeliling dengan hanya melihat riak wajah, pertuturan dan gerak bahasa badan.

“Ada manusia yang suka menipu kerana ia sudah menjadi tabiat hingga terbawa-bawa apabila meningkat dewasa. Justeru, ilmu mengenai analisis perlakuan sangat berguna bagi melindungi diri kita daripada manusia yang suka menipu.

“Selain melindungi diri daripada penipu, ia juga berguna bagi meningkatkan keyakinan diri dan mengubah perlakuan ke arah positif untuk mengelak daripada kesilapan menghantar isyarat hingga menimbulkan persepsi negatif pada orang lain yang melihat,” katanya.

Tambahnya, terdapat beberapa kategori dalam analisis perlakuan iaitu riak wajah, pertuturan dan gerak badan manakala perlakuan profil (menonjolkan diri) dapat dilihat menerusi kata-kata serta gerak mata.

Monday, January 13, 2014

Negeri-Negeri Paling BAHAYA di Malaysia Mengikut Ranking

Salam sejahtera...

Abg long nak kongsi dengan anda semua satu artikel yang betul-betul mengejutkan diri abg long sendiri. Abg long berharap ia bukan betul.



Selangor, Johor dan Kuala Lumpur menduduki tempat tiga teratas dengan indeks jenayah tertinggi. Namun dari segi indeks jenayah per 100k populasi, ternyata Kuala Lumpur di tangga pertama.

Manakala negeri paling selamat di Malaysia adalah Sabah.

Sumber
Selangor, Johor dan Kuala Lumpur menduduki tempat tiga teratas dengan indeks jenayah tertinggi. Namun dari segi indeks jenayah per 100k populasi, ternyata Kuala Lumpur di tangga pertama. Manakala negeri
paling selamat di Malaysia adalah Sabah :)


- See more at: http://www.lamankongsi.com/2014/01/negeri-negeri-paling-bahaya-di-malaysia.html#sthash.gLKVjpyt.dpuf
Selangor, Johor dan Kuala Lumpur menduduki tempat tiga teratas dengan indeks jenayah tertinggi. Namun dari segi indeks jenayah per 100k populasi, ternyata Kuala Lumpur di tangga pertama. Manakala negeri
paling selamat di Malaysia adalah Sabah :)


- See more at: http://www.lamankongsi.com/2014/01/negeri-negeri-paling-bahaya-di-malaysia.html#sthash.gLKVjpyt.dpuf

Friday, January 10, 2014

Mengapa Kita Sering Bertemu Dengan Orang Yang Salah?

Salam Sejahtera,

Abg nak nak berkongsi dengan anda satu kata-kata hikmah yang abg long ambik daripada satu buku.


Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar yang kita hanya makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
 Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk kita.
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar allah Maha Pemurah dan penyayang kerana mengingatkan kita, dia bukan pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa hadapan.
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang mengalaminya.
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya.
Memang Allah senagaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih fahgam cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supatya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Thursday, January 9, 2014

Kasih Sayang Itu Tiada Sempadan

Salam sejahtera...

Benar la jika ada orang kata kasih sayang itu tiada sempadan malahan ada juga yang kata ianya tidak kenal siapa. Kenapa abg long kata begitu?. Ini kerana abg long nak tunjukkan kepada anda satu kisah.

Unta peluk bekas pemilik  
Unta memeluk bekas pemiliknya yang melawat ladang yang kini dimiliki pemilik baharu.

Riyadh: Seekor unta menunjukkan emosi seperti manusia dan ingatan yang kuat apabila ia memeluk bekas pemilik warga Arab Saudinya dengan penuh kasih sayang selepas berjumpa kembali sejak sekian lama.

Bekas pemilik unta itu sendiri terkejut apabila unta berkenaan berlari mendapatkannya dan membelit bekas pemilik terbabit dengan lehernya yang panjang itu.  

Rindu unta peliharaan

Lelaki berkenaan yang namanya tidak didedahkan dikatakan melawat ladang haiwan kepunyaan pemilik barunya kerana merindui unta yang pernah dipeliharanya itu.

Satu gambar yang diterbitkan akhbar berbahasa Arab, Sada Arabic menunjukkan petani itu dipeluk unta berkenaan dengan lehernya.

Laporan itu menyebut, Ia membelit leher bekas pemiliknya seolah-oleh mengatakan walaupun kamu sudah menjual saya, saya masih menyayangi kamu.

Gambar itu yang turut disiarkan beberapa laman sosial, segera mencetuskan pelbagai ulasan, kebanyakannya menyatakan rasa terharu berikutan kasih sayang yang ditunjukkan unta dan bekas pemiliknya.
Mereka juga terkejut dengan reaksi haiwan itu.

Walaupun lelaki berkenaan mengetahui unta itu akan mengenali beliau, beliau tidak menjangka binatang itu akan menunjukkan reaksi demikian terhadap manusia.

Sumber

Asingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa? Kenapa?

Salam sejahtera,

Kali ini abg long nak berkongsi dengan anda satu artikel yang pada pandangan abg long penting untuk kita semua ( bagi yang telah dan akan bergelar ayah dah ibu ).


Walaupun anak-anak ini kelihatan begitu lena, namun kita tidak dapat menjamin bahawa mereka tidak akan tersedar sehingga ke pagi. Maka berwaspadalah sentiasa!
gambar dari medjournalwatch.blogspot.com


Pendidikan seks, apa yang anda fikirkan apabila disebut perkataan ini? Ramai yang rasa ia adalah satu perkara yang lucah dan memalukan. Namun, ketika saya ingin menulis tentang mengasingkan anak tidur dari ibu bapa, saya menyelak buku Pendidikan Anak-Anak Islam tulisan Dr Nasih Ulwan. Saya dapati, Dr Nasih Ulwan telah menerangkan tentang perkara terbut di dalam satu bab yang panjang iaitu bab pendidikan seks. 

Setelah diteliti, ternyata bahawa pendidikan seks di dalam keluarga islam sangat-sangat dipentingkan untuk menjaga anak-anak dari terdedah kepada gejala sosial yang amat membimbangkan sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat pada masa kini.

Melihat kepada gejala sosial yang berlaku kini seperti penzinaan,  pembuangan anak,  seks di luar tabii dan banyak lagi jenayah yang berlaku di kalangan remaja Islam, saya merasakan bahawa pendidikan seks di dalam Islam yang banyak berkisar kepada penjagaan aurat dan adab-adab sesama ahli keluarga dan individu lain perlulah ditekankan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil

Tuesday, January 7, 2014

Ibu bapa perlu menjadikan Pendidikan Islam satu Keutamaan

Salam sejahtera,

Sedikit perkongsian untuk anda yang bergelar ibu dan bapa termasuk la abg long ( bakal bapa Insya allah ).



Gambar Hiasan
Menyediakan yang Terbaik
Kita bekerja keras menyediakan anak kita untuk kehidupan ini dan merasakan bahawa kita telah menerapkan nilai-nilai Islam yang secukupnya kepada mereka. Fikirkan lah sekali lagi!
Kebanyakan ibu bapa yang saya tahu, termasuk diri saya (pada peringkat awal) mengambil pendekatan dunia sebagai yang pertama, akhirat sebagai kedua. Seorang ibu memberitahu saya yang dia mengambil pendekatan 'pendidikan dari alam rahim sehingga kelahiran'. Yang jelas sekali, ia satu permulaan yang baik akan tetapi semasa anak-anak sedang membesar, pilihan kaedah pengajaran dan bahan mula terpengaruh kepada satu yang berkaitan keduniaan.  Kita boleh menafikan fakta ini, mungkin kita tidak sedar melakukan perkara ini.

Membuat Keputusan
Pengaruh Media hari ini tidak dapat dinafikan. Kita kadang-kadang dikelirukan dengan banyak nasihat yang kita dapat tentang pendidikan. Pada masa-masa tertentu, kita menjadi begitu teruja dengan pendedahan yang dipaparkan tanpa disedari, kita membuat keputusan berdasarkan apa yang pengiklan mahu kita percaya.

Run Run Shaw Meninggal Dunia

Salam Sejahtera,

Pernah Tengok logo ni tak?





Abg long rasa jika anda peminat cerita Allahyarham Tan Seri P.Ramle logo ini sinonim dengan cerita beliau, tapi tahu kah anda siapa pemiliknya. Anda kenal dengan nama Run Run Shaw? Nak tahu dengan lebih detail boleh klik kat sini

Disini abg long nak share dengan berita kematian Run Run Shaw pemilik Shaw Brothers Studios,



HONG KONG: Penerbit filem terulung Hong Kong, Run Run Shaw meninggal dunia pada usia 107 tahun hari ini.

Shaw meninggal dunia di kediamannya di sini dan ditemani ahli keluarganya.

Kenyataan akhbar Television Broadcasts Limited (TVB) menyebut bahawa punca kematian beliau tidak diberikan. Shaw membantu menubuhkan TVB pada 1967.


Shaw adalah salah seorang tokoh berpengaruh dalam industri hiburan di Asia.

Shaw Brothers Studios menerbitkan kira-kira 1,000 filem kerana mempopularkan
genre kung fu sehingga mempengaruhi Quentin Tarantino dan pengarah handalan lain di Hollywood.

"Dengan wawasan dan tenaganya, beliau menubuhkan syarikat ini (TVB) dan kemudiannya muncul sebagai stesen televisyen utama di Hong Kong dan pemimpin utama dalam industri televisyen berbahasa Cina," kata TVB.
Shaw pernah menjadi Pengerusi Eksekutif TVB sehingga 2011 dan kemudiannya dilantik sebagai pengerusi emeritus.

Studio filem milik Shaw pernah dinobatkan sebagai yang terbesar di dunia turut membantu menaikkan nama pengarah terkenal termasuk John Woo.

Sementara itu, antara filem Melayu terbitan Shaw Brothers ialah Mutiara, Bermadu, Toping Saitan, Hanchor Hati, Ibu Tiri, Terang Bulan Di Malaya, Tiga Kekaseh, Mata Hantu, Gagak Hitam, Sergeant Hassan, Batu Belah Batu Bertangkup (1959), Lanchang Kuning (1961), Penarik Becha, (1955), Bawang Puteh Bawang Merah (1959), Adam (1956), Laila Majnun (1933), Selamat Tinggal Kekasihku (1955), Toping Hitam, Keluarga Si Comat dan Tun Tejah. - Agensi

Sumber

Mereka Yang Dermawan

Salam sejahtera,

Pernah tak dengar lagu " jika aku kaya " jika tak pernah dengar boleh cari kat youtube :). Ok la, abg long nak share cerita mereka yang telah bergelar jutawan tapi hati mereka pemurah.


Jutawan Yang Dermawan

“ADAKAH anda gila?”

Itu yang dikatakan oleh akauntan kepada jutawan bernama Brian Burnie apabila majikannya menyatakan hasrat untuk menderma hotel mewahnya bernilai sekitar RM112 juta.



Kemungkinan, ramai akan terus bersangka buruk apabila membaca kisah dan berita dermawan si kaya seperti itu. Tidak dinafikan, ramai juga yang kagum dengan sifat dermawan mereka.

Mari kita cuba cari sebab luaran kedermawanan mereka dalam tulisan ini. Jika dulu, saya sering membaca pengasas Microsoft, Bill Gates, menderma di sana sini di samping yayasan yang ditubuhkannya. Kini, seorang lagi jutawan di Britain melakukan perkara yang sama.

Peringatan Untuk Kita Semua

Salam sejahtera,

Post khas ini untuk diri abg long sendiri dan juga anda semua...


Tak Malukah Kita?

Salam sejahtera,

2,3 hari ini bila abg long baca berita kat akhbar banyak menyiarkan cerita tentang rompakan, curi dan sebagainya. Abg long sering terfikir dah takda kerja lain ke diorang ni nak buat, kat Malaysia ada berjuta kerja halal yang boleh kita buat. Dah la mangsa rugi harta benda malah yang paling teruk hilang nyawa.

Cuba baca kisah ini...


Tak mahu meminta-minta


Dengan penuh kepayahan, semangat Sulaiman Idris, 50, dan Latifah Abu, 41, tidak pernah pudar atau mengambil kesempatan atas kecacatannya untuk meraih simpati, sebaliknya berdikari mencari rezeki halal dengan berniaga di pasar malam, setiap Rabu dan Sabtu.


Sumber

P/S: Bagi yang malas nak kerja tu, malu la kat pakci dan makci di atas tu... walaupun OKU tapi mereka gunakan tulang 4 kerat mereka untuk mencari rezeki halal. Kita yang sempurna ni tak kan la tak boleh nak kerja.

 

Monday, January 6, 2014

52 Motivational Picture Quotes For An Epic Year Of Success

Salam sejahtera,

Moga gambar-gambar ini akan menjadi motivasi untuk kejayaan anda.

52 Awesome Quotes For Success

accomplish dreams picture quote
always try and never give up picture quote
be better picture quote

Buatku Sedih...

Salam sejahtera,

Tiada yang nak abg long sharekan dikala ini... Hany ini yang termampu..


Hargai la selagi masih ada...

Sekadar Suatu Perkongsian...

Salam sejahtera,

Dalam abg long mencari-cari sedikit ilmu yang ada di dalam Internet ini, abg long terjumpa suatu artikel dari blog yang abg long rasa menarik untuk dikongsikan kepada anda semua. Abg long harap akan mendapat sedikit ilmu daripada perkongsian ini.





PATUTKAH POLITIK DICAMPUR AGAMA?
 
Semalam ada pihak yang bertanya saya tentang mereka yang memakai kasut semasa solat. Soalan itu merujuk kepada kumpulan anak-anak muda yang membantah kenaikan harga barang yang bersolat dalam keadaan memakai kasut di tempat mereka berkumpul. Ada pula yang cuba menyatakan solat itu tidak sah, bahkan ada yang menyatakan itu seperti menghina solat.

Rentetan dari itu juga ada yang menyatakan anak-anak muda yang memakai topeng ala vendetta dalam perhimpunan itu telah rosak akidah mereka kerana menyerupai ajaran kristian.

Tujuan Politik

Samada kita bersetuju ataupun tidak dengan perhimpunan anak-anak muda, suatu hal yang lain, tapi yang jelas kenyataan-kenyataan ini walaupun berbunyi agama tetapi hakikat bukan bertujuan agama. Sebaliknya, bertujuan kepentingan politik pihak tertentu malangnya, unsur agama dimainkan untuk menjatuhkan pihak yang bertentangan. Hal ini berlaku dalam banyak pihak dan puak sepanjang sejarah politik manusia.


Memakai kasut semasa solat bukanlah satu kesalahan jika kasut itu bersih dari najis. Dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim, ada riwayat yang disahihkan oleh al-Zahabi, daripada Anas bin Malik, berkata:
“Nabi s.a.w tidak pernah menanggalkan kasut dalam solat melainkan sekali, lalu –ketika itu- orang ramai pun turut menanggalkannya. Nabi s.a.w bertanya: “Mengapa kamu menanggalkan kasut kamu?”. Mereka menjawab: “Kami melihat engkau menanggalkannya, maka kami pun tanggalkan”. Nabi s.a.w bersabda: “Jibril telah memberitahu aku bahawa pada kedua kasutku ada kotoran”.
Dalam riwayat Ibn Khuzaimah ditambah: “Seseorang kamu hendaklah melihat kasutnya, jika ada kotoran hendaklah dia sapu di tanah (gesel hingga bersih di tanah), kemudian dia boleh bersolat memakainya”

Bumiputera pertama hasilkan susu formula

Salam sejahtera,

Abg long bangga kerana orang kita ( boleh ke guna perkataan macam ni ) maksud abg long orang melayu kita kerana menghasilkan susu formula. Syabas dan tahniah abg long ucapkan. Nak tahu ceritanya dengan lebih detail, abg long share di bawah ni :






Perkembangan minda dan tumbesaran kanak-kanak yang baik dipengaruhi pemakanan terbaik.

Menyedari hakikat itu, Pengarah Urusan Ebunda Sdn Bhd, Sofiya Arshaf menghasilkan susu formula yang dinamakan Ilham pada 2010.

Sofiya berkata, minat yang mendalam dalam bidang pemakanan adalah satu bonus kepadanya apabila melibatkan diri dalam bidang perniagaan susu formula khusus untuk kanak-kanak.

“Pada peringkat permulaan, saya menghasilkan susu formula ini dan diberikan kepada anak-anak saya sendiri, anak kepada saudara–mara dan kawan rapat selama enam bulan.

“Alhamdulillah, sepanjang waktu itu, saya mendapat maklum balas yang baik. Mereka menyokong saya untuk memasarkannya,” katanya.

Bagaimanapun, graduan lulusan teknologi makanan dari sebuah universiti tempatan itu tidak menafikan ada juga kenalan dan pihak lain yang meragui kemampuan beliau dalam menghasilkan susu formula tersebut.


Jika Dah Nama Pencuri...

Salam Sejahtera,

Pencuri oh pencuri memang tiada hati perut janji dapat habuan. Abg long long pun tak tahu nak cerita apa lagi, baca dan lihat je la.


KULIM, 5 Jan - Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi.

Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.

"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Chin.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supt C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. - BERNAMA

Apa Cite Ni Bro...

Salam sejahtera,

Terlebih dahulu abg long nak minta maaf jika ada yang tersinggung, terasa, termarah ( boleh guna ke perkataan nie ) atau yang sewaktu dengannya. Abg long nak cuma nak berkongsi dengan anda keadaan yang melanda dan kenapa ini boleh terjadi?. Dimanakah silapnya dan apa punyanya?. Abg long bukan nak jatuhkan kaum abg long sendiri cuma nak kita sama-sama fikirkan dan elakkan daripada ia terjadi.


Kes 1


Kes 2

Kisah Adik Nurkhatijah

Salam sejahtera,




Hari ini abg long nak kongsikan satu kisah sedih ini yang telah berlaku pada hari ini, bukan rekaan semata-mata tapi ianya realiti untuk kita sama-sama fikirkan. Abg long ingatkan kisah ini dah takda dalam zaman yang serba canggih tapi itu la kehidupan kita semua. Kita rasa susah tapi hakikatnya masih ada lagi yang susah.

Mari sama-sama kita baca kisah ini yang abg long share daripada satu sumber.

Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar  ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta - minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>