Wednesday, April 30, 2014

Bila Kaki Dah Membengkak

Salam sejahtera,

Alhamdulillah kaki orang umah abg long dah kurang bengkak atau kata lain sembab. Iye la dah hampir 2 minggu kaki orang umah abg long sembab sejak balik daripada kampung.


Gambar Hiasan

Orang kata dah menjadi kebiasaan bila dah mengandung bengkak atau sembab ni akan berlaku tapi yang abg long peliknya orang umah hanya sembab satu kaki sahaja iaitu sebelah kiri. Jadi google la jadi rujukan abg long nak cari info terkini. Bila dah bergoogle ni apa lagi banyak la abg long tahu sebab dan puncanya.

Bila dah sembab kaki orang umah abg long makin pegerakannya pun terganggu. Kekadang orang umah mengeluh sakit maka nak kurang sembab tu abg long sapukan minyak Habbatus sauda di campur dengan minyak zaiton sambil abg long urut sikit mula dari peha hingga ke kaki. Kesannya alhamdulillah untuk para suami boleh la cuba cara ni :).

posted from Bloggeroid

Pemeriksaan Mata Untuk Ibu Mengandung

Salam sejahtera,

Hari ni abg long temankan orang umah buat pemeriksaan mata di Hospital Ampang. Apa yang abg long fahamkan pemeriksaan mata ini wajib dijalan untuk para ibu mengandung yang di dapati mempunyai kencing manis.



Daripada pemarhatian abg long semasa menemani orang umah, ramai jugak yang buat pemerisaan mata ni rupanya dari pendaftaran sampai la menunggu untuk no di panggil. Dan yang pastinya kebanyakkan adalah orang tua dan terdapat jugak para ibu mengandung termasuk la orang umah abg jugak.

Untuk proses pemeriksaan mata bagi ibu mengandung ini ( mengikut pemerhatian pada orang umah abg long sendiri ), para ibu akan di panggil oleh doktor dan kemudian doktok akan titiskan cecair ke dalam mata.

Setelah itu orang umah abg long akan diminta berehat selama 20 minat untuk memberikan cecair yang dititis itu bekerja dimana ia akan menyebabkan anak mata atau nama lainnya retina itu mengembang. Orang umah abg long sekali lagi di panggil pemeriksaan.



Alhamdulillah hasil daripada pemeriksaan tersebut mata orang umah semuanya ok dan sihat. Mengikut kata orang umah abg long jika keputusan tersebut sebaliknya temujanji akan di adakan sekali lagi. Apa yang tak bestnya selepas pemeriksaan mata ni penglihatan jarak dekat orang umah abg long menjadi kurang tapi bukan selama-lamanya hanya beberapa jam sahaja.


posted from Bloggeroid

Monday, April 28, 2014

Kawan Punya Cerita

Salam sejahtera,

Abg long dah lama nak cerita pekara ni tapi terfikir jugak adakah ia elok untuk dikongsi atau pun tidak. Iya la nak tulis pun kena buat kira-kira jugak jika tak dapat dosa kering je.



Apa yang nak abg long kongsikan adalah perihal kawan. Yang mana dulu sama-sama nakal, yang mana dulu sama-sama berkongsi cerita, yang mana dulu sama-sama kerja di perantauan dan yang dulu sama-sama menyokong antara satu sama yang lain.

Bak kata orang tua-tua pasir di pantai pun akan berubah ni kan manusia. Begitu la jugak dengan kawan abg long. Hanya kerana abg long ni tak setaraf hubungan kawan dah jadi dingin ( ayat macam bercinta pulak ). Abg long bukan jelous atau cemburu dengan rezeki yang kawan abg long ni dapat tapi abg long hairan kemesraan kawan tu kurang dan perubahan tu ketara. Ia mana tak sedihnya kawan rapat la katakan tapi bila difikirkan balik apa nak dihairankan kita ni manusia.

Tu satu bab, cerita perihal kawan abg long yang lain pulak ni lain pulak ceritanya. Dah ada facebook ni secara tidak langsung senang la untuk kita cari kawan yang lost contact baik dari sekolah, universiti dan sebagainya. Termasuk la kawan abg long ni dapat tiba-tiba je contact abg long balik bila terlihat abg long di facebook.

Daripada berhubung di alam maya hingga berjumpa di dunia realiti. Bila dah jumpa di dunia realiti apa lagi banyak la ceritanya tapi rupanya perjumpaan ni ada udang di sebalik batu rupanya. Dari cerita perihal kerja hingga la cerita masalah secara tak langsung kawan abg long ni menawarkan satu peluang. Abg long anda pun dah tahu kan ;). Di pendekan cerita abg long terjebak akhirnya hehehe.

Begitu la kisah 2 kawan abg long ni dengan 2 situasi yang berbeza. Betul la orang kata " kawan suka senang kita dapat tapi kawan menangis..." . Apa yang boleh abg long katakan kawan yang terbaik selain ibu dan bapa kita ada isteri kita.

posted from Bloggeroid

Sunday, April 27, 2014

Boleh Test Drive Mak Cik?

Salam sejahtera,



Ada seorang pemuda, Mamat namanya. Mamat ni kaki racing kereta. Kalau memandu, perghh.... berdesup kereta melayang. Memang telan asaplah siapa yang berlumba dengannya.

Suatu hari, Mamat datang ke rumah aweknya, si Tijah. Hajat di hati, Mamat nak jumpa bakal ibu mertuanya. Bukan apa, Mamat cadang nak masuk meminang si Tijah yang berhidung pesek itu. Sebelum tu, dia nak beritahu dulu aweknya itu. Boleh ke tidak kalau nak hantar rombongan meminang.

Emak si Tijah : Mak cik tak kisah kamu nak masuk meminang. Tapi, mak cik nak beritahu awal-awal. Hantaran Tijah tu biarla berpatutan. Walaupun hidungnya pesek, tapi Tijah tu lulusan universiti. Ada master lagi. Bukan tahap diploma. Jadi, hantaran tu kamu faham-faham je lah. RM20 ribu memang tak lari.

Mamat : Mak aii... mahalnya makcik. Kalau tinggi macam tu, kena bagi banyak masa la kat saya nak kumpul duit mak cik. Saya bukan apa. Kalau boleh nak cepat. Boleh elak maksiat. ( dengan wajah penuh pengharapan )

Emah si Tijah : Hish kamu ni. Tijah tu satu-satunya anak perempuan makcik tau. Kalau kamu tak mampu, tak apa. Berderet lagi tengah tunggu turn untuk masuk meminang. Mak cik tak mahu letak harga rendah-rendah. Nanti apa pulak orang cakap ( dengan wajah ala-ala ada aku kisah kalau kau jadi menantu aku...)

Mamat : kalau macam tu, saya ada satu cadangan.

Emak si Tijah : Apa dia?

Mamat : Memandangkan mak cik pun ala-ala nak jual anak gayanya, apa kata kita buat macam ni. Sekarang, saya bayar ' downpayment ' RM2 ribu. Saya bawak balik anak mak cik. Mapam ni saya test drive dulu. Kalau semuanya bagus, jangankan 20 ribu, 100 ribu pun saya berani letak mak cik. Tapi, kalau barang semua dah lemau, enjin pun tak bagus, saya pulangkan anak mak cik semula. Deposit tu kira hanguslah. Saya tak kisah. Boleh mak cik?

Moral of story : lu pikir la sendiri :)

posted from Bloggeroid

Thursday, April 24, 2014

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Barang Mahal Vs Barang Murah

Salam sejahtera,

Alkisahnya pasal pencukur lelaki sebenarnya tapi entah macam mana tiba-tiba je keluar idea nak tulis tajuk tu. Tapi abg long ok kena jugak kot apa yang nak abg long tuliskan ini.



Tadi abg long beli 2 batang pencukur lelaki bukan mahal pun RM2 je satu. Biasa la tujuan pencukur tu abg long guna nak botak kan kepala abg long yang hansem ni ( perasaan sungguh abg long ni hehehe... ) dan pencukurnya siapa la tak lain dan tak bukan orang umah abg long la jadi mangsanya.

Apa yang abg long tak puas hati dengan pencukur ni bila 6 kali di guna dan diketuk masa proses pembotakan, pencukur tu terlerai satu persatu nasib baik tak melompat jauh. Bukan satu tapi 2 batang pencukur. Nasib baik la ada pencukur yang lama boleh la juga guna nak siapkan pembotakan abg long ni.

Apa yang hairannya pencukur lama ni tahan lasak dah la harga beli pun murah RM1 je jika bandingkan dengan baru abg long beli. Jika ikutkan kualitinya mesti la yang RM2 tu tahan dah la berjenama pulak tu. Tapi hakikatnya indah khabar daripada rupa.

Bukan la abg long nak berkira dengan harga tu tapi apa yang nak abg long kongsikan di sini barang yang mahal tak semestinya semuanya ok dan barang yang murah tak semestinya tak baik. Jadi fikir-fikirkan la :)

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 23, 2014

Orang Umah Buat 'Sambal Hitam'

Salam sejahtera,

Hari ni abg long off kerja jadi boleh la abg long rehat sikit hari ni. Bila dah abg long ada kat umah ni apa lagi orang umah mula la nak buat sambal hitam. Sebenarnya dari minggu lepas lagi orang umah abg long nak buat sambal ni, ini pun sebab orang umah dan abg long dah rasa masa beli kat online tempoh hari.

Jadi apa lagi dah ada buah belimbing buluh ni tambahan dengan bahan yang lain seperti lada, ikan bilis dan bawang maka proses pembuatan bermula. Terus terang abg katakan orang umah abg long sambal hitam ni lari sikit dari cara pembuatan yang asalnya.


Sambal hitam dimakan dengan roti canai :)


Mana tak larinya dari cara rebus belimbing pun dah lain :). Takpa nanti abg long kongsikan cara yang betul untuk buat sambal hitam ni. Bukan setakat itu sahaja orang umah bland semua bahan tu. Kemudian baru masak dengan api yang perlahan.

Walaupun lain caranya tapi alhamdulilah sedap dan yang paling penting pedas.

Apa itu 'selfie'

Salam sejahtera,

Terus terang abg long baru tahu apa tu SELFIE nampak sangat abg long ketinggalan :). Walauapa pun abg long nak kongsi dengan anda apa yang abg long baru tahu ni.

Bukan isu besar kalau kita perhatikan ramai remaja tak kiralah sama ada si gadis atau si jejaka suka tangkap gambar sendiri pada zaman sekarang. Apatah lagi cabang media sosial yang semakin banyak membuatkan mereka semakin obses untuk tonjolkan diri sendiri dalam kalangan rakan lain.



Perempuan terkenal dengan sikap yang suka cantik dan sedikit menunjuk-nunjuk sekiranya penampilan terlebih cantik pada hari tertentu. Oleh itu, sikap ini secara tak langsung akan membuatkan mereka cuba berkongsi kegembiraan dengan rakam gambar sendiri untuk dimuat naik di laman sosial.

Bagaimanapun, lain pula kisahnya turut terkena tempias tabiat ini. Lelaki yang terkenal dengan sikap ‘macho’, ego dan tegas juga tidak dapat tahan diri daripada tidak ‘selfie’. Tarikannya terlalu kuat hingga mampu buatkan golongan ‘control macho’ turut tergolong dalam kelompok ini.

Sukar dimengerti

Selfie adalah singkatan kepada gabungan perkataan potret diri sendiri (self-potrait). ‘Selfie’ juga merujuk kepada perbuatan suka mengabadikan gambar sendiri yang ditangkap tanpa bantuan orang lain. Perbuatan ini bukanlah dikategorikan sebagai salah, tetapi apabila semakin ramai yang gemar ‘selfie’ walau di tempat tak sepatutnya, ia agak menjengkelkan.

Tabiat suka tangkap gambar sendiri ini ibarat virus kerana sudah merebak kepada semua golongan. Tak kiralah, anak gadis, mak cik, pak cik, ibu bapa atau saudara-mara, gambar ‘selfie’ boleh dikatakan wajib ada dalam akaun laman sosial masing-masing.

Tak keterlaluan jika penulis berpendapat, ‘selfie’ boleh dikategorikan sebagai tabiat yang sukar dimengertikan. Sehingga ke hari ini, bukan saja wanita yang mahu tonjolkan penampilan dan paras rupa seharian, tetapi kaum lelaki juga tidak mahu ketinggalan malah ada di antaranya lebih obses berbanding wanita.

Perangai Remaja Sekarang

Salam sejahtera,

Abg long terkejut bila melihat satu gambar tentang kelakuan remaja kita sekarang ni. Abg long tak tahu kat mana silapnya, adakah kerana terlalau moden hidup sekarang ini remaja kita dah lupa adat hormat menghormati. Adakah kemajuan teknologi sekarang remaja kita dah berubah perangai. Apa yang dapat anda komenkan dengan gambar di bawah ni?

Abg long kekadang sedih dengan remaja sekarang ni, kekadang takut, bukan la abg long nak kata abg long ni baik sangat tapi bila lihat gambar tu macam-macam yang bermain dalam hati ini. Itu belum lagi masalah sosial yang lain. Bila difikirkan balik dimana silapnya...

posted from Bloggeroid

Sunday, April 20, 2014

Catuan Air Akan berakhir

Salam sejahtera,

Alhamdulillah itu yang mampu abg long ucapkan setelah membaca akhbar hari ini berkenaan pelan catuan air akan berakhir pada 30hb April ini. Abg long rasa anda pasti dapat menarik nafas lega dengan berita ini kan. Menurut Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred Dharan berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.



"Pelaksanaan pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat masih diteruskan seperti yang dirancang dan diputuskan kerajaan negeri Selangor (sehingga 30 April)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Walauapa pun berita ini memeberi harapan kepada kita dengan apa yang telah kita tanggun selama hampir 4 bulan ini.

posted from Bloggeroid

Tak Salah Tiru Orang Yang Berjaya

Salam sejahtera,

Untuk berjaya tak kira la dalam apa bidang pun,selain ilmu pengetahuan dan usaha yang kuat kita boleh copy dan paste pengalaman serta nasihat daripada mereka yang berjaya. Maka dengan itu abg long nak kongsi artikel ini moga ia menjadi sumber impirasi dan motivasi pada anda.



Billionaire Jack Ma, the founder and ex-CEO of Alibaba Group, as well as one of the most successful Chinese Internet entrepreneurs, shares his wealth of experiences.

Jack Ma: The mistake I regretted the most

In 2001, I made a mistake. I told 18 of my fellow comrades whom embarked on the entrepreneurship journey with me that the highest positions they could go was a managerial role. To fill all our Vice President and Senior Executive positions, we would have to hire from external parties.

Years later, those I hired were gone, but those whom I doubted their abilities became Vice Presidents or Directors.

I believe in two principles: Your attitude is more important than your capabilities. Similarly, your decision is more important than your capabilities!

Jack Ma: You cannot unify everyone’s thoughts, but you can unify everyone through a common goal.

Don’t even trust that you are able to unify what everyone is thinking; it is impossible.
30% of all people will never believe you. Do not allow your colleagues and employees to work for you. Instead, let them work for a common goal.
It is a lot easier to unite the company under a common goal rather than uniting the company around a particular person.


Jack Ma: What does a leader have that an employee doesn’t?

A leader should never compare his technical skills with his employee’s. Your employee should have superior technical skills than you. If he doesn’t, it means you have hired the wrong person.

What, then, makes the leader stands out?

A leader should be a visionary and have more foresight than an employee.
A leader should have higher grit and tenacity, and be able to endure what the employees can’t.
A leader should have higher endurance and ability to accept and embrace failure.
The quality of a good leader therefore is his vision, tenacity, and his capability.


Friday, April 18, 2014

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Untuk Renungan Bersama

Salam sejahtera,


"Jangan Bersedih, Allah Bersama Kita..."







Sehebat apa pun musyrikin membuat rencana untuk menggagalkan hijrahnya Rasul SAW, Allah-lah Sang Perencana terbaik.



Musim semi baru akan berlangsung. Bulan pada malam itu tampak kecil dilatari gugusan bintang yang berserak di atas langit. Udara dingin serasa menggigit kulit. Terpaan angin yang menerbangkan buliran pasir gurun membuat mata terpicing dan terkantuk-kantuk.

Ketika sebahagian besar penduduk Makkah terlelap dalam tidur, Rasulullah SAW tengah berkemas-kemas. Sementara itu beberapa kelompok musyrikin menyatroni lingkungan, mewaspadai gerak-gerik yang mereka incar dan curigai.

Keadaan yang demikian sunyi dan mencekam tidak membuat ciut nyali Rasulullah SAW untuk beranjak keluar dari kediamannya.
Ya, malam itu, permulaan Rabiul Awwal, menjadi langkah awal perubahan yang penuh persiapan masak bagi keberlangsungan Islam di muka bumi.

Nabi masih sempat membisikkan kepada Ali bin Abu Thalib RA, sepupunya yang pemberani, untuk segera menempati ranjangnya seraya berbalut selimut hijau dari Hadhramaut.

Thursday, April 17, 2014

Bersyukur Saat Diuji

Salam sejahtera,

Segala nikmat yang ada kepada kamu, maka adalah daripada Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan... An-Nahl 16:53

Petikan ayat di atas abg long ambik daripada buku "Bersyukur Saat Diuji" yang ditulis oleh saudara Muhd Kamil Ibrahim, dimana beliau juga merupakan penulis buku " Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman" yang merupakan buku bestseller di malaysia.




Apa yang abg long nak kongsikan berkenaan buku ini adalah cara dakwah moden yang di sampaikan oleh penulis kepada pembaca. Segala apa yang dialami oleh penulis dalam menyampaikan dakwah dikongsikan dalam buku ini. Dengan gaya ayat yang santai ia tidak membosankan bila membacanya, terus terang abg long katakan banyak pengajaran yang dapat abg long ambik daripada buku ini. Malahan setiap kelakuan yang kita buat setiap hari tanpa kita sedar merupakan satu kesalahan

Dedikasi ini :

Dituju Khusus buat

Mereka yang hampir. Hidup adalah ujian, kematian merupakan satu ujian yang perlu ditempuhi. Kehidupan selepas kematian, kekal abadi. Tiada penghujung. Moga-moga bertemu di Syurga Firdaus.

Disini abg long kongsikan sinopsis buku ini untuk anda semua.

INIKAH UJIAN?

Saya didatangi oleh seorang ustaz yang mengharapkan pertolongan agar anaknya diterima masuk sebagai staf UiTM. Jawatan kerani. Pagi-pagi lagi beliau sudah muncul di rumah. Lalu saya dengar dengan teliti tujuan kedatangan beliau dan dengan nada perlahan saya berkata,

" Ustaz, boleh saya bertanya satu soalan? Jika ada calon yang ditemu duga, katalah anak uataz yang paling teruk sekali, tidak berkelayakan, maka jika saya memberi markah yang tertinggi kepadanya, adakah saya berdosa?
( Nota : beliau memberi jawapan, "berdosa" ). Sanggupkah ustaz menyuruh saya melakukan dosa? "

Saya menitis air mata di hadapan beliau. Dalam sebak inilah saya nyatakan kepada beliau, " Ustaz, saya mungkin mempunyai kuasa, tetapi kuasa Allah lebih luas dan tidak terperi hebatnya. Saya tidak mahu berdosa. Tolonglah saya ustaz untuk tidak melakukan dosa. Ustaz orang beragama. Ustaz orang pandai. Saya orang bodoh, jahil dan tidak berilmu."

Beliau meninggalkan rumah saya tanpa berkata apa-apa.

posted from Bloggeroid

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Jangan Malu Menangis

Salam sejahtera,

Kebanyakan masyarakat dunia selalu berandai begini- kaum lelaki harus kuat dan tidak boleh menangis. Akibatnya, ramai laki-laki malu untuk mengeluarkan air mata kerana bimbang akan dianggap cengeng seperti perempuan, lemah, tidak macho, cepat berputus asa dan mudah menyerah kalah. Adilkah untuk mereka?



Berdasarkan penelitian seorang pakar psikologi dari Universiti New York, Profesor Niobe Way, mendapati persepsi tabu yang sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat sejagat itu sebetulnya adalah salah. Jelas beliau, stereotaip - laki-laki tidak boleh empati, hanya tertarik pada segala macam aksi lasak dan memiliki pemikiran dangkal juga tidak benar.

Laki-laki ialah manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Tetap memiliki air mata, sekalipun kantung air mata pada lelaki lebih kecil daripada perempuan. Pendek kata, lelaki dan perempuan secara genetik sebenarnya adalah sama dalam hal memiliki tingkat emosional. Mereka sama-sama punya perasaan yang harus disalurkan, difahami, diakui dan diterima.

Namum, kata Profesor Way, lelaki tidak tahu bagaimana cara untuk mengungkapkannya, sama ada emosional itu harus disalurkan dengan mencucurkan air matabatau sebaliknya. Tambahan pula, stigma lingkungan sosial yang menegah lelaki supaya tidak menangis telah membuatkan mereka beranggapan tidak patut menunjukkan emosi, apatah lagi memilikinya.

Raja Azmi Oh Raja Azmi

Salam sejahtera,

Abg long tak tahu apa nak katakan berkenaan isu si Raja Azmi ni. Abg long rasa anda pun dah baca dan dah lihat video tentang jawapan tentang isu yang abg long rasa panas jugak ni. Di sini abg long share link tentang isu tersebut
http://www.astroawani.com/news/show/saya-tak-setuju-wanita-tak-bertudung-dihukum-masuk-neraka-raja-azmi-34076



Memang kita di berikan hak untuk mengeluarkan pendapat tapi jika pendapat yang kita keluarkan itu menyentuh perihal agama maka kita perlu la perihatin. Dalam kes ini abg long rasa Raja Azmi sebagai orang yang dikenali ramai tambahan pulak seorang muslimat harus la 'pandang-pandang' bila berbicara. Bak kata orang tua-tua terlajak perahu boleh di undur...

posted from Bloggeroid

Lelaki Menangislah….

Salam sejahtera,

Renung-renungkan la :)



Sejak dahulu lagi lelaki memang terkenal sebagai anti-menangis. Biasalah, ia kerana ego yang begitu menebal di dalam diri mereka. Walaupun hati mereka hancur ketika itu, tapi demi mempertahankan ego mereka, lelaki tidak akan sesekali menumpahkan air mata.

Kaum lelaki sering beranggapan, menangis sama sahaja mengumumkan kepada dunia bahawa mereka orang yang lemah. Namun wanita perlu memberitahu lelaki pandangan tersebut patut diubah. Beritahu si dia kalau mereka ingin menangis atau berasa sedih, lakukanlah dan ia sesekali tidak akan langsung mengurangkan rasa kagum wanita terhadap keperkasaan lelaki malahan wanita akan makin kagum kerana sedar, jauh di sudut hati lelaki, mereka juga berjiwa halus.

Tetapi awas, jangan berlebihan menangis kerana kelihatan sangat buruk kalau lelaki menangis keterlaluan. Tahukah anda menangis akan membuatkan seseorang itu berasa lega dan dapat meredakan segala masalah yang bersarang di dada. Apabila pasangan menunjukkan rasa simpati, hubungan pasangan tersebut akan bertambah erat dan penuh kemesraan.

Sebuah Cerita

Salam sejahtera,

Abg long nak kongsikan dengan anda satu cerita yang pada diri abg long sesuai untuk dijadikan tauladan dan untuk sama-sama kita fikirkan.


Gambar hiasan

Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya:

Pejam celik, pejam celik je dah nak  raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku  sambung belajar ke luar negara..Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung,  jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar  berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti  dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia.

Dulu  masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.Bas yang  terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan  kenangan.

Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek  kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naim lah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar  negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim jugamesti  terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadiberhentidi bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit.

Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang dudukmencangkung  di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.Raiz menghampiri.  Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.

"Wey!  Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya!Apakau buat tepi  jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim  yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! BalikMalaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahuRaiz.Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman berubah,manusia pun  kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalanRaiz, cuma  tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga kebawah.. Ada  perubahan ketara pada sahabatnya.

Wednesday, April 16, 2014

Salah Ke Bermain Game?

Salam sejahtera,

Abg long bukan la nak salahkan sesiapa dalam bab ni, manusia ni baik anda mahupun abg long sendiri adalah lemah dan tak lepas daripada melakukan kesalahan. Dalam era teknologi yang boleh dicapai hanya dihujung jari sekarang ini, telah banyak memudahkan tugas kita tak kira la dalam apa bidang sekali pun.

Cuma kekadang kita manusia ni bila menggunakan teknologi ni lupa seketika tentang tujuan asal teknologi itu di adakan. Contohnya seperti cerita ini yang abg long dapat daripada sinar online http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/terengganu/bahana-zanahariah-gila-game-1.270587 . Memamg ada pro dan kontranya bila kita membacanya cuma apa yang abg long nak anda fikirkan tentang penggunaan teknologi iaitu game online.

Tak salah untuk kita melayan game tu, selagi game tu mematuhi adat kita orang timur dan juga yang lebih penting tidak melanggari lunas-lunas Agama Islam. Tapi bila dah bergame tu jangan la lupa perkara yang lain pulak, lupa yang kita mempunyai tugas dan tanggungjawap yang lebih penting.

Abg long tak berpuas hati bila membaca komen yang ditulis dalam artikel berita tersebut. Sebagai mana yang telah kita ketahui, teknologi yang ada sekarang ni termasuk la gajet, software termasuk game dan apa saja yang moden boleh dikatakan dicipta oleh orang yahudi. Kita sebagai yang diberikan akal fikiran harus dan wajib la memilih dan gunakan teknologi ini sebaiknya.

Jangan bila dah jadi macam tu salahkan teknologi. Apa yang nak abg long katakan disini teknologi tak salah yang salah adalah diri kita sendiri.

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 15, 2014

Rotan Punggung Rawat Penagih

Abg long nak kongsi dengan anda satu artikel untuk bacaan anda semua.

Banyak negara telah membelanjakan berjuta-juta ringgit dalam usaha untuk memulihkan penagih dadah. Namum, ahli-ahli psikologi di sebuah klinik dadah Siberia di Rusia, langsung untuk menangani permasalahan itu. Sebaliknya, mereka mempraktikkan rawatan pelik dengan hanya menggunakan sebatang rotan.



Ahli perubatan Rusia mendakwa bahawa merotan pada punggung boleh mengubati pesakit yang ketagihan dadah, alkohol dan mereka yang mengalami tekanan jiwa. Untul itu, adalah disarankan kepada pesakit untuk menerima antara 30 hingga 60 kali sebatan, setiap sesi rawatan merotan.

Prosedur rawatan selalunya dilakukan dengan cara begini - pesakit akan diarah untuk meniarap di atas katil dalam keadaan punggung terdedah. Sebelum itu, sebuah monitor untuk memeriksa denyutan jantung telah dipasang ke dada pesakit bagi memastikan tiada risikol kejutan atau serangan jantung.

Saat semua persiapan telah tersedia, pesakit dinasihatkan supaya menggengam erat tepi katil. Mungkin dengan cara itu sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan sedikit rasa sakit sebatan. Apabila pesakit sudah bersedia, rotan yang dipegang oleh ahli perubatan akan diayunkan dengan serta-merta tepat ke bahagian punggung pesakit. Banyak mana sebatan adalah bergantung pada tahap ketagihan pesakit.


Menurut Young Natasha, salah seorang pesakit yang pernah menjalani rawatan itu, berkata ia benar-benar menyakitkan dan kulit terasa pedih. Apa yang mampu dilakukannya hanyalah mencengkam hujung katil, menjerit dan menangis sekuat hati.

Monday, April 7, 2014

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Untuk Yang Bergelar Ibu Dan Ayah

Antara masa kerja mencari gaji 💵💵 dan masa demi anak2.👪... Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 ibu pun blk lewat....
Anak2 redha di tempat org🏡... Belajar🔠🔤, bermain, Riang , Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!!,
Sepanjang di tempat kerja,, anak2 di rumah 🏡 pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah, Rindu ibu ,
Tp... Nak ckp rindu x reti... Nak tulis surat , xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg diulang, 6:00 ptg saat anak nampak ibu dan ayah dia , anak kita tekad... Dia nak ibu tgk dia .... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Ibu saya rindu n sayang sgt kat ibu....."
TAPI.....
Apa kita buat...
Bila anak2 bising... Kita marah...
Bila anak2 main... Kita herdik...
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"🙊Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV ,FAHAM!!!!"
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang...
Sedih hati seorg anak yg rindu ibu .... Yg rindu ayah .... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan ayah...
Apakah duit 💵boleh ganti kasih sayang💞💞?
Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?
Apakah mainan 🎮🎮 berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing2 makan kat luar 🍗🍖 boleh ganti nilai makan bersama...
Fikir sahabat... 💭Fikir teman2...💬Fikir ayah ibu yg mulia..
Ingatan bersama... 👪Assalamualaikum Semua...

Jenaka bersama Ustaz Azhar :

Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing🐈 untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.

Jika seekor kucing🐈 datang meminta makanan🍗, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang Allah beri pada kita.

Padahal kucing🐈 tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita.

Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing🐈?

Kadang-kadang kucing🐈bawa lari seekor ikan kembong yang kita beli di pasar.

Anggaplah itu rezeki untuk kucing🐈 tu.
Tak payahlah kejar kucing🐈tu keliling kampung!

Dia bukan ambil semua, seekor saja.

Lainlah kalau kucing🐈 tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.

Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit.

Muhasabahlah diri kita.
Jika nak jadi :
cepat kaya🏡,
murah rezeki,
panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang.

Setiap makanan🍗 kita beri binatang makan, itu dikira sedekah.

Allahualam....

Rasulullah SAW bersabda :
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."
* HR. Al-Bukhari

ㅤ ㅤ ㅤ
ㅤ Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
ㅤ Allahuakbar
ㅤ ㅤ ㅤ

Sedih baca seloka nii...betapa lekanya kita dng urusan dunia..

posted from Bloggeroid

Hadiah Anak-Anak Sekarang

Salam sejahtera,

Hebat betul anak-anak sekarang ni ye, rasa cemburu pun ada hehehe. Mana tak cemburunya abg long masa lepas sekolah nak lagi jika dapat result peperisaan mana dapat hadiah :( sedihnya.... Cuba tengok sekarang anak-anak dapat hadiah bukan lagi puluh ringgit tapi dah puluhan ribu ringgi ada tu ratus ribu lagi. Tak caya tengok kat bawah ni,












Macam mana anda tak cemburu ke? Hehehe... Tak salah untuk berikan hadiah kepada anak kita begitu jika kita mampu dan berkemampuan. Selain menunaikan impian dan keinginan hadiah begitu juga dapat memberikan motivasi kepada anak untuk terus mencapai kejayaan di masa hadapan. Cuma abg long terfikir sendiri perlukah kita jadi begitu untuk puaskan hati anak kita? Perlukah kita habiskan ratusan ribu ringgit demi anak kita? Tepuk dada tanya sendiri.

Seperti yang abg long katakan awal td abg long cemburu kerana abg long tak dapat hadiah seperti tu, tapi abg long tak salahkan ibu dan ayah abg long kerana abg long bukan orang senang. Cukup la senyuman dan air mata di wajah ibu dan ayah abg long bila melihat setiap kali melihat keputusan peperiksaan abg long.

Abg long teringat kata-kata ibu abg long biar anak-anak cari dan usaha sendiri untuk dapat harta dan kesenangan, tugas ibu dan ayah memberikan ilmu dan didikan untuk bekalan.
posted from Bloggeroid

Berani Buat Berani Tanggung

Salam sejahtera,

Kat facebook heboh dengan isu seorang hamba allah ni, abg long rasa anda pun dah tahu apa yang nak abg long tuliskan ini.




Apa masalah sebenarnya hamba allah ni? Jika nak marah atau apa pun jangan la buat macam tu yang susahnya awak jugak. Nak buat gurauan pun berpada-pada la, kita sebagai orang yang mempunyai adat ketimuran tambahan lagi sebagai seorang muslim itu dah kira melampau dan mendatangkan aib.

Tak kira la anda atau abg long sendiri jangan jadikan teknologi ini sebagai satu medan untuk kita meluahkan segalanya tanpa memikirkan baik buruknya. Betul, amalan demokrasi atau kata lain kebebasan ini kita amalkan, tapi ingat kita ada batasan dan undang-undang yang wajib kita patuhi. Media sosial ni tak salah yang salahnya adalah orang yang menggunakannya.

posted from Bloggeroid

Kata-Kata Semangat

Salam sejahtera,

Apa kata abg long kongsikan kata-kata motivasi ini untuk anda semua.

“if you live to other people’s expectation, you will kill your potential. But if you live your life based on what you want to achieve, what you enjoy doing and what you want to be,you your potential is limitless! Follow to your heart – Andrew Matthews.
 
Jika Anda mahu mencapai kejayaan semata-mata mahu mengatasi orang lain atau nak berjaya semata-mata mahu menunjuk-nunjuk pada orang lain, Anda akan membunuh potensi diri Anda sebab Anda hidup di dalam dogma iaitu bertindak berdasarkan apa yang orang lain kata.
 
Anda tidak ada impian sendiri, tapi hidup berdasarkan impian yang diset oleh orang lain terhadap diri Anda. Walaupun Anda berjaya, Anda akan rasa ‘kosong’. Bila ada orang lain muncul lebih berjaya daripada Anda, timbil rasa dengki, iri hati, sakit hati.
 
Jika Anda mahu mencapai kejayaan sebab Anda mahu menjadi ‘somebody’, mahu mencapai apa yang Anda impikan, Anda seronok melakukan perkara yang Anda sukai, potensi Anda untuk berkembang sentiasa ada, bahkan tak ada had! Anda akan terdorong untuk belajar perkara baru di api-apikan oleh rasa ingin tahu. Anda akan maju tanpa Anda sendiri menyedarinya.
 
Meminta pendapat orang lain, itu satu perbuatan yang bagus. Tapi, jangan bergantung pada pendapat orang lain semata-mata sebagai pentunjuk hidup. Cara paling baik adalah gunakan pendapat orang sekeliling sebagai panduan kemudian gabungkan dengan idea Anda sendiri.
 
Jika kegagalan berlaku, berhentilah menyalahkan orang lain. Ambil tanggungjawab atas tindakan Anda.
Walau apa jua yang berlaku, terima dengan rasa bertanggungjawab. Salahkan dalaman, jangan salahkan luaran.
 
Maksudnya, salahkan diri sendiri kerana berbuat silap dan kerana tidak berbuat sehabis baik.
 
Mulai hari ini, apa jua orang kata pasal Anda, dengar dan gali motivasi di sebaliknya. Jangan melenting, jangan jadi bad mood, jangan mengamuk tak tentu pasal. Dalam memburu kejayaan, Anda kena belajar dari segenap perkara, walau ia sesuatu yang pahit.
 

posted from Bloggeroid

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Sunday, April 6, 2014

Akhlak Pincang : Pakaiankah Yang Salah?

Salam sejahtera,

Abg long nak kongsikan dengan anda satu artikel yang pasti membuatkan anda terfikir.

Yang bersalah bukanlah pakaian sempurna yang dipakai itu (inshaAllah). Tapi jasad si pemakailah yang salah sebenarnya. Credit Picture : http://iraqiguy.deviantart.com/
Yang bersalah bukanlah pakaian sempurna yang dipakai itu (inshaAllah).
Tapi jasad si pemakailah yang salah sebenarnya.
Credit Picture : http://iraqiguy.deviantart.com/
Fenomena masa kini.
Seakan-akan sudah menjadi trend kebiasaan apabila perempuan-perempuan yang menutup aurat atau berpakaian rapi, membuat kesalahan atau pincang pada akhlaknya, maka akan mendapat kutukan yang kaw-kaw punya dari orang-orang sekeliling. Dan apa yang sungguh sangat meng’whoa!’kan, orang-orang yang mengutuk itu adalah orang Islam itu sendiri.
Maka ayat-ayat seperti;
“Elehh! Nama je pakai tudung. Tapi perangai lebih teruk dari yang tak pakai tudung!”
“Aku bukan nak cakap apalah. Tapi pakai niqob, keluar berdua-duaan dengan lelaki!”
“Pakai tudung tapi ketawa terbahak-bahak. Kalah perempuan tak pakai tudung!”
“Pakai jubah, tertutup semua. Tapi galak sangat dengan lelakinya gayanya!”
“Teruk betul. Kalau macam tu, lebih baik orang yang biasa-biasa saja.”
Biasa dengar ayat-ayat dialog di atas? Senyum.
Alhamdulillah. Saya tidak mengambil dari sudut negatif sahaja, inshaAllah saya akan memandang dari sudut positif jua. Dan diakui, perkara-perkara begini memang terjadi dan memang perlu dibaiki sebenarnya. Siapa yang memperlu memperbaiki? Jawapannya, kita semua! Kita semua perlu membaiki diri sendiri yang banyak pincangnya ini.
Namun, kenap seringkali pakaian yang akan menjadi mangsa? Ada jawapan?

Khasiat Daging Kambing Yang Yahudi Sembunyikan

Salam sejahtera,

Satu artikel yang menarik untuk abg long kongsikan denga anda.

KHASIAT DAGING KAMBING YANG YAHUDI SEMBUNYIKAN

YAHUDI TIPU KITA TENTANG DAGING KAMBING | Mereka yang bergelar doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan.

Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan.

Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Daging Kambing Adalah Daging Yang Paling Baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam.

Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Carta No 1 Lagu D'hati Abg Long

Salam sejahtera,

Abg long ni bukan la minat sangat si waris rapper ni, tapi entah kenapa lagu duet waris dengan dato hattan sedap pulak abg long dengar. Boleh dikatakan tiap hari pulak tu sampai orang umah abg long pun dah jadi boring hehehe... Nak buat macam mana dah abg long suka :)



Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Diam Itu Lebih Baik

Salam sejahtera,

Sampaikan la kebaikan walaupun dengan satu ayat. Bersandarkan dengan kata-kata bijak pandai ini, abg long ingin berkongsi dengan anda satu artikel ini moga ia mendatangkan kebaikkan kepada kita semua.


LEBIH BAIK DIAM

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.
Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).



Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : “Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: “Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh “ Ah!” terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? ”



(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : “Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor”
(Riwayat Bukhari)

“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ‘diam’, usah gusar di label ‘budak yang pendiam’. Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Diam orang mukmin itu ibadah, Ibadah tanpa perbuatan, Ibadah rasa, Ibadah ini tidak meletihkan, Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat, yang hatinya didalam kelalaian.

Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau, kalau dia bercakap takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu baik atau jahat, dia biarkan saja orang itu bercakap, dan mendengar sahaja kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,
“Diam-diam ubi berisi”
atau
“Diam-diam tong kosong”
atau
“diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?”

HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)
Menasihati orang yang bersalah , tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Sumber
posted from Bloggeroid

Saturday, April 5, 2014

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Kemana Sifat Seorang Manusia

Salam sejahtera,

Abg long nak kongsi dengan anda video ini. Moga kita sama-sama berfikir.

http://youtu.be/s03Rb_mxESM
posted from Bloggeroid

Untuk cerita yang lebih detail boleh klik link di bawah

http://www.hmetro.com.my/articles/2014040402491420140404024914/Article?BeritaUtama

Kisah Scan 3D & 4D

Salam sejahtera,

Minggu ini kandungan orang umah abg long genap 21 minggu. Alhamdulillah moga kandungan yang kali ini selamat dan sihat setelah 2 kali keguguran. Apa yang nak abg long kongsikan kali ini tentang scan detail yang perlu orang umah abg long lakukan. Sebenarnya scan detail ni di buat di Hospital Ampang tapi pakar untuk menjalankan scan tu tiada dan doktor mencandangkan scan detail dilakukan di klinik yang ada menawarkan perkhimatan scan detail ini.

Maka dengan itu orang umah abg long telah memilih untuk lakukan scan detail ini di klinik fauziah, desa ampang. Ini pun setelah orang umah abg long mengooglenya di Internet. Dan boleh dikatakan ramai yang telah mencadangkan perkhimatan scan di klinik fauziah ini selain itu jugak fauziah jugak ada menyediakan scan untuk 3D dan 4D.

Untuk dapat perkhimatan di klinik fauziah ini, terlebih dahulu kena buat temujanji. Ini kerana pakar scan atau sonographer yang bertugas tidak sepenuh masa bertugas di situ. Untuk para isteri yang ingin menbuat temujanji boleh layari link https://www.appointmentquest.com/scheduler/2160064131

Untuk scan detail ini hanya RM120 dan tambah RM100 untuk scan 3D dan 4D. Tapi untuk scan 3D dan 4D ni tak perlu pun sebenarnya tapi kerana ummi dan abinya terlalu excited nak tengok wajah anak maka tu yang tambah lagi RM100 tu. Scan detail ini wajib para ibu mengandung buat setelah kandungan berusia 18 minggu sehingga 24 minggu. Ini adalah untuk melihat kesihatan anak dari segi :

1. Perkembangan otak
2. Perkembangan dan kesihatan jantung
3. Perkembangan buah pinggang
4. Perkembangan kaki dan tangan anak
5. Perkembangan tulang belakang anak

Orang umah abg long sendiri discan dan diperiksa seperti di atas. Dan alhamdulillah anak yang dikandung sihat dan normal mengikut bulan. Apa yang menariknya kepakaran sonographer memujuk anak untuk discan gambar mukanya jika tak memang anak malu untuk di ambik mukanya. Abg long sertakan kat bawah ni gambar anak abg long dalan bentuk 3D.



posted from Bloggeroid

Thursday, April 3, 2014

Beza Anak Sekarang Dengan Anak Dulu

Salam sejahtera,

Dalam duk godek-godek kat internet ni sambil jalan-jalan di blog sahabat yang lain dan mencari-cari sumber bacaan di sini, abg long terjumpa satu artikel ini...http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/abdul-jalil-ali/anak-kita-makin-kurang-ajar-1.266595. Apa yang nak abg long katakan disini abg long sokong dengan apa yang diperkatakan oleh penulis. Ini kerana ia bersadarkan dengan kes pasangan malaysia tang telah dipenjarakan di Sweden.



Apa yang boleh katakan cara didikan anak sekarang dah tak sama dengan cara didikan anak dulu. Sebagai mana yang telah penulis alami begitu jugak abg long pernah jugak merasai di rotan oleh guru atas kenakalan abg long. Malahan abg long dapat lagi extra rotan pulak kat umah ( terbongkar rahsia abg long :) ), malahan berbekas pulak tempat yang dirotan tu. Jika sekarang ni apa yang abg long alami tu, abg long rasa dah boleh dikatakan penderaan betul tak? Tapi pada abg long kerana kesan rotan itu la menjadikan abg long manusia yang tahu mana yang salah dan mana yang betul.

Pukulan ayah atau marahnya mak bukan la kerana tak sayang atau benci tapi kerana sayang dan nak jadikan kita manusia. Cuba anda tanya mereka yang telah ada anak adakah mereka tak sayang kepada anak meraka? Jika ada, boleh la bawak abg long nak jugak abg long jumpa dengan mereka tu. Memang betul cara pujukan dan teguran yang lembut kepada anak untuk mendidik boleh kita amalkan tapi abg long rasa pukulan juga jgn dilupakan. Ini sebagai satu langkah terakhir cara didikan kepada anak.

posted from Bloggeroid

Para Bijak Pandai Dunia Menguruskan Masa

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Wednesday, April 2, 2014

Kita Selalu Diuji

Salam sejahtera,

Alhamdulillah hari ini hari ke 2 kita di bulan April, dah masuk suku tahun 2014. Dalam suku tahu ni berbagai-bagai cerita dan peristiwa yang berlaku. Dan yang pasti lama juga abg long tak update kat dalam blog kesayangan abg long ni.




Abg long rasa anda semua kenal dengan gambar di atas kan dan pasti anda mengikuti perkembangan cerita pasangan suami isteri ini. Yang pasti kisah mereka telah berakhir di mana pasanagn ini telah di jatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan dan 14 bulan.

Abg long tulis ini bukan la menunjukan abg long ketinggalan cuma abg long nak kongai pendapat abg long daripada kaca mata lelaki dan juga sebagai seorang bakal ayah. Terus terang abg long katakan abg long geram, marah, sedih dan bermacam lagi yang ada dalam hati ini dengan apa yang telah terjadi. Tapi bila difikirkan kembali secara waras dan bukan emosi, abg long akui selagi kita bernama manusia tak akan lepas daripada ujian dan dugaan.

Malahan dalam Al Quran sendiri pun telah mengingatkan kita tentang ujian ini. Harta, kesihatan, kesenangan, isteri, dan anak- anak adalah ujian untuk melihat ketakwaan kita. Begitu jugak apa yang di alamai oleh pasangan suami isteri ini dan jugak kepada kita yang mempunyai anak.

Kekadang apa yang terjadi itu sebagai ingatan kita dimana suatu ketika dahulu kita pernah melakukan kesilapan atau dosa tanpa kesedaran kita. Abg long bukan nak kata siapa yang betul atau siapa yang salah dalam hal ini. Cuma ini sebagai satu peringatan untuk diri abg long jugak supaya abg long sedar dan tabahankan hati jika ia terjadi pada diri abg long sendiri.

Selain itu abg long sendiri perhatikan juga cara didikan anak juga dah berbeza dengan dulu. Betul la kata pepatah orang tua- tua " lain padang , lain la belalangnya ". Malah " sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri... " abg long rasa akan luput suatu hari nanti.
posted from Bloggeroid

Test

Test dr mobile phone

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>