Salam sejahtera,
Renung-renungkan la :)
Sejak dahulu lagi lelaki memang terkenal sebagai anti-menangis. Biasalah, ia kerana ego yang begitu menebal di dalam diri mereka. Walaupun hati mereka hancur ketika itu, tapi demi mempertahankan ego mereka, lelaki tidak akan sesekali menumpahkan air mata.
Kaum lelaki sering beranggapan, menangis sama sahaja mengumumkan kepada dunia bahawa mereka orang yang lemah. Namun wanita perlu memberitahu lelaki pandangan tersebut patut diubah. Beritahu si dia kalau mereka ingin menangis atau berasa sedih, lakukanlah dan ia sesekali tidak akan langsung mengurangkan rasa kagum wanita terhadap keperkasaan lelaki malahan wanita akan makin kagum kerana sedar, jauh di sudut hati lelaki, mereka juga berjiwa halus.
Tetapi awas, jangan berlebihan menangis kerana kelihatan sangat buruk kalau lelaki menangis keterlaluan. Tahukah anda menangis akan membuatkan seseorang itu berasa lega dan dapat meredakan segala masalah yang bersarang di dada. Apabila pasangan menunjukkan rasa simpati, hubungan pasangan tersebut akan bertambah erat dan penuh kemesraan.
Mulut berkata benci pada hal…Sebenarnya memang agak susah untuk memahami hati lelaki. Sifat mereka yang lebih fokus berbanding wanita yang agak emosi membuatkan sesetengah wanita begitu sukar memahami hati lelaki. Sikap wanita yang lebih menumpukan kepada perkara yang kecil dan remeh berbanding dengan lelaki adakalanya membentuk ’satu dinding’ antara lelaki dan wanita.
Ketidakfahaman dan kejahilan kaum lelaki dalam memahami perkara yang kecil dan remeh boleh menyebabkan kaum lelaki sentiasa dianggap tidak mempedulikan, tidak romantik, tidak ambil berat, tidak memahami, tidak macho, tidak peka, tidak prihatin kepada perasaan dan sebagainya.
Perkara ini jika dianggap serius oleh pasangan maka ia boleh mencetuskan konflik dalam perhubungan.Tapi tahukah anda, mulutnya sahaja berkata benci pada hal lelaki sebenarnya enggan berterus-terang.
Tahukah anda bila lelaki akan bersikap begini:-
~ Saat bila pasangannya membeli beg tangan yang harganya sangat mahal tetapi juga sangat cantik. Sebenarnya lelaki ingin memuji tetapi kebanyakannya tidak tahu bagaimana untuk menyatakan.
~ Adegan ‘You Complete Me’ dalam filem Jerry Maguire. Ada adegan di dalam filem tersebut mengajar lelaki bila pada suatu hari mereka melukakan hati wanita, mereka hanya perlu menyebut satu ayat sahaja iaitu ‘maaf’ namun kebanyakan lelaki ego untuk melafazkannya.
~ Saat bila mana wanita bersolek terlalu lama untuk menghadiri majlis. Tapi lelaki tidak memikirkan bilamana teselit rasa bangga di dalam hati mereka apabila pasangannya dipuji oleh rakan-rakannya.
~ Jika isteri berkawan baik dengan rakan lelaki mereka.
~ Soal pernikahan. Ada sesetengahnya memang tidak sukakan komitmen tetapi ramai lelaki yang menyukai saat di mana mereka bangun pagi, ada peneman iaitu seorang isteri di sisinya.

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment