Salam sejahtera,
Kebanyakan masyarakat dunia selalu berandai begini- kaum lelaki harus kuat dan tidak boleh menangis. Akibatnya, ramai laki-laki malu untuk mengeluarkan air mata kerana bimbang akan dianggap cengeng seperti perempuan, lemah, tidak macho, cepat berputus asa dan mudah menyerah kalah. Adilkah untuk mereka?
Berdasarkan penelitian seorang pakar psikologi dari Universiti New York, Profesor Niobe Way, mendapati persepsi tabu yang sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat sejagat itu sebetulnya adalah salah. Jelas beliau, stereotaip - laki-laki tidak boleh empati, hanya tertarik pada segala macam aksi lasak dan memiliki pemikiran dangkal juga tidak benar.
Laki-laki ialah manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Tetap memiliki air mata, sekalipun kantung air mata pada lelaki lebih kecil daripada perempuan. Pendek kata, lelaki dan perempuan secara genetik sebenarnya adalah sama dalam hal memiliki tingkat emosional. Mereka sama-sama punya perasaan yang harus disalurkan, difahami, diakui dan diterima.
Namum, kata Profesor Way, lelaki tidak tahu bagaimana cara untuk mengungkapkannya, sama ada emosional itu harus disalurkan dengan mencucurkan air matabatau sebaliknya. Tambahan pula, stigma lingkungan sosial yang menegah lelaki supaya tidak menangis telah membuatkan mereka beranggapan tidak patut menunjukkan emosi, apatah lagi memilikinya.
Baik di Malaysia, mahupun negara-negara lain, larangan - lelaki tidak boleh sensitif dan beremosi separti anak perempuan, seoleh-oleh sudah menjadi satu budaya. Bahkan , dalam masyarakat Jepun, segala kesedihan dan tangisan seboleh-bolehnya disembunyikan daripada pandangan umum kerana ia dikatakan memberikan imej negatif.
Larangan-larangan ini, jelas Profesor Way, akan menyebabkan lelaki kehilangan bahasa emosional sehingga lebih cenderung memendam perasaan. Akhirnya, ia memberi dampak negatif pada kesihatan fizikal dan mental mereka sendiri.
Bimbang akan kesan tersebut, penduduk Jepun misalnya, berusaha meningkatkan tahap kesihatan dengan berkumpul dalam satu sesi pertemuan untuk menangis bersama-sama. Aktiviti mengeluarkan air mata beramai-ramai itu dinamakan sebagai 'ruikatsu'- 'rui' ertinya, air mata dan 'katsu' bermaksud aktiviti.
Aktiviti air mata atau juga dikenali dengan nama terapi menangis telah pertama kali dicandangkan oleh Hiroki Terai. Lelaki berusia 33 tahun ini merupakan seorang perancang upacara perceraian di Chiba, Jepun. Sepanjang mengendalikan acara itu, beliau melihat ramai lelaki dan wanita berasa lega selepas menitiskan air mata sepanjang upacara tersebut. Bermula dari situ, Terai menggunakan idea terapi menangis sebagai detoksifikasi mental dan menanjubkan ramai orang telah menghadirinya.
Salah seorang pengendali ruikatsu, Takashi Saga, berkata terapi biasanya akan dimulakan dengan membaca buku-buku kisah sedih. Misalnya, cerita seseorang kehilangan insan tersayang dalam becana alam dan kisah sekumpulan haiwan yang berkabung di atas kematian kawan.
Setelah habis dibacakan, cahaya lampu bilik dimalapkan dan sebuah klip video dipasang untuk tontonan peserta. Selepas melihat imej-imej pada skrin, mata salah seorang peserta yang berkerja sebagai pembantu pengurus di sebuah syarikat menjual kereta, Toshihiko Ito, 49, mula membengkak akibat menangis. Apabila ditanya perasan beliau selepas mencucurkan air mata, Ito berkata, dia berasa lebih baik dari sebelumnya.
Menurut Saga, ruikatsu adalah terapi untuk kegembiraan. Apabila seseorang beremosi dan mengeluarkan air mata, beliau percaya bahawa segala beban, ketengangan hidup dan kekecewaan yang ditanggung akan keluar bersama juraian air mata. Bahkan, katanya, terdapat kajian menunjukan pembebasan tekanan selepas menangis, berlangsung selama seminggu. Berbanding dengan terapi ketawa yang hanya berasa lega pada saat itu sahaja.
Ternyata Saga, sebenarnya betul. Beberapa kajiaan saintifik telah membuktikan bahawa apabila kita menangis atas sebab-sebab emosi, cucuran air mata itu mengandungi sejenis hormon yang sama seperti mana dikeluarkan oleh badan semasa mengalami tekanan fizikal.
Hal itu diakui oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Minnesota, bernama William H. Frey II. Menerusi penelitiannya mendapati seseorang akan merasa lebih baik selepas menangis kerana saat itu berlaku penghapusan hormon yang berkaitan dengan tekanan, khususnya hormon adrenocorticotropic.
Justeru, seorang pakar psikiatri dari Nagoya Institute Of Technology, Profesor Emeritus Yuhei Kayukawa, menyarankan agar setiap daripada kita, baik lelaki atau perempuan tidak trlalu ego dan segan untuk mengekspresikan emosi. Katanya, manangis itu wajar. Dapat menitiskan air mata tanpa perlu bimbang pandangan negatif orang yang melihat sebenarnya dapat menyegarkan jiwa daripada kemurungan.
Oleh demikian, jika memang pada saat ini anda merasa perlu menangis untu menyalurkan perasaan, makanya jangan malu - menangislah...
Sumber

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment