Saturday, April 5, 2014

Kisah Scan 3D & 4D

Salam sejahtera,

Minggu ini kandungan orang umah abg long genap 21 minggu. Alhamdulillah moga kandungan yang kali ini selamat dan sihat setelah 2 kali keguguran. Apa yang nak abg long kongsikan kali ini tentang scan detail yang perlu orang umah abg long lakukan. Sebenarnya scan detail ni di buat di Hospital Ampang tapi pakar untuk menjalankan scan tu tiada dan doktor mencandangkan scan detail dilakukan di klinik yang ada menawarkan perkhimatan scan detail ini.

Maka dengan itu orang umah abg long telah memilih untuk lakukan scan detail ini di klinik fauziah, desa ampang. Ini pun setelah orang umah abg long mengooglenya di Internet. Dan boleh dikatakan ramai yang telah mencadangkan perkhimatan scan di klinik fauziah ini selain itu jugak fauziah jugak ada menyediakan scan untuk 3D dan 4D.

Untuk dapat perkhimatan di klinik fauziah ini, terlebih dahulu kena buat temujanji. Ini kerana pakar scan atau sonographer yang bertugas tidak sepenuh masa bertugas di situ. Untuk para isteri yang ingin menbuat temujanji boleh layari link https://www.appointmentquest.com/scheduler/2160064131

Untuk scan detail ini hanya RM120 dan tambah RM100 untuk scan 3D dan 4D. Tapi untuk scan 3D dan 4D ni tak perlu pun sebenarnya tapi kerana ummi dan abinya terlalu excited nak tengok wajah anak maka tu yang tambah lagi RM100 tu. Scan detail ini wajib para ibu mengandung buat setelah kandungan berusia 18 minggu sehingga 24 minggu. Ini adalah untuk melihat kesihatan anak dari segi :

1. Perkembangan otak
2. Perkembangan dan kesihatan jantung
3. Perkembangan buah pinggang
4. Perkembangan kaki dan tangan anak
5. Perkembangan tulang belakang anak

Orang umah abg long sendiri discan dan diperiksa seperti di atas. Dan alhamdulillah anak yang dikandung sihat dan normal mengikut bulan. Apa yang menariknya kepakaran sonographer memujuk anak untuk discan gambar mukanya jika tak memang anak malu untuk di ambik mukanya. Abg long sertakan kat bawah ni gambar anak abg long dalan bentuk 3D.



posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>