Dalam duk godek-godek kat internet ni sambil jalan-jalan di blog sahabat yang lain dan mencari-cari sumber bacaan di sini, abg long terjumpa satu artikel ini...http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/abdul-jalil-ali/anak-kita-makin-kurang-ajar-1.266595. Apa yang nak abg long katakan disini abg long sokong dengan apa yang diperkatakan oleh penulis. Ini kerana ia bersadarkan dengan kes pasangan malaysia tang telah dipenjarakan di Sweden.
Apa yang boleh katakan cara didikan anak sekarang dah tak sama dengan cara didikan anak dulu. Sebagai mana yang telah penulis alami begitu jugak abg long pernah jugak merasai di rotan oleh guru atas kenakalan abg long. Malahan abg long dapat lagi extra rotan pulak kat umah ( terbongkar rahsia abg long :) ), malahan berbekas pulak tempat yang dirotan tu. Jika sekarang ni apa yang abg long alami tu, abg long rasa dah boleh dikatakan penderaan betul tak? Tapi pada abg long kerana kesan rotan itu la menjadikan abg long manusia yang tahu mana yang salah dan mana yang betul.
Pukulan ayah atau marahnya mak bukan la kerana tak sayang atau benci tapi kerana sayang dan nak jadikan kita manusia. Cuba anda tanya mereka yang telah ada anak adakah mereka tak sayang kepada anak meraka? Jika ada, boleh la bawak abg long nak jugak abg long jumpa dengan mereka tu. Memang betul cara pujukan dan teguran yang lembut kepada anak untuk mendidik boleh kita amalkan tapi abg long rasa pukulan juga jgn dilupakan. Ini sebagai satu langkah terakhir cara didikan kepada anak.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment