Thursday, April 17, 2014

Bersyukur Saat Diuji

Salam sejahtera,

Segala nikmat yang ada kepada kamu, maka adalah daripada Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan... An-Nahl 16:53

Petikan ayat di atas abg long ambik daripada buku "Bersyukur Saat Diuji" yang ditulis oleh saudara Muhd Kamil Ibrahim, dimana beliau juga merupakan penulis buku " Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman" yang merupakan buku bestseller di malaysia.




Apa yang abg long nak kongsikan berkenaan buku ini adalah cara dakwah moden yang di sampaikan oleh penulis kepada pembaca. Segala apa yang dialami oleh penulis dalam menyampaikan dakwah dikongsikan dalam buku ini. Dengan gaya ayat yang santai ia tidak membosankan bila membacanya, terus terang abg long katakan banyak pengajaran yang dapat abg long ambik daripada buku ini. Malahan setiap kelakuan yang kita buat setiap hari tanpa kita sedar merupakan satu kesalahan

Dedikasi ini :

Dituju Khusus buat

Mereka yang hampir. Hidup adalah ujian, kematian merupakan satu ujian yang perlu ditempuhi. Kehidupan selepas kematian, kekal abadi. Tiada penghujung. Moga-moga bertemu di Syurga Firdaus.

Disini abg long kongsikan sinopsis buku ini untuk anda semua.

INIKAH UJIAN?

Saya didatangi oleh seorang ustaz yang mengharapkan pertolongan agar anaknya diterima masuk sebagai staf UiTM. Jawatan kerani. Pagi-pagi lagi beliau sudah muncul di rumah. Lalu saya dengar dengan teliti tujuan kedatangan beliau dan dengan nada perlahan saya berkata,

" Ustaz, boleh saya bertanya satu soalan? Jika ada calon yang ditemu duga, katalah anak uataz yang paling teruk sekali, tidak berkelayakan, maka jika saya memberi markah yang tertinggi kepadanya, adakah saya berdosa?
( Nota : beliau memberi jawapan, "berdosa" ). Sanggupkah ustaz menyuruh saya melakukan dosa? "

Saya menitis air mata di hadapan beliau. Dalam sebak inilah saya nyatakan kepada beliau, " Ustaz, saya mungkin mempunyai kuasa, tetapi kuasa Allah lebih luas dan tidak terperi hebatnya. Saya tidak mahu berdosa. Tolonglah saya ustaz untuk tidak melakukan dosa. Ustaz orang beragama. Ustaz orang pandai. Saya orang bodoh, jahil dan tidak berilmu."

Beliau meninggalkan rumah saya tanpa berkata apa-apa.

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>