Monday, September 8, 2025

Dugaan Dan Ujian Moga Hati Tabah

 



Kita yang bernama manusia dan jugak hamba kepada Allah SWT tidak akan lepas atau pun bebas daripada dugaan Dan Ujian daripadanya. Tak kira la dimana pun kita ni berada baik di darat, di laut, di angkasa atau pun selagi kita berada di alam semesta ni.

Aku bukan la nak tunjuk atau nak kata aku ni baik ataupun alim. Aku ni manusia dan hamba Allah SWT yang lemah jugak. Aku pun bukannya baik tapi aku cuba nak dan baik diri ni menjadi baik. Aku sendiri pun tak lepas dengan dugaan dan jugak ujian yang Allah SWT datangkan kepada aku.

Seperti yang aku tulis semalam, dalam blog ni tempat aku nak menulis , tempat untuk aku meluahkan. Blog ni akan menjadi satu medium dairy aku. Aku tak specifickan blog aku ni pada sesuatu ataupun topik. Apa yang nak aku tulis aku akan tulis selagi ia tak melanggar undang-undang Malaysia .

Aduhai panjang pulak intro 🤣🤭.

Dalam aku menghadapi dugaan Dan ujian ni, aku kekadang bodoh jugak iyela mana tak bodohnya ada ke patut aku salahkan Allah SWT memberikan dugaan dan ujian kepada aku. Aduhai bertapa zalim dan jahatnya aku ni kan. Dan aku ni siapa nak salahkan pada pencipta aku. Moga Allah SWT ampunkan dosa-dosa aku ni.

Aku ni tak kuat...Dan yang sedihnya bila dah tertekan dengan dugaan dan ujian mejadi mangsa melepaskan tekanan aku ni ada insan terdekat dengan aku iaitu keluarga aku. Jahatkan aku ni, selepas aku lepaskan tekanan baru menyesal kemudiaan yang yang paling buruk dan teruk sekali tak mintak maaf.

Dugaan dan ujian tak sama setiap manusia...ayat ni memang betul dan senang untuk ditulis atau diucapkan. Tapi seperti aku sendiri aku ni lupa bila dah tertekan, serabut hakikatnya tekanan dan serabut tu boleh dikawal aku je yang buat benda tu jadi besar.

Kenapa aku tulis macam tu aku ni sebagai MUSLIM dan beragama Islam, patutnya ambik nasihat alim ulama dalam menghadapi dugaan dan ujian ni. Rasanya dah berjuta Kali alim ulama bagi cara dan jugak nasihat dalam bab dugaan dan ujian ni. Seperti aku tulis aku ni bukannya baik aku ni cuba nak jadi baik. Aku ni lalai patutnya aku ambik nasihat alim ulama benda bukan berbayar pun cuma dengar dan buat je. Senangkan.

Apa yang aku tulis ni luahan aku dan sebagai nasihat untuk diri aku sendiri.

Aku doakan kepada mereka yang menghadapi ujian Dan dugaan tak kira la apa pun moga-moga tabah daripada aku.

Sunday, September 7, 2025

Kembali Semula

 


 

Lama sungguh aku tinggalkan blog aku ni 🤭. 2016 tahun akhir aku update post dalam blog ni hahaha 9 tahun tu aku tinggalkan. Ingat dan seingat aku wujudnya blog ni sebab ikut suasana semasa waktu tu yang nak cari duit dengan blog tapi aku ni bukannya jenis yang rajin nak menekan keyboard ni 🤣🤣🤣.

Tapi mulai waktu post ni aku update atau dengan kata lain kemaskini aku cuba kembalikan kerajinan aku untuk aku meulis apa yang nak aku tuliskan. Aku tak harapkan untuk cari follow atau pengikut yang sudi baca blog aku ni seperti dulu. 

Apa yang aku tuliskan dalam blog lebuh pada ikut suka hati aku selagi tak sentuh sensitif atau melanggar undang-undang negara. Senang kata mungkin blog aku kali ni lebih pada dairy atau catatan mungkin jugak penulisan mungkin jugak penceritaan aku sahaja yang mana berkaitan dengan kehidupan aku sekeluarga atau kegiataan aku harian.

Aku harap aku blog aku ni akan aktif selagi servernya Masih aktif.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>