Saturday, December 13, 2014

Pertama Kali Ke BBW

Salam sejahtera,

Akhirnya sampai jugak abg long ke pemeran buku BIG BAD WOLF ( BBW ) ni yang telah diadakan di The Mines International Exhibition & Convention Center ( MIECC ). Pameran buku ini berlangsung dari 5 Dec sehingga 16 Dec dan pemeran ni buka 24 jam. Apa yang abg long tahun ini kali yang ke 7 pemeran buku ini diadakan oleh pihak BBW dan yang pasti diskaun untuk buku di sini adalah sehingga 95%.


Terus terang abg long katakan ini merupakan pertama kali abg long menjejak kaki di pemeran buku BBW. Dan kalau dah pertama kali tu perasan excited tu tak boleh nak di gambarkan dengan kata-kata. Iye la sebelum ni hanya tengok kat dalam gambar je buku-buku yang ada kat BBW ni tapi kali ni abg long sendiri lihat secara realitinya.


Seawal pagi abg long dah bergerak ke tempat pemeran BBW ni, selain nak elakkan kesesakan baik kenderaan mahupun orang ramai di BBW. Perjalanan alhamdulillah lancar dan bila sampai di tempat parking pun banyak yang kosong ia la awal pagi kan.

Wednesday, December 10, 2014

Ketidakpuasan Hati Abg Long

Salam sejahtera,


Aduhai...makin hari makin rasa tak puas hati je. Abg long ingatkan ada la perubahan tapi hampeh sama je cuma alasan yang cuba dibuat-buat tapi akhirnya hala tujunya sama jugak.

Nak dimakikan kata kurang ajar pulak, dikatakan pulak tak hormat pulak. Kekadang terfikir jugak diluah mati mak di tekan mati bapa pulak. Apa yang termampu bersabar sahaja, tapi sampai bila...

Bukan abg long tak bersyukur cuma kerenah yang sakitkan kepala ni la yang membuatkan abg long kecewa dan akhirnya tak puas hati.

Alamak blog abg long jadi Tempat luahan perasaan pulak...takpa la kan sekali sekala :)...sori ye

Tuesday, December 9, 2014

Lasagna Bikin Sendiri

Salam sejahtera,

Hari ni entah kenapa tiba-tiba angin abg long tiba-tiba je rajin nak memasak pulak selalunya abg long boleh dikatakan malas la jugak.


Ni semua pengaruh racangan Masterchef Australia la ni. Tengok salahkan rancangan pulak, tak pasal-pasal aku yang kena. Sebenarnya bukan salah siapa-siapa pun Baik yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Semua ni disebabkan mengidam sebenarnya...mengalahkan orang mengandung pulak.

Setiap Rezeki Yang Kita Dapat Bukan Sepenuhnya Milik Kita

Salam sejahtera,


Sedarlah dalam setiap pencarian rezeki kita tu bukan semuanya milik kita, suka atau tidak, percaya atau tidak itu la kenyataan. Apa yang pasti itu la kenyataannya.

Monday, December 8, 2014

Kisah Piala AFF Suzuki 2014 Semalam

Salam sejahtera,


Dah berakhir piala perlawanan bola sepak piala AFF Suzuki 2014 Bagi separuh akhir pertama di antara Vietnam dengan Malaysia yang berkesudahan Vietnam 2, Malaysia 1. Abg long nak ucapkan tahniah kepada Vietnam kerana memenaginya semalam Bagi pihak Malaysia pulak masih lagi ada peluang untuk menebus kekalahan semalam.


Apa yang menduka cintakan perlawan semalam jugak terselit eksiden pergaduhan antara kedua-dua penyokong yang mana diakhiri dengan kecederaan yang diperolehi oleh kedua-dua pihak. Terus terang abg long katakan bola sepak dan pergaduhan dah tak boleh dipisahkan, tak kira la samada perlawanan tu perlawanan tempatan, asia mahupun dunia. Abg long pasti akan ada pergaduhan.

Wednesday, December 3, 2014

Sharing Is Caring

Paparan Icon Google : Anna Freud

Salam sejahtera,

Hari ini telah masuk hari yang ke 3 dalam bulan December dan pada hari ini pihak Google, telah memaparkan satu icon bagi mengingati tokoh psikolgi kanak-kanak iaitu Anne Freud.


Dibawah ini abg long sertakan biodata ringkas tentang Anne Freud.


Untuk detail boleh rujuk disini

Saturday, November 29, 2014

Friday, November 28, 2014

Apa Pandangan Anda

Salam sejahtera,


Cuba anda perhatian nasihat di atas, apa pandangan anda? Abg long hanya kongsi je nasihat ini. Tapi nasihat itu ada betulnya jugak, gak kata orang tuan siapa yang makan lada dia la Yang terasa pedas.

Malahan abg long rasa kita juga pernah mengalaminya jugak. Walauapa pun abg long harap kita dapat jauhi semua tu.

P/s : Ingatan untuk diri abg long dan keluarga.

Sharing Is Caring

Thursday, November 27, 2014

Hebat Betul Budak UPSR Zaman Sekarang

Salam sejahtera,

Keputusan untuk UPSR 2014 telah pun kita ketahuinya, kita sendiri boleh lihat gelagat para pelajar yang menerima keputusan masing-masing ada yang gembira dan ada yang bersedih. Yang pastinya ibu bapa la yang akan lebih berdebar-debar abg long rasanya. Iye la bila dah bergelar seorang ayah ni kena la jugak menghayati apa yang di rasa oleh ibu bapa kepada pelajar.


Kepada yang mendapat keputusan cermelang tahniah abg long ucapkan dan kepada yang tak berjaya apa yang di harapkan jangan sedih-sedih.

Bagi mereka yang dapat cermelang tu pasti dah menuntut habuan yang telah dijanjikan. Betapa untung dan mewahnya anak zaman sekarang mana taknya keputusan peperiksaan cermelang je dapat hadiah mewah.

Abg long nak kongsi gambar yang abg long ambik daripada sumber untuk tatapan anda betapa beruntungnya anak-anak sekarang. Abg long tak nak komen cuma nak berkongsi sahaja.




Sharing Is Caring

Lesung Pipit - Apa Yang Anda Tahu

Salam sejahtera,


Orang kata, Bagi mereka yang memiliki lesung pipit ni sesuatu yang istimewa. Mana taknya dengan adanya lesung pipit ni dapat menyerikan lagi wajah bila tersenyum.


Mengikut bacaan abg long la seorang pakar bedah plastik, pusat saints kesihataan, Universiti Texas, Dr Joel Pessa dalam kajiannya mengatakan, lesung pipit terjadi disebabkan oleh otot wajah yang dinamakan Zygomaticus Major terbelah dua. Ia menyebabkan otot wajah lebih pendej daripada biasa. Kesannya, apabila anda bercakap, senyum dan sebagainya kulit wajah akan tertarik dan membentuk lekukan pada pipi.

Dalam Alan Melayu pulak orang tua-tua percaya,lesung pipit boleh dibuat dengan mencucuk hujung cili pada pipi seorang bayi. Tapi tak dipastikan la samada ianya betul atau terbukti berkesan.

Monday, November 24, 2014

Sharing Is Caring


Sharing Is Caring

Untuk mereka yang bergelar suami ( termasuk la abg long :) )


Apa Perasaan Anda

Salam sejahtera,

Tiada apa lagi nak abg long katakan setelah membaca sebuah cerita ini. Abg long yang telah bergelar ayah ni pun bercampur aduk dengan pelbagai perasaan dengan apa yang telah berlaku berdasarkan cerita itu.

Boleh dikatakan cerita ni telah menjadi viral di internal, abg long hanya kongsikan dengan anda semua cerita yang abg long maksudkan tadi untuk anda ambik pengajaran dan untuk kita fikirkan kewajarannya.

Thursday, November 20, 2014

Sharing Is Caring

Tengkujuh Dah Bermula Di Pantai Timur

Salam sejahtera,

Apa yang abg long tahun Muslim tengkujuh dah bermula di Pantai Timur. Terdapat beberapa bahagian di kawasan Pantai Timur telah mula di naiki air, berikut abg long nak kongsi dengan anda keadaan kawasan yang dilanda 'bah'.












Wednesday, November 19, 2014

Kemas Kini Maklumat BR1M

Salam sejahtera,


Dah buat kemas kini untuk BR1M 2015? Jika belum tu boleh la buat sekarang. Ok abg long berikan linknya disini untuk memudahkan anda untuk buat semakan atau untuk mengemaskini maklumat anda. Pendaftaran, semakan atau kemas kini akan bermula pada 1 Disember 2014 sehingga 31 Dismember 2014.

Apa yang penting semakan atau kemas mini maklumat itu nanti anda hendaklah pastikan :

1) Maklumat pasangan/ tanggungan

2) Alamat termini pemohon Bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan Surat.



3) Maklumat akuan bank pemohon. Sebagai mana yang kita tahun BR1M 2015 akan dibayar sebanyak 3 kali setahun. Senarai Akaun bank yang dibenarkan adalah sepertu dibawah :
- AFFIN BANK BERHAD
- ARGO BANK
- ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
- AM BANK BERHAD
- AL RAJHI BANK
- BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
- BANK RAKYAT
- BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
- BANK SIMPANAN NASIONAL
- CIMB BANK BERHAD
- CITI BANK
- HONG LEONG BANK
- MAYBANK
- OCBC BANK
- PUBLIC BANK BERHAD
- RHB BANK BERHAD
- STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD

* Akaun simpanan bank atas nama pemohon sahaja.

** akauan pinjimana,akauan bersama dan akauan Syarikat tidak dibenarkan.

Selain pemohon boleh mengemaskini melalui link ini, pemohon jugak boleh mengisi Borang pemohon bantuan rakyat 1Malaysia yang terdapat di cawangan/ pusat khidmat hasil/ UTC LHDNM. Untuk pertanyaan anda boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 ( LHDNM ) atau 03-8882 4565/ 4566 ( Kementeriaan Kewangan Malaysia ).



Sharing Is caring

Sunday, November 16, 2014

Bila Si Kecil Dah Mula Belajar

Salam sejahteta,

Hari ni genap 3 bulan 22 hari usia si kecil abg long. Cepat masa belalu, pejam celik pejam celik dah 3 bulan. Dalam masa peringkat ni apa yang abg long tengok si kecil dah mula belajar.


Si kecil abg long dah mula menggunakan sentuhan dalam proses pembelajaran. Bukan setakat sentuhan Malay abg long tengok si kecil abg long ni dah mula belajar memegang.

Abis di pegang si kecil abg long ni sampai dagu abg long pun si kecil ni pegang. Dan yang paling abg long suka tengok bila si kecil abg long ni mengemgam tangannya bila menyusus. Yang pasti sekarang ni abg long dan orang rumah dah dapat belajar satu perkataan daripada si kecil ni iaitu 'engget', mana bila nak menyusu.

Thursday, November 13, 2014

Google Icon Mokhtar Dahari

Salam sejahtera,

Hari ni Google memaparkan icon leganda bola sepak negara kita iaitu Allahyarham Dato Mokhtar Dahari.


Hari ini jugak merupakan hari ulangtahu kelahiran beliau iaitu 13 Nov. Betul la apa yang pepatah melayu kata kan " Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama ", terlalu banyak jasa dan tenaga yang beliau tinggalkan untuk sukan bola sepak ini. Apa yang pasti hanya dua satu dalam sejuta.


Untuk maklumat lebih lanjut boleh klik disini






Tuesday, November 11, 2014

kes Buli Adakah Berpunca Daripada Pengaruh Filem

Salam sejahtera,

Kisah buli ni making hari making bertambah, umpama tiada pengakhirannya. Boleh dikatakan akan ada aje berita atau video tentang buli ni. Kekadang abg long sendiri pun dah muah nak baca atau nak tengok videonya.


Walaupun ada tangkap tapi kisah buli ni tak pernah berhenti. Baik lelaki mahupun perempuan sama aja masing-masing nak tunjuk taiko. Abg long lihat mereka ni seperti tak takut dengan undang-undang.

Yang terbaru seorang seleberiti telah menyalahkan filem gangster yang ada Sekarang punya meningkatnya kes buli. Pada abg long apa yang diperkatakan oleh seleberiti tu ada betul dan tidaknya.


Kenapa abg long berkata begitu? Abg long sokong dengan apa yang diperkatakan olehnya PENGARUH FILEM, tapi abg long tak sokong kerana ia hanya tuju didalam negara dan terkini. Jika kita lihat turuti filem yang telah ditayangkan dari era 80an hingga Sekarang lebih-lebih lagi dari filem liar negara, abg long rasa hampir kesemuanya ada menayangkan unsur gangster ni. Malahan abg long rasa terdapat juga filem luar yang menayangkan babak yang lebih daripada gangster.

Monday, November 10, 2014

Sharing Is Caring



Cara Didikan Anak

Salam sejahtera,

Sejak abg long dah ada si kecil ni, boleh dikatakan banyak jugak la info dan bacaan yang abg long cari dalam mendidik si kecil abg long baik dalam media elektronik atau media cetak. Bukan semuanya abg long akan ikut tapi sebagai panduan untuk diri abg long dan jugak orang umah dalam memdidik si kecil ni . Ada setengah orang kata dalam mendidik anak ni kena ikut cara kita sendiri atau pun mengikut didikan orag tua kita yang pernah kita terima. Walauapa pun tepuk dada tanya tanya hati.

Gambar hiasan

Abg long nak kongi dengan anda panduan dalam mendidik anak yang abg long dapat daripada bacaan abg long. Panduan yang nak abg long kongsikan ini di ambik daripada Iman Al Ghazali yang mana ia mengikut ke hendak Al-Quran  dan juga ajaran Nabi Muhammad SAW.

Di bawah ini meruapakan panduan dari Iman Al Ghazali yang di petik daripada kitab beliau Syair as Salikin,

1- Wajib ke atas ibu bapa memelihara anak daripada segala kejahatan dan maksiat serta menyuruh anak berbuat kebaikan dan melakukan amal ibadat. Dosa anak terpikul di bahu orang tuanya jika dibiasakan anak dengan pekara kejahatan.


2- Melindungi anak daripada api neraka dengan memberikan didikan serta mengajarkan akhlak yang elok dan menjaganya daripada berkawan dengan orang yang buruk perangai dan tingkah laku.

3- Tidak membiasakan anak dengan bersenang-senang, bermewah-mewahan yang akan menyebabkan anak akan mensia-siakan usia mengejarnya apabila dewasa kelak.

4- Apabila anak ada perasaan mala ( tanda telah ' tamyiz' iaitu berkemampuan membezakan ), hendaklah mengasuhnya selaras dengan kehendak hukum syariat yang merupakan sebahagian daripada iman.

5- Mengajarkan anak adab sopan santun ketika makan dan perlu membiasakan anak memakan roti kosong tanpa lauk pada waktu tertentu agar terbiasa tidak perlu makan banyak. Menggalakkan anak bersifat murah hati dan tidak tamak dengan mengajarnya memberi makanan pada orang lain.

6- Menggalakkan anak memakai pakaian berwarna putih dan melarang anak lelaki memakai sutera dan melarangnya memakai pakaian berlawanan jantina.

Aduhai Monday Blues Pulak La

Salam sejahteta,

Tak tahu la nape tiba-tiba je hari ni abg long rasa malas je, rasa takda mood je. Selalunya hari-hari lain takda la pulak macam ni.


Nak kata tak sihat abg long rasa ok je. Nak kata ada masalah mmm... Memang la ada tapi rasanya tak la menganggu aktiviti dan kehidupan abg long setakat waktu ini. Orang kata kalau berkeadaan macam yang abg long hadapi Sekarang ni dipanggil MONDAY BLUES. Dengan perkataan melayunya hari malas.

Entah la abg long pun tak tahu apa maksud yang sebetulnya cuma yang pasti hari ni abg long betul-betul rasa down. Tapi takda mood pun blog boleh update pulak :), nak buat macam mana dalam bab blog ni dah minat.

Sunday, November 9, 2014

Paparan Icon Google : Tembok Berlin

Salam sejahtera,


Google telah mempaparkan icon bagi mengingati ulangtahun yang ke 25 runtuhnya Tembok Berlin.Tembok Berlin telah dibina pada 13 Ogos 1961 dan pada 9 November 1989 ia diruntuhkan. Tujuan pembinaan Tembok Berlin ini adalah untuk menghalang perpindahan tenaga kerja muda dan produktif Jerman Timur ke Jerman Barat.

Tembok Berlin November 1989

Peta menunjukkan Tembok Berlin pada 1989

 Untuk lebih info klik DISINI

P/s : Terlalu banyak cerita sedih dari Tembok Berlin ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>