Wednesday, February 18, 2015

Icon Google : Alessandro Volta

Salam sejahtera,

http://www.ashadee.net/go/50162/blogabglong


Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran yang ke 270 Alessandro Volta ataupun nama penuh beliau Alessandro Giuseppe Antonio Anastasio Volta ( 18 Feb 1745 - 5 Mac 1827 ). Beliau merupakan ahli fizik berbangsa Itali dimana sumbangan besar beliau adalah dalam ciptaan bateri.

Monday, February 16, 2015

Untukmu Wanita

Salam sejahtera,

Abg long nak kongsikan satu artikel ni untuk tatapan dan bacaan korang tak kira la siapa pun korang. Harap korang bacanya sampai ke penghujung ye.


Berdiri bulu roma bila membaca nya..

"Ketika Allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,

"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???"

Bila Si Kecil Tak Cukup Tidur

Salam sejahtera,

Tak sangka rupanya bila bayi tak cukup tidur ni boleh mendatangkan kesan sebagaimana yang terjadi pada si kecil abg long. Hatta pada diri kita yang dewasa ni pun ada kesannya jugak ini kan bayi betul.

Suhu yang diambik daripada si kecil

Cuba korang tengok bacaan suhu kat atas tu, tinggi kan, itu bacaan suhu deman si kecil yang abg long. Deman ni pun kesan daripada si kecil abg long tak cukup tidur ( rasanya la ), mulanya abg long ingat deman si kecil sebab nak dapat gigi rupa-rupanya tidak walaupun tanda-tanda tu ada.

PERHATIAN!!! Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual

Salam sejahtera,


Pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd ( SYABAS ) telah mengeluarkan satu notis bagi mereka yang berada di kawasan Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang dimana terdapat gangguan bekalan air tidak berjadual. Gangguan ini disebabkan oleh pengurangan pengeluaran air terawat oleh Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang dikendalikan oleh Syarikat Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS).

Masalah ini berpunca daripada kandungan ammonia dan manganese di dalam air Sungai Semenyih berada di paras yang melebihi paras yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sejumlah 39 kawasan di Wilayah Petaling (135,000 pintu rumah), 216 kawasan di Wilayah Hulu Langat (146,954 pintu rumah), 62 kawasan di Wilayah Kuala Langat (28,160 pintu rumah) dan 61 kawasan di Wilayah Sepang (148,236 pintu rumah) dijangka berhadapan dengan terputus bekalan air dan tekanan rendah.

Sunday, February 15, 2015

Tak Salah Jika Kita Menjadi " Munafik "

Salam sejahtera,

Mesti korang terkejutkan dengan tajuk yang abg long tulis ni? Abg long sendiri pun terfikir apa la penerimaan korang bila abg long tulis tajuk macam tu. Tapi bila abg long lihat semula, abg long rasa memang sesuai la dengan keadaan semasa sekarang ni. Cuma abg long harap korang sudi membacanya dan jika ada komen tu memang abg long alu-alukan.


Abg long sendiri pun bukannya manusia yang sempurna, tapi cuba untuk menjadi sempurna. Abg long jugak bukan la nak cari siapa yang salah dan siapa yang betul. Abg long jugak sedar siapa la abg long ini jika dibandingkan dengan korang kat luar sana.

Dengan apa yang telah terjadi sekarang ni, abg long mula berfikir dan abg long mula sedar rupanya kita ni termasuk la diri abg long ni MUNAFIK. Korang mesti terkejutkan, berat jugak tuduhan abg long ni... Tak kira la siapa pun korang, tak kira la apa pun pangkat korang, baik tua atau muda, itu la hakikatnya TANPA KITA SEDAR.

Thursday, February 12, 2015

Perginya 2 Tokoh

Salam sejahtera,

Negara kita Malaysia dikejutkan dengan kepermergian 2 orang tokoh yang tiada gantinya iaitu Dato Hasbullah Awang dan jugak Tuan Guru Datuk Nik Azizi Nik Mat.

Allahyarham Dato Hasbullah Awang

Allahyarham Dato Hasbullah Awang 63, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dipercayai akibat komplikasi jantung kira-kira pulak 12.20 tengah hari tadi dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning, Shah Alam.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Hazida Alang Ahmad, 58, selain empat anak serta tujuh cucu.


Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat

Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9.40 malam di sisi ahli keluarganya, di rumahnya di Pulau Melaka. Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bagi menjalani rawatan kanser prostat dimana telah berada ditahap empat.

Allahyarham meninggalkan balu, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan 10 orang (5 lelaki dan 5 perempuan).

Al-fatihah untuk mereka.


Tuesday, February 10, 2015

Sharing Is Caring

Salam sejahtera,


Teruskan usaha mu, usah dilayan kepada mereka yang suka melihat kita tersunkur di tengah jalan.

Betul Ke Kita Bersedekah?

Salam sejahtera,


Korang tahu apa itu sedekah?

Berapa yang selalu korang bersedekah?

Adakah korang mengharapkan sesuatu daripada sedekah?

Betul ke korang bersedekah kerana Allah?

Aik lain macam je cerita abg long kali, lain ke? Rasanya takda la lain atau luar biasa cerita abg long, macam biasa je. Cuma sekali sekala tu bikin gempak sikit walaupun takda la gempak sangat. Apa orang kata suam-suam kuku je.

Abg long nak kongsi dengan korang buku yang baru je abg long habis baca ni, iye la mana tahu dengan perkongsian buku ni korang berminat nak baca jugak kan. Apa yang abg long soalkan pada awal tu sebenarnya sebahagian daripada intipati selepas membaca buku ini. Sebagaimana yang penulis buku ini tulis kan setiap amalan ( agama Islam ) yang kita amalkan tanpa memghayati dan memahaminya, segala mutiara-mutiara yang terdapat di dalamnya akan menjadi misteri.

Sunday, February 8, 2015

Sharing Is Caring

Salam sejahtera,



KEEGOAN SEORANG BAPA/IBU

Salam sejahtera


Kali ni abg long nak korang fikirkan apa yang abg long kongsikan ini. Abg long bukan nak kata siapa yang salah atau siapa yang betul kerana abg long sendiri dah berkeluarga dan mempunyai anak.

Mana dengan itu abg long rasa tidak menjadi kesalahan dengan perkongsian ini. Abg long harap ia dijadikan satu nasihat untuk kita semua.

Ini kisahnya...

Saturday, February 7, 2015

Senang Betul Matematik Sekarang ni

Salam sejahtera,


Abg long perhatikan budak sekolah zaman sekarang ni memang beruntung bila belajar matematik ni jika nak bandingkan dengan zaman sekolah abg long dulu. Mana taknya dulu masa sekolah abg long rasa susah betul bab matematik ni, sifir pekara wajib kena hafal dan ingat, kalau tak ingat jawabnya cubit ketam hinggap kat perut abg long ( masa ni takda lagi akta dera tau ). Abg long rasa korang pun macam tu jugak kan, agak abg long la.

Bagi pengirannya pulak abg long hanya ikut je apa yang di ajar oleh cikgu, tiada shortcut, tiada cara yang  mudah untuk proses pengiraan. Zaman tu abg long betul-betul telan apa yang diberi, tiada satu pun penolakan.

Friday, February 6, 2015

Minda Wang : Kawal Status Kewangan Anda.

Salam sejahtera,

Apa kata abg long kongsi dengan anda satu artikel kepada korang. Abg long rasa artikel ni memang elok untuk bacaan kita semua termasuk la abg long sendiri harap korang mendapat manafat daripada perkongsian ini.

 Gambar Hiasan



Part #1 : Wang dan anda.

Sekarang kita berada situasi di mana kita perlukan wang untuk terus hidup. Tiada wang, tiada hidup.  Wang sudah membelenggu kehidupan kita. Setiap hari kita lebih memikirkan tentang wang dari Pencipta kita yang Maha Esa. 

Maafkan Lah

Salam sejahtera,


Apa kata hari ni kita semua pakat-pakat mulakan memaafkan kepada mereka yang pernah buat salah dengan kita, sakitkan hati kita, melukakan hati kita atau apa sahaja yang menbuat kita marah atau sebagainya.

Walaupun ia mungkin susah untuk kita melakukannya tapi demi untuk ketenangan hati kita tak salah kita mulanya. Ini jugak untuk peringatan dan jugak amalan pada diri abg long sendiri.

Thursday, February 5, 2015

Cerita Malam Jumaat

Salam sejahtera,

Malam ni sebelum tidur apa kata korang baca cerita yang abg long kongsikan ini. Harap korang tak boring ye.

Gambar Hiasan

Korang mcm ni ke?...

Kerana Mulut 2

Salam sejahtera,

Bagaimana korang setuju tak dengan kenyataan di atas tu? Kalau korang tak setuju tu abg long tak boleh nak kata apa la ye masing-masing punya pendapat. Kenyataan kat atas tu pun sebagai peringatan dan kesedaran kepada diri abg long yang tidak sempurna ni.

Harap-harap abg long dapat menjaga anugerah ciptaannya ni dengan baik tetapi kekadang terbabas jugak. Iye kita ni manusia yang mana tak akan dapat lari daripada melakukan kesilapan dan juga kesalahan baik secara sedara atau pun tidak. Abg long sebelum ni pun dah ada kupaskan pasal mulut ni, kalau korang nak baca boleh la klik kat sini.

Wednesday, February 4, 2015

Jenama Pempers Yang Abg long Guna

Salam sejahtera,

Pertama kali abg long baru tahu ingatkan semua jenama pampers yang ada dijual kat pasaraya boleh dipakai untuk bayi. Rupa-rupanya tak, iye la pampers ni kena la jugak tengok kesesuaian pada kulit bayi, tahap kebocoran pampers ( walaupun iklan yang ada kat tv menunjukkan semua tahan bocor ), dan ada tu kesensitifviti kulit bayi.

Gambar Hiasan

Kekadang kaum bapa ni kurang peka sangat tentang hal ni, yang selalunya ambik tahu siapa lagi kalau tak kaum ibu. Tapi sejak abg long ni dah jadi mr mama ni, nampaknya abg long kena belajar jugak ni. Korang kena faham dulu tujuan abg tulis ni bukan la nak komdem jenama pampers yang ada, nanti kan tak pasal-pasal abg long kena pulak. Setiap orang ada pendapat masing-masing dalam bab ni, bagi abg long pulak korang baca la sendiri ye.

Ok untuk pampers si kecil abg long ni, abg long gunakan pampers yang jenama di bawah ni.

Tuesday, February 3, 2015

Don't judge The Book By The Cover

Salam sejahtera,

Amboi tajuk orang putih tu abg long... Ala sekali sekala guna tajuk Internasional tengok macam mana boleh cari makan tak hehehe. Tapi korang jangan pulak rasa boring atau menyampah pulak bila membacanya nanti :). Apa pendapat korang bila lihat buku yang bertajuk macam ni.


Nampak macam ke sambungan buku ni je kan...


Tapi korang jangan ingat pulak buku permata yang hilang tu ada dalam simpanan abg long pulak ye ( iye ke ni hehehe ), buku yang satu lagi tu memang ada dalam simpanan abg long. Jadi masa ni la abg long nak guna tajuk blog abg long tu " Don't judge The Book By The Cover " dalam kes buku ni.

Antara Isteri Suri Rumah Dan Isteri Berkerjaya

Salam sejahtera,

Mana satu pilihan korang isteri suri rumah atau isteri yang berkerjaya?. Kalau korang tanya abg long pulak abg long pilih isteri suri rumah, tapi sebelum abg long tulis lebih panjang lagi la. Abg long nak minta maaf jika tajuk yang abg long tulis ni ada yang terasa atau sakit hati atau yang sewaktu dengannya. Tiada niat abg long nak perlekehkan atau merendahkan kedua-dua golongan isteri ni. Tapi kalau yang ada terasa jugak tu terpulang la pada korang, apa yang abg long tulis abg long kisahkan daripada pandangan abg long aje.


Memang kedua-dua golongan isteri ni ada pro dan kontranya, tapi jika abg long tengok la dalam keadaan sekarang ni golongan isteri yang berkerjaya ni abg long memang respek dalam apa yang mereka lakukan. Mana taknya, korang tengok la sendiri ( ni untuk yang dah khawin dan mempunyai emak yang berkerja ) bagaimana mereka ni daripada buka mata je mereka dah mula bekerja secara tak langsung.

Monday, February 2, 2015

Fahami Maksud Tersembunyi Tanda-tanda Sakit Di Badan

Salam sejahtera,

Dalam abg long duk godek-godek dalam internet tadi, abg long terjumpa satu artikel yang menarik ni. Abg long rasa elok jugak jika abg long kongsi dengan korang semua, ala benda baik buat apa makan sorang kan. Tak kisah la abg long copy dan paste artikel ni kat dalam blog abg long, janji abg long dan korang dapat ilmu daripada artikel ni.

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

Sunday, February 1, 2015

Nokia Dalam Kenanganku

Salam sejahtera,


Bila abg long lihat balik gambar model handphone atas tu teringat la balik handphone pertama yang abg long beli daripada duit pertama gaji abg long. Iye la macam mana tak kembang hidung abg long ni, dapat beli handphone yang jadi idaman hati.


Ini la handphone yang abg long maksudkan tu dan model ini la model pertama dikenali dengan handphone yang tidak mempunyai antena. iye la pada zaman abg long kebanyakkan handphone yang ada pada zaman tu semuanyanya mempunyai antena. Abg long, boleh dikatakan waktu itu teruja bila NOKIA mengeluarkan model ini yang mana dikenali dengan NOKIA 3210.

Hari Ini Harga Baru Minyak Petrol

Salam sejahtera,


Mulai hari ini seluruh stesen minyak di Malaysia menguna pakai harga baru minyak petrol yang mana diumumkan oleh kerajaan. Abg long tak nak la mengulas panjang sangat berkenaan cerita minyak petrol baru ni, cuma abg long berkongsi dengan korang maklumat terkini je.

Daripada apa yang telah kerajaan umumkan untuk harga minyak petrol baru ni, bagi RON95 adalah RM1.70 seliter manakala RON97  adalah RM2.00 seliter dan diesel adalah RM1.70 seliter. Abg long harap dengan harga baru minyak petrol ni kita semua akan berpuas hati.

Belajar Strategi Bisnes Bola

Salam sejahtera,

Abg long nak kongsi dengan korang buku yang abg long baru habis baca ni. Buku ni terus terang abg long katakan memberikan abg long maklumat yang selama ini abg long tak tahu dan senang kata la maklumat yang tak terlintas kat kepala abg long ni.


Buku ni la yang abg long nak kongsikan dengan anda. Kalau korang peminat MU ( Manchester United ) elok jadikan buku ni sebagai koleksi, ala tak semestinya korang beli buku ni kena jadi orang bisnes pulak ( tapi kalau jadi pun apa salah kan ). Apa salah jika korang tahu macam mana pasukan bola sepak MU ni boleh jadi kelab bola sepak yang kaya., cuba korang tengok carta kat bawah ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>