Friday, January 9, 2015

Bila Pesara Meninggal Dunia

Salam sejahtera,

Entah kenapa tiba-tiba sahaja abg long terfikir nak tulis tajuk macam ni, mungkin kerana sebagai peringatan dan jugak sebagai satu info untuk kegunaan abg long di masa hadapan. Kita mungkin akan lupa apabila seorang pasara yang mungkin mempunyai pertalian darah dengan kita meninggal dunia,apa yang perlu kita lakukan setalah pengebumiannya selesai.

Gambar hiasan

Abg long dah google kat internet dan apa yang abg long dapati prosesnya hampir sama bagi pesara yang telah meninggal dunia iaitu :

- Bagi pesara kerajaan, waris hendaklah melapor pesara telah meninggal dunia pada bahagian pencen JPA dan juga waris perlu mengisi borang JPA.BP.SPT.B01d ( Borang Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Persaraan).

- Bagi pesara tentera pulak, waris hendaklah menghubungi JHEV ( Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM ) dengan segera bagi membolehkan pencen perkhidmatan gemulah dihentikan dan boleh dipindah bayar kepada orang tanggungan sebagai Pencen Terbitan. Untuk detail lagi boleh klik disini.

Dengan info yang ringkas ini dapat membantu untuk diri abg long dan anda.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>