Thursday, November 27, 2014

Lesung Pipit - Apa Yang Anda Tahu

Salam sejahtera,


Orang kata, Bagi mereka yang memiliki lesung pipit ni sesuatu yang istimewa. Mana taknya dengan adanya lesung pipit ni dapat menyerikan lagi wajah bila tersenyum.


Mengikut bacaan abg long la seorang pakar bedah plastik, pusat saints kesihataan, Universiti Texas, Dr Joel Pessa dalam kajiannya mengatakan, lesung pipit terjadi disebabkan oleh otot wajah yang dinamakan Zygomaticus Major terbelah dua. Ia menyebabkan otot wajah lebih pendej daripada biasa. Kesannya, apabila anda bercakap, senyum dan sebagainya kulit wajah akan tertarik dan membentuk lekukan pada pipi.

Dalam Alan Melayu pulak orang tua-tua percaya,lesung pipit boleh dibuat dengan mencucuk hujung cili pada pipi seorang bayi. Tapi tak dipastikan la samada ianya betul atau terbukti berkesan.



Lesung pipit boleh juga terbentuk disebabkan oleh faktor keturunan. Dimana jika ibu bapa memiliki lesung pipit potensi untuk anak-anak memilikinya juga tinggi iaitu antara 50 hingga 100 peratus. Tetapi jika salah seorang yang memiliki lesung pipit, hanya 25 hingga 50 peratus sahaja.

Terdapat juga orang yang mempunyai lesung pipit walaupun ibu bapa mereka tidak memilikinya. Ini terjadi disebabkan oleh faktor ' gen skip ' generasi. Terdapat banyak gen yang tidak diwarisi dari sesuatu generasi ke generasi yang lain. Tapi ia berlaku secara berselang-seli, maksudnya jika keturunan anda dulu ada memiliki lesung pipit mana jika sekarang anda mempunyainya maka anda bertuah.

Lesung pipit ini boleh hilang selaras dengan peningkatan umur. Biasanya ia terjadi kepada Bagi baru lahir dengan lesung pipit kemudian hilang apabila meningkat dewasa. Ini terjadi kerana semasa proses tumbesaran,terdapat beberapa otot di wajah akan mengalami proses pembentukan sempurna dan menjadi normal seperti orang lain. Keadaan ini yang menyebabkan lesung pipit itu hilang.

Selain lesung pipit yang terdapat di kedua-dua pipi atau satu pipi sahaja. Lesung pipit ini jugak boleh terbentuk dari dagu hingga ke bahagian punggung.


Lesung pipit boleh jugak terbentuk di dagu yang mana dikenali juga dengan dagu terbelah, yang berbentuk seperti huruf Y. Ada kala jugak ia berbentuk lubang. Ia terjadi oleh pembentukan tulang rahang yang tidak sempurna dibahagian kiri dan kanan ketika masih dalam kandungan.


Manakala lesung pipit pada punggung pula amat jarang kita temui. Mungkin kerana kedudukannya sukar dilihat, maka ia tidak terdedah secara langsung. Lesung pipit pada punggung dikenali sebagai SACRAL DIMPLE, yang mana terdapat di sekitar bahagian atas belahan punggung atau sekitar bahagian bawah sarag tunjang berhampiran tulang punggung. Berbentuk seperti lekukan kecil.

Lesung pipit jenis ini selalu dapatvdilihat pada bayi baru lahir. Bagaimanapun, ia tidaklah merisaukan. Namum begitu, terdapat kes Sacral Dimple menjadi petanda kecacatan pada saraf tunjang. Sacral Dimple yang bermasalah atau tidak selalunya boleh dilihat melalui bentuk lekukan tersebut. Pun begitu, kesedemikian sangat jarang terjadi.

Jika sekiranya lesung pipit punggung berlekuk kecil, ia tidak membahayakan. Bagaimanapun, jika bentuknya besar dan dalam, anda dinasihatkan berjumpa doktor. Walaupun ia jarang terjadi, namum tidak mustahil ia boleh berlaku.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>