Thursday, December 31, 2015

Selamat Tinggal 2015

Salam sejahtera

Tinggal beberapa jam lagi untuk kita tinggalkan tahun 2015. Tiada apa nak abg long banggakan bagi kejayaan abg long dalam tahun ni. Boleh dikatakan semua yang abg long rancang dan impikan semua tak jadi dan jugak gagal.


Abg long pernah tulis abg long nak berhenti kerja pada tahun ni, tapi apa kan daya rezeki tak sampai lagi. Maka dengan tu bekerja la abg long lagi untuk mencari sesuap nasi.

Cuma abg long harapkan impian abg long nak berhenti kerja tu akan tercapai pada tahun depan. Insya allah.

Tahun ni jugak boleh dikatakan tahun yang mencabar daripada segi mental dan jiwa. Ada kalanya boleh abg long kawal dan kalanya jugak abg long tewas. Harap-harap tahun depan kurang la sikit cabaran tu.

Azam pulak abg long takda la apa sangat nya cuma nak tunaikan yang tahun ni je. Apa orang kata nak forward. Ke depan je azam tahun ni.

Minat Kita Sama La

Salam sejahtera

Tak tahu la siapa yang WELCOME TO DA CLUB abg long ke atau si hero atau pun ke dua-duanya sekali. Mana taknya buka mata je nak, bila nangis je tu je la bahan pujuknya, kalau si hero yang tak nak layan abi yang layan ke kadang uminya pun sekali yang layan.

Nak salahkan si hero mmm...si hero pun bukan nya tahu apa pun. Jadi siapa yang nak disalahkan...siapa la kalau bukan abi dan uminya la. Korang jangan salah sangka pulak abg long bukan ajar perkara yang salah ye kat si hero abg long ni. Kalau korang nak tahu acu,cuba, try tengok kat bawah ni...

Wednesday, December 30, 2015

Berpada-pada La Ya...

Salam sejahtera

Dalam kehidupan kita ni tiada semuanya kita suka, tiada semuanya kita nak, tiada semuanya kita ambik. Memang dah lumrahnya macam tu tak kira la abg long atau pun korang.

Jika ada manusia atau korang terjumpa spesis yang tidak pernah menolak ketentuan lumrah alam, abg long rasa korang kena bawak spesis tu ke hospital atau institusi yang berwajib untuk di uji kaki. Mana la tahu spesis tu bukan daripada bumi.

Aduhai apa la abg long mengarut pulak kat dalam ni, dah la korang tak faham apa yang abg long tulis kan. Apa kata abg long kongsi gambar ni dengan korang, harap-harap korang dapat faham la ye.

Tuesday, December 29, 2015

Perlu Sangat Ke Mention ni...

Salam sejahtera

Aduhai manusia...
Nak tergelak pun ada,
Hairan pun ada,
Pelik pun ada,
Macam ni pun ada... memang ada pun.

Entah la apa lagi la nak abg long tuliskan lagi. Abg long bukan la nak katakan abg long ni sempurna atau perfect. Kita memang bukan sempurna.


MENTION...perlu ke kita kena ada sifat tu ye dan perlu sangat ke sifat tu dalam kehidupan kita ni. Korang mesti pening kan... iye la tiba-tiba cerita pasal Mention ni.

2 Kerja Mmm...

Salam sejahtera,

Bila dah jadi viral abg long rasa nak jugak la buat post pasal ni. Iye la alang-alang dah baca tahu faham apa yang di katakan oleh hamba Allah tu.


Bagi hamba Allah tu sebenarnya abg long rasa apa yang dikatakan tu kena la faham dengan realiti tapi, bila dah terlampau bijak ni susah jugak. Nak ditegur memang dah ramai yang tegur, nak buat bodoh pulak rasa semacam je.

Cuma apa yang nak abg long katakan buat dua kerja ni dah lama sebenarnya. Kalau tak silap abg long la daripada zaman atuk dan nenek kita pun dah ada cuma tak viral je zaman tu.

Saturday, December 26, 2015

Siapa Yang Sebenar Jumpa Kopi Ye..

Salam sejahtera,

Pada mulanya abg long tak sangka begitu rupanya kisah kopi ni, ia la sebelum ni abg long ingatkan cerita pasal kopi ni macam tu tapi sayang seribu kali sayang rupanya. Abg long bukan nak ceritakan tentang khasiat kopi, kelebihan kopi ke atau yang seiring dengannya.

Apa yang nak abg long ceritakan disini tentang siapa yang mula-mula sekali yang jumpa kopi ni. Maklumat ni pun abg long jumpa masa baca suatu artikel dalam sebuah majalah. Korang rasa siapayang jumpa kopi ni ye. Kalau abg long katakan yang jumpa ni haiwan yang berkaki empat, agak-agaknya korang percaya tak?

Kalau korang tak percaya tu tak apa, abg long sendiri pun terkejut jugak bila membaca tajuk artiket tentang siapa yang temui kopi ni. Apa kata korang tengok gambar bawah ni..

Thursday, December 24, 2015

Selamat Bercuti Kepada Korang...

Salam sejahtera,

Abg long nak ucapkan selamat bercuti kepada korang yang mana bercuti mesti korang seronok kan, ia la mana tak seronoknya 4 hari tu. Bagi yang tak dapat cuti tu macam abg long ni usah la sedih-sedih pulak " hidup mesti diteruskan " ( boleh guna ke ayat macam tu? ) yang penting kita hapi AKA happy.


Bagi yang nak pulak ke kampung tu abg long harapkan korang pandu la dengan cermat dan hati-hati jangan pulak pandu ikut nafsu, sambil tu ingat ALLAH ( pada yang muslim ) baru ingat orang yang tersayang.

Rasanya takat ni la dulu abg long tulis kan nanti kalo tulis panjang-panjang korang tak nak baca pulak kan korang tengah cuti sekarang ni. Ok la apa pun PEACE YO...

Sharing

Salam sejahtera


Sunday, December 20, 2015

Ada Apa Dengan Botol Plastik

Salam sejahtera

Abg long rasa kat umah korang semua mesti ada benda seperti kat bawah ni kan.


Apa kata selain korang buang ataupun jual kepada kitar semula, korang cuba ubah jadi sesuatu seperti kat bawah ni...

Kerisauan Si Abi

Salam sejahtera

25 hari bulan 12 nanti genap la 1 tahun 5 bulan usia anak sulung abg long tiada apa yang nak abg long katakan melihat perkembangan sihat si hero abg long yang membesar di dalam mata. Apa yang abg long harapkan si hero abg long menjadi anak yang soleh.


Dalam usia itu jugak la bermacam-macam gelagat dan jugak kerenah si hero abg long ni kekadang tu ada perkara baru yang si hero abg long tunjukkan yang membuat si abinya tertanya-tanyuua kat mana la si hero ni belajar.

Tambahan lagi bila dah pandai berjalan ni makin aktif la si hero abg long meneroka setiap sudut rumah. Menjelajah setiap bilik yang ada di dalam rumah hingga la ke kawasan dapur. Dulu jiran-jiran kata rumah abg long ni sunyi je walaupun dah ada anak tapi sekarang riuh rendah kalao tak suara anak suara si umi dan abinya.

Dan sejak si hero abg long mula pandai berjalan abg long perhatikan cara si hero abg long terkangkang. Mulanya abg long ingatkan itu memang kebiasan proses untuk bayi yang baru belajar berjalan tapi bila dah 2 bulan abg tengok masih lagi sama mula la menjadi kerisauan tambah lagi kepada uminya.

Maka pakcik google la jadi sumber rujukan. Kat sini abg long nak kangsikan antara hasil google abg long pada korang,

KAKI BAYI KENGKANG, NORMAL ATAU ABNORMAL ?

Friday, December 18, 2015

Terima La Dari Ku Untuk Mu...

Salam sejahtera,

Abg long sebenarnya tak tahu apa nak abg long tuliskan disini. Lama betul abg long tinggalkan blog abg long ni. Abg long tak tahu la masih ada lagi ke yang ingat kat blog abg long ni ( mood perasan hehehe ). Walau apa pun abg long nak berterima kasih kepada mereka yang sudi singgah kat blog abg long ni. Untuk anda abg long hidangkan sebuah lagu ini sebagai tanda hiburan untuk kita semua.


Thursday, April 9, 2015

Abg Long Bertanya Apa Khabar

Salam sejahtera,

Lama sungguh abg long tinggalkan blog kesayangan abg long ni, macam terbiar je blog ni kan. Walaupun abg long dah berjanji untuk cuba kekalkan supaya blog ni sentiasa dikemas kini kan, tapi janji tinggal janjikan. Entah la kat mana silapnya, apa yang pasti semua ni berpunya dari abg long sendiri.

Walauapa pun yang paling penting abg long nak bertanya khabar kepada korang semua, iya la dalam keadaan yang boleh dikatakan tertekan sekarang ni abg long harap korang semuanya ok. Walaupun tertekan ke, marah ke, mengeluh ke kehidupan kita ni kena jugak diteruskan jugak. Mahu atau tak, suka atau tak pun itu la hakikatnya. Abg long pun malas nak ulas apa yang berlaku sekarang ni, tambah lagi isu GST. Apa yang abg long boleh katakan terima je la walaupun terpaksa.

Sunday, March 1, 2015

Segmen Buku : Tanda Aras Nafsu Kita

Salam sejahtera,


Apa yang korang tahu atau faham tentang nafsu? Korang tahu tak ada berapa jenis nafsu kita ni? Korang pernah dengar tak cerita bagaimana kejadian nafsu ni? Amboi boleh tahan jugak post abg long kali ni kan :).
Alah post biasa-biasa je ni, abg long pun bukan la hebat sangat pun dalam dunia blogger ni. Abg long nak kongsi dengan korang apa yang abg long ada, nak kata pandai sangat pun tak la jugak cuma apa yang abg long ada Insya Allah, abg long cuba sampaikan.

Ok la untuk Segmen buku kali ini abg long nak kongsikan dengan korang buku yang abg long dah abis baca ni. Iye la membaca tu kan sumber ilmu, tak rugi jika kita amalkan budaya baca ni ( iklan la pulak...).

Naik La Pulak...

Salam sejahtera,

Hari pertama dalam bulan March, sebenarnya abg long pun dah malas nak tulis pasal pekara ni mana taknya kejap naik kejap turun, baru je turun dah naik balik. Bila dah yang ini naik secara tak langsungnya yang lain pun naik la jugak yang menjadi mangsanya kita sebagai pengguna.


Mulai hari ini kita sebagai rakyat Malaysia menikmati harga minyak RON95, RON97 dan diesel yang baru setelah diperkuatkuasakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Keperggunaan. Untuk setiap jenis minyak ini sebanyak 25 sen kenaikkan dikenakan.

Wednesday, February 18, 2015

Icon Google : Alessandro Volta

Salam sejahtera,

http://www.ashadee.net/go/50162/blogabglong


Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran yang ke 270 Alessandro Volta ataupun nama penuh beliau Alessandro Giuseppe Antonio Anastasio Volta ( 18 Feb 1745 - 5 Mac 1827 ). Beliau merupakan ahli fizik berbangsa Itali dimana sumbangan besar beliau adalah dalam ciptaan bateri.

Monday, February 16, 2015

Untukmu Wanita

Salam sejahtera,

Abg long nak kongsikan satu artikel ni untuk tatapan dan bacaan korang tak kira la siapa pun korang. Harap korang bacanya sampai ke penghujung ye.


Berdiri bulu roma bila membaca nya..

"Ketika Allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,

"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???"

Bila Si Kecil Tak Cukup Tidur

Salam sejahtera,

Tak sangka rupanya bila bayi tak cukup tidur ni boleh mendatangkan kesan sebagaimana yang terjadi pada si kecil abg long. Hatta pada diri kita yang dewasa ni pun ada kesannya jugak ini kan bayi betul.

Suhu yang diambik daripada si kecil

Cuba korang tengok bacaan suhu kat atas tu, tinggi kan, itu bacaan suhu deman si kecil yang abg long. Deman ni pun kesan daripada si kecil abg long tak cukup tidur ( rasanya la ), mulanya abg long ingat deman si kecil sebab nak dapat gigi rupa-rupanya tidak walaupun tanda-tanda tu ada.

PERHATIAN!!! Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual

Salam sejahtera,


Pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd ( SYABAS ) telah mengeluarkan satu notis bagi mereka yang berada di kawasan Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang dimana terdapat gangguan bekalan air tidak berjadual. Gangguan ini disebabkan oleh pengurangan pengeluaran air terawat oleh Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang dikendalikan oleh Syarikat Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS).

Masalah ini berpunca daripada kandungan ammonia dan manganese di dalam air Sungai Semenyih berada di paras yang melebihi paras yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sejumlah 39 kawasan di Wilayah Petaling (135,000 pintu rumah), 216 kawasan di Wilayah Hulu Langat (146,954 pintu rumah), 62 kawasan di Wilayah Kuala Langat (28,160 pintu rumah) dan 61 kawasan di Wilayah Sepang (148,236 pintu rumah) dijangka berhadapan dengan terputus bekalan air dan tekanan rendah.

Sunday, February 15, 2015

Tak Salah Jika Kita Menjadi " Munafik "

Salam sejahtera,

Mesti korang terkejutkan dengan tajuk yang abg long tulis ni? Abg long sendiri pun terfikir apa la penerimaan korang bila abg long tulis tajuk macam tu. Tapi bila abg long lihat semula, abg long rasa memang sesuai la dengan keadaan semasa sekarang ni. Cuma abg long harap korang sudi membacanya dan jika ada komen tu memang abg long alu-alukan.


Abg long sendiri pun bukannya manusia yang sempurna, tapi cuba untuk menjadi sempurna. Abg long jugak bukan la nak cari siapa yang salah dan siapa yang betul. Abg long jugak sedar siapa la abg long ini jika dibandingkan dengan korang kat luar sana.

Dengan apa yang telah terjadi sekarang ni, abg long mula berfikir dan abg long mula sedar rupanya kita ni termasuk la diri abg long ni MUNAFIK. Korang mesti terkejutkan, berat jugak tuduhan abg long ni... Tak kira la siapa pun korang, tak kira la apa pun pangkat korang, baik tua atau muda, itu la hakikatnya TANPA KITA SEDAR.

Thursday, February 12, 2015

Perginya 2 Tokoh

Salam sejahtera,

Negara kita Malaysia dikejutkan dengan kepermergian 2 orang tokoh yang tiada gantinya iaitu Dato Hasbullah Awang dan jugak Tuan Guru Datuk Nik Azizi Nik Mat.

Allahyarham Dato Hasbullah Awang

Allahyarham Dato Hasbullah Awang 63, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dipercayai akibat komplikasi jantung kira-kira pulak 12.20 tengah hari tadi dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning, Shah Alam.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Hazida Alang Ahmad, 58, selain empat anak serta tujuh cucu.


Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat

Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9.40 malam di sisi ahli keluarganya, di rumahnya di Pulau Melaka. Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bagi menjalani rawatan kanser prostat dimana telah berada ditahap empat.

Allahyarham meninggalkan balu, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan 10 orang (5 lelaki dan 5 perempuan).

Al-fatihah untuk mereka.


Tuesday, February 10, 2015

Sharing Is Caring

Salam sejahtera,


Teruskan usaha mu, usah dilayan kepada mereka yang suka melihat kita tersunkur di tengah jalan.

Betul Ke Kita Bersedekah?

Salam sejahtera,


Korang tahu apa itu sedekah?

Berapa yang selalu korang bersedekah?

Adakah korang mengharapkan sesuatu daripada sedekah?

Betul ke korang bersedekah kerana Allah?

Aik lain macam je cerita abg long kali, lain ke? Rasanya takda la lain atau luar biasa cerita abg long, macam biasa je. Cuma sekali sekala tu bikin gempak sikit walaupun takda la gempak sangat. Apa orang kata suam-suam kuku je.

Abg long nak kongsi dengan korang buku yang baru je abg long habis baca ni, iye la mana tahu dengan perkongsian buku ni korang berminat nak baca jugak kan. Apa yang abg long soalkan pada awal tu sebenarnya sebahagian daripada intipati selepas membaca buku ini. Sebagaimana yang penulis buku ini tulis kan setiap amalan ( agama Islam ) yang kita amalkan tanpa memghayati dan memahaminya, segala mutiara-mutiara yang terdapat di dalamnya akan menjadi misteri.

Sunday, February 8, 2015

Sharing Is Caring

Salam sejahtera,



KEEGOAN SEORANG BAPA/IBU

Salam sejahtera


Kali ni abg long nak korang fikirkan apa yang abg long kongsikan ini. Abg long bukan nak kata siapa yang salah atau siapa yang betul kerana abg long sendiri dah berkeluarga dan mempunyai anak.

Mana dengan itu abg long rasa tidak menjadi kesalahan dengan perkongsian ini. Abg long harap ia dijadikan satu nasihat untuk kita semua.

Ini kisahnya...

Saturday, February 7, 2015

Senang Betul Matematik Sekarang ni

Salam sejahtera,


Abg long perhatikan budak sekolah zaman sekarang ni memang beruntung bila belajar matematik ni jika nak bandingkan dengan zaman sekolah abg long dulu. Mana taknya dulu masa sekolah abg long rasa susah betul bab matematik ni, sifir pekara wajib kena hafal dan ingat, kalau tak ingat jawabnya cubit ketam hinggap kat perut abg long ( masa ni takda lagi akta dera tau ). Abg long rasa korang pun macam tu jugak kan, agak abg long la.

Bagi pengirannya pulak abg long hanya ikut je apa yang di ajar oleh cikgu, tiada shortcut, tiada cara yang  mudah untuk proses pengiraan. Zaman tu abg long betul-betul telan apa yang diberi, tiada satu pun penolakan.

Friday, February 6, 2015

Minda Wang : Kawal Status Kewangan Anda.

Salam sejahtera,

Apa kata abg long kongsi dengan anda satu artikel kepada korang. Abg long rasa artikel ni memang elok untuk bacaan kita semua termasuk la abg long sendiri harap korang mendapat manafat daripada perkongsian ini.

 Gambar Hiasan



Part #1 : Wang dan anda.

Sekarang kita berada situasi di mana kita perlukan wang untuk terus hidup. Tiada wang, tiada hidup.  Wang sudah membelenggu kehidupan kita. Setiap hari kita lebih memikirkan tentang wang dari Pencipta kita yang Maha Esa. 

Maafkan Lah

Salam sejahtera,


Apa kata hari ni kita semua pakat-pakat mulakan memaafkan kepada mereka yang pernah buat salah dengan kita, sakitkan hati kita, melukakan hati kita atau apa sahaja yang menbuat kita marah atau sebagainya.

Walaupun ia mungkin susah untuk kita melakukannya tapi demi untuk ketenangan hati kita tak salah kita mulanya. Ini jugak untuk peringatan dan jugak amalan pada diri abg long sendiri.

Thursday, February 5, 2015

Cerita Malam Jumaat

Salam sejahtera,

Malam ni sebelum tidur apa kata korang baca cerita yang abg long kongsikan ini. Harap korang tak boring ye.

Gambar Hiasan

Korang mcm ni ke?...

Kerana Mulut 2

Salam sejahtera,

Bagaimana korang setuju tak dengan kenyataan di atas tu? Kalau korang tak setuju tu abg long tak boleh nak kata apa la ye masing-masing punya pendapat. Kenyataan kat atas tu pun sebagai peringatan dan kesedaran kepada diri abg long yang tidak sempurna ni.

Harap-harap abg long dapat menjaga anugerah ciptaannya ni dengan baik tetapi kekadang terbabas jugak. Iye kita ni manusia yang mana tak akan dapat lari daripada melakukan kesilapan dan juga kesalahan baik secara sedara atau pun tidak. Abg long sebelum ni pun dah ada kupaskan pasal mulut ni, kalau korang nak baca boleh la klik kat sini.

Wednesday, February 4, 2015

Jenama Pempers Yang Abg long Guna

Salam sejahtera,

Pertama kali abg long baru tahu ingatkan semua jenama pampers yang ada dijual kat pasaraya boleh dipakai untuk bayi. Rupa-rupanya tak, iye la pampers ni kena la jugak tengok kesesuaian pada kulit bayi, tahap kebocoran pampers ( walaupun iklan yang ada kat tv menunjukkan semua tahan bocor ), dan ada tu kesensitifviti kulit bayi.

Gambar Hiasan

Kekadang kaum bapa ni kurang peka sangat tentang hal ni, yang selalunya ambik tahu siapa lagi kalau tak kaum ibu. Tapi sejak abg long ni dah jadi mr mama ni, nampaknya abg long kena belajar jugak ni. Korang kena faham dulu tujuan abg tulis ni bukan la nak komdem jenama pampers yang ada, nanti kan tak pasal-pasal abg long kena pulak. Setiap orang ada pendapat masing-masing dalam bab ni, bagi abg long pulak korang baca la sendiri ye.

Ok untuk pampers si kecil abg long ni, abg long gunakan pampers yang jenama di bawah ni.

Tuesday, February 3, 2015

Don't judge The Book By The Cover

Salam sejahtera,

Amboi tajuk orang putih tu abg long... Ala sekali sekala guna tajuk Internasional tengok macam mana boleh cari makan tak hehehe. Tapi korang jangan pulak rasa boring atau menyampah pulak bila membacanya nanti :). Apa pendapat korang bila lihat buku yang bertajuk macam ni.


Nampak macam ke sambungan buku ni je kan...


Tapi korang jangan ingat pulak buku permata yang hilang tu ada dalam simpanan abg long pulak ye ( iye ke ni hehehe ), buku yang satu lagi tu memang ada dalam simpanan abg long. Jadi masa ni la abg long nak guna tajuk blog abg long tu " Don't judge The Book By The Cover " dalam kes buku ni.

Antara Isteri Suri Rumah Dan Isteri Berkerjaya

Salam sejahtera,

Mana satu pilihan korang isteri suri rumah atau isteri yang berkerjaya?. Kalau korang tanya abg long pulak abg long pilih isteri suri rumah, tapi sebelum abg long tulis lebih panjang lagi la. Abg long nak minta maaf jika tajuk yang abg long tulis ni ada yang terasa atau sakit hati atau yang sewaktu dengannya. Tiada niat abg long nak perlekehkan atau merendahkan kedua-dua golongan isteri ni. Tapi kalau yang ada terasa jugak tu terpulang la pada korang, apa yang abg long tulis abg long kisahkan daripada pandangan abg long aje.


Memang kedua-dua golongan isteri ni ada pro dan kontranya, tapi jika abg long tengok la dalam keadaan sekarang ni golongan isteri yang berkerjaya ni abg long memang respek dalam apa yang mereka lakukan. Mana taknya, korang tengok la sendiri ( ni untuk yang dah khawin dan mempunyai emak yang berkerja ) bagaimana mereka ni daripada buka mata je mereka dah mula bekerja secara tak langsung.

Monday, February 2, 2015

Fahami Maksud Tersembunyi Tanda-tanda Sakit Di Badan

Salam sejahtera,

Dalam abg long duk godek-godek dalam internet tadi, abg long terjumpa satu artikel yang menarik ni. Abg long rasa elok jugak jika abg long kongsi dengan korang semua, ala benda baik buat apa makan sorang kan. Tak kisah la abg long copy dan paste artikel ni kat dalam blog abg long, janji abg long dan korang dapat ilmu daripada artikel ni.

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

Sunday, February 1, 2015

Nokia Dalam Kenanganku

Salam sejahtera,


Bila abg long lihat balik gambar model handphone atas tu teringat la balik handphone pertama yang abg long beli daripada duit pertama gaji abg long. Iye la macam mana tak kembang hidung abg long ni, dapat beli handphone yang jadi idaman hati.


Ini la handphone yang abg long maksudkan tu dan model ini la model pertama dikenali dengan handphone yang tidak mempunyai antena. iye la pada zaman abg long kebanyakkan handphone yang ada pada zaman tu semuanyanya mempunyai antena. Abg long, boleh dikatakan waktu itu teruja bila NOKIA mengeluarkan model ini yang mana dikenali dengan NOKIA 3210.

Hari Ini Harga Baru Minyak Petrol

Salam sejahtera,


Mulai hari ini seluruh stesen minyak di Malaysia menguna pakai harga baru minyak petrol yang mana diumumkan oleh kerajaan. Abg long tak nak la mengulas panjang sangat berkenaan cerita minyak petrol baru ni, cuma abg long berkongsi dengan korang maklumat terkini je.

Daripada apa yang telah kerajaan umumkan untuk harga minyak petrol baru ni, bagi RON95 adalah RM1.70 seliter manakala RON97  adalah RM2.00 seliter dan diesel adalah RM1.70 seliter. Abg long harap dengan harga baru minyak petrol ni kita semua akan berpuas hati.

Belajar Strategi Bisnes Bola

Salam sejahtera,

Abg long nak kongsi dengan korang buku yang abg long baru habis baca ni. Buku ni terus terang abg long katakan memberikan abg long maklumat yang selama ini abg long tak tahu dan senang kata la maklumat yang tak terlintas kat kepala abg long ni.


Buku ni la yang abg long nak kongsikan dengan anda. Kalau korang peminat MU ( Manchester United ) elok jadikan buku ni sebagai koleksi, ala tak semestinya korang beli buku ni kena jadi orang bisnes pulak ( tapi kalau jadi pun apa salah kan ). Apa salah jika korang tahu macam mana pasukan bola sepak MU ni boleh jadi kelab bola sepak yang kaya., cuba korang tengok carta kat bawah ni.

Saturday, January 31, 2015

Masih Ada lagi Yang Berhati Malaikat

Salam sejahtera,

Abg long memang respect betul dengan ibu muda ni, walaupun anaknya OKU tapi tak mengabaikannya. Ibu muda ni jugak menyayangi anak beliau dengan penuh kasih sayang walaupun hakikatnya anaknya statusnya adalah ANAK ANGKAT. Ibu muda yang abg long maksudkan tu adalah Nur Wahidah Mohd Baharum,30 yang mana anak angkat beliau pulak bernama Nur Dania Alesya Abdullah,3 tahun.
Nur Dania Alesya Abdullah, tiga tahun
Nur Wahidah Mohd Baharum, 30
Nur Wahidah Mohd Baharum, 30,
Nur Wahidah Mohd Baharum, 30,

Nur Wahudah bersama dengan anak angkatnya Nur Dania Alesya

Memang abg long akui kat luar sana tu bukan ibu muda sorang ni je ada hati malaikat mungkin masih ramai lagi. Tapi dah kat paper hanya menceritakan kisah ibu muda ni je, jadi abg long tulis je la kisah dia tu pun bukan sepenuhnya kalau nak baca detail boleh baca kat sini.

Bila Sikecil Dah Jadi Anak Manja Abi

Salam sejahtera,

Abg long tak tahu la sama ada perubahan sikecil abg long ni biasa bila bayi dah masuk 6 bulan, atau memang macam tu perubahan bayi. Aik lain macam je abg long tulis ni, rasa berbelit pun ada, rasa ayat tunggang langagan pun ada. Agak-agak korang faham tak, harap-harap faham ye.


Waktu ni pun abg long tulis post ni waktu kala mata abg long masih lagi kuat bertahan, sambil ditemani alunan bacaan quran dari surau menantikan azan subuh ( amboi ayat tak boleh belah ). Abg long bukannya nak tunjuk yang abg long ni tak tidur kat korang sebabkan jaga anak la ( tapi ada jugak hehehe ), abg long nak cerita kat korang si kecil abg long ni.

Boleh dikatakan orang umah memang sekrang ni berbulu dan getik bila si kecil abg long dah mula manja dengan abg long. Si kecil abg long ni nak orang umah bila time nak susu je bila nak tidur, abg long la tempatnya. Tapi bukan la maksudnya si kecil abg long ni tak manja dengan uminya, cuma perubahan si kecil abg long memang nampak ketara 2 bulan kebelakangan ni.

Aku Masih Disini

Salam sejahtera,



Amboi abg long layan lagu pulak kali ini, alah sekali sekala takpa kan. Korang pulak boleh tumbang layan jugak :). Sebenarnya takda niat apa pun atau takda makna yang tersembunyi dalam diri abg long bila postkan lagu ni, cuma abg long suka pulak dengar lagu ni teringat pulak zaman-zaman belasan tahun abg long pulak. Korang pun mesti minat jugak kan, kalau tak minat tu abg long nak buat macam mana mungkin lain kali abg long kongsi lagu lain pulak nak tak :).

Lagu ni pun abg long tujukan untuk diri abg long sendiri jugak ( boleh ke macam tu ), iye la abg long rasa lama jugak abg long tak update blog abg long ni. Sama tajuk lagu tu jugak la nak tujukkan kat korang abg long masih lagi ada kat sini, dan bukan terus lenyap ye. Selagi nyawa ada dibadan abg long ini Insya Allah blog abg long akan bernyawa jugak.

Thursday, January 22, 2015

Buku Menjadi Terkenal Di YouTube

Salam sejahtera,

Korang pernah tak lihat video macam ni kat Youtube.




Kalau korang tak pernah lihat video tu takpa bukan jadi kesalahan pun. Sebenarnya boleh dikatakan banyak lagi abg long nak masukkan video seperti atas tu, kalau dah semua nak masuk buat apa tengok kat sini kan :). Korang mesti hairan kan ( kalau tak hairan tu buat-buat la hairan ye ) kenapa la abg long sertkan video macam tu kat sini.

Sebenarnya abg long nak kongsikan dengan korang buku yang abg long baru habis baca, memang ia ada kaitan dengan video diatas dan jugak YouTube. Buku apa pulak la ni ye, korang jangan la gabra pulak takda yang pelik pun.

Sharing Is Caring

Salam sejahtera,


Bak kata orang bijak Pantai " usaha tangga kejayaan ", " tembok Cina terbina bukan semalam ". Buat la sesuatu untuk mendapatkannya usah la dipedulikan kata-kata mereka yang memperlekehkan usaha kita itu.

Monday, January 19, 2015

Vokal Bukan Sekadar Rupa

Salam sejahtera,


Jika nak ikutkan abg long ni bukan ikut sangat perkembanagan Anugerah Juara Lagu (AJL) tapi entah mengapa semalam memang abg long rasa AJL kali ini merupakan AJL yang terbaik. Apa yang terbaik pulak tu abg long, iya la persembahan yang abg long lihat semlam memang lain daripada yang lain lebih-lebih lagi abg long tujukan kepada persembahan yang telah disampaikan oleh Mojo bersama dengan Caliph Buskers.


Terus terang abg long kata kan Caliph Buskers memang hebat dengan vokalnya yang power bila menyanyikan lagu Romancinta. Bukan abg long nak bandingkan dengan Aweera vokal asal kumpulan mojo bila menyanyikan lagu yang sama tapi siapa sangka dengan anugerah yang diberikan kepada Azmi Saat dari Caliph Buskers, ramai penonton di stadium Putra Bukit Jalil memberikan tepukan gemuruh dan juga penghormatan.

Saturday, January 17, 2015

Bapak Binatang

Salam sejahtera,

Kasar betul tajuk blog abg long kali ni ye, biar la kasar pun janji abg long puas hati apa yang nak abg long tuliskan ni. Terkejut abg long bila abg long baca kisah yang menyayat hati ( kena ke ayat abg long ni ) ni, rasa sedih pun ada, rasa nak marah pun ada senang kata semua ada la.

Hatta binatang pun sayang kan anak ini kan kita manusia yang berakal tapi tak tahu la jika sipelaku ni dah takda akal dan otak. Nak kata zombie, abg long rasa zombie pun ada otak dan akal jugak. Apa la nasib si mangsa diperlakukan macam tu sekali. Apa salah mangsa?...

Cerita apa pulak ni abg long, korang ingat lagi tak kisah yang berlaku kat Nilai, N. Sembilan tahun lepas ala yang pasal budak OKU tu. Kalau tak ingat tu, apa lagi guna la si Google ye :), abg long malas nak cerita panjang kisah tu.

Thursday, January 15, 2015

Bila Sikecil Deman Lagi

Salam sejahtera,

Aduhai baru boleh nak on laptop ingatkan boleh la on awal, tapi terpaksa la layan sikecil abg long ni dulu. Ingat tak abg long ada kata sikecil ni deman lepas tu dah ok ( tak ingat tu boleh la rujuk kat sini ). Rupa-rupanya tu baru gelombang pertama ( macam banjir pantai timur la pulak ), yang betul-betul demannya pada malam tu. Ok la abg long nak cerita apa yang terjadi semalam pada sikecil abg long ni.

Baru boleh tidur bila lepas mandi

Suhu yang naik turun, dengan kepala sikecil pulak panas sampai ke 39 darjah. Abg long dengan orang umah memang kena kerja overtime malam tu bergilir-gilir jalankan tugas menjeram kepala dan badan sikecil. Dari mula guna air sejuk sampai la ke campuran air asam jawa, abg long dan orang umah gunakan bagi meredakan panas deman sikecil.

Wednesday, January 14, 2015

kita Ni Manusia

Salam sejahtera,


Bila abg long renung kata-kata kat atas tu dan bandingkan diri abg long ni rasanya abg long tak sempurna lagi. Iye la kan kita ni memang tak sempurna buka bermaksuk OKU tapi tak sempurna dalam erti kata lain kan. Hanya golongan insan ini ajar yang betul-betul sempurna dan tiada cacat celanya, siapa la lagi kalau bukan gologan Nabi dan Rasul.

Kita ni jagan la pulak berlagak dan sombong pulak...Aik lain macam je abg long tulis hari ni. Ala takda yang lain je, sama je cuma kita kena sedar termasuk juga la diri abg long ni tentang hakikat siapanya kita ni. Kalau yang tak sedar diri tu rasanya boleh sedar la ye. Tapi jika terbabas tu jangan la terus terbabas pulak.


Bayar Sekali Dapat Enam

Salam sejahtera,

Apa pulak la yang abg long tulis ni...Nak tahu ke. La boleh pulak tanya macam tu, tapi kalau abg tanya korang agak-agak ada tak yang berminat dengan apa yang abg long tulis dengan tajuk atas tu. Kalau ada tahniah anda sealiran dengan abg long, dan kalau tak berminat pun takpa abg long tak kecil hati pun.

CUP!!! apa pulak berminat dan tak ni.. korang pening kan. Ok la abg long bukan nak peningkan korang tapi ada la jugak sikit-sikit niat tu hahaha ( gelak jahat ). Takda apa sebenarnya apa yang nak abg long kongsikan dengan anda ada lah apa yang berlaku semalam, patutnya abg long kongsi dengan korang semalam jugak tapi kalau abg kongsi jugak apa yang nak abg long tulis hari ni kan.

Esok Bermula Pembayaran Br1m

Salam sejahtera,


Esok jangan terkejut pulak jika setiap mesin ATM yang ada kat Malaysia ni ramai yang beratur untuk mengeluarkan duit. Ini kerana pembayaran BR1M telah dilakukan melalui akaun setiap mereka yang layak dan yang telah mengemas kini maklumat tempoh hari.


Pembayaran ini dibuat bermula dari 17 Januari dan dijangka berakhir pada 31 Mac. Mengikut kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, bayaran BR1M ini dipercepatkan setelah dipersetujui oleh kerajaan dan bayaran BR1M ini lebih diutamakan bagi negeri-negeri yang dilanda banjir. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, baucar BR1M akan dibuat mulai 17 Januari dan dijangka berakhir pada 31 Mac.

Mengikut kata Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebanyak 4.4 juta penerima yang mempunyai pendapat dibawah RM3000 manakala sebanyak 400,000 penerima pulak yang berpendapatan RM3000 hingga RM4000. Setiap kategori akan menerima RM950 dan RM750 yang mana akan dibayar 3 kali setahun.

Sebanyak 2.3 juta penerima individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2000 kebawah, bayaran RM350 akan dilakukan sekali gus.

Alhamdulillah dengan berita ni abg long rasa dapat la meringankan beban bagi mereka yang layak menerima terutama kepada mereka yang mengalami musibah banjir baru-baru ini. Apa yang abg long harapkan dengan guna la secara bijaksana bukan memkhizir buta pulak ye.


Tuesday, January 13, 2015

Baru la ku Tahu Kisahnya

Salam sejahtera,

Amboi tajuk boleh tahan jugak ye abg long tapi isinya belum tahu lagi, yang mampu abg long lakukan sekarang tersenyum je :).


Sebenarnya abg long nak kongsi buku yang abg long baru abis baca ni, tajuk blog pun rasanya dah kena dengan isi blognya kan. Iye la selamanya duk guna Youtube dari tengok video klip lagu sampai la belajar tutorial tapi kisah disebaliknya abg long tak tahu. Nampak sangat la abg long ni ketinggalan.

Buku ni abg long beli masa pemeran BBW tempoh hari jenuh jugak la nak abiskan buku yang dibeli hari tu. Buku ini boleh dikatakan lengkap bagi anda nak tahu bagaimana tertubuhnya Youtube ni, siapa foundernya, kenapa pihak Google membeli Youtube ni da banyak lagi la. Kalau nak diceritakan disini rasanya macam copy paste la pulak.

Nak tahu dengan lebih detail nampaknya anda kena la beli sendiri :). Dan yang pasti baru la abg long tahu kenapa Jawed Karim tinggalkan Youtube. Walaupun beliau merupakan salah seorang founder Youtube.

Memang tak rugi la info yang abg long dapat daripada buku ni, walaupun buku boleh dikatakan dah lama ada dipasaran.

Sikecil Mula Deman

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur kepadanya sebab daripadanya la ia datang dan datang daripadanya juga la ia pergi... Macam mana ok tak ayat pembukaan abg long macam tu. Kira ok la ye kalau tak ok tu jangan komen pulak :).

Baru berkesempatan untuk abg long update blog abg long ni, iye la semalam abg long dan orang umah abg long terpaksa kerja overtime melayan sikecil abg long yang meragam nak deman. Tapi bukan meragam nangis tapi meragam nak main. Walaupun tak sihat, tapi sikecil abg ni tetap nak main dengan abi dan umminya.

Mana taknya sikecil abg long ni semalam dah nampak macam tak berapa sihat, lepas memandikan sikecil abg long ni kepalanya dah panas. Nasib baik la ada thermometer digital ( orang umah abg long beli masa jualan akhir tahun kat Lazada tempohari ) boleh jugak dapat bacaan suhu dengan cepat.



Apa lagi dengan sepantas kilat la orang umah jeram dengan air kat kepala sikecil abg long. Gelabah dan risau jugak kami berdua, mana taknya sikecil abg long alhamdulillah la dah usianya 5 bulan ni boleh dikatakan tak pernah deman.

Tapi tipu la pulak kalau abg long kata tak pernah deman kan, sikecil abg long ada la jugak tanda-tanda sama seperti semalam tapi tak la melarat sampai dua hari atau lebih. Hatta kena cucuk pun, alhamdulillah sikecil abg long tak deman dengan erti kata sebenar cuma lemah je pada malam lepas kena cucuk tu je.

Orang umah abg long semalam apa lagi kejap-kejap tembak thermometer tu kat dahi sikecil, kejap-kejap tembak kat perut. Jeram air tu tak payah cakap la mula kat dahi, jeram kat badan, jeram kat belakang. Suhu pulak kejap naik kejap turun. Orang cakap suhu kena ambik lebih kurang 4 jam sekali tapi kitaorang bukan 4 jam, bukan 2 jam tapi 10 minit sekali.

Pagi tadi alhamdulillah sikecil dah sihat, dah nampak cergas balik. Suara sikecil ni apa la kuat balik la jika geram. Tu la tanda aras kami berdua guna bila nak tahu sikecil ni sihat atau tak.

Nak Salahkan Siapa

Salam sejahtera,

Aduhai mulanya abg long tak nak la ambik tahu pasal cerita ni tapi rasa nak jugak tahu. Terus terang la abg long katakan cerita ni pun abg long tak tahu nak salahkan siapa sebenarnya. Bak kata orang tua-tua " Ditelan mati bapak di luah mati mak ". Apa la pulak abg long nak merepak abg long pulak ni kan.

Ala apa yang abg long merepak ni pasal cerita hangat terkini, semuanya dah tahu dan 1 dunia pun dah tahu pun cerita ni. Cuma abg long je yang baru nak menyebuk. Pasal apa lagi kalau tak pasal artis Kpop peluk gadis muslimah.


Macam-macam pandangan dan juga komen yang abg long baca tentang cerita ni, dan yang pastinya yang negatif la takkan la yang positif pulak. Yang terbaru abg long baca ibu kepada gadis tersebut terkilan dengan anak gadis mereka dipeluk.

Ikutkan abg long malas la nak menyibuk tentang cerita ni tapi apa yang nak abg long tuliskan disini tentang kekecewaan dan ketidak hairan abg long. Lantak la abg long nak tulis ni pun daripada apa yang abg long pandangan dan juga apa yang nak abg long sampaikan.

Sunday, January 11, 2015

Aku Penganggur

Salam sejahtera,

Apa kata kita layan dulu lagu Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad ni dulu...



Nape la pulak abg long tiba-tiba je suruh layan lagu pulak kan. Sebenarnya lagu ni abg long nak tujukkan pada diri abg long sendiri sahaja. La ada jugak orang macam ni kan, ada la kalau tak ada tak kan la abg long tulis kat blog abg long sendiri ni.

Ok la nak merapu pulak abg long ni, lagu ni ada kaitannya dengan diri abg long. Iya la dalam keadaan macam ni tiba-tiba je teringat lagu ni. Mana taknya dah 5 hari abg long tak berkerja dan secara tak langsungnya abg long dah ada title PENGANGGUR.

Aduhai berat pulak rasanya bila dah ada title ni. Mesti anda kata abg long dah kena buang sebab masalah disiplin kan. Mmm... takda la bukan masalah tu la, ini sebab kontrak kerja abg long dah tamat. Sebab itu la bukan sebab disiplin, abg long pekerja contoh la ( Amboi angkat bakul sendiri nampak ) :).

Jadi apa rancangan abg long sekrang? Untuk waktu ni...Biar la rahsia dulu.

Friday, January 9, 2015

Bila Pesara Meninggal Dunia

Salam sejahtera,

Entah kenapa tiba-tiba sahaja abg long terfikir nak tulis tajuk macam ni, mungkin kerana sebagai peringatan dan jugak sebagai satu info untuk kegunaan abg long di masa hadapan. Kita mungkin akan lupa apabila seorang pasara yang mungkin mempunyai pertalian darah dengan kita meninggal dunia,apa yang perlu kita lakukan setalah pengebumiannya selesai.

Gambar hiasan

Abg long dah google kat internet dan apa yang abg long dapati prosesnya hampir sama bagi pesara yang telah meninggal dunia iaitu :

- Bagi pesara kerajaan, waris hendaklah melapor pesara telah meninggal dunia pada bahagian pencen JPA dan juga waris perlu mengisi borang JPA.BP.SPT.B01d ( Borang Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Persaraan).

- Bagi pesara tentera pulak, waris hendaklah menghubungi JHEV ( Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM ) dengan segera bagi membolehkan pencen perkhidmatan gemulah dihentikan dan boleh dipindah bayar kepada orang tanggungan sebagai Pencen Terbitan. Untuk detail lagi boleh klik disini.

Dengan info yang ringkas ini dapat membantu untuk diri abg long dan anda.
 

Thursday, January 8, 2015

Ruam Ke Ekzema

Salam sejahtera,

Risau jugak abg long dengan orang umah abg long bila sikecil jadi begini. Boleh dikatakan 1 bulan jugak bintik-bintik merah tak hilang pada muka dan seluruh badan sikecil. Abg long dan orang umah katakan sikecil terkenal ruam tapi nak puaskan hati sikecil abg long ni dibawa berjumpa doktor, suspek ekzema katanya. Bila dah macam tu mula la si doktor bertanyakan sejarah kesihatan keluarga abg long dan orang umah.


Jika nak diikutkan kedua-dua keluarga abg long dan orang umah takda la yang mengidap penyakit asma dan juga alergi, tapi tak tahu la. Penyudahnya doktor bagi la ubat krim kulit untuk sikecil. Tapi bila tengok pada muka dan badan sikecil tiada perubahan.


Maka kali kedua sikecil abg long berjumpa doktor kali ni doktor bagi pulak ubat lain pulak, untuk ubat kali ini bukan satu tapi dua. Satu untuk sapu kering dan satu lagi untuk gatal. Alhamdulillah ada perubahan pada sikecil abg long. Cuma bahagian kelompok mata je yang merah tu pun sebab sikecil suka gosok mata.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>