Saturday, November 29, 2014

Friday, November 28, 2014

Apa Pandangan Anda

Salam sejahtera,


Cuba anda perhatian nasihat di atas, apa pandangan anda? Abg long hanya kongsi je nasihat ini. Tapi nasihat itu ada betulnya jugak, gak kata orang tuan siapa yang makan lada dia la Yang terasa pedas.

Malahan abg long rasa kita juga pernah mengalaminya jugak. Walauapa pun abg long harap kita dapat jauhi semua tu.

P/s : Ingatan untuk diri abg long dan keluarga.

Sharing Is Caring

Thursday, November 27, 2014

Hebat Betul Budak UPSR Zaman Sekarang

Salam sejahtera,

Keputusan untuk UPSR 2014 telah pun kita ketahuinya, kita sendiri boleh lihat gelagat para pelajar yang menerima keputusan masing-masing ada yang gembira dan ada yang bersedih. Yang pastinya ibu bapa la yang akan lebih berdebar-debar abg long rasanya. Iye la bila dah bergelar seorang ayah ni kena la jugak menghayati apa yang di rasa oleh ibu bapa kepada pelajar.


Kepada yang mendapat keputusan cermelang tahniah abg long ucapkan dan kepada yang tak berjaya apa yang di harapkan jangan sedih-sedih.

Bagi mereka yang dapat cermelang tu pasti dah menuntut habuan yang telah dijanjikan. Betapa untung dan mewahnya anak zaman sekarang mana taknya keputusan peperiksaan cermelang je dapat hadiah mewah.

Abg long nak kongsi gambar yang abg long ambik daripada sumber untuk tatapan anda betapa beruntungnya anak-anak sekarang. Abg long tak nak komen cuma nak berkongsi sahaja.




Sharing Is Caring

Lesung Pipit - Apa Yang Anda Tahu

Salam sejahtera,


Orang kata, Bagi mereka yang memiliki lesung pipit ni sesuatu yang istimewa. Mana taknya dengan adanya lesung pipit ni dapat menyerikan lagi wajah bila tersenyum.


Mengikut bacaan abg long la seorang pakar bedah plastik, pusat saints kesihataan, Universiti Texas, Dr Joel Pessa dalam kajiannya mengatakan, lesung pipit terjadi disebabkan oleh otot wajah yang dinamakan Zygomaticus Major terbelah dua. Ia menyebabkan otot wajah lebih pendej daripada biasa. Kesannya, apabila anda bercakap, senyum dan sebagainya kulit wajah akan tertarik dan membentuk lekukan pada pipi.

Dalam Alan Melayu pulak orang tua-tua percaya,lesung pipit boleh dibuat dengan mencucuk hujung cili pada pipi seorang bayi. Tapi tak dipastikan la samada ianya betul atau terbukti berkesan.

Monday, November 24, 2014

Sharing Is Caring


Sharing Is Caring

Untuk mereka yang bergelar suami ( termasuk la abg long :) )


Apa Perasaan Anda

Salam sejahtera,

Tiada apa lagi nak abg long katakan setelah membaca sebuah cerita ini. Abg long yang telah bergelar ayah ni pun bercampur aduk dengan pelbagai perasaan dengan apa yang telah berlaku berdasarkan cerita itu.

Boleh dikatakan cerita ni telah menjadi viral di internal, abg long hanya kongsikan dengan anda semua cerita yang abg long maksudkan tadi untuk anda ambik pengajaran dan untuk kita fikirkan kewajarannya.

Thursday, November 20, 2014

Sharing Is Caring

Tengkujuh Dah Bermula Di Pantai Timur

Salam sejahtera,

Apa yang abg long tahun Muslim tengkujuh dah bermula di Pantai Timur. Terdapat beberapa bahagian di kawasan Pantai Timur telah mula di naiki air, berikut abg long nak kongsi dengan anda keadaan kawasan yang dilanda 'bah'.












Wednesday, November 19, 2014

Kemas Kini Maklumat BR1M

Salam sejahtera,


Dah buat kemas kini untuk BR1M 2015? Jika belum tu boleh la buat sekarang. Ok abg long berikan linknya disini untuk memudahkan anda untuk buat semakan atau untuk mengemaskini maklumat anda. Pendaftaran, semakan atau kemas kini akan bermula pada 1 Disember 2014 sehingga 31 Dismember 2014.

Apa yang penting semakan atau kemas mini maklumat itu nanti anda hendaklah pastikan :

1) Maklumat pasangan/ tanggungan

2) Alamat termini pemohon Bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan Surat.



3) Maklumat akuan bank pemohon. Sebagai mana yang kita tahun BR1M 2015 akan dibayar sebanyak 3 kali setahun. Senarai Akaun bank yang dibenarkan adalah sepertu dibawah :
- AFFIN BANK BERHAD
- ARGO BANK
- ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
- AM BANK BERHAD
- AL RAJHI BANK
- BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
- BANK RAKYAT
- BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
- BANK SIMPANAN NASIONAL
- CIMB BANK BERHAD
- CITI BANK
- HONG LEONG BANK
- MAYBANK
- OCBC BANK
- PUBLIC BANK BERHAD
- RHB BANK BERHAD
- STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD

* Akaun simpanan bank atas nama pemohon sahaja.

** akauan pinjimana,akauan bersama dan akauan Syarikat tidak dibenarkan.

Selain pemohon boleh mengemaskini melalui link ini, pemohon jugak boleh mengisi Borang pemohon bantuan rakyat 1Malaysia yang terdapat di cawangan/ pusat khidmat hasil/ UTC LHDNM. Untuk pertanyaan anda boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 ( LHDNM ) atau 03-8882 4565/ 4566 ( Kementeriaan Kewangan Malaysia ).



Sharing Is caring

Sunday, November 16, 2014

Bila Si Kecil Dah Mula Belajar

Salam sejahteta,

Hari ni genap 3 bulan 22 hari usia si kecil abg long. Cepat masa belalu, pejam celik pejam celik dah 3 bulan. Dalam masa peringkat ni apa yang abg long tengok si kecil dah mula belajar.


Si kecil abg long dah mula menggunakan sentuhan dalam proses pembelajaran. Bukan setakat sentuhan Malay abg long tengok si kecil abg long ni dah mula belajar memegang.

Abis di pegang si kecil abg long ni sampai dagu abg long pun si kecil ni pegang. Dan yang paling abg long suka tengok bila si kecil abg long ni mengemgam tangannya bila menyusus. Yang pasti sekarang ni abg long dan orang rumah dah dapat belajar satu perkataan daripada si kecil ni iaitu 'engget', mana bila nak menyusu.

Thursday, November 13, 2014

Google Icon Mokhtar Dahari

Salam sejahtera,

Hari ni Google memaparkan icon leganda bola sepak negara kita iaitu Allahyarham Dato Mokhtar Dahari.


Hari ini jugak merupakan hari ulangtahu kelahiran beliau iaitu 13 Nov. Betul la apa yang pepatah melayu kata kan " Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama ", terlalu banyak jasa dan tenaga yang beliau tinggalkan untuk sukan bola sepak ini. Apa yang pasti hanya dua satu dalam sejuta.


Untuk maklumat lebih lanjut boleh klik disini






Tuesday, November 11, 2014

kes Buli Adakah Berpunca Daripada Pengaruh Filem

Salam sejahtera,

Kisah buli ni making hari making bertambah, umpama tiada pengakhirannya. Boleh dikatakan akan ada aje berita atau video tentang buli ni. Kekadang abg long sendiri pun dah muah nak baca atau nak tengok videonya.


Walaupun ada tangkap tapi kisah buli ni tak pernah berhenti. Baik lelaki mahupun perempuan sama aja masing-masing nak tunjuk taiko. Abg long lihat mereka ni seperti tak takut dengan undang-undang.

Yang terbaru seorang seleberiti telah menyalahkan filem gangster yang ada Sekarang punya meningkatnya kes buli. Pada abg long apa yang diperkatakan oleh seleberiti tu ada betul dan tidaknya.


Kenapa abg long berkata begitu? Abg long sokong dengan apa yang diperkatakan olehnya PENGARUH FILEM, tapi abg long tak sokong kerana ia hanya tuju didalam negara dan terkini. Jika kita lihat turuti filem yang telah ditayangkan dari era 80an hingga Sekarang lebih-lebih lagi dari filem liar negara, abg long rasa hampir kesemuanya ada menayangkan unsur gangster ni. Malahan abg long rasa terdapat juga filem luar yang menayangkan babak yang lebih daripada gangster.

Monday, November 10, 2014

Sharing Is Caring



Cara Didikan Anak

Salam sejahtera,

Sejak abg long dah ada si kecil ni, boleh dikatakan banyak jugak la info dan bacaan yang abg long cari dalam mendidik si kecil abg long baik dalam media elektronik atau media cetak. Bukan semuanya abg long akan ikut tapi sebagai panduan untuk diri abg long dan jugak orang umah dalam memdidik si kecil ni . Ada setengah orang kata dalam mendidik anak ni kena ikut cara kita sendiri atau pun mengikut didikan orag tua kita yang pernah kita terima. Walauapa pun tepuk dada tanya tanya hati.

Gambar hiasan

Abg long nak kongi dengan anda panduan dalam mendidik anak yang abg long dapat daripada bacaan abg long. Panduan yang nak abg long kongsikan ini di ambik daripada Iman Al Ghazali yang mana ia mengikut ke hendak Al-Quran  dan juga ajaran Nabi Muhammad SAW.

Di bawah ini meruapakan panduan dari Iman Al Ghazali yang di petik daripada kitab beliau Syair as Salikin,

1- Wajib ke atas ibu bapa memelihara anak daripada segala kejahatan dan maksiat serta menyuruh anak berbuat kebaikan dan melakukan amal ibadat. Dosa anak terpikul di bahu orang tuanya jika dibiasakan anak dengan pekara kejahatan.


2- Melindungi anak daripada api neraka dengan memberikan didikan serta mengajarkan akhlak yang elok dan menjaganya daripada berkawan dengan orang yang buruk perangai dan tingkah laku.

3- Tidak membiasakan anak dengan bersenang-senang, bermewah-mewahan yang akan menyebabkan anak akan mensia-siakan usia mengejarnya apabila dewasa kelak.

4- Apabila anak ada perasaan mala ( tanda telah ' tamyiz' iaitu berkemampuan membezakan ), hendaklah mengasuhnya selaras dengan kehendak hukum syariat yang merupakan sebahagian daripada iman.

5- Mengajarkan anak adab sopan santun ketika makan dan perlu membiasakan anak memakan roti kosong tanpa lauk pada waktu tertentu agar terbiasa tidak perlu makan banyak. Menggalakkan anak bersifat murah hati dan tidak tamak dengan mengajarnya memberi makanan pada orang lain.

6- Menggalakkan anak memakai pakaian berwarna putih dan melarang anak lelaki memakai sutera dan melarangnya memakai pakaian berlawanan jantina.

Aduhai Monday Blues Pulak La

Salam sejahteta,

Tak tahu la nape tiba-tiba je hari ni abg long rasa malas je, rasa takda mood je. Selalunya hari-hari lain takda la pulak macam ni.


Nak kata tak sihat abg long rasa ok je. Nak kata ada masalah mmm... Memang la ada tapi rasanya tak la menganggu aktiviti dan kehidupan abg long setakat waktu ini. Orang kata kalau berkeadaan macam yang abg long hadapi Sekarang ni dipanggil MONDAY BLUES. Dengan perkataan melayunya hari malas.

Entah la abg long pun tak tahu apa maksud yang sebetulnya cuma yang pasti hari ni abg long betul-betul rasa down. Tapi takda mood pun blog boleh update pulak :), nak buat macam mana dalam bab blog ni dah minat.

Sunday, November 9, 2014

Paparan Icon Google : Tembok Berlin

Salam sejahtera,


Google telah mempaparkan icon bagi mengingati ulangtahun yang ke 25 runtuhnya Tembok Berlin.Tembok Berlin telah dibina pada 13 Ogos 1961 dan pada 9 November 1989 ia diruntuhkan. Tujuan pembinaan Tembok Berlin ini adalah untuk menghalang perpindahan tenaga kerja muda dan produktif Jerman Timur ke Jerman Barat.

Tembok Berlin November 1989

Peta menunjukkan Tembok Berlin pada 1989

 Untuk lebih info klik DISINI

P/s : Terlalu banyak cerita sedih dari Tembok Berlin ini.

Saturday, November 8, 2014

Hari Meragam Sedunia

Salam sejahtera,

Hari ni abg long dengan orang umah dah didera oleh si budak botak ni.



Pada sebelah pagi semuanya ok, mula dari mandi hingga la menyusu untuk tidur selepas mandi. Dah jadi kebiasaan lepas mandi akan tidur semula selalunya 2 jam si kecil abg long akan tidur, tapi apa yang abg long perasaan dah masuk 3 bulan masa tidur pagi si kecil qbg long berubah.

Daripada 2 jam, Sekarang si kecil abg long hanya tidur sekejap sahaja dalam 30 minit kekadang 10 minit pun ada. Kebanyakkannya masa yang lain dihabiskan untuk bermain bila dah puas bermain, nangis kemudian menyusu lelap kejap Jaga sambung balik bermain.



Tapi hari ni sebelah petang si kecil meragam bagaikan semuanya tak kena. Menyusu kejap nangis lepas tu sambung balik. Dari menyusu sebelah kiri tukar sebelah kanan, dari baring kepada duduk semuanya tak kena. Abg long dodoikan sambil berdiri ulang alik kehulu ke hilir, dapat la si kecil ni diam dan tidur tu pun hanya sekejap sahaja.



Akhirnya pukul 6 petang abg long mandikan si kecil abg long alhandulillah lepas mandi si kecil tak meragam masa menyusu untuk tidur. Dan yang pasti si kecil abg long tidur dengan mulut terbuka :). Ngatuk sangat la tu si kecil abg long.

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 4, 2014

Sharing Is Caring


posted from Bloggeroid

Lagi Kes Penderaan Kanak-Kanak

Salam sejahtera,



Gambar Hiasan

Abg long rasa sedih bila baca berita ni yang mana abg long ambik daripada berita awani online :

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat didera bapanya di rumah mereka di Jalan SS2, Petaling Jaya pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh oleh kedua ibu bapanya yang mendakwa anak mereka terjatuh dari tangga dua hari sebelum itu dan meninggal dunia kira-kira jam 9.45 malam Jumaat lepas.

"Doktor yang merawat mangsa mendapati terdapat kesan lebam di bahagian kepala, lengan kanan, perut dan bahagian belakang kanak-kanak itu sebelum dia disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Doktor berkenaan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sea Park.

"Punca kematian adalah disebabkan kecederaan teruk di kepala," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau hasil siasatan polis mendapati terdapat unsur mangsa dicederakan dan pihaknya akan memanggil bapa kanak-kanak itu untuk membantu siasatan.

"Siasatan polis turut mendapati kecederaan itu bukan merupakan kejadian pertama berikutan sebelum itu mangsa pernah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kecederaan patah tangan kanan, dengan ibu bapanya memberikan alasan yang sama," kata Azmi.

Beliau berkata pasangan terbabit yang sudah berkahwin 10 tahun turut mempunyai tiga lagi anak berusia antara empat bulan dan lapan tahun, dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang kesan lebam terhadap tiga kanak-kanak itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bila lagi nak abis kisah dera ni, setiap hari boleh dikatakan ada je berita kes dera kanak-kanak ni. Dah tak penyelesaian ke untuk kes dera ni. Tak boleh satu undang-undang di buat bagi menyelesaikannya, kalau boleh satu undang-undang yang berat boleh dikenakan kepada pendera ni.

Dengan ada undang-undang yang berat ini abg long rasa tiada lagi lepas ini kes penderaan kot...

posted from Bloggeroid

Monday, November 3, 2014

Kertas Dan Pen

Salam sejahtera,

Orang yang berjaya selalunya mempunyai perancangan,baik jangka masa panjang atau jangka masa pendek. Abg long memang akui semua tu dan memang tak boleh dielak. Suatu perancanagn tu memerlukan sesuatu medium atau benda untuk melahirkan sebuah perancangan tu. Walau bagaimana canggih dan moden pun sesuatu zaman tu catatan atau pun menulis penting bagi melahirkan sesuatu apa yang kita fikirkan termasuk la apa yang kita rancangkan tu. Dan medium atau alat tersebut adalah KERTAS dan PEN.


Kita semua termasuk la abg long sendiri memang memerlukan 2 alat ini, tak kira la apa pun aktiviti dalam penulisan atau pun catatan 2 alat ini tak boleh kita lupakanya. Walaupun dengan kemodenan zaman sekarang yang mana dengan adanya smartphone dan tablet, 2 alat ini memanag tak lekang dek hujan masih jadi pilihan ramai.

Pasti anda tertanya-tanya kenapa panjang betul intro abg long kali ini kan. Ini semua adalah berkisahkan pertemauan abg long dengan kawan abg long 2 malam yang lepas. Patutnya semalam abg long dah tulis cerita ini, tapi disebabkan sesuatu yang tidak dapat abg long elakkan maka malam ini abg long berpeluang untuk luahkannya disini.

Tiada niat untuk abg long mengaibkan kawan abg long tapi abg long ambik pengajaran dengan apa yang berlaku. Abg long memang cukup kagum dengan kejayaan yang kawan abg long perolehi hari ini. Dengan kejayaan beliau yang 100% kerja sendiri dan bebas kewangan kekadang menaikan semangat abg long untuk jadi sepertinya. Cuma apa yang abg long perhatikan setiap kali berjumpa mesti kawan abg long ini akan bercerita tentang perancangan beliau untuk masa hadapan, yang tak bestnya pasti akan ada perkataan PENING dan IMIGRIN.

Abg long kekadang terfikir kawan abg long ini takda ke buat catatan bagi setiap perancangan yang beliau ceritakan kepada abg long. Iye la jika semuanya nak buat semuanya nak fikir tanpa ada catatan kat kertas mana tak pening. Nak tegur depan-depankan takut SENTAP pulak :).


Abg long pun bukan la pandai sangat, belajar pun tak la tinggi sangat. Apa yang abg long tahu dan apa yang abg long faham dari pembacaan abg long ni. Otak kita ni ada hadnya dalam segala aktiviti pemikiran. Walaupun otak kita ni lebih hebat daripada komputer tapi masih ada hadnya. Orang yang hebat seperti Albert Einstein pun bukan menggunakan keupayaan otaknya sepenuhnya. Dan Albert Einstein pun masih menggunakan KERTAS dan PEN dalam setiap penyelidikan atau penemuaan beliau dalam bidang Sains.


Kita ini, yang bukan manusia dianugerahkan keistimewaan atau yang mempunyai IQ yang bijak abg long rasa KERTAS dan PEN ni tak boleh nak kita pisahkan dalam mencatatkan atau dalam membuat sesebuah perancangan. Dengan adanya 2 benda ni abg long rasa takda la lagi pening atau imigrin. Abg long rasa jika kawan abg long ada 2 alat ni dah lama beliau berjaya nak keluarkan sebuah buku, tapi... Abg long tunggu je la bila kawan abg long akan keluar buku beliau.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>