Tuesday, December 10, 2013

Jika itu bukan rezekiku

Salam sejahtera,

"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, kamilah yang memberi rezeki kepadamu; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa".





Setiap rezeki kita telah ditetapkan oleh Allah swt, baik daripada segi kesihatan, kebendaan, kemudahan untuk begerak atau sebagainya. Sebab itu kita diwajibkan untuk berusaha dalam mencari rezeki yang halal selagi kita bertenaga.

Tapi pernah tak kita terfikir rezeki yang dicari itu bukannya milik kita sepenuhnya, kenapa abg long berkata begitu? Ini kerana setiap apa yang kita perolehi akan menjadi milik orang lain sebagai contoh ia berlaku pada abg long sendiri dan ia juga berlaku pada anda.

Hari ini duit abg long melayang RM200 kerana terpaksa beli bateri kerata yang baru. Tentu anda tak nampak lagi apa yang nak abg long jelaskan disini kan? Ok la duit sebanyak RM200 itu abg long simpan setelah ditolok daripada gaji bulanan abg long. Hari ini abg long terpaksa keluarkannya kerana abg long perlu membayar harga bateri kerata.

Maka dengan itu rezeki yang abg long simpan itu bukannya milik abg long sepenuhnya kerana ia telah berpindah kepada orang lain ( tuan kedai bateri ). Dah nampak kan, sebab itu abg long katakan rezeki kita itu bukan milik kita sepenuhnya. rezeki yang kita cari itu dan yang kita dapat itu pasti ada pemiliknya.

Kerana itu la kita termasuk abg long sendiri, kena sentiasa ingat tentang rezeki yang kita milik atau yang kita dapat itu sebenarnya datang daripadanya. Allah swt itu memang pemurah tapi jangan lupa ia juga boleh tarik apa yang diberikan itu sekelip mata sahaja.

Abg long syorkan kepada anda untuk dapatkan buku di atas, abg long pasti anda akan lebih faham apa yang abg long maksudkan dengan apa yang abg long tulis di atas.

Monday, December 9, 2013

Luahan hati...

Salam sejahtera,

Alhamdulillah keadaan banjir yang berlaku di negeri terbabit semakin baik dan di sesetengah tempat banjir semakin surut. Apa yang pasti kepada mangsa yang terkena bencana alam ini akan mengalami kerugian harta benda. Abg long harapkan para mereka ini tabah dan sabar mengadapi ujian ini. Abg long turut berbangga dan bersyukur rakyat malaysia masih lagi prihatin dengan kesusahan mangsa-mangsa banjir ini.

Berbagai bantuan dihulurkan baik dari segi makanan,pakaian, ubat-ubatan malah tenaga untuk meringankan kesusahan yang ditanggung oleh mang-mangsa banjir. Selain itu juga abg long tengok dalam keadaan ini fahaman politik ditolok tepi dahulu.

Cuma abg long nak kongsikan disini berkenaan luahan seorang insan ini. Jom lihat video dia...


Abg long harap kita sama-sama fikirkannya apa yang di luahkan olehnya.

Saturday, December 7, 2013

Banjir 2013

Salam sejahtera,

Tiada apa yang nak abg long kongsikan dengan tajuk diatas, setakat ini kawasan Pahang bilangan mangsa yang dipindahkan adalah 32838 orang. Terengganu pula seramai 7269 orang, diikuti Kelantan seramai 1945 orang manakala Johor pulak seramai 1507 orang dan 25 orang pulak di pindahkan di Melaka. Bagi mendapatkan maklumat terkini anda boleh layari disini.





Abg long berharap kepada mereka bersabar dan tabah dalam menempuh dugaan ini. Alhamdulillah, abg long perhatikan ramai yang membantu tidak kira aliran politik apa pun, malahan pelbagai bangsa berganding bahu dalam membantu mereka ini.

Cuma apa yang diharapkan para mereka yang ditimpa kesusahan dapat menjaga kesihatan diri dan lebih-lebih lagi makan serta minum dalam musim banjir ini. Pada anak-anak mahupun kanak-kanak jangan terlalu seronok bermain air nanti kedugaan pulak yang menanti.

Sunday, December 1, 2013

Masa untuk berubah...

Salam sejahtera...

Sekarang kita dah berada dalam bulan Disember ada 30 hari lagi untuk kita melangkah ke Tahun baharu 2014. Cepat betul masa berlalu, pejam celik dah nak habis penghujung tahun 2013, abg long rasa banyak cerita mahupun peristiwa yang akan kita kenang kan?. Sama juga dengan abg long, banyak kenang dan cerita yang abg long akan ingat dan mungkin akan menjadi pengajaran buat diri abg long sendiri.



Apa ye target tahun baru 2014?... Apa kata tahun baru kita buat perubahan, nak tak?. Abg long pun nak buat target tu. Insya allah... Kenapa abg long nak target yang itu? bukan yang lain?... Abg long rasa kita semua pernah dengar ungkapan ini kan...

INGAT 5 PEKARA SEBELUM 5 PEKARA....

Pasti tahu apa maksud ayat-ayat kat atas kan... Abg long bukan nak buat ulasan berkenaan ayat yang abg long tulis tu, cuma sebagai manusia dan yang paling penting beragama Islam abg long rasa kita kena sedar. Walau tak banyak pun suku, jika masih tak boleh sikit pun ok. Kita bukan selalunya berada di atas, peringatan untuk kita semua termaksud la abg long sendiri.

Bila lagi untuk kita berubah?... tak kira la berubah dalam segi apa pun, yang penting ke arah kebaikan. Tak akan la kita nak sama je? Tak mahu kah jika perubahan kita itu akan menjadi kebanggaan kepada kita lebih-lebih lagi pada ibu bapa kita?. Abg long akui setiap perubahan itu tidak boleh mengejut, bukan apa bimbang ia akan berlaku pernolakan pada diri kita. SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>