Saturday, December 7, 2013

Banjir 2013

Salam sejahtera,

Tiada apa yang nak abg long kongsikan dengan tajuk diatas, setakat ini kawasan Pahang bilangan mangsa yang dipindahkan adalah 32838 orang. Terengganu pula seramai 7269 orang, diikuti Kelantan seramai 1945 orang manakala Johor pulak seramai 1507 orang dan 25 orang pulak di pindahkan di Melaka. Bagi mendapatkan maklumat terkini anda boleh layari disini.





Abg long berharap kepada mereka bersabar dan tabah dalam menempuh dugaan ini. Alhamdulillah, abg long perhatikan ramai yang membantu tidak kira aliran politik apa pun, malahan pelbagai bangsa berganding bahu dalam membantu mereka ini.

Cuma apa yang diharapkan para mereka yang ditimpa kesusahan dapat menjaga kesihatan diri dan lebih-lebih lagi makan serta minum dalam musim banjir ini. Pada anak-anak mahupun kanak-kanak jangan terlalu seronok bermain air nanti kedugaan pulak yang menanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>