Sunday, September 28, 2014

Air Liur Anjing Pandangan Islam Dan Sains

Salam sejahtera,

Lama betul abg long tak update blog kesayangan abg long ni, sejak dah bergelar abi ni abg long rasakan bagai tiada masa untuk abg long aktif dalam dunia blogging ni. Bak kata pepatah nak seribu daya kan.

Abg long nak kongsi dengan satu artikel dengan anda yang abg long perolehi daripada pembacaan abg long. Artikel ni abg long abg long ambik 100% daripada bacaan abg long. Harapan abg long artikel ini memberikan satu info yang berguna kepada anda.



Dalam Islam, air liur anjing telah diklasifikasikan sebagai salah satu daripada najis mughallazah, yakni najis berat. Justeru, adalah diharuskan setiap individu Muslim menyucikan bekas jilatan anjing dengan membasuhnya menggunakan air sebanyak tujuh Kali. Salah satu di antara basuhan itu perlu menggunakan air tanah.



Seperti mana dalam sebuah hadis sahih dari Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " sucinya wadah seseorang saat dijilat anjing adalah dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan mnggunakan tanah. " ( Hadis Riwayat Muslim )

Tahukah anda, kenapakah kita diharuskan membasuh jilatan anjing dengan tanah? Pemeriksaan yang dilakukan oleh seorang pakar haiwan di London, Dr. Ian Royt, terhadap 60 ekor anjing menemui 180 sel-sel telur cacing pita dalam satu gram bulu anjing. Seperempat lainnya membawa 71 sel telur berupa larva kuman, manakala tiga daripadanya sudah cukup matang untuk Menempel pada kulit manusia.

Apabila dilakukan pemeriksaan ke atas sel-sel telur cacing tersebut, Dr.Royt mendapati ia sangat melekit dengan ukuran panjang mencapai satu milimeter (mm). Ulat-ulat ini dikesan berkembang biak dalam usus anjing dan sering ditemui dalam cairan najis serta air liurnya sehingga dikatakan dapat menularkan berbagai-bagai penyakit merbahaya.

Ini kerana, fitrah anjing - setiap hari, ia akan menjilat-jilat tubuhnya. Ketika ia menjlat untuk membersihkan dearah anus, telur cacing atau virus tocks characins akan menular ke dalam mulut, air liur, kulit dan bulu haiwan tersebut. Virus ini disifatkan sangat berbahaya kerana mampu membiak dalam organ-organ manusia. Lebih-lebih lagi, mereka yang tidak membasuh tangan selepas memegang anjing atau tanpa membersihkan bekas makanan dari jilatan anjing terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Sebelum ini, ia pernah dikesan wujud di dalam mata manusia sehingga boleh mengakibatkan penglihatan menjadi kabur dan buta. Ia juga sering ditemuai hidup membiak berupa kantung sebesar kepala embrio di dalam paru-paru manusia. Cacing jenis Echinococcosis ini berupaya hidup membiak dalam tubuh manusia selama bertahun-tahun.

Daripada data statistik di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa terdapat 10 ribu orang terkena virus tersebut dan kebanyakkannya ialah kanak-kanak. Persatuan Pakar Pediatrik di Munich-Jerman turut mendedahkan, kuman bawaan anjing sangat mudah memasuki organ manusia melalui sistem terbuka seperti bekas gigitan anjing.

Namun, fakta yang harus diketahui, bahaya anjing bukanlah pada air liurnya sahaja. Menurut sekumpulan penyelidik dari University of Munich, memelihara haiwan berliur itu akan dapat meningkatkan risiko barah payudara. Malah, kebarangkalian until menghadapinya juga jauh lebih tinggi berbanding menjaga haiwan lain seperti kuching atau arnab.

Dikatakan begitu kerana daripada penelitian terhadap peratusan penderita barah payudara, ternyata sebanyak 79.7 peratus daripadanya sering bermain-main, memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan segala aktiviti melibatkan anjing. Manakala, hanya 4.4 peratus di kalangan pesakit tidal memiliki haiwan peliharaan itu. Di Norway misalnya, lebih separuh daripada 14,401 orang pemilik anjing turut disahkan menghidap penyakit mematikan itu.

Sebagai langkah pencegahan, ahli perubatan menganjurkan untuk membasuh tangan dengan bersih selepas bermain dengan anjing. Atau dalam erti kehidupan seorang Muslim, ia harus disamak. Berbicara soal menyamak ini pernah suatu ketika, bekas Presiden Indonesia, Soekarno, mengatakan tidak perlu lagi menyamak apabila terkena najis berat. Cukuplah dengan hanya membasuh menggunakan sabun. Pendapat beliau ditentang oleh para ulama di sana pada waktu itu.

Bagi membuktikan yang mana lebih relevan - penggunaan sabun atau tanah, satu eksperimen mengenainya telah dijalankan. Dua sampel yang telah dijilat anjing kemudian dibersihkan. Satu dicuci menggunakan sabun dan satu lagi dibersihkan dengan tanah. Hasil pemeriksaan di bawah mikroskop menunjukkan, sampel yang dibersihkan dengan tanah terbukti sangat bersih dan bebas daripada kuman, berbanding sampel cucian sabun.

Apakah istimewanya dengan tanah? Satu kajian saintifik mendapati bahawa tanah, terutama daripada sumber gunung berapi, mengandungi agen antibiotik yang mampu melemahkan bakteria berbahaya daripada merebak. Ahli perubatan Perancis, Line Brunet de Course menemukan pekara itu selepas melakukan uji kaji spesifik terhadap tanah liat hijau dari gunung berapi Perancis.

Mengejutkan, bahan semula jadi terbabit boleh menghapuskan 99 peratus jajahan pepijat dalam masa sehari. Pada masa sama, ia juga mampu membunuh bakteria berbahaya lain. Termasuklah virus salmonela dan penyakit pemakan daging dipanggil, buruli, yang telah mencacatkan hampir keseluruhan kanak-kanak di seluruh Pantai Gading dan Kenya di Afrika.

Dengan ciri-ciri penyembuhan pads tanah liat, Dr. Course kemudian menggunakannya sebagai antibiotik, menggantikan penisilin dalan mengubati kanak-kanak malang di selatan dan barat Afrika. Ternyata, ia steril terbaik dunia apabila berjaya menyembuhkan 50 kes pada tahun 2002. Dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menganggap ia sebagai penemuan yang mengagumkan.

Satu lagi kajian, berjudul Antibacterial Activity of Soil-Bound Antibiotics, terbitan tahun 2005 turut mengesahkan bahawa material dalam tanah merupakan unsur efektif until proses sterilisasi beberapa kuman.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik - Yogesh Chander, Kuldip Kumar, Sagar M.Goyal dan Satish C.Gupta itu menunjukkan bahawa dua unsur antimikrob dalam tanah, yakni tetracycline dan tylosin, telah dikesan berupaya menghentikan pertumbuhan dan pembiakan virus. Dengan kata lain, tanah merupakan zat yang sangat bersih, di mana zat-zat tersebut mampu menghapuskan mikrob berbahaya.

Inilah rahsia di sebalik kenapa Rasulullah menyarankan kita menyamak najis berat seperti air liur anjing menggunakan air sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan tanah sejak lebih 1,400 tahun dahulu. Sesungguhnya penemuan-penemuan saintifik ini membenarkan tutur kata baginda yang sama sekali tidak diketahui oleh mana-mana manusia sebelumnya.

Sumber : Majalah Infiniti September 2014
posted from Bloggeroid
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>