Friday, August 1, 2014

Abg Long Dah Jadi Abi

Salam sejahtera,

Lama betul abg long tinggalkan blog kesayangan abg long ni. Sebelum tu abg long rasa tak terlewat untuk abg long ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada anda yang beragama islam.

Pada tanggal 25hb july 2014 bersamaan dengan hari jumaat tepat jam 9.30 pagi lahir putera sulong abg long di Hospital Ampang, maka dengan itu secara rasminya abg long dah bergelar seorang ayah AKA abi.

Tiada yang dapat abg long ingin katakan dengan kelahiran anak abg long ini hanya dengan bersyukur kepadanya setelah 2 kali orang umah keguguran. Apa yang paling abg long bersyukur anak abg long sihat dan bebas daripada kuning. Orang umah abg long jugak bebas daripada darah tinggi dan juga kencing manis.

Kegembiran ini bertambah meriah kerana abg long dan orang umah tahun ini dapat beraya dengan orang baru.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>