Friday, June 6, 2014

Target Yang Melampau

Salam sejahtera,

Abg long tersenyum bila teringatkan hamba allah ni, bukan la abg long nak memperkecilkan usaha yang yang dijalankan olehnya. Cuma kekadang abg long ada juga rasa nak marah dengan hamba allah ni, mana taknya bila dah berlagak pandai susah orang nak tegur atau nasihat.

Duit dah banyak habis tapi kerja satu pun tak diusahakan sampai akhir atau dapat kepulangan hasilnya. Tak salah untuk kita berusaha dalam mencari rezeki dan setiap usaha tu perlukan modal. Sama la hamba allah ni, berniaga menjadi pilihan beliau untuk tingkatkan ekonomi walau bekerja dalam sektor kerajaan.



Tapi abg long sedih setiap perniagaan yang dijalankan hanya sekerat jalan sahaja. Dan yang terbaru beliau menghasilkan produk beliau sendiri. Pada permulaannya permintaan tinggi tapi masuk je bulan kedua permintaan kurang.

Hamba allah ni dah mengeluh, mana taknya target yang beliau sasarkan untuk keuntungan bagi produk beliau lebih RM2k yang beliau ceritakan pada abg long. Terus terang abg lonf katakan ab long terkejut beruk jugak. Target yang beliau sasarkan tu memang melampau sungguh.

Bukan abg long tak percayai dan abg long akui memang boleh untuk dapatkan target macam tu dengan produk yang beliau ada. Tapi untuk permulaan patutnya target tu berpada-pada la, jika nak jugak dapatkan target usaha kena lebih la dan cara pemasaran pun kena la kreatif. Jika hanya guna medium facebook semata-mata rasanya...entah la abg long pun susah nak cakap.


posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>