Sunday, June 1, 2014

Fahami Kisah Ini...

Salam sejahtera,

KISAH 1

Seorang pemuda menghadiri temu duga. Sewaktu hendak melangkag masuk ke dalam, dia terlihat secebis kertas ( sampah ) di atas lantai. Lantas, dia memungutnya dan memasukkan ke dalam tong sampah. Perlakuannya dilihat oleh salah seorang pegawai syarikat itu. Akhirnya, pemuda itu berjaya mendapat kerja.


KISAH 2

Ada seorang budak bekerja sambilan di sebuah kedai membaiki basikal. Datang seorang lelaki menghantar basikal anaknya untuk dibaiki. Budak itu bukan saja membetulkan apa yang rosak, bahkan turut menggilap basikal itu hingga bersih berkilat. Teman-teman mentertawakan perbuatannya itu. Namun, kesungguhannya itu telah menarik perhatian lelaki tersebut dan mempelawa budak itu bekerja sambilan di syarikatnya, dengan upah yang lebih lumayan.


KISAH 3

Suatu hari, seorang anak memuji ibunya- "ibu nampak cantik hari ini." Si ibu pulak menjawap, "kenapa tiba-tiba cakap begitu?" Dan anak kecil itu menjawap, "sebab ibu tidak marah-marah hari ini."


KISAH 4

Seorang petani setiap hari menyuruh anaknya turun membantunya di sawah. Seorang teman berkata kepadanya, "tak perlulah suru anakmu itu bekerja keras setiap hari. Padi tetap akan tumbuh subur." Lalu si petani itu menjawap begini, "Aku bukan memupuk tanamanku untuk tumbuh subur, tapi aku sedang memupuk sifat rajin dan kental dalam diri anakku."


KISAH 5

Ada dua ekor katak. Satu, tinggal di sawah. Satu lagi hidup dalam longkang di tepi jalan besar. Katak sawah berkata, "tempat tinggalmu bahaya. Marilah tinggal bersamaku." Dan kata longkang menjawap acuh tak acuh, "Ah, aku malas hendak pindah. Biarlah di sini saja." Tidak lama kemudian, katak sawah datang menjenguk sahabatnya itu. Sayangnya, katak longkang telah mati di tepi jalan akibat digilis kenderaan.

P/s : harap anda faham kisah di atas :).

posted from Bloggeroid

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>