Monday, December 8, 2014

Kisah Piala AFF Suzuki 2014 Semalam

Salam sejahtera,


Dah berakhir piala perlawanan bola sepak piala AFF Suzuki 2014 Bagi separuh akhir pertama di antara Vietnam dengan Malaysia yang berkesudahan Vietnam 2, Malaysia 1. Abg long nak ucapkan tahniah kepada Vietnam kerana memenaginya semalam Bagi pihak Malaysia pulak masih lagi ada peluang untuk menebus kekalahan semalam.


Apa yang menduka cintakan perlawan semalam jugak terselit eksiden pergaduhan antara kedua-dua penyokong yang mana diakhiri dengan kecederaan yang diperolehi oleh kedua-dua pihak. Terus terang abg long katakan bola sepak dan pergaduhan dah tak boleh dipisahkan, tak kira la samada perlawanan tu perlawanan tempatan, asia mahupun dunia. Abg long pasti akan ada pergaduhan.




Kekadang abg long dah muak bila membaca berita tentang pergaduhan ini, apa la yang nak di fanatikkan sangat tentang bola ni, awak hanya keluar duit dan tengok je jika pasukan awak juara yang dapat habuannya pasukan awak. Awak pulak dapat apa? Sendiri jawap la ye...


Sama jugak la apa yang terjadi semalam, pasukan awak yang penat dan berpeluh untuk menjuarainya, awak pulak yang dapat sakit. Terus terang abg long katakan orang macam ni bodoh dan takda akal, apa salahnya tengok elok-elok atau kata mudahnya like be professional dalam menyaksikan perlawanan bola ni. Ialah menang adat la dalam permainan, jika semuanya nak menang siapa pulak nak kalah...

Sumber

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>